Wednesday 28 November 2012

Unspeakable Love -Part 11-






Part 11 : Complicated Love


aku sedang berada di kedai farmasi tempat aku bekerja.. pada hari ini, sama seperti semalam aku akan bekerja untuk sesi siang.. maksudnya aku akan tamat bekerja pada pukul 3 petang nanti.. jam sekarang menunjukkan pukul 1.30 petang.. masih lama lagi sebelum aku boleh beredar dari kedai farmasi ini..

untuk seketika, aku teringatkan akan kejadian yang berlaku semalam.. aku bertemu seorang yang asing bagi diri aku, Saiful.. biarpun baru kali pertama berjumpa, entah kenapa aku begitu berani untuk mengikuti dia ke satu tempat yang aku sendiri tak ketahui.. kemudian di tempat itu kami berbual mengenai dirinya sebagai seorang yang biseksual.. lalu bila kami mahu beredar, tiba-tiba dia menolak aku ke dalam laut.. dan.. aku lemas.. ya.. aku lemas..

apa yang sebenarnya berlaku selepas itu??

minda aku masih lagi kabur dengan apa yang telah terjadi.. semuanya berlaku dengan pantas sekali.. ketika di dalam laut, yang aku ingat hanya lah buih-buih air yang begitu banyak sekali di mata aku ketika cuba untuk terapung di permukaan air.. kemudian, pandangan aku mula menjadi gelap.. aku tidak tahu untuk tempoh berapa lama, namun bila aku membuka mata, di depan mata aku ada wajah Saiful.. mukanya basah.. air menitik-nitik dari rambutnya yang basah ke muka aku.. di saat itu, badan aku terbaring di atas jambatan bulatan manakala dia pula berada di samping aku.. masih ingat lagi, di saat itu juga kelihatan orang ramai mula mengelilingi melihat aku..

"sorry.." Saiful mula berkata.

itu lah ayat pertama aku dengar.. Saiful berterusan meminta maaf tapi aku pula terus terdiam tanpa memberi tindak balas apa-apa.. aku sebenarnya bingung terhadap diri aku.. aku tidak tahu apa perasaan aku terhadap Saiful atas apa yang dia telah lakukan.. semalam, aku menolak pelawaan Saiful untuk menghantar aku untuk pulang.. sebaliknya aku balik dengan menaiki bas.. pada malamnya pula, aku mahu terus tidur tanpa mahu mengingati apa yang telah terjadi..

pada hari ini pula, ketika tiba waktu untuk aku berehat, aku menuju ke tempat ejen syarikat telekomunikasi kad sim yang aku pakai.. alasannya, mahu menghidupkan kembali nombor kad sim aku yang telah basah sebab terendam bersama-sama di dalam laut.. sudah tentu sekali telefon aku juga turut rosak.. aku begitu kecewa sekali kerana begitu banyak benda penting yang tersimpan dalam telefon bimbit aku itu.. telefon bimbit itu sudah lama aku pakai.. sejak aku masih lagi bersama dengan Ihsan.. gambar ketika aku dengan Ihsan.. dan yang terbaru ini, gambar aku bersama Shahir turut tersimpan dalam telefon bimbit itu.. akhirnya, semuanya telah hilang begitu sahaja.. 

adakah aku marahkan Saiful? entah.. aku pun tahu.. tapi, jujur aku katakan mungkin ada perasaan itu tersimpan dalam hati aku terhadap diri Saiful.. sebab kerana dia, segala benda yang mempunyai nilai nostalgia hilang begitu sahaja.. dan lagi, cara dia itu sememangnya salah.. suka hati je dia nak tolak aku.. apa jadi kalau aku betul-betul telah lemas?? adakah ini cara dia untuk perkenalan pertama kali bagi kami berdua? main tolak-tolak ke laut, bawa motor laju-laju di jalan raya, aku rasa semuanya terlalu berlebih-lebih..

kemudian, apabila nombor kad sim aku telah berjaya dihidupkan semula, aku membeli telefon bimbit baru bagi mengantikan yang lama.. telefon murah je.. fesyen lama.. cuma boleh membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas.. itu pun sudah cukup bagi aku kerana aku takut jika keluarga aku akan membuat panggilan kepada aku.. takut-takut ada panggilan penting.. sebab itu aku terus-terus membeli telefon bimbit baru..

