Tuesday 22 January 2013

Unspeakable Love -Part 12 & 13-





Part 12 : Love, to Forget


tiga tahu dahulu ketika aku bersama Ihsan, ada begitu banyak kenangan yang telah kami cipta bersama.. tidak kira lah memori yang manis ataupun yang pahit.. ketika aku gembira, Ihsan turut bersama meraikan kegembiraan itu.. tatkala aku bersedih, Ihsan hadir untuk mengubati luka di hati.. Ihsan lah sinar kebahagianku namun dia juga yang selalu melukakan hati aku..

biar pun begitu, aku tidak kisah dengan segalanya.. kebahagiaan yang dia cipta ataupun kesedihan yang telah dia berikan kepada aku, semuanya telah mengukuhkan lagi ikatan hubungan antara aku dan Ihsan.. dia menceriakan aku, hati ini semakin dekat kepadanya.. dia melukakan hati aku, perasaan ini juga semakin dekat kepadanya.. kami mula memahami antara satu sama lain.. aku mula mengerti akan perbezaan antara aku dan Ihsan dan belajar untuk menerima dirinya.. biarpun perit dia berikan namun aku percaya akan hubungan kami berdua biarpun ia sekadar satu 'undefined relationship'.. tapi aku tetap percaya diriku ada di ruang hatinya..

aku tidak peduli..

kerana aku ingin cipta kenangan bersama dirinya...

tapi..

aku kerap kali menangis ketika dia tidak lagi bersama dengan aku.. dia meninggalkan aku dengan memori yang telah lama kami cipta bersama.. dia mahu aku lupakan segala memori itu..

"dengar sini Fahri.." Ihsan berkata kepada aku..

kedua-dua mata kami saling bertentangan.. dia memandang aku dengan pandangan mata yang serius.. tangannya, kedua-duanya memegang bahu aku..

"aku akan pergi dari sini.. tempat yang sangat jauh.. tempat yang kau tak akan dapat menemui aku... dan bila tiba masanya nanti, aku minta pada kau satu perkara.." Ihsan mula mendekati aku lalu mula berbisik, "aku harap segala kenangan antara kita berdua, kau akan dapat lupakan.."

aku tergamam.. aku memandang wajahnya mahu meminta penjelasan mengapa dia berkata sedemikian rupa..

"semakin lama aku dengan diri kau, semakin kuat ikatan kita berdua.. dan ia membuatkan aku semakin rasa bersalah..." kata Ihsan lagi..

melupakan kenangan? bagaimana mungkin aku boleh memadamkan segala memori yang telah tercipta antara kami berdua?? dia, Ihsan telah menyentuh hati aku.. dia telah mengambil hati aku.. dan kini dia minta apa yang telah kami cipta bersama agar dilupakan begitu sahaja.. tentu sekali tidak semudah itu.. hati ini telah dibawanya pergi.. perasaan aku telah diambilnya..

ianya sakit.. 

itulah yang hanya aku mampu katakan.. melupakan kenangan itu sangat menyakitkan.. dia cipta memori.. dan kini, dia tinggalkan aku bersama kenangan yang aku tidak dapat lupakan tentang dirinya.. dia buat aku gembira, dia juga buat aku kecewa.. tapi semuanya telah mewarnai kehidupan aku.. segala pahit manis itu membuatkan hidup aku lebih bermakna..

aku tidak mahu melupakan kenangan itu..

sampai bila-bila pun, memori ini akan tetap di ingatanku..



*          *         *


"Fahri, kau buat apa tu?" tanya Shahir kepada aku..

"tengah merakam video.. saje nak test telefon baru lah katakan.." kata aku sambil merakam video Shahir yang sedang duduk bersarapan di depan aku.. Samsung Galaxy S3, pemberian Saiful.. macam best je guna telefon ni..

"ok.. tapi, takkan lah nak rakam video aku tengah makan?" kata Shahir yang sedikit kekok..

aku hanya tersenyum tidak berkata.. aku masih lagi menghalakan telefon bimbit aku ke arah Shahir untuk merakamnya.. 

pada pagi ini kami bersarapan dengan sedikit kuih.. cucur udang dan karipap yang telah disediakan oleh pembantu rumah Shahir.. tapi aku langsung tak menjamah sedikit pun makanan tu.. terlalu leka merakam video Shahir tengah makan..

