Sunday 23 June 2013

Unspeakable Love -Part 27-





Part 27 : The Housemate


"kau tunggu dalam kereta dulu boleh tak? aku nak pergi cari my housemate dulu.." kata Ihsan..

aku hanya mengangguk.. kemudian, Ihsan pun terus keluar untuk mencari teman serumahnya itu.. pada saat ini, kami sudah pun sampai di tempat Ihsan belajar.. di universiti yang dia katakan pada aku di luar negara, padahal sebenarnya berada di negara ini juga.. kalau nak diikutkan jarak antara universiti aku dengan kat sini, tidak lah begitu jauh sangat.. masih lagi berada di negeri yang sama.. cuma universiti Ihsan berada di daerah selatan, aku pula berhampiran dengan ibu kota..

aku terdiam sambil memerhatikan keadaan universiti Ihsan.. sebenarnya dalam hati ini rasa kecewa sedikit sebab telah ditipu olehnya.. tapi dalam masa yang sama, aku tidak lah marah sangat padanya.. aku cuma terkilan sangat-sangat bila dia buat macam tu pada aku..

masih menunggu, namun kelibat Ihsan dan teman serumahnya masih belum juga muncul.. lebih kurang 15 minit berlalu, tapi aku masih lagi sabar menunggu.. pada saat itu, mataku mula berliar-liar melihat keadaan dalam kereta Ihsan.. kemudian, tiba-tiba telefon ku berbunyi.. ada satu pesanan ringkas masuk.. aku lihat, tertera nama Shahir.. lalu aku buka untuk membaca mesej darinya..

-salam.. mcm mana dgn cuti ko? okay? ko kat mana skrg?

kemudian, aku pun terus membalas mesejnya itu..

-wasalam.. aku ok je ni hah.. aku skrg ni dgn my friend gi jln jap.. knp ye? ada apa2 ke nk inform?

-ada chance utk kita brjumpa x?

-jumpa? nk buat apa?

-saje je.. just nk brborak tentang sesuatu.. perhaps..

aku terdiam.. lantas teringat semula kejadian pada malam sebelum aku pergi ke rumah Ihsan.. kata-kata Shahir tu sungguh memeranjatkan aku.. bila dia berkata nak jadi 'pembimbing' aku.. memang terkejut habis aku pada masa tu.. teringat lagi, pada saat tu, aku terus ketawa.. agak kuat juga lah.. Shahir pula terus pandang aku dengan riak wajah yang kehairanan.. namun dia masih juga dengan wajah yang serius.. lalu aku terdiam.. aku tahu yang dia serius dengan kata-katanya itu.. lalu aku pun berhenti ketawa, kemudian berkata yang kita akan bincangkan tentang hal ni pada masa lain nanti..

-later aku akan inform klu aku ada masa k..

balasku..

-ok lah... hurmm..

-aik? mcm merajuk je?

-takde lah.. aku xnk kacau ko dulu.. have fun dgn kwn ko okay.. 

perbualan terhenti.. aku pandang ke hadapan.. mula kelihatan Ihsan datang bersama dengan seorang lelaki dari jauh.. dahi aku berkerut, cuba untuk melihat dengan lebih jelas rupa wajah teman sebilik Ihsan itu.. tak lama selepas itu, mereka berdua mula sampai ke kereta..

"sorry sebab buat kau menunggu.." kata Ihsan..

"eh, tak pe lah.. aku tak kisah.." balasku..

mataku masih lagi memerhatikan secara curi-curi rupa wajah teman serumah Ihsan itu di sebalik 'front mirror' kereta.. dia sedang masuk duduk di bahagian tempat duduk belakang.. aku terkejut sekejap.. macam pernah lihat wajanya itu.. memang sama dengan orang dalam bingkai gambar di rumah Ihsan.. jadi lelaki dalam gambar tu teman serumah Ihsan lah ye..

rupa jambu.. bottom ni..

bisik hati aku... hahaha..

"lupa pula nak kenal kan.. ni housemate aku.. nama dia Hafiz.." kata Ihsan sambil menunjuk jari ke arah Hafiz yang duduk berlakang..