salam.. Fahri.. mcm mana dgn kerja kat sna?? ok ke? esok ko cuti kan? xde apa2.. ingat nk ajak ko stay kat rumah aku.. bosan lah kat sni..

tiba-tiba aku mendapat satu pesanan ringkas.. aku tengok nombor yang tertera.. dari Shahir.. 

dengan segera aku membalas SMS itu.

ye.. esok aku cuti.. x buat apa2 pun esok.. ingat just nak berehat je.. rumah ko ke? erm.. aku mcm malu lah..

x payah nak malu2.. aku sorang2 je kat rumah ni.. my parent pergi oversea.. rasa lonely lh pula.. klu ko ada nk teman, boleh lh ada kwn nk borak2.. apa mcm? nanti aku jemput ko kat sna k..

erm.. mlm ni ke? klu mcm tu, aku kena balik dulu.. nk ambil baju.. aku ok je kot..

ok.. ko tunggu je kat sna.. nanti aku bawa kereta.. then pergi balik semula kat kolej kita utk ambil apa yg patut.. btw, thanks ye Fahri.. :)

aku tersenyum.. biarpun tak lah begitu lama aku tak berjumpa Shahir, tapi aku seakan rindu mahu bertemu dengan dia.. aku tidak menyangka pula dia boleh terfikirkan tentang aku.. maksudnya dia ada terfikirkan tentang diri aku seperti mana aku sering memikirkan dirinya.. maksudnya juga, aku mungkin antara orang yang begitu penting dalam dirinya.. kami adalah kawan baik.. mungkin aku tidak seperti Liyana dalam hatinya, namun sekurang-kurangnya hati aku terasa dekat dengan dirinya.. tidak sudah lebih dari mencukupi..

aku semakin tidak sabar untuk beredar dari kedai farmasi ini.. aku semakin bersemangat untuk pulang.. banyak kali juga lah aku memandang jam, namun terasa masa berlalu dengan begitu lambat sekali.. tunggu dan sabar menunggu.. akhirnya masanya telah tiba.. aku mula pergi ke pintu utama shopping mall ini.. kata Shahir, dia akan menunggu di sana.. 

setibanya aku di pintu utama, kelihatan seorang lelaki berpakaian hitam sedang menanti aku.. lelaki itu sedang duduk, namun apabila terlihat kehadiran aku, dia bangun lalu pergi menghampiri aku.. tapi, dia bukan lah Shahir.. aku kenal dengan wajah itu.. dia adalah Saiful..

"dah lama aku tunggu kau kat sini.. macam mana keadaan kau sekarang?" kata Saiful lalu menghulurkan salam..

"kau buat apa kat sini? kau nak apa?" kataku yang sedikit kasar.. salam Saiful tidak aku balas..

"okay.. kau benci aku bukan? aku datang ni untuk meminta maaf untuk entah ke berapa kali.. I'm sorry Fahri.. forgive me, please..." rayu Saiful..

"don't worry lah.. aku tak marah pun.. kau jangan risau lah.."

"aku tak percaya kau tak marah.. aku tahu kau marah.. paling kurang pun kau mesti kecewa dengan tindakan aku... betul tak, Fahri?"

macam tahu je Saiful ni membaca fikiran aku.. aku tahu yang aku ada marahkan dia.. namun perasaan marah itu tidak lah sampai menjadi benci... aku hanya terkilan.. aku kecewa dengan kelakuan Saiful..mungkin perasaan kecewa itu lebih banyak berada di hati aku..

aku memandang wajah Saiful.. aku tahu dia ikhlas meminta maaf.. aku faham semuanya bukan salah dia pun.. cuma bagi aku mungkin dia sudah berlebih-lebih.. dia suka bergurau.. tapi gurauannya itu kadang-kadang boleh membawa padah.. 

"Fahri.. terima ini.." Saiful menghulurkan sesuatu.. satu telefon bimbit.. model Samsung Galaxy S3.. "sebagai ganti telefon kau yang rosak sebab aku.."

