Monday 4 March 2013

Unspeakable Love -Part 20-





Part 20 : Engagement

hari Isnin, menjelang pagi kira-kira pukul 8.15, terbaring di atas katil, kelihatan Saiful sedang berbaring.. di tangannya dia memegang telefon bimbit.. bibirnya mengukirkan senyuman.. dia pandang pada skrin telefon bimbitnya itu.. matanya ceria.. di permulaan hari yang ceria ini, dia menatap wajah seseorang pada skrin telefon bimbit itu.. ada wajah Fahri.. gambar yang diambilnya melalui Facebook Fahri yang sudah ditambahnya dalam senarai rakan facebook tak lama dahulu..

jarinya mula mengusap-ngusap gambar Fahri.. dia sendang membayangkan dalam imaginasinya yang dia sedang mengusap lembut wajah Fahri.. Saiful tersenyum lagi.. dia mula ketawa kecil bila memikirkan imaginasinya terhadap Fahri.. dalam dunia fantasi yang direkanya, dia membayangkan Fahri turut tersenyum memandang dirinya.. Saiful pula berdiri sambil sebelah tangannya memegang tangan Fahri manakala sebelah tangannya lagi mengusap lembut pipi Fahri..

Saiful tersenyum.. dia berkata, "aku sentiasa ada jika kau ingin memerlukan.."

Fahri tersentuh dengan kata-katanya itu.. lalu dengan rela hati, Fahri terus memeluk tubuh dirinya.. Saiful tergamam.. namun dia juga tersenyum.. lalu dibalasnya pelukan Fahri itu.. alangkah bahagianya.. Saiful rasakan begitu..

namun, sedikit kesedihan mula tercalit dalam diri Saiful.. semuanya hanya lah angan-angannya yang tidak mungkin akan terjadi.. menyedari siapa dia di hati Fahri, dia telah pun menerimanya dengan hati yang terbuka.. dia tahu, Fahri hanya menganggap dirinya sebagai seorang kawan.. sudah tentu dia tidak boleh memaksa Fahri untuk memiliki perasaan yang sama kepada dirinya.. dia tahu, hati Fahri milik siapa.. dia akui tentang hal itu.. namun kebenaran juga menyakitkan.. dia telah menerima semuanya dengan seadanya.. di sebalik perasaan duka itu, Saiful mula mengukirkan senyuman..

Saiful bangun dari baringnya.. dia mahu pergi mandi untuk bersiap pergi ke tempat kerjanya.. dalam pukul 9.30 begitu, dia seharusnya telah tiba di restoran makanan segera tempat dia bekerja.. dua hari lepas, dia dengan sengaja telah melarikan diri dari kerja semata-mata mahu meluangkan masa bersama Fahri.. keesokkanya pula, dia berkerja untuk giliran waktu malam.. pengurus restorannya telah memberi amaran kepadanya agar tidak lagi membuatkan perbuatan yang sama.. Saiful masih lagi diterima bekerja di situ.. seperti yang Saiful minta, gajinya telah pun dipotong.. namun dia tidak kisah.. baginya, langsung tidak menyesal dia dapat keluar berdua-duaan dengan Fahri yang sudi datang ke tempat kerjanya..

di dalam bilik mandi, Saiful mula membasahkan tubuhnya di bawah simbahan shower.. terasa dingin namun menyegarkan.. ianya membuatkan Saiful berasa lebih bertenaga untuk memulakan hari yang baru.. selepas selesai mandi, sambil bertuala-tuala Saiful mula keluar berjalan di ruang tamu rumahnya.. keadan agak gelap kerana tingkap dan langgsir masih lagi tertutup.. lalu Saiful buka langsir itu.. sinaran matahari pagi mula menerangkan setiap ruangan sudut rumahnya.. Saiful capai sekotak rokok yang berada di atas meja ruang tamunya.. hanya memakai tuala, Saiful pergi ke balkoni rumahnya.. dia nyalakan api pada sebatang rokok di jarinya.. dia hisap, kemudian menghembuskan asapnya.. Saiful perhatikan keadaan di luar rumah.. terasa begitu tenang dan damai..

tiba-tiba telefon bimbit Saiful berbunyi.. Saiful segera masuk ke dalam bilik untuk mengangkat panggilan.. dia lihat ada nama Amir pada skrin telefon bimbitnya.. untuk seketika, dahinya berkerut. timbul rasa serba salah sama ada mahu menjawab panggilan itu ataupun tidak.. dia biarkan telefon bimbitnya itu terus berdering.. akhirnya panggilan tamat.. panggilan tidak dijawab.. Saiful mula berasa lega.. namun sekali lagi, telefonnya berdering.. tertera nama Amir lagi.. untuk kali ini, Saiful pun terus menjawab panggilan itu..

