Monday 27 October 2014

Unspeakable Love -Part 36-






Part 36 : The Promises


beberapa minggu yang lalu...




sekitar pukul 5.00 petang, kelihatan Hafiz sedang berada di dalam sebuah kedai.. ianya adalah kedai yang menyediakan pelbagai alatan yang sering digunakan oleh pelukis ataupun arkitek.. kedai itu adalah kedai kegemaran Hafiz kerana harga barang lebih murah sedikit dan ada pilihan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan di kedai yang lain.. pada saat ini Hafiz datang untuk membeli alatan baru untuk menghasilkan karya seni nya.. dia ada bercadang untuk mengikuti satu art competition, jadi dia mahu membeli peralatan yang lebih berkualiti untuk menghasilkan kualiti karya yang lebih bagus.. lebih kurang setengah jam dia berada di dalam kedai itu memilih peralatan yang bagus.. terlalu banyak pilihan, sehingga dia agak sukar untuk membuat pilihan..

harga bukan lah satu isu bagi dia kerana dia telah pun bersedia dengan duit yang mencukupi.. lagi pun dia tidak kisah untuk berbelanja lebih pada barangan yang lebih berkualiti semata-mata untuk art competition yang dia ikuti.. dia mahu melakukan yang terbaik dengan menghasilkan karya yang akan memuaskan hatinya..

sepuluh minit berlalu, setelah memilih alatan yang dia rasa dia perlukan, akhirnya Hafiz membawa peralatan itu ke kaunter bayaran.. setelah membuat pembayaran, Hafiz keluar dari kedai itu dengan tangan memegang beg plastik yang penuh peralatan melukisnya..

perlahan-lahan Hafiz mula menuju ke stesen monorail yang berdekatan.. mula berada di tempat menunggu, apabila monorail sampai, Hafiz pun mula berebut-rebut untuk memasuki.. sampai di stesen yang dituju, Hafiz terus melangkah keluar.. dia mempercepatkan langkahnya menuju ke stesen LRT yang berdekatan.. 

tiba-tiba telefon bimbitnya berdering..

berhenti, Hafiz menjawab panggilan telefon itu.. ianya adalah daripada Ihsan..

"Hafiz kat mana sekarang?" tanya Ihsan

"Hafiz still kat bandar lagi.. dalam perjalanan untuk balik lah.. tengah nak pergi ke stesen LRT.." balas Hafiz..

"aku pun ada kat bandar juga sekarang.. ingat kalau Hafiz nak balik boleh ikut aku sekali.."

"oh.. ya ke.. hmm.. abang Ihsan buat apa kat bandar? dengan abang Fahri sekali ke?" 

"tak.. seorang diri je.. dia kata nak stay kat rumah je.. aku ada hal juga nak dibuat kat bandar.. sekali itu nak beli barang dapur sekali untuk dinner nanti.. macam mana? nak ikut aku balik sekali tak?" tanya Ihsan..

"hmm.. boleh juga.. tapi abang kat mana?"

"aku.. hmmm.. macam ni lah.. kita jumpa kat Central Station, boleh? nanti aku ambil kau kat sana.."

"boleh juga.. okay.. nanti kita jumpa kat sana.." balas Hafiz..

mula menukar niat, Hafiz mula berpusing menuju ke Central Station.. tidak lah begitu jauh sangat dari tempat dia berada sekarang.. bergegas dia melangkah laju.. tapi pada waktu sekarang keadaan di sekeliling agak sibuk kerana pada waktu ni adalah waktu puncak orang ramai baru sahaja habis kerja.. jadi, keadaan trafik agak sibuk.. sesekali apabila Hafiz terpaksa untuk menyeberangi jalan, dia terpaksa menunggu seketika sebelum dapat melangkah ke hadapan..

jam sekarang tengah menunjukkan pukul 5.30 petang.. tiba-tiba Hafiz mendapat pesanan ringkas daripada Ihsan kata yang keadaan trafik agak sibuk.. mungkin dia akan datang lewat sikit.. Hafiz balas tak apa.. lagi pun dia masih lagi belum sampai ke Central Station.. dan lagi, dia tak kisah untuk menunggu..

sedang berdiri sambil matanya memandang pada lampu trafik, Hafiz ternanti-nanti menunggu agak lampu trafik itu menyala warna hijau bagi perjalan kaki.. setelah lampu bertukar warna hijau, Hafiz seperti orang ramai di sekelilingnya mula berpusu-pusu melintasi jalan raya.. di hadapan, sudah kelihatan bangunan Central Station yang sudah dekat..

sampai di kawasan luar Central Station, Hafiz memutuskan untuk masuk ke dalam bangunan dahulu kerana dia tahu yang Ihsan sudah tentu masih belum sampai lagi.. dia mahu membuang air besar terlebih dahulu.. bergegas masuk mencari tandas awam.. jumpa, lalu Hafiz pun mencari ruangan tandas yang masih lagi kosong.. ada banyak yang tak digunakan.. keadaan di dalam tandas itu agak sunyi daripada kehadiran orang.. ianya agak pelik sedikit sebab kebiasaanya pada waktu begini memang banyak orang akan mengunakan tandas.. lebih-lebih di tempat yang banyak orang seperti Central Station.. setelah selesai membuang air besar.. Hafiz mula memandang pada cermin tandas.. dia kemaskan rambut seketika dan cuba membetulkan pakaian.. 

pada saat ini, datang seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari ruangan tandas lalu berdiri di sebelah Hafiz turut memandang cermin.. Hafiz pada mulanya tidak menghiraukan akan kehadiran lelaki di sebelahnya, leka memandang dirinya sendiri pada cermin.. namun, tiba-tiba lelaki di sebelahnya itu mula menegurnya..