Shahir hanya memandang aku, tidak berkata apa-apa.. mukanya sedikit kekok, macam malu-malu bila dirakam oleh aku.. sekali-sekala dia tersenyum sambil memandang telefon bimbit aku yang sedang merakam gelagatnya. aku pula hanya memandang pada skrin telefon bimbit.. terpesona seketika dengan senyuman manis Shahir itu..

"kualiti video agak bagus lah untuk telefon bimbit.. " kata aku lalu memandang wajah Shahir..

Shahir hanya terdiam dan terus tersenyum..

"nyanyi lah satu lagu, Shahir.. hehe" kata aku..

"haha.. malu lah.." muka Shahir mula bertukar merah..

"alah.. nak malu apanye? kat kolej kita kau suka menyanyi kat bilik mandi.." aku tersenyum ke arah Shahir..

memang begitu lah kebiasaanya.. Shahir suka menyanyi ketika mandi.. suara dia pun agak bagus.. sedap untuk didengar.. tak boleh nak dinafikan.. sebab kadang-kadang dia memang suka menyanyikan satu lagu pada Liyana sambil bermain bermain gitar.. aku pula hanya mendengar, hanyut dengan kemerduan suara Shahir..

"tapi aku perlukan gitar.." tiba-tiba Shahir bersuara..

"idea yang bagus.." kataku ringkas...

Shahir dengan segera masuk ke dalam bilik untuk mengambil gitar miliknya.. bila sudah diambil, dia terus mengajak aku ke luar rumah.. katanya kat dalam rumah tak seronok nak ambil video.. kat luar lah, baru seronok.. katanya lagi kat luar rumah ada kolam mandi.. aku pula hanya menurut..

"nak nyanyi lagu apa ye??" tanya Shahir sambil duduk di atas kerusi...

"apa-apa je.. mana-mana lagu pun sedap didengar kalau kau yang menyanyi.. hehe"

Shahir hanya tersenyum.. begitu juga dengan aku tersenyum sambil memandang wajahnya.. 

"baiklah.. kau dah sedia nak rakam ke? hehe" tanya Shahir..

"bila-bila masa dah sedia.." balasku ringkas.

Shahir menarik nafas sebelum mula memetik tali gitar.. alunan melodi mula kedengaran.. sambil-sambil itu, dia tersenyum memandang aku.. senyuman yang amat manis sekali..





Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu
Cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Shahir terus menyanyi.. Shahir terus kelihatan ceria.. tersenyum manis.. kadang-kadang dia ketawa kecil.. aku pula terus memerhatikan riak wajahnya itu pada skrin telefon bimbit aku..

entah kenapa, tiba-tiba hatiku mula berasa sedih..

Fahri, boleh aku berkata sesuatu?

suara itu kedengaran lagi di hati..

aku nak cakap tentang diri kau dan Shahir..

suara itu terus berbisik di hati..

kau terus nak mengharapkan dirinya ke?? kau ingin dekat dengan dirinya ke, Fahri? 

biar aku jelaskan sesuatu pada kau.. aku takde maksud lah nak kau tinggalkan dia ke apa.. tapi bila sampai masanya nanti, kau pasti akan lepaskannya juga.. tapi, jika saat ini semakin dekat dengan dia, semakin sukar untuk kau nak tinggalkan dirinya nanti..

bila kau bersama dengan dirinya, kau akan cipta satu memori... dan kenangan antara kau dan dia akan mula bertambah.. tapi adakah kau sedar kenangan itu akan menjadi satu ikatan antara kamu berdua? segala memori itu akan menjadi beban bila tiba hari kau nak tinggalkannya nanti..

semakin banyak kenangan tercipta, semakin sukar untuk kau melupakan dirinya...

sedikit air mata mula muncul dari mata aku.. hatiku mula berasa sebak apabila mengingatkan kata-kata Saiful semalam.. selepas Saiful menemui Shahir, dia berkata begitu pada aku.. pandangan matanya serius memandang aku untuk menyedarkan bahawa dunia ini tidak semestinya berlaku dengan apa yang kita inginkan.. benar kata-kata Saiful itu.. sampai masanya nanti pasti aku akan melepaskan Shahir dalam hidup aku..

kenangan itu akan menjadi satu beban.. aku seperti mula faham apa yang Ihsan katakan padaku dahulu.. kerana itu sampai saat ini, memori yang kami cipta bersama berterusan telah menghantui aku.. 