"eh, apa ni? aku tak boleh nak terima lah.." aku cuba untuk menolak..

"aku tahu kau marahkan aku.. ini sebagai tanda aku nak minta maaf kat kau lah.."

Saiful mula mendesak.. ditariknya tangan aku agar aku mahu mengambil telefon bimbit itu, tapi aku masih lagi menolak..

"aku dah beli yang baru pun.. kau tak payahlah beri benda macam ni kat aku.. lagi pun aku dah maafkan kau.." kata aku..

"aku tak kisah lah.. aku harap kau terima hadiah dari aku ni.." Saiful masih enggan mengalah..

"this is too much.. aku tak boleh terima..." dalam hati aku berkata, mahal sangat ni..

"it's nothing selagi kau tak maafkan aku.."

"aku dah maafkan kau pun.."

"then, kau terima lah hadiah aku ni.."

aku menjadi serba salah.. bukannya aku tak mahu menerima.. dalam hati memang teruja juga lah pemberian Saiful tu.. model telefon bimbit idaman aku tu.. hehe.. tapi ia terlalu mahal untuk aku terima.. aku dah maafkan dia.. tapi tak lah sampai mengharapkan benda macam ni dia beri kat aku.. benda macam ni sebenarnya buat aku jadi lebih serba-salah.. 

"Fahri.."

tiba-tiba kedengaran satu suara menyebut nama aku.. sungguh aku kenal dengan suara itu, lalu aku menoleh ke kanan arah suara itu.. begitu juga dengan Saiful, sama-sama menoleh ke kanan.. Shahir.. ya.. orang itu adalah Shahir.. dia berjalan menghanpiri kami berdua..

aku memandang wajah Shahir.. entah kenapa tiba-tiba aku berasa gementar seketika.. jantung aku berdegup kencang dengan kehadiran Shahir ketika aku sedang bersama Saiful.. Shahir hanya tersenyum manakala Saiful seperti tertanya-tanya siapakah lelaki ini.. 

"hai.. " kata Shahir lalu menghulurkan salam kepada Saiful. "kawan Fahri ke?"

aku masih lagi terdiam tanpa berkata-kata.. Saiful pula kelihatan keliru..

"ya.. aku kawan Fahri.. then kamu..."

"aku Shahir.. kawan Fahri gak.. kamu?"

"Saiful.. Saiful nama aku.." balas Saiful yang memandang tetap ke wajah Shahir..

"wah, Fahri.. dah ada handphone baru nampak.. bila beli??" tiba-tiba Shahir bertanyakan tentang telefon bimbit itu..

aku terkejut seketika.. entah macam mana tanpa aku sedari, aku sedang memegang telefon pemberian Saiful itu.. 

"sebenarnya, ini bukan.." 

belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Saiful dengan pantas terus mencelah..

"ya.. itu handphone baru dia.. hari ni aku temankan dia membeli.." kata Saiful menipu..

aku menjeling tajam ke arah Saiful.. dia pula buat-buat tak perasan..

"okay.. then, korang ni ada hal nak dibuat ke?" tanya Shahir..

aku menggelengkan kepala namun Saiful pula berkata, "ya... lepas ni kami berdua nak tengok wayang.."

sekali lagi aku menjeling tajam ke arah Saiful.. tapi dia pula buat muka slumber pura-pura tak tahu..

"owh.. ya ke?? Fahri tak cakap apa-apa pun kat aku.." Shahir memandang aku, "kalau macam tu, aku tak nak kacau kamu berdua... pukul berapa wayang tu habis? kalau awal, aku datang jemput kau, Fahri.."

"unfortunately, lewat kot.. sampai tengah malam.. tapi kau jangan risau lah.. aku akan bawa Fahri pulang.." sekali lagi Saiful menipu..

aku memandang tajam ke arah Saiful.. okay.. sekarang betul-betul bengang.. marah dengan penipuan Saiful..

"owh.. ya ke?? sorry lah kalau kacau.." Shahir memandang aku.. wajahnya sedikit kecewa.. "Fahri, aku balik dulu ye..."

aku terdiam.. tak tahu nak buat apa.. Shahir mula pergi meninggalkan kami berdua.. kemudian, aku memandang Saiful dengan perasaan marah..