"eh, Hafiz!" kata lelaki itu..

tersentap, Hafiz mula memandang lelaki di sebelahnya itu.. tergamam, terkejut melihat seorang lelaki yang cukup dikenalinya kini berada di sebelahnya..

"eh.. abang Amir.." balas Hafiz..

"dah lama giler tak jumpa dengan kau.. tak sangka pula jumpa kat sini.." kata Amir yang teruja dengan pertemuan tak disangkakan ini..

Amir menghulurkan salam.. Hafiz balas salaman tangan itu..

"ha ah.. dah lama tak jumpa.. abang Amir macam mana sekarang? okay?" tanya Hafiz..

"owh.. aku baru je habis study.. tengah nak tunggu untuk graduasi.. kau macam mana? tiba-tiba je menghilang.. dah tak pernah jumpa lagi dah.." kata Amir..

"Hafiz okay je.. hurmn.. kita borak kat luar lah ye.. ada orang.." bisik Hafiz bila ada orang lain mula masuk ke dalam tandas..

Amir hanya mengangguk.. lalu kedua-dua mereka mula beredar dari situ..

"kau nak pergi mana lepas ni.. banyak barang nampak.." kata Amir sambil matanya memandang pada beg plastik Hafiz..

"just nak balik rumah.. barang ni untuk my work nanti.. Hafiz ada join satu art competition.." balas Hafiz..

"nak keluar dengan aku jom? kau takde apa-apa kan nak dibuat lepas ni? just nak balik rumah? kau temankan aku, then aku hantar kau balik.." pelawa Amir..

"hurmm.. tak pe lah.. ada orang nak jemput Hafiz.. Hafiz tengah tunggu orang sebenarnya.." 

"alaa.. kita baru je jumpa lagi.. dah lama kot tak jumpa.. jom lah temankan aku.. kau cakap lah kat orang tu, kata nak keluar dengan kawan.. kau jangan risau.. nanti aku boleh hantar kau balik.." desak Amir..

Hafiz mula rasa tak sedap hati untuk tolak ajakan Amir itu.. 

"jom lah.. jom lah.." Amir masih lagi mendesak..

"errmmm.. tapi nak pergi mana?" tanya Hafiz

"ada lah.. kau teman kan aku je.. kita pergi dinner sama-sama.. macam mana? nak tak?"

Hafiz hanya diam.. dia tahu yang Amir ni jenis yang mendesak sikit.. nak tolak perlawaan tu takut kecil hati lah pula.. lagi pun memang dah lama mereka tak berjumpa.. dia pun sebenarnya macam hampir terlupa pasal Amir.. tak fikir langsung pun pasal Amir sepanjang mereka tak berjumpa sebelum ni..

"okay lah.. but Hafiz kena beri tahu abang Ihsan dulu.." balas Hafiz..

"owh.. so, Ihsan lah yang nak jemput ambil kau?" tanya Amir..

"ha ah.. kita orang dah tinggal bersama sekarang.. jap ye.. aku nak beri tahu abang Ihsan kata tak payah ambil.." kata Hafiz...

lalu Hafiz pun mendial nombor telefon Ihsan..

"hello.. abang Ihsan kat mana sekarang?" tanya Hafiz..

dalam panggilan, Ihsan membalas, "sorry Hafiz.. aku still dalam kereta.. stuck kat jalan raya.. trafik tak elok lah.. tak lama nanti akan sampai lah.. Hafiz kat mana? dah kat Central Station dah?"

"ha ah.. dah sampai sini.. hurmm.. Hafiz nak cakap something ni.. sorry tiba-tiba cakap macam ni.. Hafiz nak keluar dengan orang.. " kata Hafiz tanpa menyebut orang yang keluar dengan dia adalah Amir.. mata Hafiz mula menjeling ke arah Amir.. "jadi.. sorry lah tiba-tiba cakap macam ni.. abang Ihsan tak payah lah datang jemput Hafiz.. kawan Hafiz nanti kata nak hantar balik.."

"owh.. okay.. jangan balik lewat sangat tau.. apa-apa hal nanti call aku.." balas Ihsan..

"sorry abang Ihsan.." 

"eh.. tak pe.. jaga diri elok-elok okay.." balas Ihsan lagi..

perbualan terhenti.. Hafiz mula memandang wajah Amir..

"so.. nak pergi mana?" tanya Hafiz..

