Tuesday 5 February 2013

Unspeakable Love -Part 14-






Part 14 : Crying Heart


kau fikirkan apa jika orang yang kau suka sebelum ini akhirnya memberi sesuatu yang tak pernah kau harapkan pun? dia memeluk mu di saat kau tak pernah memintanya bahkan langsung tidak pernah kau fikirkan pun sebelum ini.. kau seakan sukar bernafas tatkala dia memelukmu dengan penuh erat... terasa panas dan mendebarkan.. masih terasa lagi akan kehangatan tubuhnya.. ianya berasa begitu intim sekali.. apa tah lagi jantungmu dan jantungnya bertembung membolehkan sama-sama merasakan rentak nada degupan jantung bersama-sama..

nadaku pantas.. namun rentaknya pula normal.. aku gementar, namun dia pula berlagak seperti biasa..

sepatutnya, aku patut berasa gembira jika hal ini telah berlaku pada diriku.. namun sejujurnya langsung tidak sedetik pun perasaan gembira wujud pada diriku melainkan hanya lah.. kekeliruan...

dia buat aku keliru..

ianya bukan lah satu mimpi.. keesokan harinya apabila aku sedar dari tidurku dia, Shahir masih lagi terlena di sampingku.. aku memandang wajahnya.. tangannya masih lagi memeluk tubuhku.. sehingga saat ini aku masih seakan sukar untuk percaya tentang apa yang dia telah lakukan semalam..

sentuhan itu.. pelukan itu.. dan kucupan darinya pada diriku... apakah yang dia maksudkan dengan semua itu?

aku masih lagi bingung.. semuanya adalah begitu tiba-tiba.. begitu sukar terima dan fahami.. aku leraikan pelukannya perlahan-lahan.. dengan berhati-hati, aku takut jika dia akan terjaga.. aku menarik nafas lalu bangun dari katil..

hari semakin cerah.. dari tingkap, bersinar pancaran matahari yang mula menghangatkan pagi ini.. agak silau.. rupa-rupanya aku terlupa untuk menutup langsir pada malam semalam.. 

tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi.. ku capai telefon bimbitku yang berada di atas meja belajar aku.. ada pesanan ringkas masuk.. pada skrin, tertera nama Saiful..

jumpa aku pada Mall tempat kau kerja dulu.. dalam pukul 10 mcm tu k..

baru aku teringat yang Saiful mahu aku berjumpa dengannya pada hari ni.. aku mula tertanya-tanya pada diri sendiri sama ada aku patut pergi ataupun tak.. sebetulnya pada saat ini aku berasa geram pada Saiful dan dalam masa yang sama aku inginkan penjelasan darinya tentang apa yang dia telah bualkan pada Shahir.. ya.. mungkin aku harus berjumpa dengannya.. mahu tidak mahu aku teringin tahu penjelasan dari Saiful..

tapi..

"don't worry lah Fahri.. aku akan temankan esok.."

teringat akan kata-kata Shahir semalam.. aku tertanya-tanya jika Saiful mahu aku dan Shahir berjumpa dengannya ataupun memang Shahir sendiri yang mahu menemani ku? entah kenapa, hatiku mula berasa bimbang.. patutkah aku pergi dengan Shahir?

sekali lagi aku memandang wajah Shahir yang masih lagi terlena.. aku mula menarik nafaz dalam-dalam.. untuk beberapa sebab yang aku tidak boleh jelaskan, jauh di sudut hatiku mengatakan yang aku patut pergi seorang diri sahaja.. mungkin ada sesuatu yang tidak dibiarkan jika Shahir akan berjumpa Saiful.. hatiku berasa bimbang dan tidak tenang.. aku memutuskan untuk pergi tanpa ditemani Shahir..

dengan segara aku keluar bilik untuk bersiap diri.. pergi ke bilik mandi dengan tergesa-gesa.. aku takut jika Shahir nanti akan tersedar.. rancangan ku untuk pergi semasa dia masih lagi terlena.. lebih kurang lima minit sahaja aku mandi, kemudian aku terus berlari untuk masuk ke dalam bilik.. namun..

"Fahri, kau dah nak pergi ke?" rupa-rupanya Shahir telah pun terjaga..

aku terkejut dan terus terdiam.. lalu terus aku pergi perlahan-lahan ke almari aku untuk bersalin pakaian berpura-pura berlagak biasa.. langsung aku tidak menoleh ke arah Shahir..

"kenapa kau tak kejutkan aku?" tanya Shahir..

aku hanya terdiam tidak membalas pertanyaan Shahir.. sambil memakai pakaian, berpura-pura tidak mendengar..

"pukul berapa kau nak gerak?" tanya Shahir lagi..

aku masih juga membisu.. namun kali ni aku menoleh ke arah Shahir.. dia juga turut memandang aku..

entah kenapa aku berasa gugup pada saat ini.. gugup bila memandang wajah Shahir yang memandang wajahku dengan serius..