"salam.. Fahri kan nama?" tanya Hafiz sambil menghulurkan salam..

"ha ah.. nama aku Fahri.. nice to meet you.." balasku sambil tersenyum..

"abang Fahri ni PLU kan.." kata Hafiz lagi..

aku tergamam seketika.. terkejut dengan soalan dari Hafiz tu.. 

"hahahaha.." tiba-tiba Ihsan ketawa besar..

kali ini aku pula terkejut melihat Ihsan yang tiba-tiba ketawa itu..

"kau jangan ambil kisah sangat dengan si Hafiz ni.. dia memang suka je tanya soalan macam tu terus.. direct je kan.." kata Ihsan sambil tersenyum..

"macam waktu Hafiz first time jumpa abang lah kan.." kata Hafiz..

aku terdiam.. dalam hati aku mula bermonolog..

pelik lah budak ni.. tiba-tiba je tanya aku ni PLU ke tak? eh jap... abang? apasal panggil Ihsan abang? aku pun dia dia panggil abang.. tengok rupa macam sebaya dengan aku je..

"ha ah.." balas Ihsan.. "memang si Hafiz ni tak segan nak tanya orang tu PLU ke tak.. direct je terus.. aku pun dulu terkejut juga.. tiba-tiba je tanya soalan macam tu.. kenal pun tak lagi, terus tanya soalan macam tu.." Ihsan tersenyum..

"Hafiz ni umur berape ye?" terus je aku ajukan soalan yang buat aku tertanya-tanya..

"dia muda setahun dari kita" Ihsan pula yang menjawab.."mesti kau terkejutkan, siap panggil abang lagi.. dia ni memang mengada-ngada sikit.. nak panggil abang lah.. padahal umur beza setahun je kot.." kata Ihsan sambil tersenyum memandang ke arah Hafiz..

wajah Hafiz aku tengok mula berubah merah.. menahan malu lah kot..

"abang.. kita nak pergi mana lepas ni?" tanya Hafiz..

"pergi makan kat luar.. Hafiz tak makan lagi kan?" tanya Ihsan..

"ha ah.." balas Hafiz ringkas..

Ihsan terus menghidupkan enjin kereta.. tak lama selepas itu kami pun mula beredar dari situ.. duduk termenung di sebelah Ihsan, aku hanya memandang keluar tingkap.. suasana jadi sunyi seketika.. hanya kedengaran bunyi lagu di radio kereta.. takde perbualan lagi..

lalu, aku kembali curi-curi pandang untuk melihat teman sebilik Ihsan di belakang melalui 'front mirror' kereta.. dia hanya duduk diam sambil jarinya memegang telefon bimbit.. kemudian, aku menjeling pula ke arah Ihsan yang sedang memandu.. dia perasan yang aku menjeling ke arahnya.. lalu dia tersenyum seketika.. aku terdiam.. kemudian, aku memandang tepat ke hadapan..

dalam otak aku mula bermain seribu satu persoalan.. entah kenapa aku mula berasa ingin tahu mengenai apakah hubungan sebenar antara Ihsan dan Hafiz.. yang aku tahu mereka teman serumah lah.. tapi seperti ada sesuatu yang lebih dari itu.. sebab mereka nampak terlalu rapat.. gaya bukan seperti kawan rapat biasa.. jangkaan pertama aku begitu lah..

jangan-jangan mereka ni...

otak aku mula menduga..

aku pandang mereka berdua sekali lagi..

Ihsan ni abang angkat Hafiz kot..

entah lah.. aku pun tak pasti.. hanya tekaan aku sahaja.. tapi mungkin benar sangkaan aku.. rasa-rasanya begitu lah kot.. mungkin..

terdiam.. aku terus memerhatikan mereka berdua...


*          *          *


pada sebelah malam, aku duduk berseorangan di ruang tamu rumah sambil mataku menonton siaran di TV.. Ihsan pada saat ini sedang berada di dapur untuk memasak makan malam.. Hafiz pula sedang mandi.. keseorangan, tiba-tiba aku mula berasa bosan pula.. kemudian, aku pun mengambil telefon bimbit aku dari poket seluar.. tengok-tengok kalau aku terlepas pandang ada mesej yang datang ke.. aku lihat.. kosong.. tak tahu nak buat apa, aku pun terus online FB sekejap..