"kenapa kau menipu?" tanya aku..

"entah..." balas Saiful tanpa rasa bersalah..

"bila masa pula kita nak tengok wayang?"

"sekarang... sekarang ni aku ajak tengok wayang.."

"okay.. aku dah betul-betul bengang dengan kau, Saiful.."

aku memandang tajam matanya.. dia pula menjadi serba salah..

"eh sorry.. aku tak bermaksud apa-apa.. aku just fikir kita masih perlu berbincang.."

"bincang apa lagi? nak minta maaf? aku dah maafkan kau, so kau nak apa lagi?"

"but kau tak nak terima pemberian aku.."

aku memandang telefon bimbit yang aku pegang itu, "okay, aku terima.. puas hati?"

"yippie.. hehe" Saiful tersenyum.. "macam ni lah.. ya.. aku puas hati.."

aku hanya terdiam.. sebenarnya aku sedikit kecewa dengan Saiful.. dia telah merosakkan perancangan aku untuk bersama dengan Shahir.. tapi aku tak tahu nak cakap macam mana..

"ini sebagai tanda perkenalan kita.." kata Saiful..

"owh.. ya ke? thanks.." balas aku ikhlas tak ikhlas..

"by the way.. so, lelaki tu Shahir lah ye? lelaki yang kau cakap kat aku hari tu.." tiba-tiba Saiful bertanya tentang Shahir..

entah kenapa aku menjadi kaku seketika dengan soalan itu.. 

"ya.. kenapa?" kata aku dengan pelahan..

Saiful mendekati aku.. 

di telinga aku dia berbisik, "hensem je.. no wonder lah kau boleh jatuh suka.. hehe.."



*          *          *


pada malam itu, aku berada di rumah Shahir.. sebenarnya ini kali pertama aku datang ke rumah Shahir.. rumahnya agak besar.. anak orang kaya katakan.. Shahir sebenarnya terkejut dengan aku.. sebab petang tadi Saiful menipu kata kami berdua nak tengok wayang.. jadi, rancangan nak bermalam di rumah Shahir macam tak jadi lah sebab Saiful kata wayang tu habis tengah malam.. tapi aku kata pada Shahir wayang tu terpaksa dibatalkan.. kata kami belum beli tiket pun, dan tiket pun dah habis.. satu jam selepas Shahir pergi, aku terus menelefon dia.. kata tak jadi tengok wayang..

Shahir seperti mahu bertanya banyak perkara kepada aku tapi dia hanya diam membisu.. aku pula malas nak fikirkan apa yang telah berlaku petang tadi.. aku malas nak fikirkan tentang Saiful.. 

aku sedang duduk di ruang tamu sambil menonton tv.. sebenarnya aku berasa malu juga berada di rumah Shahir.. pertama kali katakan.. biarpun di rumah ini hanya ada Shahir dan pembantu rumah tapi tetap berasa kekok.. nak tukar siaran tv pun aku malu-malu.. biarpun siaran yang aku tengok ni agak membosankan, malu punya hal, aku layan juga lah..

Shahir pula berada di dapur.. katanya mahu memasak untuk makan malam.. aku ingin membantu, tapi katanya tetamu tak harus buat kerja.. katanya lagi kedatangan aku ni pun dah buat dia rasa gembira.. tak lah dia rasa keseorangan..

jujur kau katakan rumah Shahir memang cantik.. berganda-ganda besar dari rumah aku kat kampung.. Shahir ni memang orang bandar.. dari dulu lagi membesar kat kotaraya ini.. hidup senang tapi tak pula sombong.. keluarga dia pun tak lah sombong.. pernah juga aku bertemu dengan ibu bapa Shahir waktu di kolej kediaman.. mereka nampak baik je.. macam anak lelaki mereka juga..

"sila makan.." ajak Shahir yang baru masuk ke ruang tamu sambil membawa pinggan yang berisi makanan..