"kita pergi masuk kereta aku dulu.. simpan barang-barang kau.. nanti kita borak dalam kereta.." kata Amir..

Hafiz hanya menurut.. kedua-dua mereka mula menuju ke tempat letak kereta.. setelah mereka masuk ke dalam kereta, Amir mula pandang wajah Hafiz..

"so, kau dengan Ihsan lah sekarang?" tanya Amir..

"ha ah.. jadi housemate.. abang Ihsan yang pinta macam tu.." balas Hafiz..

"so, dia terima kau lah?" tanya Amir lagi..

Hafiz hanya mendiamkan diri.. pandang wajah Amir..

"korang dah jadi couple ke apa?" tanya Amir lagi..

"hurmm.. tak lah macam tu.. just tinggal sama-sama je.. takde apa-apa hubungan pun.."

"tapi, kalau dah tinggal sama-sama tu takkan lah takde apa-apa hubungan kot.. dia terima kau tak?"

sekali lagi Hafiz hanya mendiamkan diri.. wajah mereka saling berpandangan..

"abang Ihsan tu complicated sikit.. Hafiz tak tahu lah nak kata macam mana.. Hafiz rasa dia still ada hati kat orang yang dia suka dulu.. kalau nak tahu, orang yang abang Ihsan dulu tu tiba-tiba muncul balik.. sekarang ni actually orang tu tinggal kat rumah kita orang.." balas Hafiz..

"owh.. interesting.. jadi kau macam ada cemburu ke apa?" tanya Amir lagi mula ingin tahu akan cerita Hafiz..

"hurmm.. a bit lah, mungkin.. but Hafiz faham, abang Ihsan tu bukannya nak terima orang.. kalau dia ada hati kat orang tu, bukannya dia nak terima macam nak berkapel ke apa.. macam sekarang.. even orang yang abang Ihsan pernah suka dulu tu datang balik, Hafiz tak rasa pun yang abang Ihsan nak dapatkan orang tu semula walaupun mungkin dia still ada perasaan kat orang tu.. macam.. suka, tapi tak lah nak kapel-kapel ni.." 

"jadi kau rasa macam mana?"

"rasa apa pula?"

"kau tak cuba nak rebut hati dia ke? rasa orang yang dia suka tu macam satu penghalang ke?"

"takde lah macam tu.. orang yang dia suka tu okay je.. baik orangnya.. Hafiz dah kenal dah abang Ihsan tu macam mana.. dia tu complicated orangnya.. macam tak nak involve dengan hubungan perasaan ni, walaupun mungkin sebenarnya dia ada hati kat seseorang.."

"owh.. okay.. so, in conclusion, memang takde apa-apa hubungan lah.. okay.. kesian kau.. jadi skandal aku balik nak, macam mana?"

Hafiz terdiam..

"ermm.. tak nak lah abang Amir.. Hafiz tak buat dah benda-benda macam tu.." balas Hafiz..

"seriously? sejak bila pula kau jadi macam ni?" tanya Amir..

"sejak tinggal dengan abang Ihsan.."

"sebab dia minta kau macam tu?"

"hurmm.. lebih kurang lah.."

"owh.. okay.. interesting.."

"so.. nak pergi mana sebenarnya?" tanya Hafiz..

"cari tempat makan dulu, then lepas tu pergi tempat lain.."

"owh.. okay.."




*         *         *



sekitar pukul 8.45 malam.. Hafiz dan Amir baru sahaja selesai makan malam di sebuah restoran.. sekarang ini, mereka berdua sedang berjalan bersama-sama di sebuah pusat membeli belah.. agak lama juga mereka berdua tak keluar bersama.. sebenarnya Hafiz dah kenal lama dengan Amir.. dengan sikap Hafiz yang dulunya agak liar sedikit, dia memang memiliki banyak kenalan PLU.. banyak kenalan PLU dia kenal melalui kenalan sendiri.. bila dah kenal dengan seorang PLU lain, maka akan mula kenal lagi dengan PLU yang lain.. bagaimana dia kenal dengan Amir adalah ketika dia berada di sebuah kelab malam gay di pusat bandar.. kenal melalui kenalan.. kawan Hafiz juga adalah kawan kepada Amir.. jadi, dari situ lah bagaimana mereka boleh kenal satu sama lain.. tambahan pula, Hafiz memang kerap sangat mengunjugi kelab malam gay itu dulu.. memang sudah menjadi aktiviti kegemaran Hafiz.. hampir setiap minggu akan mengunjugi tempat-tempat sebegitu..

"Hafiz, kau kata kau ada join satu art competition kan? "sambil berjalan, tiba-tiba Amir bertanya satu soalan..

"ha ah.. kenapa? keluar bandar siang tadi pun sebab benda ni lah.." balas Hafiz..

"so, bila tarikh nak exhibit semua?" tanya Amir lagi..

lalu, Hafiz pun memberi tahu bila tarikh dia patut pamerkan hasil karya dia, di mana tempat pameran.. dah semakin dekat dah.. jadi memang dia nak fokus untuk siapkan..