"aku nak simpan video ni untuk kenang-kenangan.." kata aku kepada Shahir selepas semuanya selesai..

"kenapa cakap macam tu?" Shahir bertanya kepada aku..

"takde apa-apa.. sebab nanti bila kita dah graduate, kot-kot dah tak dapat nak berjumpa.. kau tempat lain, aku kat tempat lain.. jadi bila aku teringatkan kawan aku ni, adalah benda yang boleh buat aku ingat.." kataku sambil tersenyum kepada Shahir..

"tak semestinya begitu.. apa kata kalau lepas graduate kita tinggal sama-sama, cari rumah sewa ke.. stay and cari kerja kat bandar ni.. aku pun sebenarnya lagi suka kalau kita still macam dekat-dekat macam ni.. lagi best kalau kita still bersama.. sebab I like you, Fahri.. you are my best friend.." 

Shahir memandang mata aku.. terpancar keikhlasan akan kata-katanya itu.. sebak hati aku mendengar akan apa yang Shahir katakan.. aku mahu menangis namun tetap aku gagahkan jua perasaan aku..

"tak kot macam tu.. sebab aku tak fikir aku nak cari kerja kat bandar ni.. aku nak cari kat negeri aku.. kalau boleh, aku memang teringin sangat nak stay kat sini, but ada satu perkara yang aku harus lepaskan.." 

"apa dia?" Shahir mula ingin tahu..

"satu perkara yang bila aku kumpulkannya, ia akan membuatkan aku terus disakiti.. kerana aku tidak akan pernah dapat memilikinya.."







saat itu pasti akan tiba.. 

tapi.. aku tidak tahu kenapa aku mahu terus mencipta kenangan bersama dirinya..

selagi aku mempunyai kesempatan, selagi aku belum meninggalkan dirinya.. aku hanya mahu terus dekat pada dirinya..

aku begitu takut jika saat itu mula tiba, namun telah aku relakan hati ku untuk menerimanya..

biarpun aku tahu, perasaan ini mahu terus bersama dirinya..








Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu












Part 13 : A Phone Call


sudah dua minggu berlaku setelah cuti semestar akhirnya tamat.. aku seperti biasa mula kembali belajar.. kehidupan mula sibuk dengan tugasan yang perlu disiapkan dengan masa yang singkat.. aku mula sibuk membuat model bangunan aku sebagai medium untuk menyampaikan idea.. sibuk siang dan malam berjaga sambil menghadap pada skrin laptop bekerja dengan software ArchiCAD untuk menyiapkan design bangunan aku.. dan dalam masa yang sama, aku juga sibuk membaca buku untuk dijadikan bahan rujukan untuk esei terbaru.. senang cakap, aku mula serius dalam kehidupan aku untuk mendapat keputusan yang cemerlang pada semestar ini...

Shahir sama seperti aku.. kami sering berjaga malam bersama-sama dan membuat segala tugasan itu sama ada di studio mahupun di dalam bilik sahaja.. air kopi sudah jadi teman yang setia.. semakin kerap kami berjaga malam dengan meminum kopi.. aku tahu kalau terlalu kerap minum, boleh membawa kesan sampingan.. tapi semuanya semata-mata nak mengelak rasa mengantuk agar tugasan yang diberikan boleh disiapkan dengan segera..

entah kenapa sejak aku berjumpa dengan Saiful, aku merasakan ada perubahan dalam diri aku.. soalan Saiful mengenai sama ada aku akan setia menunggu Shahir sebenarnya telah menyedarkan aku.. ia membuatkan aku sedar realiti yang sebenarnya.. semakin lama aku dekat bersama dengan Shahir, semakin beratlah bagi diriku untuk melupakannya nanti.. satu persoalan mengenai memori.. penghujungnya pula, aku putuskan untuk melupakan Shahir setelah tamat pengajian aku di universiti ini.. aku putuskan untuk menjauhkan diri darinya.. namun.. sungguh aku aku begitu keberatan.. aku tidak mahu melepaskan saat aku bersama dengan Shahir jadi sia-sia sahaja.. aku mahu terus berasa dekat dengan dirinya..