"biar aku tolong.." pinta aku..

bila semua makanan diletakkan di atas meja di makan kami pun mula duduk.. aku duduk berdepanan dengan Shahir.. suasana menjadi diam seketika.. aku memandang wajah Shahir, manakala dia pula sedang tunduk menjamu makan malam..

"macam mana dengan kerja? okay??" tiba-tiba Shahir bersuara..

"okay lah.. tak lah penat sangat.." balasku ringkas..

"aku pun ada fikir nak cari kerja sambilan.. tapi tak tahu kerja apa.." kata Shahir lagi..

"tak payah lah.. letih tau buat kerja ni.. kalau bukan sebab duit, aku takde nak buat kerja time cuti ni.."

"nanti lepas habis study pun akan kerja juga.. at least ada benda yang nak dibuat.. stay kat rumah tak buat apa-apa memang bosan.."

aku terdiam.. betul juga kata Shahir tu.. jadi aku tak mahu nak komen apa-apa.. tak salah pun kalau dia nak cari kerja.. sebenarnya bagus..

aku meneruskan makan hidangan makan malam.. sedap juga.. berselera aku makan..

"pandai kau masak ye, Shahir.. hehe.." puji aku..

"haha.. orang lelaki pun kena pandai memasak gak.. bila bini sakit ke apa, siapa yang nak memasak.. tak begitu?"

aku hanya mengganguk.. 

"Fahri, bila kau nak ada girlfriend ye?"

tiba-tiba aku seakan tersedak bila mendengar pertanyaan Shahir itu.. dengan segera aku meminum air..

"kenapa?" kata Shahir..

"nothing.." balasku ringkas..

"kau macam terkejut.."

"eh takde lah.." aku jadi malu-malu, "takde jodoh lagi kot.. muda lagi lah.. bila dah kerja nanti baru aku start cari.." jawap aku.. saja nak mengelak.. sebenarnya tak tahu nak jawab macam mana..

"kau ada alasan yang bagus.. haha.." Shahir tersenyum.. "takde lah.. sebab aku pun teringin gak tengok kau bahagia.."

"bahagia? aku bahagia sekarang ni.. kenapa kau cakap macam tu?" tanya aku.

"takde lah.. jujur aku kata, aku rasa kau nampak macam lonely..."

aku terdiam.. terasa sunyi kah aku? mungkin.. mungkin benar.. selama ini jauh di sudut aku memang wujud perasaan itu..

"kalau ada jodoh, nanti datang lah tu.." balasku..

jodoh? memang benar kah jodoh itu ada? aku seakan tidak percaya.. aku rasa seperti tengah melarikan diri dari jodoh.. siapa kah jodoh aku? siapa kah cinta aku? dengan lelaki? tidak kah ia seperti sesuatu yang gila? jodoh dengan lelaki?

kami meneruskan menjamu hidangan makan malam.. aku mula makan dengan pelahan sebab memikirkan soalan dari Shahir itu.. terfikir tentang jodoh.. terfikir tentang hati yang kesunyian.. sampai bila kah aku terus begini? sungguh aku tidak tahu..

'seorang lelaki telah disimbah dengan asid dipercayai disebabkan cemburu merebutkan seorang maknyah..'

kata-kata dari pemberita di kaca tv itu mula menarik perhatian aku.. pandangan aku teralih ke kaca tv untuk mendengar berita tersebut dengan lebih lanjut.. begitu juga dengan Shahir, seakan tertarik untuk mengetahui berita tersebut..



kisahnya adalah berkenaan tentang seorang lelaki yang diserang dengan disimbahi asid pada muka.. hampir keseluruhan muka lelaki itu hangus.. alasannya sebab berebutkan seorang maknyah.. kerana cemburu, lelaki itu diserang.. kemudian maknyah itu pula menjaga lelaki itu.. banyak golongan agama tampil hadir untuk membimbing pasangan tersebut untuk kembali ke fitrah masing-masing.. terutama sekali maknyah itu.. 

aku pula serius mendengar berita tersebut.. kemudian berita selanjutnya mengenai golongan homoseksual.. satu pasangan lelaki telah ditangkap ketika melakukan seks di hotel.. kedua-dua mereka lebih kurang umur seperti aku... masih lagi muda.. sempat aku menjeling ke arah Shahir.. dia juga kelihatan begitu serius mendengar berita itu..