"dah solat?" tiba-tiba Ihsan bersuara dari dapur..

"apa dia? tak dengar lah.." balasku yang tak berapa nak dengar apa yang Ihsan katakan..

"aku tanya, kau dah solat ke belum?" tanya Ihsan lagi..

"owh.. dah.. dah.. baru je sebenarnya.."

"bagus lah.. so, kau dah berubah lah juga.." kata Ihsan..

aku pandang ke arah Ihsan.. dia juga memandang aku dari dapur sambil tersenyum..

"macam memerli nampak.." balasku mula berasa malu sedikit..

"takde lah.. aku puji lah.."

terdiam.. mula teringat kembali tentang diri aku pada waktu dahulu.. aku ni secara jujurnya dulu tak mengambil berat sangat tentang solat.. sejujurnya juga banyak solat aku tinggalkan.. memang tak penuh lima waktu lah.. Ihsan pula dulu selalu ajak aku.. tapi kadang-kadang tu aku beri pelbagai alasan lah.. memang teruk aku dulu.. tapi sejak aku asyik berkepit dengan Ihsan je dulu, memang aku terdedah dengan cara hidupnya lah.. lama-kelamaan macam dah mula terbiasa.. masih ingat lagi.. Ihsan tak pernah nak paksa aku pun.. tapi lepas tu, aku ni mula lah ikut solat sekali.. sebab waktu tu, aku rasa kekok kalau aku tak solat, tapi dia je yang solat.. rasa macam serba salah lah.. masih teringat lagi lah, waktu tu kalau tidak ada orang, Ihsan biasanya akan jadi imam.. aku pula kat belakang jadi makmum.. satu saat yang entah kenapa aku mula berasa rindu..

"hai.. tengok apa?" tiba-tiba Hafiz datang lalu terus duduk sebelah denganku..

"tak tengok pun sebenarnya.. just terpasang je.. mata tak lihat sangat sebenarnya.. hehehe.." balasku..

"okay..." Hafiz tersenyum.. "bosankan.. rumah kita orang ni takde apa-apa pun.. usually aku dan abang Ihsan akan pergi keluar lah.. waktu malam hujung minggu biasanya.." kata Hafiz lagi..

"ya ke? biasanya pergi mana?" tanya aku..

"jumpa member.. people like us.. hehehe.."

"really?" aku terkejut sekejap.. sambil-sambil itu terus aku memandang ke arah Ihsan di dapur..

"ha ah.. kenapa? abang Fahri macam terkejut je.."

"honestly terkejut lah.. maksud aku terkejut tentang Ihsan.." sambungku lagi masih lagi menjeling ke arah Ihsan..

"kenapa?"

"sebab... hurmm... memang korang banyak kawan PLU ke?"

"ye.. banyak je.. kenapa? abang Fahri takde ke?"

"kalau aku takde lah expose sangat lah.. maksud aku diam-diam je.. and.. aku fikir Ihsan pun akan kekal macam tu gak.." aku masih lagi memandang ke arah Ihsan..

teringat lagi tentang waktu aku dengan Ihsan dulu-dulu.. kita orang berdua agak 'tertutup' lah juga.. takde bergaul sangat dengan PLU-PLU lain.. maksudnya waktu tu lah, aku rasa dia seorang je yang tahu tentang aku ni macam mana.. dan aku rasa juga yang aku seorang je yang tahu dia macam mana.. kita orang selesa je jadi begini.. tapi tu dulu lah.. tak tahu lah sekarang.. malah aku sendiri pun dah ikut PR semua.. kenal dengan Saiful.. tapi tak tahu pula dengan Ihsan.. nampaknya dia pun dah mula 'berkembang' juga..

"kita orang banyak je kawan PLU.. lebih-lebih lagi kawan satu universiti lah.. abang Fahri tak macam tu ke?" tanya Hafiz..

