Friday 22 March 2013

Unspeakable Love -Part 22-




Part 22 : The Tears

seminggu telah berlalu setelah hari aku meluahkan perasaanku terhadap Shahir.. tidak dapat aku nafikan, sejak hari itu, ada banyak perubahan yang berlaku dalam hubungan antara aku dan Shahir.. dia telah pun tahu yang aku mencintai dirinya selama ini.. namun sehingga saat ini aku seakan kurang percaya jika Shahir benar-benar telah menerima siapa aku dengan seadanya.. apa lagi apabila dia sudah tahu yang aku turut menyimpan perasaan.. seorang yang dia anggap kawan selama ini, sudah tentu lah aku di matanya akan berubah.. hubungan antara kami berdua tidak akan lagi menjadi seperti biasa..

Shahir, biar pun pada masa yang sama dia seakan menerima siapa aku yang sebenarnya, namun dapat aku rasakan yang dia seakan mula kekok dengan diriku.. layanannya terhadapku juga berbeza.. kami masih lagi berbual seperti kebiasaanya.. dia mula berlagak seperti tidak ada apa-apa yang telah berlaku di antara kamu berdua.. namun, perbualan antara kami berdua bagi aku seakan tidak semesra seperti dahulu.. mungkin aku rasakan seakan ada tembok penghalang yang mula muncul yang membuatkan Shahir seakan kekok untuk melayan diriku seperti yang sebelumnya..

tentu lah dia akan berasa janggal.. di depan matanya adalah seorang lelaki yang lain dari sekadar seorang lelaki biasa.. di depan matanya adalah seorang lelaki yang punyai naluri yang berbeza.. dan lagi, tentu lah dirinya sedikit sebanyak akan berasa kekok kerana dia tahu lelaki di depan matanya itu menaruh hati pada dirinya.. biar pun si lelaki itu mengatakan yang dia tidak mengharapkan apa-apa.. si lelaki itu tidak mahu memiliki dirinya..

di satu suduh yang lain pula, aku tahu yang hatiku berasa sedikit lega.. telah terluah semua yang terpendam, di hati ini.. penerimaan Shahir terhadap diriku membuatkanku agak tenteram.. namun, adakalanya aku tertanya-tanya jika dia betul-betul menerima siapa diriku dengan seadanya, kerana selama ini sesuatu yang berbeza dia anggap terhadap Amir setelah dia tahu siapa Amir yang sebenarnya..

"kau okay kalau aku begini?" tanya Shahir..

pada pagi itu sebelum Shahir mahu mandi, dia berdiri menghadapku tanpa memakai baju.. hanya ada tuala yang berbalut pada pinggangnya.. aku hanya duduk di katilku turut memandang dirinya.. aku terkedu.. soalannya itu membuatkan aku sedikit terkejut..

"aku takut jika kau berasa kurang selesa jika aku seperti ini, tanpa memakai pakaian.. atau mungkin, aku yang berasa agak kekok sebenarnya..." kata Shahir lagi..

persoalan timbul, bagaimana kita mahu menyesuaikan keadaan ketika berada bersama-sama dengan seorang yang kita suka dalam satu bilik? Shahir memandang mataku tajam.. aku berasa sedikit gelisah.. memang tidak dapat dinafikan, jika dia tanpa berpakaian akan membuatkanku berasa ghairah.. perasaan itu tentu lah ada dalam diri aku.. cuba aku alihkan mataku ke tempat lain daripada terus memandang dirinya.. mungkin untuk mengawal nafsuku..

aku terdiam.. tanpa membalas pertanyaannya..

"mungkin kita perlukan sedikit adaptasi.." kata Shahir.. lalu dia membuka almari bajunya.. diambilnya singlet yang berwarna putih lalu terus dipakainya.. "mungkin ini lebih menjaga mata.." katanya lagi.. dia mengukirkan senyuman ke arahku..

mulai saat itu, bermula lah satu keadaan baru dalam hubungan antara kami berdua.. Shahir yang sebelum ini agak terbiasa tidur tanpa memakai baju, sudah mula menutup tubuhnya itu.. agak kekok bagi kami berdua untuk menyesuaikan diri dengan suasan yang baru.. seperti yang aku telah katakan, hubungan antara kami berdua tidak akan lagi menjadi seperti kebiasaanya..

aku pernah terserempak dengan Amir beberapa kali.. tatkala aku bertembung dengannya, dia hanya tersenyum memandang aku tanpa berkata apa-apa.. mungkin senyumannya itu agak sinis.. kadang-kadang aku berasa sedikit takut juga ketika bersemuka dengannya.. entah kenapa aku rasakan seperti ada sesuatu yang akan berlaku nanti yang Amir boleh lakukan terhadap aku.. pada saat itu, aku teringat akan Saiful.. berkali-kali aku cuba menghubunginya untuk tempoh seminggu ini.. namun telefonnya telah dimatikan.. hal ini membuatkan aku berasa sedikit pelik dan risau.. aku takut kalau terjadi sesuatu terhadap dirinya.. lebih-lebih lagi dia tidak akan menghilang tanpa menghubungi aku seperti ini..