"assalammualaikum.." kata Amir.

"waalaikumsalam.. ye Amir.. ada apa tiba-tiba nak call aku ni?" balas Saiful..

"takde apa-apa.. saje untuk melepaskan rindu.. dah lama kita tak berbualkan? aku rindu dengan kau, Saiful.. jujur aku cakap begitu.." kata Amir lagi..

"sudah lah Amir.. hubungan kita dah lama terputus.. kau tak payah nak mengharapkan aku lagi.. aku cakap direct je tau.. aku dah tak sayang dan cintakan kau lagi.. faham tak?" kata Saiful dengan nada yang tegas..

"sampai hati kau cakap macam tu kat aku, Saiful.. but aku still tak boleh nak lupakan kau.. walaupun kita dah tak ada apa-apa hubungan, but kau still ada di hati aku.." kata Amir bernada sayu..

"sudah! sudah! kan aku dah cakap.. kau takde dalam hati aku lagi.. kenapa susah nak terima hakikat, hah? ni call aku sebab apa sebenarnya?"

"aku nak tanya tentang Fahri.."

Saiful tergamam.. tertanya-tanya bila Amir mula menyebut tentang Fahri.. mula timbul rasa ingin tahu di hatinya..

"kenapa dengan Fahri??" tanya Saiful..

"apa hubungan antara kau dan dia?" tanya Amir.. nada yang serius..

"hubungan? dia just kawan aku lah.. kenapa?"

"kalau kawan, habis kenapa kau bawa dia balik rumah? kau ada 'main' dengan dia ke??"

"kau gila ke?? aku takkan buat benda tu kat Fahri! kau jangan nak pandai-pandai fikir yang negatif.." nada Saiful mula sedikit tinggi..

"tipu lah.. aku faham sangat dengan diri kau.. bukannya kita bersama dulu cuma sehari dua.. kau bukannya jenis yang open sangat.. kalau kau bawa orang balik rumah kau, mesti just untuk ajak main je.. kalau kau tak apa-apakan dia pada malam tu, aku rasa Fahri bukan sekadar orang biasa dalam diri kau.. tak begitu?"

Saiful terdiam.. memang ada kebenaran kata-kata Amir itu.. dia bukannya jenis yang terbuka pada sesiapa sahaja.. selama ini dia hanya mahu berseronok dengan sesiapa sahaja.. langsung tidak ada niat untuk mengadakan hubungan perasaan.. memang betul kata Amir itu.. kalau dia ajak orang luar untuk masuk ke rumahnya, kebiasaanya adalah untuk 'berseronok'.. sebab itu dia lagi selesa tinggal bersendirian.. privasi katanya.. namun kecuali lah pada saat dia bersama dengan Amir dulu.. hanya Amir sahaja yang dia ajak ke rumah untuk berbual mesra.. itu dahulu.. pada saat dia masih ada hubungan dengan Amir..

"aku kan dah kata kau dan aku dah tidak ada apa-apa hubungan.. kenapa susah sangat kau nak terima?" kata Saiful..

"so, kau pun tak nafikan lah yang kau ada perasaan kat Fahri? kau tak jawab soalan aku, so aku rasa memang betul lah jangkaan aku.." balas Amir..

"kalau benar sekali pun, kau peduli apa?? kau bukannya sesiapa dalam hati aku lagi.. siapa kau nak halang aku??!" Saiful meninggikan suara..

"jadi memang betul lah..." Amir terus terdiam..

Saiful mula berasa tidak sedap hati bila Amir tidak bersuara lagi.. seperti ada sesuatu yang tidak kena dia rasakan di hatinya.. jantungnya mula berdebar-debar.. hatinya mula seakan gelisah..