dan kerana itu, aku semakin kerap meluangkan masa bersama-sama dengan Shahir.. ini lah semester terakhir aku dan Shahir belajar di universiti ini.. selepas ini, masing-masing akan membawa haluan sendiri.. seperti yang diminta oleh Shahir, dia begitu berharap jika aku tinggal dengan dia.. bersama-sama mencari pekerjaan di kota raya ini.. aku akan menjadi teman serumahnya.. namun seperti yang aku rancang juga, biar lah ini lah kali terakhir aku bersama dengan dirinya..

mungkin aku gila.. tapi seperti yang aku telah katakan.. ianya adalah persoalan mengenai memori.. ikatan itu akan menjadi lebih kuat jika aku terus bersama dengan dirinya.. dan dia yang pasti aku tidak akan miliki akhirnya mahu tidak mahu harus aku lepaskan jua.. dan bila tiba saat itu, hati ini akan terus disakiti.. biar lah aku berhenti dari awal.. biar lah aku pergi menjauhkan diri daripada terus mengikat ikatan perasaan terhadap dirinya.. 

pada saat ini, biarlah aku bergembira dengan dirinya sebelum aku lari dari dirinya buat selama-lamanya..



*          *          *


pada malam hari.. aku sedang menghadap pada skrin komputer riba sedang menaip sesuatu.. Shahir pula berada di meja belajarnya turut melakukan kerja yang sama, menghadap skrin komputer riba sambil jari tengah ligat menaip perkataan pada papan kekunci.. suasana agak sunyi dengan mood yang serius.. kedua-dua kami sedang serius cuba menyiapkan esei bagi tugasan yang diberikan..

semester terakhir.. beban semakin bertambah.. keadaan menjadi lebih sibuk.. kami jarang mempunyai masa untuk bersuka-ria di luar.. kebanyakkan masa dihabiskan sama ada di dalam studio ataupun dalam bilik ini sahaja.. tapi, jujur aku katakan yang aku suka dengan keadaan ini.. Shahir sudah jarang bersukan di waktu petang.. Shahir dan Liyana semakin kurang keluar bersama.. kebanyakkan masa Shahir akan bersama dengan aku.. di studio mahupun di dalam bilik ini.. kerana itu lah aku berasa sedikit gembira bila dia semakin kerap meluangkan masa dengan diriku..

tiba-tiba, telefon bimbit aku berdering..

untuk seketika aku seperti berasa geram pula mendapat panggilan pada malam-malam begini.. tengah aku sibuk menumpukan perhatian aku pada tugasan yang perlu disiapkan, ada pula orang membuat panggilan yang mengganngu konsentrasi aku..

hati ku berasa sedikit mengeluh.. aku melihat pada skrin telefon bimbit Samsung Galaxy S3 itu.. tertera ada nama Saiful..

"salam.." aku mengangkat panggilan itu..

"hi Fahri.. tengah buat apa tu?" tanya Saiful..

"tengah buat kerja sekarang ni.. agak sibuk lah sikit.. oh ya.. ni ada apa-apa ke call aku malam-malam ni?"

baru aku teringat.. sudah lama aku tak berhubung dengan Saiful.. kali terakhir pada tempoh hari bila aku nak pergi bermalam di rumah Shahir.. lepas tu, dia tidak pula cuba menghubungi aku.. dan jujur aku katakan yang aku tak pula terfikir tentang dirinya.. 

"oh ya ke.. takde apa-apa.. saje nak tahu khabar kau.. dah lama kan aku tak contact kau.. hmm.. kau macam mana sekarang.. okay ke? aku tak kacau ke? sorry lah kalau ganggu.." kata Saiful lagi..

"aku okay je.. hmm.. ye lah.. dah lama pula kita tak bercontact.. aku busy.. tapi aku okay je.. tak ganggu pun.." jawabku..

"owh.. ya ke? kalau ganggu aku tak nak kacau lah.. sorry.."

"takde lah.. aku okay je.. serius ni.."

"rasa serba salah lah pula.. hmmm"

"serius lah.. aku okay je.. kalau takde benda nak cakap.. aku tutup.." tegas aku..

dalam hati ini berasa geram lah pula.. aku memang lah busy.. tapi tak sampai hati pula nak lukakan hati Saiful.. mungkin ada benda lah kot dia nak katakan.. kerja aku tu boleh je tangguh jap.. ala, bercakap takkan sampai lah nak berjam-jam.. tak begitu??

"hmm.. saje nak dengar suara kau.. hehe" kata Saiful lalu tergelak kecil..