pada hari Khamis lepas, aku pergi ke tempat dia berkerja.. ternyata Saiful juga tidak berada di situ.. aku ada bertanya kepada salah seorang petugas di restoran makanan segera tempat Saiful bekerja.. ternyata mereka semua juga tidak tahu ke mana Saiful telah menghilang.. kata mereka lagi, Saiful tidak datang berkerja sejak hari Isnin lagi.. hal ini membuatkan aku lebih berasa tidak senang hati.. hati terasa sedikit gelisah, pada hari yang sama aku pergi ke rumah Saiful.. namun ternyata dia juga seperti tidak berada di rumah.. sudah berkali-kali aku mengetuk pintu rumahnya dan memanggil namanya, namun langsung tidak ada jawapan.. lantas aku menulis satu nota yang mengatakan yang aku pernah datang ke rumahnya pada hari itu.. nota itu aku selitkan melalui ruang kecil di bawah pintu rumahnya..

pada hari ini, Sabtu aku sedang berada di dalam bilik cuba menyiapkan design rumah aku menggunakan software ArchiCAD.. sudah lebih dua jam secara beterusan aku duduk sambil menghadap komputer riba aku berusaha menyiapkan design rumah itu dengan secepat yang mungkin.. Shahir tidak berada di dalam bilik.. mungkin dia pergi ke perpustakaan ataupun ke studio.. bersedirian di dalam bilik, fikiran aku hanya tertumpu pada assignment yang harus aku siapkan dengan segera..

tiba-tiba sahaja fokus aku diganggu apabila telefon aku mendapat panggilan dari seseorang.. lantas aku melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbit aku itu.. aku berasa terkejut, terpampang nama Saiful..

"assalamualaikum.." kedengaran suara Saiful sebaik sahaja aku mengangkat panggilannya itu..

"waalaikumsalam.. Saiful?? kau apa khabar?? kau kat mana sekarang?? mana kau pergi pada hari-hari yang lepas? puas aku cuba contact kau tau.. kau buat apa sebenarnye??" bertalu-talu soalan aku ajukan kepada Saiful.. sesungguhnya aku memang berasa risau dengan ketiadaan dirinya yang secara tiba-tiba..

"hehehe.. kau ni.. mana satu aku nak jawab dulu ni?? kenapa?? kau rindu kat aku ke?? hehehe.." jawab Saiful..

"wei.. aku risau kat kau lah.. kau ni terus-terus je hilang tanpa boleh dihubungi.. kau kat mana sebelum ni??"

"kenapa?? perlu kah kau tahu semua tu??"

"kau ni.. ishh... okay.. aku malas dah nak ambil tahu.."

"hehehe.. risau juga kau kat aku kan?? aku tak apa-apa lah.. aku okay je.. beberapa hari lepas tu aku pergi ke satu tempat.. just untuk tenangkan fikiran, mungkin..."

"iya ke?? sampai matikan telefon sekali? wei, hari tu aku ada pergi tempat kau kerja tau.. mereka cakap kau tiba-tiba je tak datang.. kau ada apa sebenarnya??" tanya aku mula curiga..

"hmm... hmmm.. aku dah tak kerja kat sana.. dah cari kerja kat tempat lain.." Saiful memberi sebab..

"kau biar betul?? kenapa tiba-tiba je?? dah tu tak cakap kat orang kat sana tu?? berhenti macam tu je??"

"suka hati aku lah nak kerja ke tak.. nak cakap ke tak.."

aku terdiam.. kadang-kadang aku kurang faham juga dengan sikap Saiful ni.. senang-senang je dia nak berhenti kerja macam tu je.. mentang-mentanglah dia anak orang kaya, mungkin dia fikir dia boleh buat suka hati dia lah kot.. tapi, dia kat sini bukannya berduit sangat pun.. title je anak orang kaya.. tapi boleh je dia buat benda suka hati dia je..

"okay.." kataku ringkas...

"kenapa??" tanya Saiful..

"nothing.."

"kau rindu aku tak?? hehehe.."

"a bit lah... hmmm.. mungkin.. hahaha.."

"waahh.. untunglah aku, ada yang rindu.. hihi!"

"kau ni... ish... ada-ada je lah.."

"hahaha.. takde apa-apa lah Fahri.. kalau kau tak rindu aku pun takpe.. but aku nak cakap something lah.. aku rindu kat kau, Fahri..."

aku terdiam... kata-kata Saiful itu membuatkan aku terdiam...

"kenapa kau diam??" tanya Saiful..

"nothing.. hmmm.. aku just nak cakap something kat kau lah.. aku risau kan kau.. tapi aku aku tak tahu kenapa rasa berasa risau.. just ada timbul feeling tu kat hati aku.."

kali ini Saiful pula yang terdiam.. aku pula mula berasa pelik..

"Fahri.. boleh kita berjumpa??" tanya Saiful..

"bila??"

"sekarang ni.. kalau kau tak busy lah.."

"kat mana?" tanya aku lagi..

"later aku SMS kau nak pergi kat mana.. kau nak keluar tak??"

"aku okay je.. but aku kena salin baju dulu lah.."

hari ini perancangan aku yang sebenarnya adalah untuk menyiapkan design rumah aku dengan segera.. namun biar pun aku agak sibuk, tapi entah kenapa aku begitu sangat ingin berjumpa dengan Saiful.. kerja aku ditangguhkan.. dengan segera aku bersiap menyalin pakaian lain..

aku pergi dengan menaiki bus.. Saiful ada menghantar SMS dan berkata mahu berjumpa dengan aku di sebuah Shopping Mall.. aku hanya bersetuju.. lebih kurang pukul 2 petang, aku pun sampai ke tempat yang dimaksudkan.. berdiri di depan pintu masuk utama, aku menunggu kehadiran Saiful.. dia akhirnya menyusul dengan berpakaian hitam.. sebaik sahaja dia memandang aku, Saiful terus mengukirkan senyuman.. kami mula bersalaman.. dia kelihatan agak ceria bila dapat berjumpa dengan aku.. namun ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya di mata aku.. wajahnya kelihatan agak pucat.. seperti seorang yang sakit.. tapi dia kelihatan begitu bersemangat dan bertenaga pada hari ini...