"kau ada buat apa-apa kat Fahri ke, Amir??" teka Saiful..

Amir masih lagi terdiam.. hal ini membuatkan Saiful mula semakin marah..

"kau buat apa kat Fahri, hah??! cakap! cakap kat aku, Amir!" Saiful terus meninggikan suara..

Amir ketawa kecil.. nada ketawa yang sinis.. hal ini lagi membuatkan Saiful rasa berdebar-debar..

"hehehe.. aku just beri sedikit balasan pada dia.. tak lebih dari itu.." balas Amir sinis..

"kau buat apa??!! kau jangan nak apa-apa kan Fahri! cakap kat aku, kau dah buat apa kat dia??!!" Saiful semakin marah.. perasaan geram mula memenuhi hatinya.. pada saat itu, sebelah tangannya memegang dadanya..

"perkara kecil je.. tak ada lah melampau sangat.." balas Amir..

"hei Amir!! kau jangan nak buat bukan-bukan kat Fahri!! aku tanya sekali lagi, kau buat apa kat dia??!!" Saiful genggam dadanya..

secara tiba-tiba dada Saiful terasa sakit.. Saiful mula mengerang kesakitan.. genggaman jari pada dadanya semakin kuat.. denyutan jantungnya mula menyiksakan.. jantungnya berasa sakit.. seperti mahu pecah.. jantungnya seakan mahu meletop.. Saiful mengerang lagi.. sungguh, dia terasa begitu sakit pada bahagian dadanya.. di tunduk ke bawah.. Saiful cuba menahan rasa sakit di jantung yang datang secara tiba-tiba.. 

"Saiful?? kenapa dengan kau??" tanya Amir, seakan dia boleh mendengar suara Saiful yang menahan kesakitan..

"kau sengaja nak bunuh aku kan??" balas Saiful..

"kenapa Saiful??! kenapa??!" tanya Amir lagi.. dia mula semakin gusar.. hatinya merasa tidak sedap hati.. dia mula cemas..

telefon digenggaman tangan Saiful mula terlepas lalu jatuh ke lantai.. jelas kendengaran suara Amir yang masih lagi bertanyakan kenapa.. Saiful genggam dadanya dengan kuat.. Saiful mula rebah ke lantai.. kedua-dua belah tangannya mencengkam dadanya.. rasa sakit yang keterlaluan pada jantung Saiful..

sakit dan semakin sakit..

Saiful mengerang kesakitan lagi.. kesakitan yang tidak mampu ditanggungnya..

keseorangan di dalam rumah, akhirnya Saiful hilang kesedarannya.. padangan matanya mula hitam..


*          *         *

Isnin, sekitar jam 11.00 pagi, aku sedang berada dalam bilik kuliah untuk mendengar ceramah yang diajar oleh pensyarah aku mengenai subjek Design Studio.. aku hanya memandang tepat ke hadapan sambil memerhatikan pensyarah aku yang begitu bersemangat pada hari ini untuk menyampai ilmu dan penjelasan mengenai tugasan yang telah diberikannya kepada semua mahasiswa dalam bilik itu.. suaranya agak lantang.. aku yang duduk pada barisan yang hampir ke belakang boleh juga dapat mendengar suaranya dengan begitu jelas sekali..

pada saat penyarah itu masih lagi dengan ceramahnya, sempat aku menjeling ke arah Shahir yang duduk di barisan tiga di hadapan aku.. berada di sebelah kiri.. dia kelihatan begitu tekun sekali dalam bilik kuliah itu.. aku lihat, tangannya begitu ligat menyalin segala isi penting yang dia rasa perlu di catat..

fikiran aku tidak berada dalam bilik kuliah itu.. langsung aku tidak fokus dengan apa yang telah berlaku dalam bilik kuliah.. pada saat ini, aku sedang memikirkan tentang seseorang.. aku teringatkan orang yang aku jumpa semalam.. insan yang aku rasa begitu aku kenali.. masih terasa lagi debaran di hati aku apabila terlihat wajahnya.. seakan tidak percaya jika benar orang itu adalah dirinya..