"tu je? ada-ada je lah kau ni.." 

"takde lah.. just aku terfikir, bila lagi lah kita akan berjumpa ye?" kata Saiful lagi..

"hmm.. tak tahu lah, Saiful.. aku dah makin busy sekarang ni.. ni semester terakhir aku.. kau faham-faham je lah macam mana.. hmm.. tiba-tiba aku terfikir satu benda.. kau sama umur dengan aku kan? kau tak sibuk study ke? sorry lah sebab tak tanya benda ni dulu.."

ye lah.. baru aku perasaan akan hal ni.. Saiful ni masih belajar lagi ke dah kerja? selama ni tak pernah pula aku dan dia bincang tentang hal ni.. tapi yang aku pasti lah, Saiful ni mesti anak orang kaya.. sebab tengok cara penampilannya yang sentiasa segak dan berpakaian mewah.. dah tu, ada motorsikal berkuasa tinggi pula.. dan lagi, boleh pula dia gantikan telefon bimbit aku dengan Samsung Galaxy S3.. mahal tu..

"ye tak ya juga ye.. hehe.. okay.. aku nak cakap lah.. aku tak study lagi.. dah kerja.. tu lah, kalau kau nak keluar dengan aku, boleh juga bawa kau kat tempat kerja aku.. tu pun kalau kau nak lah.."

aku hanya terdiam.. antara sudi ataupun tak sudi.. di sudut lain, aku memang agak sibuk sejak hari-hari ini, but tiba-tiba aku macam curious pula dengan Saiful.. memang betul, banyak perkara tentang Saiful yang aku masih belum ketahui.. orang kata, kita kena berhati-hati dengan orang yang kurang kenali.. tapi atas satu sebab yang aku tak boleh jelaskan, ada di sudut hati aku mengatakan yang aku percaya dengan diri Saiful..

"Fahri, aku takut kau benci aku.. sebab tu aku terus berdiam diri.." Saiful berkata dengan nada yang serius..

"takut? ala.. kau ni.. tak payah risau lah.. aku tak ada pun simpan rasa benci kat kau.. hmm.. actually aku patut ucap terima kasih pada kau lah.." balasku..

"terima kasih? untuk apa?"

dengan nada pelahan aku mula berkata, "persoalan tentang memori.. kata-kata kau tu ada kebenarannya.. jujur aku cakap.. aku ambil serius tentang hal ini.."

Saiful terdiam.. kata-kataku langsung tidak dibalasnya.. aku mula tertanya-tanya, kenapa pula dia ni terdiam? dia sedang fikirkan tentang apa?

"Fahri.. boleh aku bercakap dengan Shahir??" tiba-tiba Saiful bersuara..

"kenapa? ada apa kau nak cakap pada dia?"

hatiku mula berdebar-debar.. apa benda pula Saiful nak cakapkan pada Shahir? kenapa pula tiba-tiba je dia minta macam tu? serius, aku menjadi tidak tentu hala..

"ada lah aku nak cakap.. Fahri.. boleh tak?" sekali lagi Saiful meminta..

aku hanya terdiam.. tertanya-tanya akan niat Saiful.. tertanya-tanya akan apa yang dia ingin katakan sebenarnya.. risau pula aku kalau dia kata benda yang bukan-bukan lah..

"kau tak percayakan aku?" kata Saiful lagi..

"hmm.. jangan kau cakap benda tak elok sudah.."

nak tak nak aku turuti juga pemintaan Saiful tu.. aku jadi serba salah sebenarnya.. dan lagi, Saiful ni pandai pula bercakap dengan nada suara yang boleh mempengaruhi aku.. nada yang membuatkan aku jadi serba salah jika menolaknya..

sambil menarik nafas, aku berpaling ke arah Shahir yang sedang tekun dengan kerjanya.. jatungku mula berdegup kencang.. aku gugup sebenarnya.. aku tak tahu nak cakap apa..

tapi, akhirnya aku bersuara, "Shahir, kawan aku nak cakap something kat kau.. " sekali lagi aku menarik nafas..

Shahir memandang wajah aku.. riak wajahnya keliru..

"kawan kau? ada apa?" Shahir tertanya-tanya..

"entah.. kau dengar lah dulu apa dia nak cakap.."