"kau apa khabar?" tanya aku padanya..

"aku okay.. just rasa gembira dapat jumpa dengan kau lagi.." balas Saiful..

"aku still tertanya-tanya apa benda yang kau buat pada hari-hari lepas.." kataku lagi..

"ala.. kau tak payah lah tahu.. kan sekarang ni kita dah jumpa.. jom kita masuk ke dalam dulu.." ajak Saiful..

aku tak banyak melatah melainkan menurut kehendak Saiful.. di dalam Shopping Mall itu kami berdua hanya berjalan tanpa arah tujuan.. berjalan dan terus berjalan.. memang kami langsung tidak ada apa-apa perancangan yang harus dibuat bersama melainkan hanya untuk keluar berjumpa..

akhirnya kami memutuskan untuk makan di sebuah restoran untuk mengisi perut terlebih dahulu.. kami duduk bertentangan.. seperti kebiasaanya, aku terlebih dahulu makan manakala Saiful mula akan memerhatikan aku sedang makan.. dia akan tersenyum melihat aku.. mungkin sudah terbiasa dengan tabiatnya itu, kini aku tidak lah berasa telalu kekok seperti sebelumnya..

"ada banyak benda aku nak cakapkan kat kau sebenarnya.." aku mula bersuara..

"nak cakap apa?"

"banyak lah.. salah satunya tentang kau pergi mana pada hari-hari yang lepas.. but kau tak nak pula cakap kat aku tentang hal tu.."

"lagi?? apa lagi kau nak cakap??" tanya Saiful

aku pandang mata Saiful.. agak tajam.. "aku nak tanya tentang Amir.."

Saiful terdiam mendengar soalan aku itu..

"kau kenal dengan kawan aku bernama Amir tu kan??" tanya aku lagi..

"kenal.. so, kenapa dengan dia?" Saiful kelihatan sedikit gelisah..

"aku just nak tahu, apa hubungan antara kamu berdua sebenarnya?"

"hubungan?? jujur aku cakap kita orang takde apa-apa hubungan kecuali sekadar kenalan biasa.." balas Saiful..

"dia cakap kat aku, kau adalah couple dia... betul ke??"

"dulu ya.. but sekarang tak lagi.. dia cakap apa lagi kat kau??" Saiful pula bertanya kepada aku..

"takde apa-apa.." aku pula berasa gelisah..

"dia ada apa-apa kan kau ke, Fahri??" tanya Saiful.. agak serius..

"takde apa-apa.." aku menipu..

Saiful menenung mata aku.. mungkin cuba memastikan jika aku berkata benar ataupun tidak.. aku telan liur.. agak cuak bila dia tenung aku begitu...

"kalau takde apa-apa, bagus lah.." kata Saiful.. dia kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan jawapan aku..

suasana menjadi bisu seketika.. Saiful pun mula menjamah makanan yang masih lagi tidak diusiknya.. pada saat ini, aku pula yang memerhatikannya sedang makan.. dia memakan dengan perlahan sambil memandang aku.. dia tersenyum.. mungkin suka bila aku memerhatikan dirinya..

entah kenapa dalam hatiku mula terfikir yang Saiful ni agak comel juga kalau tersenyum.. kadang-kadang dia ni agak kebudak-budakkan juga.. dia juga seorang yang agak pelik.. angin dia cepat sahaja berubah.. beberapa minit lepas dia kelihatan agak gelisah, kemudiannya agak serius, kali ini dia pula tersenyum ceria.. selam aku kenal dirinya, memang begitu lah..

"aku dah cakap pada Shahir.." aku berkata dengan perlahan..

Saiful mengerut dahi, kurang faham dengan apa yang aku katakan..

"kau cakap apa pada dia?" tanya Saiful..

dengan perlahan-lahan aku pun menjawab, "aku dah cakap yang aku suka dia.."

"seriously??" Saiful agak terkejut.. "kenapa tiba-tiba je kau cakap macam tu kat dia??"

aku terdiam.. tak tahu nak jelaskan macam mana pada Saiful.. patutkah aku cakap apa yang dah jadi pada minggu lalu? menceritakan tentang apa yang Amir dah buat kat aku.. tentang rahsia aku dibongkarnya di depan mata Shahir.. mulai detik itu lah, tiada rahsia lagi yang aku dapat sembunyikan dari Shahir.. dia sudah tahu siapa aku yang sebenarnya..

"ye.. aku dah cakap kat dia." balasku..

"then dia respond macam mana??" Saiful mula ingin tahu..

"dia terima aku.. kami masih lagi jadi kawan..."

"seriously?? kau cakap apa kat dia sebenarnya??"

"aku cakap apa yang ada di dalam hati aku.. kata, walaupun aku suka kat dia, tapi aku tak mengharapkan balasan darinya.. sebab aku tak nak dia jadi macam aku.."

Saiful terdiam seketika.. dia pandang ke arah lain.. aku pula hanya memandang wajahnya.. kemudian, Saiful memandang wajah aku semula..

"baguslah kalau macam tu.. so, macam mana lah sekarang tentang hubungan kamu berdua?" tanya Saiful..