Ihsan, orang yang telah pergi meninggalkan aku selama tiga tahun, tiba-tiba aku jumpa kembali.. aku begitu pasti jika orang yang aku jumpa itu adalah dirinya.. wajah itu adalah wajah Ihsan.. namun pada masa yang sama, aku turut berasa sangsi..

kenapa dia muncul di sini?

persoalan itu lah hadir di hati aku.. selama ini dalam pengetahuan aku, dia sepatutnya sedang menyambung pelajaran di luar negara.. dan mengikut perkiraan aku juga, sepatutnya pada saat ini dia seharusnya masih lagi belajar di sana.. tapi, kenapa pula aku terlihat dia di pasar malam semalam? adakah dia datang pulang ke tanah air untuk bercuti? kalau mengikut tanggapan aku, pada saat ini juga di negara tempat yang dia belajar masih belum lagi tiba waktu cuti yang panjang.. hal ini lah yang membuatkan aku berasa sangsi..

waktu ceramah sudah tamat.. sekarang tiba pula waktu untuk membentangkan hasil tugasan yang telah diminta bagi subjek Design Studio.. pelajar mula keluar dari bilik kuliah.. aku pula turut keluar dengan keadaan yang tidak bersemangat dan lemah.. pergi masuk kumpulan masing-masing, aku hanya duduk dan terus hanyut dengan otak aku yang bercelaru.. pelajar-pelajar dalam kumpulan aku yang lainnya pula sedang sibuk berbincang mengenai hasil tugasan yang mereka telah siapkan.. aku duduk diam sambil memegang pada dahi aku.. otak terasa pening dengan apa yang telah aku lalui sejak kebelakangan ini..

"hai Fahri.. kau ada masalah ke??" tiba-tiba kedengaran suara menegur aku.. suara seorang perempuan..

aku sedikit terkejut dengan tegurannya itu.. aku pandang dia, Liyana sedang tersenyum memandang aku..

"kau tak apa-apa ke, Fahri? macam ada masalah je..." tanya Liyana lagi..

aku cuba tersenyum.. cuba untuk berlagak biasa..

"ya.. aku ada masalah sedikit lah.. something yang aku tak boleh nak handle kot.. otak ni asyik terfikirkan banyak hal.." balas ku..

"hal apa?"

"aku rasa aku tak boleh nak cakap kat kau.."

"kenapa pula??" tanya Liyana lagi..

"entah lah.. sebab ia agak complicated.."

"cakap je kat aku.. mana tahu aku boleh tolong.."

"it's okay lah Yana.. kalau aku rasa aku nak luahkan nanti, aku akan cakap lah.." kataku.. tersenyum memandangnya..

"kalau kau rasa nak share dengan aku, bila-bila masa je aku sedia nak mendengar.. aku tak nak paksa lah.. but sometime kita ni kena juga minta pertolongan orang lain untuk menghadapi sesuatu masalah.."

aku tersenyum lagi.. aku tahu yang Liyana ikhlas nak bantu aku.. tapi masalah yang aku hadapi sekarang ini bukannya boleh dikongsi dengan dia.. Liyana pasti akan terkejut kalau aku cerita tentang apa yang dah jadi kat aku.. cakap, aku pergi mandi lalu Amir secara tiba-tiba masuk tempat ruangan mandi aku.. dah tu, dia cuba nak 'serang' aku.. tiba-tiba je Shahir datang menyelamatkan keadaan.. Amir tuduh aku buat seks dengan Saiful.. di depan mata Shahir, dia bongkar rahsia aku.. namun, tanpa aku sedari, secara diam-diam Shahir dah lama buat spekulasi tentang diri aku.. akhirnya dia tanya aku tentang satu soalan.. siapa dia orang yang aku suka namun tidak dapat aku miliki.. dia kata, adakah dirinya yang aku maksudkan??

tentu sekali aku cemas bila Shahir berkata begitu.. macam mana aku nak balas soalan dia? patutkah aku akui ataupun menidakkannya?? yang pasti rahsia aku telah pun terbongkar.. namun aku tidak tahu apa yang Shahir fikirkan tentang aku sebenarnya.. bila dia tanyakan aku tentang soalan itu, sampai sekarang aku enggan mengatakan apa-apa..

semalam, aku balas begini..