"owh.. so, salah seorang yang aku kenal pun join art competition yang sama dengan kau lah.." kata Amir..

"really? kebetulan pula.. dia mesti terer melukis kan.." balas Hafiz..

"hurmm.. pandai juga lah.. actually, dia adalah ex-boyfriend aku.." kata Amir lagi..

"ex-boyfriend yang mana satu? abang Amir ada banyak sangat ex-boyfriends.. ke ni yang terbaru?"

"ni perli aku ke apa?"

"hahaha.. reality macam tu lah kan.. abang Amir asyik tukar pasangan je.. bukannye nak stick pun.."

"Saiful namanya.. kenal? maybe kau tak kenal kot.. tak pernah jumpa.."

"hurmm.. tak kenal rasanya.."

"kau memang tak kenal pun.. aku just rasa geram sikit pasal dia ni.." kata Amir yang mula bernada geram..

"marah pasal apa?"

"kau nak tahu tak, dia buat satu potret.. dan aku tak suka dia buat potret tu.."

"potret siapa? his new boyfriend?" Hafiz mula mengagak..

"tak lah boyfriend dia pun.. but senang kata aku tak suka potret orang tu.. rasa nak musnahkan je lukisan dia tu.." balas Amir yang mula berasa geram..

"so, cemburu lah ni? ermmm.. jadi, abang Amir musnah kan tak?"

"tak.. kalau ikut hati memang lah macam tu.."

"owh.. tak sangka pula.. apa yang Hafiz kenal dengan abang Amir ni, Hafiz fikir, for sure abang akan musnah kan.."

"tak tahu lah.. aku just tak boleh nak buat macam tu.. but aku memang tak suka tengok potret tu.."

"kenapa? biasanya abang Amir kalau tak suka, akan buat cara tak suka.."

"ada benda jadi kat dia.. and aku just tak nak dia buat benda bodoh ke apa.. or something bad berlaku kat dia.. so, aku tahan je lah daripada nak musnah potret tu.."

"wow.."

"apa nye yang wow?"

"Hafiz just fikir yang abang Amir tak seperti yang Hafiz kenal.. jadi abang Amir still sayang kat dia lagi lah kan?"

Amir hanya mendiamkan diri.. dia alihkan pandangan daripada memandang wajah Hafiz.. tak lama selepas itu kedua-dua mereka mula tiba di tempat letak kereta.. masuk, lalu masing-masing memasang tali kaledar.. 

"so, nak pergi mana sekarang? Hafiz tak boleh nak keluar sampai lewat sangat lah.. nanti abang Ihsan marah.." kata Hafiz..

"kenapa kau nak ikut sangat apa yang Ihsan tu cakap? dia kata jangan balik lewat, then kau nak ikut juga.. kalau dia nak marah kau, biar lah dia nak marah.. apa hak dia untuk kongkong kau? apa hak dia untuk arah itu, arah ini? dia siapa? BF kau? kau pun kata yang antara kau dengan dia takde apa-apa hubungan kan.. so, kenapa kau nak dengar kata dia? dia siapa? kau dan dia takde apa-apa hubungan pun kan?" tiba-tiba Amir mula bernada tinggi..

Hafiz hanya mendiamkan diri.. takut tengok wajah Amir yang tiba-tiba angin tak elok..

"jom.. kita pergi Apollo.. malam ni ada event menarik.." kata Amir merujuk kepada Apollo, iaitu salah sebuah kelab malam gay terkenal di kota raya itu..

"Apollo? tak nak lah.. Hafiz tak nak pergi.."

"apasal tak nak pergi? bukan tempat favorite kau ke? kenapa? sebab Ihsan tak suruh pergi?"

Hafiz hanya mendiam kan diri..

"okay.. jadi memang betul lah kan sebab Ihsan suruh jangan pergi.. so, apa benda lagi yang dia suruh kau jangan buat? jadi sebab ni lah dah lama tak nampak batang hidung kau kat mana-mana kelab, sebab Ihsan tak suruh pergi?"

seperti biasa, Hafiz hanya mendiamkan diri..

"aku pelik lah.. kenapa kau nak patuh sangat dengan dia? kau bukannya BF dia pun untuk nak kongkong kau.. so, dia takde hak pun untuk buat macam tu.."

"tak boleh lah abang Amir.. Hafiz dah janji dengan abang Ihsan untuk tak pergi tempat macam tu lagi dah.."

"janji? bukannya dia tahu pun kalau dia pergi.. kau kata kau kenal aku kan.. so, kalau aku kata pergi.." Amir pandang Hafiz dengan pandangan mata yang tajam.. "..jadi nak tak nak kau kena ikut aku juga.." lalu terus Amir tekan minyak.. kereta mula meninggalkan tempat letak kereta tersebut..

Hafiz mula berdebar-debar.. tak boleh nak lari ke mana-mana.. terkurung di dalam kereta yang dipandu oleh Amir..

"kau tak payah nak risau.. Ihsan takkan tahu kalau takde sesiapa yang beri tahu kat dia.." kata Amir sambil memandu kereta.. "have fun okay! have fun! macam tak biasa pula.. bukan tempat tu tempat favorite kau ke?" Amir pandang Hafiz..