"tak.." aku menggelengkan kepala.. "aku ni agak discreet lah sikit.. takde lah discreet sangat.. eh jap.. tak payah lah panggil aku abang.. kekok lah pula.. sebab umur beza setahun je kan.. panggil Fahri je lah okay.." pintaku..

"hehehe.. okay.. okay.. tapi abang Ihsan tak kisah pun..." balas Hafiz tersenyum..

"kenapa kau panggil dia abang ye? no lah.. sebab aku ni sebenarnya curious gak.. sebab.. agak janggal lah kot.. lebih-lebih lagi lelaki kan.. umur beza setahun je.. tapi ko panggil dia abang.. for me agak kekok lah.." tanya aku mula ingin tahu..

"owh.. sebab mungkin Hafiz anak tunggal kot.. teringin nak panggil orang abang.."

"owh, really? sama lah.. aku pun anak tunggal gak.. so... hurmm.. kiranya Ihsan tu macam... abang angkat ko lah ye??"

"hahahaha..." tiba-tiba Hafiz ketawa..

aku pula menjadi tergamam seketika melihat riaksi Hafiz tu.. kemudian Hafiz tersenyum memandang aku..

"kita orang tak pernah declare pun jadi adik-beradik angkat ke apa... Hafiz panggil dia abang je.. then, abang Ihsan tak kata apa-apa sangat.. so, terus jadi macam tu lah.. kenapa? jeles ek?" Hafiz tenung mata aku.. "abang Ihsan banyak cerita kat Hafiz tentang kisah korang berdua.."

aku terdiam seketika.. Hafiz pula terus memandang wajah aku..

"dia ada cerita kat ko ke?" aku mula bersuara..

"ha ah.. banyak je.."

"cerita tentang apa?" tanya aku..

"banyak lah.. tak tahu nak cakap yang mana satu.. tapi apa yang Hafiz nak cakap, korang memang rapat sangatkan lah dulu-dulu tu.. but until abang Ihsan tinggalkan abang Fahri.. then the relationship stop kat situ.."

"Fahri je, okay.. Fahri.. tak payah nak abang-abang ni.." kata aku yang still berasa kekok..

"okay.. okay... hahaha.."

aku terdiam lagi.. kali ini aku pula memikirkan tentang Ihsan.. aku pandang dia yang sedang sibuk di dapur.. dalam hati aku tertanya-tanya apa yang dia sedang fikirkan selama tempoh kami berdua berjauhan.. namun, apa yang aku boleh simpulkan adalah, dia still teringatkan tentang aku.. sedikit sebanyak kiranya dia memang ada fikir tentang aku lah juga.. kalau tak, takkan lah dia boleh cerita tentang aku pada Hafiz.. lalu dalam hati ini mula terfikir.. kalau... dia.. pernah merindui aku atau pun tak?

aku tatap Ihsan dengan pandangan tajam..

"abang Fahri ni flexi kan?" tiba-tiba Hafiz bertanya lagi..

"haaah???" aku tergamam seketika dengan soalan Hafiz tu.. "kenapa tanya soalan macam tu?"

"saje teka.. but Hafiz rasa macam tu lah.. Hafiz ni pandai nak detect-detect semua.. pandai nak bezakan orang lah.."

"haish.. kalau aku tak beri jawapan boleh tak?"

"okay.. but Hafiz confirm rasa macam tu lah.. by the way.. kalau Hafiz, bottom.. bottom with proud.. hahaha.."

"dah agak dah.. hehehe.."

"owh.. abang Fahri ni ada buat spekulasi juga.." Hafiz tersengih memandang aku..

"okay.. okay.. stop citer tentang hal macam ni okay.." pinta aku.. kurang senang sikit nak bincang tentang isu macam ni..

"abang Ihsan pula top.. or maybe, flexi juga but more to top lah.." kata Hafiz lagi..

aku yang cuba tak nak bincangkan hal ini, tiba-tiba mula tertarik bila Hafiz cakap macam tu.. dahiku mula berkerut..