"maksud kau?"

"lepas kau dah confess semua kan, then kau fikir apa lah? maksud aku yang akan jadi lepas tu lah.."

"ermmm.. aku still tak fikir lagi apa yang akan jadi lepas ni.. but sekarang ni macam tu lah.. aku dah confess semua but kami still jadi kawan.. tu je lah.."

aku pun tak tahu apa yang akan jadi nanti.. hubungan antara aku dan Shahir masih lagi seakan kabur.. namun tak lama lagi pengajian aku di universiti ini pun akan tamat.. pada saat tu kami berdua akan mula berpisah.. aku sudah putuskan untuk menjauhkan diri dari Shahir bila masa tu sudah tiba.. mungkin Shahir sudah boleh faham kenapa.. jadi aku pun tidak perlu nak beri pelbagai alasan nanti..

selepas selesai makan, aku dan Saiful pergi bersiar-siar di dalam pusat membeli belah itu.. terdapat satu pameran terbuka tentang galeri lukisan.. Saiful mengajak aku untuk pergi ke pameran itu.. dia kelihatan agak teruja dengan lukisan-lukisan yang dipamerkan di sana.. ada perlbagai genre lukisan.. ada yang abstrak, mahupun realistik.. dari belakang, aku hanya memerhatikan Saiful yang begitu ghairah melihat setiap lukisan yang tergantung.. aku fikir yang dia begitu meminati seni lukisan.. dari melihat keterujaannya, nampaknya seakan begitu lah..

"Fahri, kau tengok ni..." ajak Saiful..

di depan matanya tergantung satu lukisan potret seorang lelaki.. bermediumkan cat minyak.. lelaki di dalam gambar itu tidak memakai baju.. badannya agak kekar.. namun wajahnya pula agak kurang jelas dilihat kerana ditutupi bayang yang gelap.. lukisan yang sangat realistik..

"aku suka dengan lukisan ini.." kata Saiful lagi penuh keterujaan..

aku tak berkata apa-apa.. aku hanya memandang pada lukisan tersebut.. dalam fikiran aku, agak menghairahkan juga bila tengok gambar lelaki tanpa berbaju di depan mata aku itu.. memang nafsu aku ke arah lelaki.. jadi memang akan terasa begitu lah.. aku lihat, lukisan tu sangat cantik juga..

"entah kenapa aku terfikir untuk melukis sesuatu.. Fahri, jom teman aku beli peralatan melukis jap.." ajak Saiful..

"kau nak melukis?? tak tahu pula kau pandai melukis.." aku sedikit terkejut bila mendengar Saiful berkata begitu..

"boleh lah juga.. tapi takde lah hebat mana pun.."

"kau nak lukis apa??" tanya aku..

"lukis kau lah.." jawap Saiful slumber..

aku terkejut seketika.. nak lukis aku?? namun belum puas aku nak tertanya-tanya, tangan aku telah pun ditarik oleh Saiful..

kami pergi ke sebuah kedai alatan tulis.. Saiful membeli satu kertas lukisan dan pensil pelbagai gred berserta dengan pemadam dengan pengasah pensil.. itu sahaja yang dia beli.. aku pula hanya terdiam dari tadi.. masih lagi tertanya-tanya kalau benar Saiful serius dengan kata-katanya itu.. tertanya dia memang betul-betul serius.. setelah semuanya dibayar, Saiful mengajak aku untuk ke rumahnya lagi.. katanya, dia nak lukis gambar aku pada hari ni juga... aku hanya menurut... mungkin aku sudah mula teruja untuk melihat bakat yang selama ini Saiful telah rahsiakan dari aku..

sampai sahaja di rumah Saiful, dia meletakkan satu kerusi di ruang tamunya.. dimintanya aku untuk duduk di kerusi itu.. ternyata Saiful benar-benar teruja dengan keinginannya untuk melukis potret diriku.. aku hanya menurut.. sebaik sahaja aku duduk di kerusi, Saiful meminta aku untuk berundur sedikit ke belakang agar sebahagian tubuhku ditutupi bayang.. sekali lagi aku hanya menurut.. terasa sedikit mengelabah bila aku menjadi model lukisannya..

"boleh kau buka baju tak, Fahri??" pinta Saiful..

aku terkejut.. "buka? eh, tak payah lah.. aku malu lah pula.. pakai baju je tak boleh ke??"

"sebab dengan berbuka baju lagi lebih artistik.." jawab Saiful..

aku terdiam.. terasa segan pula aku nak buka baju.. aku pandang Saiful.. dia kelihatan sudah bersedia untuk melukis diriku di atas kertas lukisan.. wajahnya kelihatan tenang.. namun aku tahu, dia serius dengan arahannya itu.. malas untuk berfikir panjang, lalu aku buka juga baju aku.. terdedahlah tubuhku yang tidak lah begitu kekar berbanding Saiful dan Shahir.. tubuhku hanya sederhana... masih terasa segan, aku mula terasa kekok..

"bagus.." kata Saiful.. dia tersenyum ke arah aku...