Shahir hanya mengangguk.. aku menghulurkan telefon bimbit aku kepada Shahir.. kemudiannya, Shahir mula berbicara dengan Saiful..

aku memerhatikan tindak tanduk Shahir.. sejujurnya, aku ingin mendengar perbulan mereka berdua.. riak wajah Shahir pula seakan berubah-rubah.. sesekali dia berpaling ke arah wajahku.. pandangan matanya serius.. entah macam mana aku merasakan pandangan matanya itu seperti inginkan satu pertanyaan terhadap diriku..

"dia cakap apa?" tanya aku yang ingin tahu..

"nanti ye.." Shahir masih lagi bercakap dengan Saiful..

aku pula semakin gelisah... apa bendalah Saiful ni nak cakap pada Shahir.. tak tentu hala diriku.. seakan menyesal pula aku benarkan Saiful berborak dengan Shahir..

selepas beberapa minit, akhirnya perbualan mereka berakhir.. Shahir menghulurkan kembali telefon bimbit itu.. dengan pantas aku dengan segera menghalakan telefon itu pada telinga aku..

"hello?? Saiful??"

nampaknya panggilan sudah dimatikan..

"dia cakap apa tadi?" aku memandang ke arah wajah Shahir mahukan penjelasan.. aku semakin gelisah..

"dia kata nak jumpa dengan kau esok.." balas Shahir..

"jumpa? untuk apa? dia cakap apa lagi, Shahir??"

"aku tak boleh cakap sampai kau dah jumpa dengan dia.."

aku terdiam.. tiba-tiba hati aku mula naik angin.. berasa geram dengan perangai Saiful.. sepertinya dia sedang mempermain-mainkan aku.. menyesal aku ikut cakap dia.. lalu aku cuba mendail semula nombor telefon Saiful.. tapi, tak ku sangka, telefon bimbitnya telah pun dimatikan..

OH SHIT!!

hatiku semakin geram..

aku menoleh ke arah Shahir lalu terus berkata "dia cakap apa tadi pada kau?"

Shahir masih jua terdiam..

"Shahir! Pleasee... aku nak tahu.. tolonglah.."

aku merayu kepada Shahir untuk memberi tahu apa yang Saiful telah katakan pada dirinya.. sungguh, hatiku berasa tidak sedap hati.. sungguh aku bimbang dengan apa yang Saiful katakan pada Shahir.. macam ada sesuatu yang tak kena sahaja..

"dont worry lah Fahri.. aku akan temankan kau esok.." kata Shahir sambil tersenyum..

aku semakin keliru.. Saiful nak aku datang dengan Shahir ke? tapi untuk apa?

"takde benda yang kau perlu risaukan.. boleh tak kau percayakan dia? tak pun, kau percayakan aku lah.." kata Shahir lagi..

aku hanya terdiam.. entah berapa kali aku katakan yang saat ini hatiku memang penuh dengan tanda tanya.. aku risau jika sesuatu yang tidak elok Saiful katakan pada Shahir.. sebab ketika Shahir berbual dengan dia tadi, sempat Shahir memandang wajah aku dengan pandangan mata yang serius.. aku tahu, mesti ada sesuatu yang Saiful telah katakan.. cuma ia terus menjadi tanda tanya selagi aku tak bertemu dengan Saiful..

"okay.. aku fikirkan hal ni kemudian.. nak sambung balik apa yang dah tertangguh.." kataku lalu terus kembali ke meja belajar aku menyiapkan tugasan universiti semula..



*         *          *


sekitar pukul 3.00 pagi.. aku berbaring sambil memandang ke arah siling.. di fikiranku masih lagi tergiang-giang akan segala tanda tanya yang berlaku tadi.. hati ku tidak tenteram.. hati ku masih timbul dengan banyak persoalan.. dan hal ini membuatkan aku tidak dapat tidur.. otak ku terlalu terbayang-bayang akan persoalan ini.. tak perlu aku katakan banyak kali yang jauh di sudut hati aku ada perasaan bimbang dan takut..

aku memejamkan mata..

entah macam mana, ada bayangan wajah Saiful.. mukanya basah.. rambutnya yang basah itu menitikkan air jatuh ke muka aku.. diriku hanya kebingungan apabila memandang pandangan matanya yang sayu.. air mukanya penuh dengan rasa kebimbangan.. aku tak tahu kenapa.. tapi matanya itu menunjukkan perasaan takut..