"kenapa pula kau nak tahu? cukup lah apa yang kau dah tahu tentang diri aku.. sekarang ini aku dah tak sanggup untuk mendengar apa yang kau nak kata dan fikir tentang aku lagi.."

selepas itu, aku dan Shahir tidak lagi berbual.. sampai lah ke hari ini, aku dan begitu jarang bersemuka.. semalam, aku hanya tidur di dalam bilik berseorangan.. Shahir tidak lagi masuk ke dalam bilik selepas aku berkata sedemikian.. semalam dia tidur di bilik kawan yang lain.. hanya balik pada selepas solat subuh.. mungkin untuk bersedia pada pagi nanti untuk berkemas diri pergi ke kuliah.. tak tahu apa yang dia fikirkan, namun perbuatannya itu membuatkan aku lagi bertambah risau dan bimbang.. kenapa pula dia jadi begitu? adakah dia mula benci kat aku? perasaan itu lah yang bermain di fikiran aku..

"ada sesiapa tahu ke mana Amir pergi??" tiba-tiba tutor aku bersuara..

aku dan Liyana mula menghadap pada tutor kami itu.. baru aku perasan yang Amir tidak ada pada hari ini.. sebenarnya, dia juga dalam satu kumpulan yang sama dengan aku untuk sesi berkumpulan kelas Design Studio.. hari ini agak penting kerana kami perlu membentangkan hasil kerja yang telah kami siapkan.. ada permakahan akan diberikan.. namun, kenapa pula Amir tak hadir pada hari ini?

Ah! biarkan lah dia! aku peduli apa.. setelah apa yang dia buat kat aku semalam, dalam hati aku sudah mula tertanam perasaan benci pada dirinya.. dia sebagai kenalan aku sanggup melakukan aku sedemikian rupa.. apa motif dia buat macam tu kat aku?? sungguh, sikapnya begitu mengejutkan aku itu telah membuatkan aku lagi bertambah geram.. apa lagi akhirnya aku tahu yang dia lah orang yang sebenar yang cuba menggoda dan memeluk Shahir pada masa dahulu.. aku lah yang menjadi saksi sehingga membuatkan aku jadi salah faham.. cemburu? adakah aku cemburu? tidak! aku just tidak menyangka yang dia boleh berbuat perkara yang di luar jangkaan itu..

aku menggenggam jari.. entah kenapa aku seakan mula berdendam pada Amir.. aku cuba tahan diri aku.. menarik nafas panjang kemudiannya menghembuskannya.. terasa lega sedikit.. aku malas nak memikirkan tentang dirinya.. bukan pada saat ini..

tanpa kehadiran Amir, pelajar yang hadir mula membuat pembentangan masing-masing.. semua orang mula menjelaskan tentang idea yang ingin di sampaikan.. dalam pengajian bidang seni bina, yang paling penting bagi aku adalah idea kita yang bernas.. itu lagi penting berbanding design bangunan yang menarik..

Liyana mula memulakan pembentangannya.. seperti biasa, gadis semanis Liyana, nampak luaran je macam malu-malu sikit.. namun bila dah tiba dia nak jelaskan hasil kerja dia, seakan jadi manusia lain, Liyan begitu bersemangat membentangkan usaha kerjanya selama ini.. setelah itu, giliran aku pula tiba.. seperti biasa.. aku kurang bagus dengan kemahiran untuk membentangkan hasil kerja aku.. mungkin aku masih lagi kurang berkeyakinan.. kata-kata aku suka agak tersangkut-sangkut.. namun aku dah buat sehabis baik.. apa nak jadi selepas ini jadi lah.. giliran tamat.. aku mula duduk ke tempat aku semula yang bersebelahan dengan Liyana..

"hei, Fahri.. nak dengar satu rahsia tak??" kata Liyana sambil tersenyum-senyum..

"apa dia?" kataku perlahan..

pembentangan masih lagi berjalan.. kali ini ada pelajar lain mula membentangkan hasil kerja dia.. di belakang, Liyana seakan mula mengajak aku untuk berbual tentang satu perkara..