"kenapa perkara ini semakin menjadi-jadi?" tiba-tiba Shahir bersuara..

aku memandang wajah Shahir.. dia tekun memandang pada skrin tv.. mukanya berkerut.. aku seperti faham akan maksud wajahnya itu.. kurang senang.. ya.. dia memang tidak suka sekali dengan isu seperti homoseksual.. lebih-lebih lagi apabila kes hari itu berlaku, apabila seorang lelaki yang telah datang ke bilik kami di kolej kediaman.. ketika dia dicium lelaki itu dan dipeluk.. dan aku pula adalah saksinya..

aku tidak tahu nak kata apa.. yang pasti aku yakin berita ini pasti akan membuatkan dia teringat akan kes tempoh hari..

"aku nak masuk bilik.." kata Shahir secara tiba-tiba.. dia dengan segera mengemaskan pinggan makan yang dia guna.. basuh dan cuci di dapur kemudian berlalu masuk ke dalam bilik..

aku tinggal keseorangan.. di otak aku memikirkan perubahan sikap Shahir yang secara drastik... aku tahu dia akan hilang mood dengan hal-hal macam ni.. dengan segera aku mengemaskan pinggan dan membawanya ke dapur untuk dicuci.. apabila semuanya selesai, aku terus masuk ke dalam bilik Shahir..

"apa yang berlaku?" tanya aku ketika berada di pintu bilik Shahir.. dia sudah pun terbaring di atas tilam katil..

"takde apa-apa.." jawabnya ringkas..

"aku tahu kau tak suka bila dengar berita macam tu.." kata aku sambil menghampiri Shahir..

aku kemudiannya turut berbaring di atas katil Shahir..

"dunia ini agak rumit sebenarnya.. pelbagai ragam dan cabaran.." kataku lagi..

Shahir hanya terdiam namun wajahnya memandang aku..

aku kemudian berbaring mengiring menghadap Shahir.. begitu juga dengan dirinya berbaring mengiring memadang wajah aku..

"tak kisah jika aku kongsi satu cerita?" tanya aku kepada Shahir..

"apa dia?"

"bukanlah satu cerita sangat.. tapi sesuatu mengenai 'tahap penderitaan naluri'.." kataku lagi..

Shahir seakan mula tertarik.. "teruskan.." dia mula memasang telinga..

"aku bahagikan penderitaan itu kepada lima tahap.. daripada yang tak menderita sehingga lah yang lebih terseksa.. apa kau fikir mengenai berita tentang maknyah tadi?" tanya aku..

"apa kena mengena dengan maknyah tu?"

"for me, maknyah tu sangat amazing.."

"seriously kau kata macam tu?" kata Shahir yang terkejut dengan kenyataan aku..

"yupp.. sebab dia sangat setia.. dia masih lagi bersama dengan teman lelakinya itu biar pun lelaki itu sudah memiliki wajah yang buruk kerana simbahan asid.. hilang kesempurnaan.. namun maknyah tu tetap tidak meninggalkannya.. bahkan dia menjaganya.."

"tapi, tak bagus maknyah it bercinta dengan lelaki itu sebab maknyah itu juga adalah lelaki.." balas Shahir..

"tu lah.. sebab itu aku katakan nalurinya menderita.. dia tidak boleh mencintai orang yang dia cintai.. bahkan orang mahu dia kembali kepada fitrah dia sebagai seorang lelaki.. tapi aku tanya, adakah dia mencintai teman lelakinya itu disebabkan nafsu? kebiasaannya orang kata macam tu lah.. cinta macam ni adalah disebabkan nafsu semata-mata.. but, kalau benar, kenapa maknyah itu begitu setia?"

"i don't know.." jawap Shahir ringkas..

"aku ada dengar berita tentang hal ini pagi tadi.. kebanyakkan orang asyik nak mengutuk.. tapi aku nak cakap sesuatu, kalau maknyah itu benar-benar seorang perempuan, orang akan menganggapnya sebagai seorang hero.. pencinta setia.. tapi kerana dia seorang maknyah, orang hanya melihat pada keburukkannya.. tiada siapa yang mahu melihat kesetiaan cintanya.."