"tak boleh lah abang Amir.. serius tak boleh.. please.." rayu Hafiz..

"apasal kau takut sangat ni? Ihsan tu bukannya tahu pun.. dia takkan tahu kalau kau tak buka mulut.."

kereta mula dipandu semakin laju.. Hafiz mula semakin takut.. dia tahu dengan Amir ni susah sikit.. kalau dia paksa, memang susah nak tolak.. 

"okay.. aku tanya kau something.." kali ni tiba-tiba nada Amir seperti normal sedikit..

Hafiz pandang Amir yang sedang menghalakan wajahnya memandang ke hadapan..

"kau suka kat Ihsan kan?" tanya Amir..

Hafiz hanya mendiamkan diri..

"kau ikut apa yang dia nak.. kau beri apa yang dia nak.. but, kau buat macam tu, kau dapat tak apa yang kau nak dari dia?" pada saat ini kereta yang dipandu oleh Amir berhenti di saat lampu telah pun bernyala warna merah.. wajah Amir memandang tajam ke arah wajah Hafiz.. "aku just tak rasa ianya adil untuk kau untuk terus jadi macam tu.." kata Amir lagi..

Hafiz hanya kaku.. tak mampu nak berkata apa-apa..

"I hate this! I really hate this! kenapa aku still nak follow apa yang dia nak? aku tak dapat apa pun yang aku nak daripada dia!" kata Amir yang tiba-tiba jadi emosi..

Hafiz kaku.. takut tengok Amir yang tiba-tiba emosi..

lampu trafik mula bernyala warna hijau.. lantas, Amir pun mula memandu kereta semula..

dalam lima minit selepas itu, akhirnya mereka sampai ke tempat kelab malam yang dituju.. Amir telah pun keluar dari kereta.. namun Hafiz masih lagi tercegat tidak berganjak keluar.. dia pandang akan papan tanda kelab malam yang disinari dengan lampu neon.. hatinya mula berdebar-debar.. ada sesuatu memori mula teringat semula pada permikiran..

"kau nak keluar ke nak aku paksa keluar.. jangan fikir untuk terlepas nak melarikan diri pula.. aku nak berseronok ni.. kau jangan nak kacau mood aku!" tengking Amir dari luar kereta..

"kalau abang nak pergi, abang Amir pergi lah.. Hafiz tak nak dah pergi tempat macam ni.. abang pergi lah.. Hafiz tunggu dalam kereta.. Hafiz janji, takkan lari.."

"kenapa tak nak? kita dah sampai pun.." kata Amir..

"sebab.." Hafiz terdiam.. dia pandang lagi pada papan tanda kelab malam itu..

dalam fikiran Hafiz mula terimbas semula apa yang telah berlaku sebelum ini.. di kelab malam ini juga lah semuanya telah terjadi..

"minum ni.. kalau abang berani..."

kata-kata itu mula terimbas semula..

"Hafiz tahu abang tak pernah minum benda ni.. sentuh tin dia pun rasanya tak pernah kot.. kalau abang berani habis kan semua, minum air syaitan ni, then Hafiz kata okay.. Hafiz akan follow semua yang abang cakap kan itu.."

dan.. semuanya terus terimbau semula..

takkan dia melupakan apa yang telah terjadi pada malam itu.. asalnya memang sekadar untuk suka-suka.. sebab dia fikir, Ihsan takkan buat apa yang dia suruh itu.. tapi..

"then.." Ihsan mula mengambil satu tin.. "this is our agreement.." dia mula membuka tin tersebut.. lantas terus meminumnya..

Hafiz terdiam.. memori lama itu tergiang semua.. di tempat ini lah ianya berlaku.. di saat dia telah membuat 'perjanjian' dengan Ihsan.. dia tidak sangka yang Ihsan akan minum air syaitan itu.. dia kata begitu sebab dia ingat Ihsan memang tak kan berani minum.. tapi, Ihsan minum juga.. sesuatu yang dia tidak sangka kan.. dan membuatkan dia menyesal kerana membuatkan Ihsan sentuh air syaitan itu semata-mata kerana tawaran bodohnya.. dia tahu, Ihsan bukan orang yang liar seperti dia.. tak pernah dia terfikir yang Ihsan buat macam tu hanya kerana dirinya..

"this is our agreement.." kata Ihsan lagi lalu membuka tin yang baru.. "for you, to be a better person.."

habis sekali teguk, lalu Ihsan terus mengambil tin yang baru...

terdiam.. Hafiz mula memejamkan mata.. dia menyesal kerana buat permitaan bodoh macam tu.. dia menyesal kerana permintaan bodoh dia itu, Ihsan sanggup buat.. sesuatu yang Ihsan takkan pernah buat.. tapi.. ianya adalah kerana dirinya.. Ihsan buat kerana dirinya.. Ihsan mahu dirinya berubah.. dan kerana itu, Hafiz berjanji, yang dia takkan buat perkara bodoh lagi.. dia ambil apa yang dah jadi sebagai satu 'pengorbanan'.. satu janji, yang dia tak nak musnahkan.. 