Saiful mula melakar lukisan pada kertas lukisan.. dia pandang aku dengan penuh keterujuaan.. kadang-kala dia memandang aku, kemudiannya pula dia akan menghadap pada kertas lukisan.. aku perhatikan tangannya agak ligat melakar pada kertas lukisan itu.. dia seperti sudah terbiasa melukis.. agak pantas tangannya melakar seperti tidak ada kesilapan pada lukisannya..

dalam tempoh lima minit aku duduk di kerusi, Saiful masih lagi penuh keterujaan melukis gambar diriku.. mula muncul di fikiran aku tentang diri Saiful.. memang benar, ada banyak tentang dirinya yang masih belum aku selami.. aku langsung tak pernah terfikir kalau-kalau Saiful mempunyai bakat dalam melukis.. dia bagi aku agak berahsia juga.. atau mungkin aku yang tak pernah berkesempatan untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam..

"macam mana? cantik tak aku dalam lukisan kau?? hehe" kataku yang mula tidak sabar untuk melihat hasilnya nanti..

"cantik atau buruk itu tidak lah penting.. yang utama adalah nilai dan makna dalam lukisan itu.. kalau lukisan itu cantik sekali pun tanpa ada nilai tersendiri, maka ia hanya lah satu lukisan yang kosong.."

aku terdiam bila mendengar kata-katanya itu.. mungkin memang minatnya dalam seni kot.. aku sendiri boleh merasa bertapa dia penuh dengan minat.. dia sangat bersemangat..

"dulu aku pernah terfikir untuk ambil course fine art lepas je aku tamat sekolah.. minat aku memang ke arah situ lah.. but my father tak benarkan aku ambil course macam tu.. takde masa depan katanya.. dia nak aku ambil course untuk perniagaan.. sebab boleh lah aku kerja dengan syarikat dia nanti.. but aku degil juga tak nak ambil course macam tu.. gaduh dan terus bergaduh, akhirnya aku putuskan yang aku tak nak sambung study lagi.." kata Saiful sambil melukis gambar diriku..

aku masih juga sambil mendengar apa yang Saiful ceritakan.. aku memang kadang-kadang agak teringin untuk mengetahui tentang kisah kehidupan Saiful.. tapi dalam masa yang sama kebanyakkan kisah hidupnya ada kaitan dengan keluarga dia di masa yang lampau.. ada kalanya itu, aku pun sebolehnye tak nak lah mahu mencampuri hal keluarganya sangat, walaupun aku agak teringin nak tahu tentang dirinya dengan lebih lanjut..

bila dah terpaksa duduk tanpa membuat apa-apa di kerusi, aku dah mula rasa macam letih lah pula.. dah lebih setengah jam rasanye aku duduk.. Saiful pula dari tadi terus melakar lukisan tanpa henti.. dia pandang aku, kemudian pandang pada kertas lukisan.. masih lagi bersemangat untuk melukis.. aku pula dah rasa semakin kekok yang duduk tanpa membuat apa..

"Fahri, kau seorang yang kacak.." Saiful bersuara lagi..

"hahaha.. lawak lah kau.. jangan pula nak bodek aku.."

"serius aku cakap, di mata aku kau seorang yang menarik..."

aku berdiam diri... aku memang dah tahu lah dia ada menaruh hati kat aku.. kalau dia puji aku macam tu bukannlah diluar jangkaan aku.. tapi, entah kenapa aku seakan kurang selesa bila dia puji aku macam tu.. nak kata aku benci kalau dia puji, tak juga.. just terasa agak kurang selesa.. tak tahu kenapa..

"kalau kau suka pada seseorang, but pada masa yang sama, kau tahu yang dia hanya anggap kau tak lebih dari seorang kawan, kau fikir macam mana, Fahri?" Saiful berkata lagi..

aku berkerut dahi.. agak terkejut juga bila dia tanyakan soalan tu..

"maksud kau apa?" tanya aku lagi..

"you love someone, but dalam masa yang sama kau tahu yang kau tak ada di hatinya.." sambung Saiful sambil meneruskan lukisannya.. "aku ada mengalami situasi macam tu.. agak perit lah juga aku nak tanggung.. but aku try cuba untuk jadi rasional.. sebab kita tak boleh nak paksa orang untuk suka pada diri kita.."

entah kenapa aku mula berasa tidak sedap hati bila Saiful berkata macam tu.. sebab kata-katanya itu memang merujuk pada diri aku..

"kau ada suka pada seseorang?" aku mula menduga... walaupun aku tahu dia merujuk tentang diriku..

Saiful hanya mengangguk.. dalam masa yang sama masih terus melukis..

"tak semua yang kita harapkan akan jadi milik kita.. walaupun kita begitu teringin agar di hatinya terlakar nama kita.. but untuk menerima hakikat bahawa kita bukan lah siapa-siapa di hatinya agak menyukarkan.. apa lagi kalau kau tahu yang si dia menaruh hati pada insan yang lain.. kadang-kadang aku ada terfikir yang aku lagi layak untuk dirinya.. sebab aku boleh memberikan apa yang orang yang dia sukai itu tak boleh beri pada dirinya.. sesuatu mengenai balasan perasaan.. aku boleh memberinya balasan cinta.."

Saiful berhenti melukis seketika.. dia mula terus menatap wajah aku.. pandangan mata yang agak tajam.. aku telan liur bila dia pandang aku begitu..

"kenapa kau tak cuba untuk meluahkan perasaan kau pada orang itu??" aku terus menduga dirinya..

"seperti yang aku cakap, dalam hatinya, aku bukan lah siapa-siapa.. susah untuk diterima, namun itu lah realitinya.. aku tak boleh nak paksa orang itu untuk suka aku, tapi pada masa yang sama aku tak boleh nak halang perasaan aku untuk terus mencintai dirinya.. oleh itu, dengan masa yang masih berbaki, aku mahu membuatkan dirinya bahagia.. sampai lah tiba saat itu nanti.." nada suara Saiful mula semakin sayu..