Shahir hanya terdiam..

"kenapa aku bercerita mengenai maknyah tersebut? sebab bagi aku, untuk tahap penderitaan naluri, mereka adalah golongan paling menderita sekali.." aku meneruskan kata-kata..

"kenapa jadi macam itu?" Shahir bertanya..

"sebab secara luar dan dalam mereka menderita.. orang asyik mengutuk cara penampilan mereka.. dihina.. dicaci.. dari segi cinta pula, kata tentu sekali orang sekeliling mengatakan cinta mereka itu salah.. sama seperti seorang yang homoseksual, yang ingin dincintai oleh seorang lelaki.. tapi, kenapa golongan seperti maknyah itu lebih terseksa berbanding seorang yang gay? berbeza dengan yang homoseksual, golongan maknyah ni fikir diri mereka adalah wanita, tapi lahir pada tubuh yang salah.. sebab itu mereka lebih menderita.."

Shahir mula serius memandang aku, "apa yang kau ingin sampaikan sebenarnya, Fahri?" tanya Shahir..

"tak kiralah jika mereka adalah golongan maknyah ataupun homoseksual, ada sesuatu yang kau tak mungkin faham tentang apa yang mereka alami.. kerana, kedua-duanya adalah sama, cinta songsang.. tapi aku tanya kau, Shahir.. jika kau seperti mereka... mencintai tapi tidak harus mencintai.. cinta yang tidak harus dimiliki.. apa yang kau akan rasakan, Shahir?" tanya aku sambil memandang serius ke wajah Shahir..

suasana menjadi sunyi seketika.. Shahir hanya terdiam membisu tanpa menjawab persoalan aku... dia hanya memandang ke atas seperti tengah memikirkan sesuatu.. begitu juga dengan aku, hanya terdiam..

aku tidak tahu kenapa.. tapi malam itu seolah-olah aku ingin Shahir tahu apa yang aku rasakan... aku ingin dia tahu bagaimana sukarnya hidup yang aku sedang jalani.. aku tidak mengharapkan belas kasihan darinya.. tapi yang aku harap agar dia boleh memahami..


kau lakukan apa... 

jika cinta itu tidak harus dimiliki?



*          *          *



orang kata, cintai itu adalah satu perasaan yang suci.. namun bagi aku, cinta membuatkan aku menjadi serba salah.. mencintai membuatkan aku rasa berdosa.. aku benci dengan diri aku.. aku benci kerana perasaan ini wujud di hati aku..

namun...

adakalanya kita perlu belajar untuk menerima diri sendiri.. dan kerana itu, biarpun aku tidak menyukainya tapi aku belajar untuk menerima siapa aku seadanya..

aku pernah bertanya dalam diri aku tentang satu perkara.. jika cinta aku adalah satu dosa, aku harap Tuhan akan mengampunkan aku.. kerana aku terlalu lemah dari melarikan diri daripada mencintai..

aku memandang pada wajah Shahir yang sedang tidur nyenyak.. di minda aku memikirkan tentang siapakah diri aku yang sebernanya.. apakah yang aku inginkan? apakah yang aku harapkan? 

sungguh, aku tidak tahu...

yang pasti di hati aku terasa kosong.. aku ingin bahagia.. 

aku tidak tahu adakah ini nafsu ataupun cinta..

kerana pada malam itu.. aku cium Shahir untuk kali pertama...













21 comments:

  1. xder pun pasrt kissing2....ceh...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. ada.. part last skali tu... "tu je ke?" haha

      Delete
  2. ceroita smakin mnarik....... tp lgsung x de part kissing tuh.... just skit je kt last skali... huhu... btw, keep it up putera... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Tu lh kn... Sbb aku letak tajuk awal sgt... Asalnya memang nk tulis tentang part kiss tu lebih detail lg tp tiba2 aku tukar jln cerita... Hehe

      Delete
  3. Mesti kene kiss masa CPR time lemas...
    Kan kan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandaaaiiiiii.....