"arghh! ni yang kacau mood aku.. orang nak berseronok, budak ni spoil mood aku betul lah.. keluar cepat! have fun sama-sama!" Amir tengking lagi..

"kalau abang Amir nak pergi, pergi je lah.. jangan lah paksa-paksa!" nada Hafiz naik sedikit

"owh.. dah pandai melawan sekarang.. okay tak pe..." lantas Amir mula masuk dalam kereta.. dia mula memasang semula tali kaledar.. 

Hafiz hanya pandang Amir.. dalam hatinya berasa pelik sedikit, kenapa Amir tiba-tiba masuk kereta, tak nak paksa dia lagi..

"okay.. rumah kau kat mana sekarang?" tanya Amir.. nada mula seperti normal..

Hafiz hanya terdiam, memandang Amir..

"kau kata nak balik kan? so, aku nak hantar kau balik lah.." kata Amir..

Hafiz masih terdiam.. mula ragu-ragu dengan sikap Amir yang tiba-tiba mengalah..

"cakap lah cepat.. kau tunjuk jalan.. elok lah, aku dah mengalah ni nak hantar kau balik.."

masih terdiam..

"sejak bila kau bisu ni?! orang nak hantar balik, dah bisu bisu pula!" nada suara Amir terus naik..

Hafiz dah mula kecut perut.. perlahan-lahan dia mula sebut nama tempat dia tinggal..

"kan elok cakap.. takde aku nak tengking-tengking.. so, kau dan Ihsan tu dah tinggal kat tempat tu lah ye?" tanya Amir..

"ha ah.." jawab Hafiz sepatah..

Amir mula menghidupkan enjin kereta.. kemudian tak lama selepas tu, kereta mula bergerak lalu meninggalkan kelab malam tu.. sepanjang pejalanan Hafiz hanya curi-curi pandang wajah Amir.. dalam hati dia sebenarnya mula rasa takut dan ragu-ragu dengan Amir.. dia dah lama kenal dengan Amir.. perangai baik dia.. perangai buruk dia.. biasanya Amir ni bukan jenis yang mengalah.. mungkin ada sesuatu benda yang tersembunyi yang dia tak ketahui apa yang Amir sembunyi kan..

suasana sunyi seketika.. Amir hanya fokus memandu memandang ke hadapan..

"abang Amir..." tiba-tiba Hafiz mula buka mulut..

"ye.. kenapa?" balas Amir sambil wajahnya masih lagi memandang ke cermin kereta..

"kita kawan kan?" kata Hafiz lagi..

Amir mula pandang Hafiz.. dia tak cakap apa-apa.. keningnya berkerut...

"ermmm.. ermmm.. Hafiz just nak cakap sorry.."

Amir tak cakap apa-apa.. tekun memandu..

"ada benda yang Hafiz tak nak buat dah.. dan pergi tempat tu adalah salah satu daripada nya.." luah Hafiz..

"sebab Ihsan tak benar kan? and kau just nak follow je? Ihsan tu siapa? bukan BF kau pun kan? apa hak dia nak kongkong kau?" nada Amir dah mula berubah sedikit..

"ya.. sebahagian daripadanya adalah disebabkan abang Ihsan juga.. but Hafiz fikir ianya untuk kebaikan Hafiz.."

"oh.. jadi kau budak baik lah sekarang? bagitu?" Amir pandang wajah Hafiz, tajam..

"tak juga kata macam tu.. but Hafiz pun fikir yang buat benda macam tu adalah tak elok.. Hafiz pun rasa nak berubah kepada sesuatu yang lebih baik.." kata Hafiz..

"nak berubah konon.. kau tu hanya terikat dengan Ihsan tu.. sebab kau suka kat dia.. then dia pergunakan perasaan kau untuk kongkong kau.. dia hanya ambil kesempatan kat kau.. sebab kau akan follow kata-kata dia.. sebab kau suka dia.." balas Amir yang tiba-tiba beremosi sedikit..

"takde lah macam tu.. " balas Hafiz..

"kau tak payah nak ikut apa yang Ihsan tu suruh.. kau ikut, kau dapat apa? tak dapat apa-apa pun kan? kau nak dia, but dia tak balas pun perasaan kau.. sebab dia tahu kau suka kat dia, then dia mempergunakan perasaan kau kat dia tu untuk tunduk kat dia.."

"tak.. bukan macam tu..." balas Hafiz lagi..

"hahahaha.." tiba-tiba Amir ketawa..

Hafiz hanya pandang Amir.. sedikit berasa pelik melihat Amir yang tiba-tiba ketawa.. 

"Hafiz.. Hafiz.." Amir tersengih.. dia mula pandang Hafiz sambil mula tersenyum sinis..

Hafiz kecut perut.. takut melihat senyuman sinis Amir itu.. lalu selepas itu Amir mula diam.. dia hanya terus memandu kereta.. suasana menjadi sunyi seketika.. sehingga lah mula sampai di kawasan tempat Hafiz tinggal.. 