"aku nak balik.." kataku secara tiba-tiba.. aku ambil semula baju aku lalu terus memakainya..

Saiful kelihatan agak tekejut dengan perbuatan aku itu..

"kenapa Fahri??" dia mula tertanya-tanya..

"entah.. aku pun tak tahu kenapa.. aku just mula tak berasa selesa.." kataku yang telah pun berdiri lalu mula menuju ke pintu keluar..

Saiful bangun lalu cuba untuk memintas aku..

"kau marah aku ke Fahri??" tanya Saiful..

"aku tak tahu lah.. aku just fikir nak balik je.." balasku...

"aku fikir kau marahkan aku.." kata Saiful yang kini telah pun memegang tangan aku..

berhenti, aku menoleh ke arah wajahnya... "kau suka aku kan, Saiful? aku tahu kau suka aku..."

Saiful tergamam.. sungguh, dia betul-betul terkejut mendengar kata aku itu... dia kaku seketika.. genggaman tangannya di tangan aku terlepas..

"seperti yang dicakapkan, kau tak pernah ada di hati aku..." kataku dengan nada yang serius..

Saiful terdiam.. dia benar-benar terkejut dengan kata-kata aku itu.. dia semakin kaku.. dia seakan sukar percaya aku boleh berkata begitu pada dirinya..

"aku pergi dulu.. terima kasih dengan masa kau.."

lalu aku segera beredar dari situ.. Saiful tidak mengejar aku.. dia masih lagi kaku berdiri.. terdiam tidak percaya dengan kata-kata aku itu..

sebelum berpaling, sempat aku melihat wajah dirinya.. kelihatan air mata mula berlinang dari matanya.. air mata mula membasahi pipinya..








pada hari itu, aku guris hatinya.. 

di depan matanya aku berkata...

dia tidak pernah ada di dalam hati aku...

itu lah kali pertama aku melihat dirinya menangis












86 comments:

  1. dh habis.... cerite pendek jer kali ini.... btw, keep it going... :)

    ReplyDelete
  2. Fahri 'jahat' ngan saiful.. ssmpi hati wat camtu.. but aku rasa fahri daptkn saiful semula n berbincang. Ttg syahir yess mmg kekok.. cuma msih kbur ttg perasaan syahir. .. (hairel s)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada situasi bila kita mcm xleh nk terima org boleh suka kat kita.. Sbb dr awal lg fahri just anggap saiful hanya skdar kwn.. Ada org yg betul2 syg kat kita tp hati kita xde pd org tu.. Cuma cara fahri tu memang jahat lh.. Walaupun Saiful dh faham yg dia xde d hati fahri.. But klu kluar dr mulut fahri kata mcm tu memang kejam lh..

      Delete
    2. Sepatutnye fahri lebih memahami saiful, Syahir lebih 'terbuka' berbanding fahri dlm situasi yg sama. Walaupun ramai yg berharap syahir n fahri.. tpi watak saiful lbih bnyak dri syahir.. mngkin story ni masih panjang. Cuma jenuh menunggu next episod :(. Btw tahniah buat penulis

      Delete
    3. tu lh.. dlm citer ni klu perasan, Saiful lg byk muncul berbanding Shahir.. x pasti lh sama ada aku nk buat citer ni jd panjang or x.. but rancangan aku akan kurang dr 30 parts lh.. sbb klu panjang takut terlalu berderet2.. or nk jg dipanjangkn lg??

      Delete
    4. Boleh kot pnjng namapun fiksi n realiti kn.. hehe. . Amir.. liyana.. ihsan juga memainkan peranan. . So pnjng lh... cuma. Mngkin perlu bnyk kn dialog..atau citer part watk lain 'tnpa' fahri.. X bergntung pada isi hati fahri sebb kami dh fham situasi fahri. So x perlu ulang sangt...

      Delete
    5. sbb citer aku ni sbnrnye berdasarkn dr view seseorang (fahri).. memang ada style cerita mcm ni.. sebab penggunaan 'aku' dlm cerita berbanding 'dia'.. tp dlm part 20 aku ada mix jg jln cerita dgn mengisahkan apa yg jd antara Saiful n Amir.. so, memang most likely kita akan just dgr sudut pandangan Fahri je..

      Delete
  3. kalau aku jadi fahri, aku akn mula jarakkan diri dengan syahir. syahir dah rasa kurang selesa dengan fahri, kalau aku fahri, aku akan rasa lebih tak selesa bila syahir rasa tak selesa macam tu. mungkin hbungan syahir dan fahri takkan kembali seperti sediakala, tapi at least biarlah syahir kekal selesa dengan kehidupan dia yang dulu tanpa perlu ubah apa-apa....betul x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agree bro. But aq masih hrp syhir n fahri

      Delete
    2. Tp xleh nk buat apa2 sbb dorg brdua satu bilik.. Memang akan jd mcm tu lh.. Memang rasa kekok bg shahir klu ada roommate yg plu.. Dh tu org tu suka kat dia pula..

      Delete
  4. Replies
    1. saiful buat aku jatuh hati kat die..omg!!

      Delete
    2. penulis pun suka kat Saiful jg sbnrnye.. hihi

      Delete
    3. betul2.... ada something yang buatkan kita suka dgn watak saiful...

      Delete
  5. Until now i'm still wondering how's shahir face would be look like?..