"aku tak tahu nak cakap macam mana kat kau.. rasa malu lah pula.." kata Liyana yang tiba-tiba tersipu malu..

aku berkerut dahi, "kenapa pula nak malu? kau nak cakap apa sebenarnya??"

"aku tak cakap kat sesiapa lagi.. even pada kawan perempuan aku sendiri.. so, kalau aku cakap, kau lah orang yang pertama akan tahu kot.." kata Liyana lagi..

"wah.. bertuahnya aku.. hehe.. apa rahsia kau nak beri tahu aku??"

"kau tengok ini.." kata Liyana..

berselindung di bawah meja bagi mengelakkan orang lain nampak, Liyana menghulurkan jarinya.. ada sebentuk cincin tersarung pada jari manisnya..

"kenapa?" tanya aku.. kurang faham...

"kau ni Fahri... ish... takkan lah tak faham pula.." kata Liyana..

aku berkerut dahi.. secara tiba-tiba muncul satu fikiran di minda aku..

"maksud kau?? dari Shahir ke?" jantungku mula berdebar-debar..

"ha ah.. minggu lepas.. dia yang beri aku cincin ni.. sebagai tanda pertunangan kami nanti.." Liyana tersenyum malu..

aku tergamam.. sungguh aku terkejut...












45 comments:

  1. Huhuhu... sedih ma... awat shahir ni? keliru aku... die ni bi ker?

    ReplyDelete
  2. huhu... dh hbis... kli nie agakj pendek.... agak terkejut bla tgk tajuk td.... hurm... keep going...

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak pendek.. sbb tu cepat je update.. hehe

      Delete
  3. For my opinion.shahir punye character tu mcm misteri gile.sbb kdg2 nmpk die cm suke laki n mase yg sme suke gak kt pompuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah... Mungkin dia ada sembunyikn sesuatu kot..

      Delete
  4. cant wait for net episode...

    ReplyDelete
  5. kemisterian syahir tulah buat aku suka pada dia...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahir plg byk peminat walaupun di xde lh byk sgt muncul dlm citer

      Delete
  6. aku rasa fahri akan setuju dengan keadaan ne. bukankah dia selalu katakan pada sesiapa yg jika masih ada perasaan pada perempuan, pilih lah perempuan. itu lebih baik. dan aku rasa memang itu yang fahri mahukan, walaupun kenyataan itu perit bagi dia.

    tapi chapter ne menimbulkan banyak persoalan baru lah pula, walhal baru je terungkai secebis rahsia. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jg mcm tu... Nantikn sj jwpannya pd next part yg still fokus pd hubungan fahri n shahir..

      Delete
  7. Hmmm.. aku x suka la episod kali ni.. syahir makin jauh.. (hairel s)

    ReplyDelete
    Replies
    1. X semestinya.. Mungkin dia perlukn masa utk adapt semua dgn apa yg dh jd..

      Delete
  8. aku rasa shahir ..coba mengelak dari di anggap gay ..sebab dah tau rahsia fahri... atau takut fahri merogol dia hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Munkin jg... Sbb masing2 ada rahsia sndiri..

      Delete
  9. Bila baca komen2, apasal sorg pun xde risaukn keadaan Saiful?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saiful? sapa tu? haha... watak yg diabaikan... lebih berminat nk tao pasal fahri..shahir...dan ehsan.. saiful tu bg kt amir je la... lalala~

      Delete
    2. X kira la ape yg terjdi at amir. Ihsan saiful liyana bahkan. Kami ttp fokus syahir n fahri hehe... but dieorg tu mmg mnambhkn cerita ni sangt menarik.. thniah buat penulis

      Delete
    3. persoalannya memangkah Fahri akan bersama shahir nanti?? but aku rasa memang byk pembaca harap mcm tu lh..

      Delete
    4. Aku frust terguling2 klu fahri n syahir x bersama... :(

      Delete
  10. Owh memang aku dah agak. tajuk nyer saja boleh menggambarkan segala. hasihh. Shahir2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lh semuanya akan berkait dgn tajuk citer.. but dr unsur mcm mana, tu kena fikir sndiri lh..