"dah sampai dah.. so, ni lah tempat tinggal kau sekarang?" tanya Amir..

"ha ah.." balas Hafiz sepatah.. "thanks sebab hantar balik.."

"Ihsan ada kat dalam?" tanya Amir lagi..

"tentu lah ada.. thanks sebab hantar"

baru nak membuka pintu kereta, Hafiz mula ditahan oleh Amir.. 

"jangan keluar dulu.." Amir pegang tangan Hafiz..

kedua-dua mereka mula berpandangan..

"kau kata, pergi kelab malam tu adalah salah satu perkara yang kau tak nak buat lagi dah.. dan semuanya sebab Ihsan suruh macam tu..." kata Amir..

diam.. Hafiz hanya memandang Amir..

"Aku nak kau pergi tempat tu esok.. walaupun kau tak nak pergi, but aku nak kau pergi.. aku akan tunggu.. kalau tak nampak batang hidung kau.." tiba-tiba Amir mula menunjukkan sesuatu dalam telefon bimbitnya.. "kau tahu yang kau takkan bebas daripada aku.." Amir pandang wajah Hafiz tajam.. dia memperlihatkan lagi sesuatu yang ada dalam bimbitnya itu.. kemudian, perlahan-lahan Amir mula tersenyum sinis..

"aku nak sesuatu daripada kau.. but not today.. lepas kau datang esok nanti, kau akan tahu lah.. kau akan datang.. dan itu sudah semestinya" kata Amir lagi..

Hafiz mula berdebar-debar..

"okay.. selamat malam.." kata Amir tersenyum..




*          *         *



sekitar pukul 12 malam.. niat Amir untuk pergi bersuka ria di kelab malam gay pada hari ini mula terbantut.. lepas dia hantar Hafiz balik, dia fikir dia nak pergi ke kelab malam itu semula.. namun tiba-tiba dia bertukar fikiran.. ketika sedang memandu, dia mula menukar arah ke jalan yang berlainan.. mula meninggalkan kota raya, dan kini mula berada di kawasan perumahan.. 

kereta yang dipandu sampai di sebuah kawasan rumah pangsa.. Amir meletak kereta di kawasan yang disediakan.. lantas, perlahan-lahan dia mula menaiki rumah pangsa itu menunggu ke satu tingkat.. keadaan di sekeliling sangat sunyi.. hanya ada terlihat kelibat Amir.. berjalan dan terus berjalan, sehingga lah sampai di satu pintu rumah.. Amir menyeluk poket seluar mengambil kunci rumah.. pintu rumah dibuka, lalu Amir terus masuk ke dalamnya..

keadaan dalam rumah masih lagi terpasang lampu.. agak sunyi.. kipas di siling ruang tamu juga masih lagi berputar laju.. keadaan di dalam ruang tamu itu agak tidak terurus.. ada banyak peralatan melukis yang berselerak di atas lantai.. kertas surat khabar yang tercalit dengan cat pewarna juga bertaburan.. di satu sudut, kelihatan satu susuk tubuh seorang lelaki yang sedang duduk.. lelaki itu sedang terlena dalam posisi sedang duduk.. tangannya masih lagi memengang berus lukisan.. melihat keadaan orang itu, Amir berhenti seketika untuk memerhatikan.. Amir tarik nafas.. perlahan-lahan Amir mula masuk ke dalam bilik.. diambilnya selimut, kemudian kembali semula ke ruang tamu.. Amir mula mendekati lelaki itu.. berus lukisan yang dipegang lelaki itu diambilnya perlahan-lahan lalu diletakkan pada satu bekas.. 

"Saiful.. bangun.." Kata Amir perlahan-lahan juga mengejutkan lelaki itu... tapi lelaki itu masih lagi terlena..

Amir mula mengeluh.. kemudian, dengan perlahan-lahan dia cuba memimpin tubuh Saiful untuk dibawa ke arah sofa yang berdekatan.. dibaringkannya Saiful di atas sofa itu..

"kalau nak tidur pun, tidur lah atas sofa ni.." bisik Amir.. 

kemudian dia mula menyelimuti tubuh Saiful dengan selimut yang diambilnya tadi.. dia pandang wajah Saiful yang keletihan.. jarinya mula mengusap wajah Saiful yang penuh dengan janggut dan misai yang sudah lama tidak dipotong.. lalu bibir Amir mula tersenyum sedikit.. untuk seketika, Amir duduk di sebelah Saiful yang sedang terbaring.. wajah Amir masih terus memandang wajah Saiful..

tak lama selepas itu, Amir mula bangun mula mengemas keadaan ruang tamu yang tidak terurus itu.. berus-berus yang bertaburan, diletakkan pada satu bekas.. botol cat pewarna yang terbuka, ditutup dengan penutup.. kertas surat khabar yang bertaburan di lantai juga dikemaskan.. dalam hati Amir mula mengeluh..

"setiap hari, macam ni lah.. aku juga yang kemas..." bisik hati Amir..

setelah semuanya dikemaskan, Amir mula memandang pada satu papan lukisan.. dia tatap lukisan itu tajam.. hatinya mula berasa beremosi bila pandang lukisan itu.. dia mengepit bibir, dahinya sedikit berkerut.. 