    ReplyDelete
  6. huhu...sedih syallll.... hakikat yg menyakitkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku waktu menulis terbayang2 klu aku jd saiful.. Walaupun saiful tu faham yg dia xde d hati fahri.. But bila fahri sndiri ckp mcm tu d dpn mata pula memang akan buat kita terguris lh..

      Delete
  7. cinta yang datang.. adakala bukan milik kita.. menyedarkan diri dan orang lain bahawa cinta itu bukan milik kita sangat2 payah..
    tapi watak fahri sangat berkesan...

    persoalannya..

    kita jarang kan nak menghargai prasaan orang seperti saiful.. kenapa yer..? kenapa kita selalu memilih jln yg sukar..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb kita xleh nk paksa perasaan suka.. Walaupun kita tahu org tu sygkn kita.. Tp dlm masa yg sama kita xleh nk halang perasaan kita utk terus menyukai seseorang...

      Delete
  8. Replies
    1. tak berapa puas hati epi ini. tak tahu knp tp mcm suatu yg x kena. bkn ttg penulisannya tp, watak2 yg berlaku agak menggangu emosi. ntah la sukar d tafsirkn

      Delete
    2. Apa yg mengganggu emosi tu? Cuba ckp ckit..

      Delete
    3. mgkn sbp airmata saiful kut. penulis mampu menggarap cerita sehingga menguasai emosi pembaca. terlalu byk perasaan yg x terungkapkan. mgkn x perlu ada watak yg mati kut. i mean meninggal la.

      Delete
    4. X smestinya saiful akn mati jg.. Kena saksikn apa yg akn jd nanti..

      Delete
  9. perit rasa bila ko suka ngan orang ...tp orang x berapa nak suka...
    yang bagusnya bila ko suka ngan orang tu ..ko pendam jer la...
    tp episod ni sungguh menusuk kelambu..eh kalbu..

    aku rasa saiful nak mati maybe..
    kejam fahri buat saifu macam itu..haiya dia tarak tau ka si seful mau pigi selama lamanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp usually mcm tu lh kn.. Kdg2 kita suka kat seseorang tp org tu xde perasaan yg sama kat kita.. Ni benda common yg berlaku dlm hidup kita..

      Delete
  10. Replies
    1. kecewa atas tindakan fahri..tp bila difikirkan balik..benda tu adalah hakikat..aku sendiri pernah dan sebenarnya sedang menghadapi apa yg fahri hadapi..kawan bagi aku adalah kawan..tapi situasi itu sangat sukar untuk dijelaskan apa lagi untuk difahami..untuk orang seperti saiful, kita perlu belajar terima segala kemungkinan yang berlaku..untuk orang seperti fahri, kita perlu pandai membuat keputusan..kita, kerana aku pernah berada di kedua-dua situasi itu..

      Delete
    2. Sbnrnye dlm kes ni fahri mcm xnk buat saiful utk terus mengharap.. Tp actually saiful xde lh nk mengharapkn fahri sbb dia sudah sedia maklum yg fahri just anggap dia sbagai kwn je .. But tu still x boleh nk halang klu saiful still nk cintakn fahri.. Mencintai seseorang tanpa dicintai smula oleh org tu..

      Delete
  11. xnak tgk watak saiful mati. xnak gak tgk watak shahir jd PLU. ergggh. dilemma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena sabar menunggu apa yg akan jd nanti.. Ihsan pun x muncul2 lg kn...

      Delete
  12. hope watak amir muncul balik , biar dia buat kacau , haha , baru cerita ada konflik sedikit !

    *n.a.b.a.j

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu lh Amir akn muncul lg.. Sbb dia kn watak jahat dlm citer ni..

      Delete
  13. Yessss... first time tgk rating Saiful berada di tempat pertama 101 undian/34% (24/3/13@1:24a.m)... SAIFUL WATAK TERBAIK!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm x caye je.. Rasanye ada yg undi saiful brulang kali.. Nk jg menangkn saiful..

      Delete
    2. X heran lh.. coz saiful mndominasi jln citer... syahir mmg tengelm. Bgimanapun... aku adalh penyokong syahir.. tggu la aku vote syahir bnyk Xaxaxa

      Delete
    3. lps ni saiful akn jrg lh dceritakn.. sbb fahri akn mnjauhkn diri dr dia..

      Delete
    4. mcm mana nak vote amir?hahahahahahaha~

      Delete
    5. Ada ke yg nk vote amir tu?

      Delete
    6. Hahaha... vote liyana lh

      Delete
    7. aku nk vote amir... hehe

      Delete
    8. dh lambat sgt klu nk include watak tu smua.. undi2 lain pun dh brpuluh2..

      Delete
  14. Replies
    1. Ha ah.. Memang kesian.. Tp nk buat mcm mana kn..

      Delete
    2. lagu Cakra Khan - Harus Terpisah macam kena ngan Saiful hehe

      Delete
    3. Ok.. Thanks dgn lagu.. Nanti aku try dgr lagu tu..

      Delete
  15. Situasi aku lebih kurang sama dgn Fahri. Cuma takda 'Saiful'. Kadang bodoh jugak sbb suka kat orang yg takda perasaan kat kita. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp usually memang kita akn suka pd org yg xde perasaan kat kita pun..

      Delete
  16. At last!!! My fav epi! Yeeah...

    ReplyDelete
  17. jgn "tenggelam" kan watak saiful...