"kalau Hafiz nak cakap sesuatu boleh? tapi abang Fahri jangan marah lah.." Hafiz berkata lagi.. kali ini entah kenapa nadanya agak serius sikit..

"nak cakap apa?" hatiku mula berdebar-debar..

Hafiz mula menarik nafas.. agak dalam.. kemudian, dia mula berkata, "actually kan, Hafiz dan abang Ihsan pernah 'buat' sekali.. once only lah.. last year.. in this house juga.."

aku tergamam.. sungguh aku terkejut bila mendengar pengakuan Hafiz itu.. dengan serta merta aku memandang terus ke arah Ihsan lagi.. sungguh, aku tak tahu nak berkata apa..

"Hafiz nak tanya something juga.." Hafiz bertanya lagi..

aku yang masih lagi tergamam, hanya memerhatikan wajah Hafiz yang terus merenung tajam ke mata aku..

"do you love him?" tanya Hafiz.. nada yang serius..

aku tetap membisu.. kaku dengan soalan Hafiz, masih tergamam dengan pengakuannya sebentar tadi..

"Hafiz tahu dulu, absolutely lah yang perasaan cinta tu ada.. tapi, Hafiz just nak tahu macam mana dengan sekarang ni? still ada perasaan cinta tu ke??" tanya Hafiz.. matanya menatap mataku tajam..

"I don't know..." balasku perlahan..

"okay.. saje nak tanya.." tiba-tiba Hafiz tersenyum.. riak wajahnya berubah serta merta.. dari wajah yang agak serius menjadi wajah slumber seperti biasa.. namun, aku pula masih lagi dalam keadaan terkejut..

aku tak salah dengar ke? Hafiz tak tipu aku ke?? betul kah semua ni???

otak aku terus dipenuhi oleh tanda tanya..

but.. kenapa dengan aku ni?? apa yang aku rasakan sebenarnya?

aku genggam dada.. lahir satu perasaan aneh dalam hati aku, namun perasaan itu sukar untuk aku fahami..

"dinner dah wei! jom makan!" tiba-tiba Ihsan menjerit dari dapur lalu keluar bersama mangkuk berisi makanan..

"yeah! Hafiz tolong bawa pinggan sekali okay.. " tiba-tiba Hafiz terus berlari perlahan-lahan ke dapur untuk menolong Ihsan..

makanan sudah pun tersedia di atas meja.. aku duduk di kerusi bertentangan dengan Ihsan.. Hafiz pula berada di sebelah kanan aku.. masih lagi terkesan dengan soalan dari Hafiz itu, aku hanya duduk diam membisu.. Ihsan menghulurkan pinggan yang sudah pun diisinya dengan nasi kepada aku.. tersenyum sedikit kelat, aku pun mengambilnya..

"kau okay ke Fahri?" tanya Ihsan.. dia berkerut dahi..

"okay.. aku okay je.." balasku lalu mula tersenyum..

"budak ni ada cakap apa-apa ke?" tanya Ihsan sambil menjeling ke arah Hafiz..

"eh, nothing.. borak-borak biasa je.." balasku..

"kau jangan layan sangat budak ni.. dia ni memang agak mengada-ngada sikit.. tapi dia ni terlalu honest lah.. cakap direct je.. and... manja.. hahaha.." kata Ihsan sambil tersenyum ke arah Hafiz..

aku hanya tersenyum.. lalu, masing-masing mula menjamah hidangan makan malam yang Ihsan sediakan.. sambil-sambil itu, mataku asyik memerhatikan mereka berdua.. entah kenapa aku mula berasa sesuatu yang membuatkan aku tertanya-tanya.. antara Ihsan dan Hafiz.. mengenai hubungan antara mereka berdua.. apakah hubungan sebenar antara Ihsan dan Hafiz sebenarnya.. seperti ada sesuatu yang 'lebih' antara mereka berdua yang aku masih lagi tak ketahui..

dan..

dalam masa yang sama, aku mula berfikir semula.. tentang soalan dari Hafiz..

soalan mengenai cinta..

pada saat ini, masih wujud kah perasaan itu dalam hatiku?