"Shahir.." akhirnya aku bersuara.. "aku dah nak pergi dah, tapi.. pergi seorangan.. tanpa kau.."

"kenapa?" Shahir terus bertanya..

"aku tak dapat nak jelaskan kenapa.. sebab aku rasa lagi bagus aku pergi seorang je kot.. aku harap kau tak mendesak untuk ikut sama.."

"aku nak kenal dia.. sebab tu aku nak ikut sama.."

aku terkejut mendengar  kata-kata Shahir itu.. kenapa dia nak kenal dengan Saiful? jadi memang keinginan dia sendiri lah untuk pergi bersama aku? hal ini membuatkan hatiku lagi bertambah keliru.. hati ku mula berasa risau.. tertanya-tanya akan niat Shahir.. gugup.. itu lah yang aku rasakan sekarang..

"kenapa kau nak kenal dia?" tanyaku.. kali ni dengan nada yang agak serius..

"saje.. kenapa? tak boleh ke?"

"aku dah tak tahu nak cakap apa lagi.. tapi aku akan pergi juga.. tanpa kau.. aku harap kau tak lagi mendesak.."

aku memandang wajah Shahir dengan pandangan serius.. aku mahu dia tahu yang aku tetap juga bertegas nak pergi berseorangan.. dia pula hanya terdiam membisu sambil tunduk memandang lantai..

aku kembali menghadap ke almari aku untuk bersiap.. ku pandang pada cermin di sebalik dinding almari aku untuk menggayakan rambut.. namun, di sebalik cermin itu juga, ku lihat keadaan Shahir yang berada di belakangku..

pandang dan pandang..

tiba-tiba dia menoleh ke arahku, perasan yang aku sedang memerhatikannya di sebalik cermin itu.. menyedari hal itu, aku cepat-cepat mengalihkan pandangan, berpura-pura berlagak biasa..

setelah aku kemas bersiap, segera aku menutup almari itu.. baru je nak melangkah keluar dari bilik, aku berhenti lalu menoleh ke belakang memandang Shahir.. dia masih lagi terdiam namun turut memandang wajah aku..

"kau tahu aku macam mana kan? lepas aku balik nanti, kita akan bersembang lama..." kataku dengan serius..

aku pergi.. melangkah keluar meninggalkan dirinya..

tak tahu kenapa hatiku tiba-tiba menjadi lebih risau.. sebelum aku pergi, sekilas pandang aku melihat dirinya tersenyum.. bukannya gembira.. bukan juga sinis.. tapi senyuman yang kelat..

why?

hatiku mula tertanya-tanya..

ada sesuatu pada senyuman itu.. ianya membuatkan aku lebih tidak tenteram...



*          *          *



sekitar pukul 10.30 pagi, di tempat yang diminta oleh Saiful, aku masih lagi menunggu akan kehadirannya.. sambil aku duduk di atas kerusi yang disediakan.. mataku meliar-liar mencari kelibat Saiful.. dia ada menghantar sms kepada aku lagi, untuk menunggunya di pintu depan shopping mall ini.. tapi sudah lebih setengah jam daripada waktu yang dia katakan untuk berjumpa, namun dia sendiri yang tidak menepati waktu..

aku bermasam muka.. hatiku bertambah geram pada Saiful.. malam semalam, dia membuatkan aku berasa marah kerana dia tak nak bercakap tentang apa yang dia bualkan pada Shahir, sehingga aku terpaksa berjumpa dengannya pada hari ini untuk meminta penjelasan.. bila aku fikirkan semula, mungkin ini sudah dia rancangkan untuk membuatkan aku mahu tidak mahu perlu berjumpa dengan dirinya.. aku rasa memang begitu.. sudah tentu ini lah yang dia mahukan..

entah kenapa aku mula tidak faham dengan Saiful.. apa yang dia mahukan pada aku sebenarnya? untuk berkawan dengan aku? ah! tentu sekali aku tidak suka dengan caranya.. ini bukan lah cara yang terbaik untuk berkawan dengan aku sebab biarpun kami sudah lama berborak di alam maya, namun dia di hati aku masih lagi seorang yang asing.. dan kini, dia lambat datang.. kenapa? takut nak bersemuka dengan aku?

tengah aku merungut tentang Saiful, tiba-tiba bahuku disentuh dari belakang.. aku menoleh.. sudah tentu orang itu adalah Saiful.. wajahnya tersenyum mesra.. namun tidak pada aku.. senyumannya aku balas dengan muka yang masam..

"marah?" tanya Saiful sambil tersengih.."sorry lah lambat datang.. susah nak cari parking untuk motorsikal aku tadi.." Saiful mula memberikan alasan..

tapi, aku hanya memandang tajam ke arah mukanya sambil tidak berkata apa-apa..