    **plsss..hahahs...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena beri laluan watak lain utk brsinar.. Sbb ada watak yg perlu diberi perhatian gak.

      Delete
    2. Oh tidakkk..!!

      **(pehal aku emo nih)

      Delete
  18. kesian saiful..but memang btol pun yg fahri bukan nk kat saiful.just dia terlampau direct ckp mcm tu..huu. bekecai terus hati saiful..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tapi mcm mana cara terbaik untuk jelaskan pada saiful?susah kan?

      Delete
    2. Fahri terlalu tegas.. Kdg2 kita ni perlu brkias2 gak klu nk reject..

      Delete
    3. Apa fahri rasa jika syahir wat cmtu? Tpi tu lah sifat fahri.. lihat dulu.. cept je die gtau liyana syahir bermesraan

      Delete
    4. tu lh.. fahri pun bukannye sentiasa baik gak..

      Delete
  19. sedey lak..saiful betul2 ikhlas cintakan fahri.tapi aarr fahri lak xde feeling..ok part lukis tuh ,g suke sgt rr..kan best mse die pgg tgn tu ade aksi sket ha haaa thx putera..wait for nextt :P _iezz

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer ni kurang romantik.. sbb penulis pun x romantik.. so imaginasi pun kurang lh.

      Delete
  20. Mmng sedih klau kite suke+cinta org tu and at d same time kite tau yg dia xde feeling kt kita.....tp lg sedih+parah+huru-hara klau org yg kite suke tu bgtau kt depan2 kite yg dia lgsg xde feeling kt kite...rsa mcm d siat2+d robek2 & hancur luluh jantung ni....susah nk bnafas.....rsa mcm its end of this world...numb..xtau nk btpe selain mnangis...mnangis dan mnangis....waktu tu rsa mcm baik mati je....but life must goes on...hope saiful xde bt bnda2 yg bodoh....anyway cerite ni mmng btl2 superb la putera...keep going tuk tulis cerita ni ek...and hope putera dpt bukukn cerite ni tuk jd sebuah novel yg complete.....papepun Chaiyok2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saiful still rasional.. but tentu lh hati dh hancur.. prsoalannya skrg ni sama ada Saiful akn still kejar Fahri lg or x lh..

      Delete
  21. cite nie best..walaupown ak nie PLU pempuan..tp layan cite nie pown syokk..interesting..cm ad aura yg buat reader melekat ngan cite nie..
    #katam 22 part dlm 1 mlm#

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal2 citer ni mcm x best kn.. sbb byk jg org dok kritik.. then aku pun try utk baiki lh..

      Delete
  22. Beautiful story Putera ;)

    Good luck :)

    ReplyDelete
  23. ada beberapa perenggan yang buat aku confuse.

    part masa melukis tu, instead of Saiful, u put Shahir's name.


    part "seperti yang kau cakapkan, kau tak pernah ada di hati aku...",
    is it "seperti yang (aku) cakapkan, kau tak pernah ada di hati aku..."?


    dan yes, aku rasa tindakan Fahri agak bold, tapi aku rasa itu yang terbaik untuk semua orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. dh buat pembetulan..

      kita xleh nk senangkn hati semua org.. so mcm tu lh.. even Amir kata dia still cintakn fahri, but Saiful lihat pd Fahri..

      Delete
  24. saiful is so sweet... kan best kalau dia ada ngan I now

    ReplyDelete
  25. rasanya it should be I made him cried.. and not i made him cries.. just my opinion.. :) but yea.. mula2 baca mcm tak menangkap sgt... lepas tgh2 baru best.. nice one!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Made' tu dah past tense..jadi tak payah dikuti dgn another past tense 'cried'...

      kalau 'made him cries' pun salah jugak... satu past tense (made) dan satu present tense (cries).

      Yg betul ialah 'I made him cry'. other examples: ' made him eat' bukannya 'I made him ate' atau 'I made him eats'

      Delete
    2. It's me again...

      Tapi kalau nak kekalkan dlm present tense (berlaku sekarang) ' I make him cry' , adalah grammatically correct.

      Delete
  26. Bila la nk next part.. dah letih tggu.. :(

    ReplyDelete
  27. Sorry yer dek...salah grammar tu dek oii..- "I made him cry" bukan "I make him cried"...you're a very good writer..teruskan..cerita adek mmg best giler...cuma nak tegur tu jer... dari otai... harap tak menyinggung

    ReplyDelete
  28. Rasa mcm nk tampar si Fahri tu sbb buat Saiful mcm tu..Fahri suka mengejar bende yg tidak ada kepastiannya seperti perasaan cinta dia terhadap Shahir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong u - Fahri ni, aku cekik gak kang...sibuk taruh perasaan pada Shahir yg sah2 dah kekok ngan dia *maybe da bisex...I mean cmon..then dia punya non-stop nostalgia dengan Ihsan...let him go already, Saiful is dying... :'( sedih ngan Saiful.
      How could u Fahri!

      Delete
  29. Addie Mustapha8 July 2014 at 10:14

    Best giler crita ni... sya bca 22part dlm msa dua hri... ni pon sbb ade kelas n assignment... lau x dh hbs kot... haha

    ReplyDelete
  30. actually I love saiful .. his attitude and personality is related with me .. kita sllu cuba buat org lain bhgie dgn mengukir senyuman di wajah kita .. tapi apakan daya tidak semua yg kita ingin akan kita dapatkan .. so teruskan melangkah dan optimistik walaupun kita tahu sukar .. i love this character so much ..

    ReplyDelete