35 comments:

  1. "abang Fahri ni flexi kan?" tiba-tiba Hafiz bertanya lagi..


    terkejut berok kau... haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap watak kena ada personaliti sndiri.. then watak baru, si Hafiz ni jenis yg main tanya je.. direct je.. brdasarkn instinct dia lh..

      Delete
  2. so tiba2 aku mcm suka pulak dekat si hafiz ni...sweet, manja, jambu tapi bukan lembut...taste aku..hihihih..by the way...this story getting more interesting..i like it...
    p/s: selamat bercuti ya putera..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni baru satu part citer tentang si Hafiz tu.. so, xleh nk pastikn lg mcm mana prwatakkannya secara keseluruhan.. but skrg ni yg kita tahu dia ni jenis yg manja2 sikit, too honest n tanya x brtapis, direct je terus..

      Delete
  3. Credit to putra. Watak baru yg mmberi warna dalm cite ni tambah best... selamat bercuti.. jgn lupa ole2 untuk aq ya hehe (hairel s)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kena pastikn watak si Hafiz ni x trlalu nk menyerlah sgt sbb apa2 pun dia still mcm a minor character jg, but will play a very big important roles dlm citer ni, lebih2 lg pd moment 'Fahri brsama Ihsan' at this moment..

      Delete
    2. Saiful jgan di lupa terus ya.

      Delete
    3. of course lh.. just skrg ni dia 'menghilang'.. focus cerita at this time mula tralih tentang relationship btween Fahri n Ihsan.. but tentu lh nanti si saiful tu akan muncul smula.. mesti lh part2 yg mengejutkn mcm tu.. so, skrg ni hardly cant predict bila dia akan muncul balik lh

      Delete
    4. setelah begitu byk watak muncul, aku berharap at the end fahri and shahir menjadi the unspeakable love.....

      Delete
  4. okay watak hafiz is confident queer....or might become slut,..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nantikn next part utk ketahui lg lebih mendalam tentang Hafiz n Ihsan.. apa hubungan sbnr antara mereka brdua.. but sperti yg katakan, Hafiz tu akan plays important roles dlm relationship btween Ihsan n Fahri..

      Delete
    2. mcm tuh ihsan selama ini hipokrit. memperjuangkn jiwa islamik beliau tp sbenarnya dia la iblis disebalik pemuda ihsan. mgkn keterlaluan utk dicop iblis. ahhh munafik. word plg sesuai. dan x ada pujian bg munafik, so faham2 la, mean mmg org yg x baik. argghh aku marah la part kali ne. aku jadi emosi. krn aku org setia dan mementingkn percintaan, aku benci ditipu, aku benci dikhianati, aplg org yg aku sayang.

      Delete
  5. part 27 ne buat aku tak suka pada Ihsan. serius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn kesimpulan awal lg.. dlm part ni pun x Ihsan x byk ckp sgt kn.. mostly prbualan antara Fahri n Hafiz..

      Delete
  6. Aku tak tahu asal, bila aku dgr nama Hafiz. Secara automatik aku msti igt dia bottom, jambu and lembut sikit. hahah tp dlm part ni Hafiz tak lembut, just jambu je. Hahahah lols. =3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp Hafiz yg aku kenal smua ok2 je.. lurus n kasar je..

      Delete
  7. kecewa ngn ihsan....sgt...hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nantikn next part ok.. more explanation about Ihsan n his past..

      Delete
  8. assalamulaikum dari cerita atas fahri masih lagi sayang dan cintakan ihsan cemburu eyes monster wujud diri fahri he he hati nya ingin tahu apa kah perhubungan ihsan dan hafiz .dier terkejut beruk kau apa bila hafiz kata dier dan ihsan pernah buat sekali tahun lepas di rumah ini he he .tak nantikan bab -bab yang seterusnya untuk mengtahui perhubungan ihsan dan hafiz adakah ihsan dan fahri cinta dan sayang bertaut kembali . .kena tunggule kan he he .watak hafiz satu watak yang menarik sekali .apa pula dengan shahirdan saiful .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam paksuman. Saya ialah secret admire yang selalu memerhatikan gaya penulisan paksuman. Ayat paksuman agak panjang tanpa titik noktah di tempat yang sepatutnya:
      1. pada hujung ayat yang panjang2 (adakah sebab paksuman terlupa?)
      2. tanda noktah itu ada space dengan perkataan sebelumnya, dan rapat dengan permulaan perkataan baru.