"tak tahu lah kenapa aku still tak musnahkan lukisan ni.." bisik hati Amir lagi..

lalu perlahan-lahan dia mula memusingkan papan lukisan itu pada arah lain..













33 comments:

  1. Yeayyy amir muncul... -,- tpi aku rindukan fahri dan shahir..lalala~

    ReplyDelete
    Replies
    1. part yg ni ada kesinambungan utk jln cerita.. so, kali ni citer pasal dr point of view watak lain pula.. apa2 pun memang akan ada kaitan pd the next chapter..

      Delete
  2. Mintk sangt jgn terlalu lm update. Btw tahniah menarik juga episod ni..... amir jgn la jahat sangt hehee.. btw setuju kata amir ttg kongkongan ihsan terhadap hafiz..... perasaan hubungan sperti di pergunakn ihsan

    ReplyDelete
  3. Ok best.. Tp rindu at shahir .. Huhu

    ReplyDelete
  4. nak fahri dengan saiful..

    ReplyDelete
  5. Gaya bahasa kaw tu cube lha jgn skema sgt, watak yg jahat lgsung x trserlah klaw bhase hambar mcm tu je.boleh brubah mood pmbaca.

    -h

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually watak jahat dalam citer ni bukan lah sejahat yg disangka..

      Delete
  6. Assalamualaikum abg putera..terima kasih sbb kitak polah novel tok. Seriusly kmk suka baca sbb novel tok lain drpd novel plu lain. Nang feeling bebenar and terkesan dlm jiwa kmk. The main reason kmk suka novel unspeakable love sbb story line nya bukan sbb sex semata2. Lebih kpd kehidupan plu yg sedaya upaya melawan kehendak nafsunya. Byk pengajaran kmk dpt dr novel tok.. Mun la wujud kwn kdak shahir or ihsan, hurmm. Btw, welcome back to swk, soon. (P/s; kmk 23 thn, xtauk umo ktk brp, & hrp kitak x gelik kmk guna "kmk kitak" sbb kmk assume abg tok tua dr kmk.

    ReplyDelete
  7. It was good story...

    ReplyDelete
  8. Harap sgt ending novel ni nanti something yg boleh jadi contoh/pengajaran/tauladan buat PLU yg struggle mcm Fahri yang tetap berjuang utk melawan nafsu songsang..Aku sedikit sebanyak dpt relate kan diri aku dengan Fahri..

    ReplyDelete
  9. Bro..such a good story you writing..good author.. my imagination just come alive every time i'm reading each chapter..
    Just hope that u may post the next chapter and won't end it here..im worried now. Hehe..
    Dont stop writing! Cause you are veeery talented! <3

    ReplyDelete
  10. harap ceta ni ada penghujung...

    ReplyDelete
  11. Sy jmpe blog nie 2 hari lpas.. mule2 bace rase bosan skit.. but lame2 rase best plak.. sy bkn pminat novel cnta tapi sy suke bace crita nie.. x sbar nk tau ending dye mcm mne.. cnta sy pun unspeakable love jgk tapi sy heterosexual love..
    _eza_

    ReplyDelete
  12. ada sambungan x?

    ReplyDelete
  13. Suka sekali ceritanya, ditunggu kelanjutannya.

    Fans from indonesia (fahar)

    ReplyDelete
  14. weyhhh..mane smbungan nyer ni weyhh ???? da brjanggut aku tunggu ... ape laaah,..

    ReplyDelete
  15. Apa citer.sunyi je

    ReplyDelete
  16. sampai episod 36 jew kew..? xd sambungan ehh...?
    tetiba minat plak cerita2 camnie. heee

    ReplyDelete
  17. Eh memang tergantung macam ni ke?... last year lg saya tunggu sambungan story ni..

    ReplyDelete
  18. bila sambungan crite ni keluar,...
    best giler crite ni,...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,apa sambungan cerita ni? x kn tergantung macam tu je?saya harap akan Ada sambungan nya..btw this is best story☺

    ReplyDelete
  20. hi, putera...where r u....im dying waiting for your story... please snap out of your memory and write the next episode will ya..??

    ReplyDelete
  21. Please...waiting for the next chapter...sia2 je kalo tak disambung smpi habis.ramai yg tgh tggu kesinambungan

    ReplyDelete
  22. Tetiba minat pulak citer cmni..xde smbungan ke?? Kalo bole suggest nk fahri dgn saiful SBB dia sweet..he he,kalah gula tumpah selori..

    ReplyDelete
  23. Dah sekitar 4 tahun citer ne... 4 tahun juga la baru aku teringat balik nak baca.. tp penulis x sambung2 lg rupanya..

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. dah mati kot penulis cite ni xda sambung

    ReplyDelete
  26. im waiting for the next part������

    ReplyDelete
  27. hmm...for sure...still waiting...

    ReplyDelete
  28. next pls.. putera x sambung lagi ke?

    ReplyDelete