      Hehe... Ada juga tentang hal ni sbnrnya... Tp x dceritakn lg...

      Delete
    2. Yeaaahhh.. Pakcik pandai.. Nak koala bear...
      Hak hak hak

      Delete
    3. pakcik memang mempunyai minda yg tajam.. haha

      Delete
  4. cerita awak membuatkan presepsi saya tentang PLU berubah. Mereka juga manusia, mereka juga ada perasaan.
    teruskan! x sabar nak tgk yg seterusnya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org homoseksual ni byk mcm... Pelbagai ragam... Citer ini adalah sebahagian drpd jenis2 homoseksual yg ada..

      Delete
  5. suka gaya penulisan awak...hope cepat sikit ye buat sambungan citer ni...x sabar nak tunggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu minggu dpn kot.. paling cepat minggu depan lh..

      Delete
  6. Replies
    1. tunggu shaja nanti episod yg akan dtg.. :)

      Delete
    2. xsabar...ahaha
      kadang2 cm geram pn ade gak sbb part last skali tu cm just inform yg die kiss...cmm tu je?
      "byk persoalan yg berada di minda...aha"
      Adakah shahir mcm rela kiss ke?
      or dorg argue2 pastu tumbuk2 then shahir kiss ke?
      ataupn lps fahri luahkn perasaan yg die plu then shahir kiss?
      aishhh...jd tnd tny plakkkk...bencilaaahhh

      Delete
    3. nampaknya byk org yg x puas hati.. haha..

      tunggu je part 12 utk keterangan yg lebih lanjut..

      Delete
  7. Another great episode from you.
    You could say I'm a fan of your work.

    All these while I've always been a silent reader. But this time I want to comment on something. On the maknyah issue, to be exact.
    I'm gay. And I'm a muslim. I share most of your opinions. Mostly on how these feelings are a test from God of our faith. And our actions determine whether we pass the test or not.

    That's why I don't support the maknyahs. As a gay, I know how it feels to love a man and be told that that is wrong. Love is natural. You can't fake love, nor force it. But your actions reflect your judgement. Your choice. You can't choose who to love. And who not to love. But it's totally your choice what you do about it. And that's what matters.
    As a muslim, you have no other choice than to ignore it.

    I also don't believe that we should stick together for 'solidarity' under this so-called 'LGBT' movement because we are the same. No, we are not. I'm gay because I have a feeling towards the same sex. You're a transsexual because you chose to change your gender. They're two different things.

    Aku pun tak tahu kenapa aku membebel panjang2 kat sini. I just have to get it out. Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice comment.. :)

      aku x kata yg aku support maknyah or gerakan LGBT.. but d sni aku berkata sebagai seorang manusia yg mungkin berkongsi masalah yg sama iaitu cinta songsang.. brbeza dgn homoseksual, mereka menganggap diri mereka lelaki, tapi mahu dicntai seorang lelaki.. lain pula dgn golongan maknyah, mereka anggap diri mereka perempuan dan juga mahu dincintai oleh seorang lelaki..

      sbb itu lah aku kata, sesukar mana hidup golongan homoseksual jalani, tapi sukar lagi cabaran yg dihadapi oleh golongan maknyah.. kerana apa?

      sebab homoseksual hanya mengalami kecelaruan naluri..

      tapi, golongan maknyah ada dua.. kecelaruan naluri dan juga identiti..

      sebab itu aku katakan mereka berada di bahagian bawah dalam 'tahap penderitaan naluri'..

      btw, nice comment.. :)

      Delete
  8. Ok kita semua (i mean PLUs) ada kecelaruan naluri jugak kan. But that doesn't justify any actions we take. Our path is clear. There is no other way

    ReplyDelete
  9. Part yg kiss tu rase pendek lak.opss tapi cute makin sayu dan bestt!! - iezz

    ReplyDelete
  10. seriesly part ni mmang aq benar2 terasa. ap yg fahri rasa, itu yg aq rsa skarang ni. ap yg fahri fikirkan, itu yg aq fikirkan. very exactly what im thinking rite now.very lonely. n mature in the way he's thinking. wanna someone to fill in his heart but know, it impossible.

    ReplyDelete