      Delete
  11. Ohhh tidakkkk da mcm drama melayu
    Well... bg aku part 19 adalah part yg paling exciting for the entire uhh... novel... tp ttiba part 20... duhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dont worry.. citer aku bukannye fokus pd drama.. citer ni xde unsur drama sgt..

      Delete
  12. I respect dkt saiful n fahri. Sbb fua2 tak letak nafsu dkt depqn n
    I think ramai sukakan shahir coz most of plu suke lelaki str8 yg ensem.

    ReplyDelete
  13. What the fuck!!! No saiful!! Mr author. Plz dun let Saiful die. Aq plak nk kna heart attack pas bca ttg Saiful.. Haish... :(

    ReplyDelete
  14. saiful pengsan jer..
    amir datang jumpa dia.. and bagi penafasan mulut ke mulut..hehehe
    kejap lagi sedar lah tu ..tak gitu putera ...hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin.. sbb amir kan xde dlm kelas td..

      Delete
  15. ada jgk masa nak baca..
    adoiii..
    naik pening ikut drama ni..
    well done.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni x fokus pd drama.. agak kurang drama.. but lebih pd mainan perasaan.

      Delete
  16. Nk saiful dgn fahri...... Saiful tu baik sgt....

    ReplyDelete
  17. walaupun aku minat watak shahir..tapi bagi aku saiful adalah yang terbaik buat fahri. bukan senang nak cari insan sebaik saiful..cuma the worst part about saiful is he is a bi..bagi aku susah kalau berhubungan dengan lelaki bi..sebab dorang sentiasa ada ruang untuk perempuan lain..kesian perempuan tu..

    ni just pendapat aku la..btw cerita ni makin hari makin best..ada ending ke tidak ni?mcm akan sampai ke 100 episod je..hehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa saiful akan mati.. tpi bukn masa terdekat ni.. so fahri suai dgan amir je lah. Hahaha . Ada ihsan n syahir pun jual mahal..

      Delete
  18. amir is a very psyco guy..benci la aku dgn dy..tp aku pn rasa saiful akan mati..kenapa la fahri x perasan yg saiful sakit..kan dah nampak ubat saiful tu..huhu~ b4 saiful mati..hopefully fahri akan bagi dia peluang walau sekejap untuk bahagia..lepas tu baru la dapatkan shahir..haha~

    ReplyDelete
  19. bila nk kuar next episode ini.. tak sabar sabar ini....

    ReplyDelete
  20. Yerla... Lamanya next episode kali nie... Xsbr nk tau kisah selanjutnya fahri n syahir tuuu... Putera please... Make it fast dear...

    ReplyDelete
  21. mybe Saiful balik bertemu dengan-Nya dan sgt berpuas hati krn dpt bersama dgn Fahri wlaup0n sekejap ..kalau baca berulang2 kali dpt tangkap tindakan Saiful trhadap Fahri,lau x takkan Shahir x jealous Fahri dgn Saiful,smpai x marah Fahri tido umah dia...
    Saiful...trlalu bnyk dugaan kau tempuhi...
    atau... Saiful bersama Amir semula...nmpk penyesalan atas tindakannya...atau... TUNGGUUUUU...episod seterusnya....

    ReplyDelete
  22. Jika baca berulang kali. Fahri xkan bersama syahir. . Coz fahri sendiri nk syahir str8.. jika bisex pilih liyana je. Saiful yg terbaik buat fahri.. tpi saiful akan mati nnti. Ihsan mnagih cinta dri fahri.. sygnye da terlmbt untk ihsan.. aku x sabar tggu next episod sebb tu aku buat spekulasi ni..

    ReplyDelete
  23. Saiful minat kat Fahri. Fahri minat kat Shahir. Shahir nak tunang. Fahri x leh terima kenyataan yang Saiful minat kat dia. This is sooo happen in reality.

    Kita berhak memilih tapi tak semestinya kita terpilih. Kita takkan dapat apa yang kita nak tapi dipertemukan dengan yang kita perlu.

    Tak sabar nak tunggu next episode.

    ReplyDelete
  24. alahhh die nk tunang la pulak..oh shahir _iezz

    ReplyDelete
  25. tiba2 aku terjebak kat sini...kurang asam betul...cerita yg sangat menarikkkk wallla wehhhh...hahaha

    ReplyDelete