      Sekadar meluahkan keraguan di sini. Hehe...

      Delete
  9. Bulan poser nanti cuti la citer mcm nih... hormat skit..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. assalamulaikum fallen angel .terima kasih banyak -banyak sudi memberi komen .ia satu komen yang membina .acu minta maaf dan pohon keampunan ,itu adalah khilaf dari pihak acu ..kadang -kadang terlupa hendak membubuh noktah dan koma di ayat yang panjang .ini kerana kalut menaip dan takut terlupa apa yang hendak diluahkan he he .suka baca cerita dari fallen angel ke atau putera .penuh dengan drama ,konflik dan pengajaran .teruskan menulis .di sudahi kalam dengan assalamulaikum fallen angel dan putera .

    ReplyDelete
  12. 0MG '' kami pernah buat sekali dulu '' , '' di rumah ini juga ''..... klu korang jadi fahri la, apa yg korang buat? i mean fahri still virgin ok. n i yakin klu fahri bkn x mahu klu ihsan nak do.sumting kan.. faham2 la maksudnya kan.. but apa yg berlaku ialah sehingga bertemu kembali hanya utk mengetahui bahawa ihsan telah ''buat'' sumone else.. sape yg baca dri awal mesti tau sikap ihsan tehadap fahri kan.. but dgn org lain easily buat.. or hanya hafiz yg mengada ngada n wat the story.. tp ahhhh klu i, pastinya cemburu dan sori ihsan.. rasa hormat ku pada mu sirna sama sekali...ihsan manusia hipokrit.. tp blogger xde pn seorg pn yg mempersoalkan hal ini.. i salah baca kot...

    ReplyDelete
  13. gojes story telling :) pasni nak cuti lama kat kampung....hurmm xdpt nak baca novel2 dale ni...

    anyway...makin banyak watak yg muncul...makin seronok plak baca..kengkadang kat opis pon kena bukak blog nie...

    and Ihsan...hurmmm nama tu sama ngan nama someone yg i kenal dan watak dier lebih kurang plak...owhhhhhh....fallin...

    x sabar nak tunggu next chapter..lebih kurang macam tengok sinetron indonesia....rasa lambat sangat..kepada admin blog ni semoga terus suksess ya :)

    ReplyDelete
  14. wah best makin thrilling citer ni :)

    ReplyDelete
  15. huh/..... agak terkejut.... why my name "hafiz"...... huhu, btw personaliti watak x sma ngn org yg sbnar nie... ehehe... x direct sgt... pendiam jer bab2 mcm nie..... klu blh tuh, x prnh nk kluarkn point2 about PLU nieh...... :D

    ReplyDelete
  16. aku tinggu pasal Shahir. hmm. banyak tanda soal dalam kepala aku.

    ReplyDelete
  17. Omg.. direct gak si hafiz huhu.. x saba nxt chapter.. sian fahri kompem la die jeles.. die syg lg kt ihsan. 1st love

    ReplyDelete
  18. wait~!!!
    hafiz pernah main dgn ihsan??? wtf??!
    bukan ke dulu ihsan kate dia nk ikut kehendak Tuhan wlaupun dia sbnarnyer suka gak kat fahri..but...knp sekarang dia brubah??? siap main lg tu....eeerrrr..pelik laa...ihsan jahat gak rupenye.. -_- ..
    aku baru nk suka kat ihsan.. haha.. *still cerious*

    ReplyDelete
  19. adakah amer akan jadi jahat sampai bile2?

    aku suke cerite yg banyak konflik.... gud~!

    ReplyDelete
  20. OMG..ternganga mulut bila baca part ni..si Hafiz very der str8 to the point...

    ReplyDelete
  21. Saya bottom - bottom with proud
    -Hafiz :) hehe

    ReplyDelete