"sorry.."

kedengaran suara Saiful meminta maaf..

"sorry.."

perkataan itu muncul lagi..

aku menjadi keliru.. timbul rasa ingin tahu.. dalam bayangan itu, aku terus memandang wajahnya.. pandangan ku tajam ke arah matanya.. lalu, menitik lagi sesuatu dari mukanya membasahi muka ku.. namun kali ini bukan dari rambutnya.. aku pasti apa yang aku lihat, kali ini dari matanya..

dia menangis kah?

"Fahri.. kau tak tidur lagi?" tiba-tiba Shahir bersuara terus menghapuskan banyanganku..

aku terus berpaling memandang ke arah Shahir.. dia juga begitu, memandang ke arah wajahku dari katilnya..

"kau jahat sebab tak nak cakap apa yang kawan aku dah cakapkan.." kataku..

Shahir hanya terdiam.. lalu dia mula tersenyum.. kemudian dia bangun dari katilnya.. aku hanya memandangnya kerana tertanya-tanya.. selepas itu, Shahir berjalan ke arah katil ku lalu terus berbaring di sebelahku..

aku berasa terkejut.. diam tak terkata.. dapat ku rasakan tangannya seakan mula memeluk tubuhku.. hal ini membuatkan aku menjadi lebih terkejut.. hati ku mula cemas.. jatungku berdegup laju..

pada saat ini, muka kami bertentangan pada jarak yang amat dekat sekali.. mataku memandang matanya, dan matanya memandang mataku.. degupan jantung ini pula semakin berdegup kencang..

"kenapa dengan kau?" akhirnya aku mampu menuturkan kata..

"takde apa-apa.." kata Shahir sambil tersenyum.. pelukan tangannya pada tubuhku semakin kencang..

aku menjadi tidak tentu hala.. aku cemas.. aku takut dengan perubahan Shahir yang lari dari jangkaan aku..

"kenapa kau diam?" Shahir pula bertanya kepada aku..

"sebab kau menakutkan aku.." jawabku ringkas..

Shahir tersenyum lalu ketawa kecil.. lalu dikuatkannya lagi pelukkannya sehingga membuatkan badan ku semakin rapat pada tubuhnya..

aku menjadi takut dan cemas.. dadaku bertembung dengan dadanya.. dapat aku rasakan nada degupan jantung Shahir.. dan aku pasti, Shahir boleh mendegar nada degupan jantung aku yang semakin laju.. aku semakin tidak tentu hala..

"bila cinta tidak harus dimiliki... ia adalah sesuatu yang menyakitkan.." tiba-tiba Shahir bersuara..

aku tersentak.. tidak mampu berkata-kata..

pelukan Shahir itu semakin erat.. aku mula lemas didakapannya.. dapat aku rasakan sesuatu mula menyentuh lembut pada dahiku..

aku tidak dapat melihatnya, namun aku rasa, Shahir mencium dahiku..











14 comments:

  1. dah mcm citer hidup ku jer...tp scenes peluk tu jer x der...i wish i get a hugs like dat..hurmmm ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually bila shahir peluk fahri, fahri rasa takut lebih drpd perasaan lain.. sbb ia adalah susuatu yg dia x sangka shahir akan buat..

      Delete
  2. dah lama tggu update baru citer nie..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry sbb buat lama menunggu.. Xde alasan lain sbnrnye slain malas nk update.. Hehe

      Delete
  3. oh my....... cite nie wt aq trnanti-nanti smbungan nya..... apakah yg brlku pda mlam itu? knapa shahir memeluk erat fahri?? huh..... truskan mengarang yer putera.....

    ReplyDelete
  4. sangat suka dengan cerita nih.... dua ibujari ke atas...x cukup tambah ibu jari kaki..hihihih

    ReplyDelete
  5. saya sangat suka part ni.
    please update cepat. rasa tak sabar.

    ReplyDelete
  6. penuh dgn cite cinta dn fantasi....teruskn bro....

    ReplyDelete
  7. Two thumbs up awak... :-)

    ReplyDelete
  8. cinta brblas ker?

    ReplyDelete
  9. I LOVE THIS!! Please hurry up do the continuation for this...

    ReplyDelete
  10. perghhhh~~~~~~~~
    x comolot pon..haha~

    ReplyDelete
  11. Wahh akhirnyaa.ok x saba k - iezz

    ReplyDelete