"erm.. okay, okay.. lepas ni aku janji tak kan buat kau tertunggu-tunggu.. i promise.." kata Saiful lagi..

"aku tak kisah sangat kalau kau datang lewat.. tapi, kau tahu tak sekarang ni aku geram kat kau? aku cakap direct je ni.. aku rasa yang kau dah faham kenapa.. kau cakap apa pada kawan aku tu semalam?" dengan nada yang serius aku meminta penjelasan dari Saiful..

namun, Saiful masih lagi tersengih, seperti tidak rasa bersalah..

"rileks lah bro.. aku baru je datang, then kau terus marah-marah aku.. hehe.." kata Saiful lalu cuba merangkul bahuku.. namun dengan kasar menepisnya..

kali ni Saiful terdiam.. sudah pasti dia mula faham itu sebagai tanda aku nak dia bersikap serius tentang hal ini..

"kita gerak kat tempat lain.. kat sini kurang privasi sikit.." Saiful mula bernada serius namun masih lagi tersenyum.. "jom, ikut aku.. kita pergi tempat lain.." dia mula merangkul bahu aku lagi..

"kenapa aku perlu ikut kau? kenapa aku perlu percayakan kau? aku nak kau cakap kat sini juga.."

aku masih lagi berkeras.. lebih-lebih pula dia ni.. kata nak jumpa kat sini... lepas tu dah nak pergi tempat lain pula.. kenapa pula aku harus ikut sahaja apa yang dia nak? dia nak jumpa aku, sekarang ni aku kat depan matanya.. walaupun tu sebab aku memang harus jumpa dengan dia pun.. baru je dia datang kat sini di tempat yang dia tentukan sendiri, sekarang dah nak pergi tempat lain pula?

"then tak dapat lah aku nak cakap kat kau nanti.. hehe" Saiful tersengih lagi..

geramnya aku! pandai pula dia ni tak perangkap aku.. Saiful ni kalau bab nak ikut kehendak dia, memang dia ni sangat lah pandai.. sampai kita nak tak nak kena ikut juga kehendak dia..

aku memeluk tubuh sambil berkata, "nak pergi mana? jangan jauh-jauh, sudah."

Saiful tersenyum.. nampak gayanya, tekniknya berkesan lah tu.. aku memang dah tak boleh nak bantah cakap dia.. memang lah kalau aku ikutkan perasaan, aku tak nak ikut sangat telunjuk si Saiful ni.. tapi aku sedar juga lah, yang aku tak boleh nak paksa mulutnya untuk berkata-kata..

Saiful mengajak aku ke motorsikalnya.. yang berwarna hitam seperti tempoh hari.. kemudian dia duduk, lalu memberikan aku helmet..

"tak kan still takut lagi?"tanya Saiful bernada nakal..

aku hanya bisu lalu mengambil helmet tersebut..

enjin dihidupkan.. sekali lagi, aku membonceng dibelakang Saiful dengan motorsikal hitamnya itu.. kali ni aku takde lah gementar sangat seperti tempoh hari.. cuma masih lagi terasa janggal buat aku untuk nak peluk tubuh Saiful.. tapi, mujur juga lah kali ni dia takde bawa motor tu laju-laju.. takde lah rasa semput macam tempoh hari..

lebih kurang lima belas minit, akhirnya kami sampai di tempat Saiful inginkan...

di satu taman yang menghadap laut di utaranya.. Saiful mengajak aku untuk pergi ke satu tempat yang ada kerusi, di bawah teduhan pokok.. kemudian, di sana, dia mengajak aku untuk bersebelahan dengannya..

aku memandang kiri dan kanan.. keadaan agak sunyi.. tidak kelihatan orang lalu lalang.. hanya ada kelibat kami berdua sahaja di taman itu..

"selesa dengan tempat ini?" Saiful mula bersuara..

tapi seperti biasa, aku hanya diam membisu.. tapi dalam hati aku, mungkin betul juga apa yang Saiful katakan.. cari tempat yang ada privasi sikit untuk membincangkan hal ini.. dan aku rasa tempat ni agak sesuai juga..

"kau cakap apa pada roommate aku tu semalam?" tanpa banyak dalih, aku terus bertanyakan soalan itu..

tapi, seperti biasa juga lah, Saiful masih lagi tersengih-sengih seperti tidak ambil serius dengan soalan aku.. ini lah yang buat aku jadi geram..

"kau nak tahu apa yang aku fikir? aku tertanya-tanya kenapa lah kau suddenly je jadi marah-marah kat aku? macam aku dah buat satu kesalahan besar kat kau.." kata Saiful..

"hei.. kau jangan nak buat-buat tak tahu pula.. kau cakap kat aku apa yang kau dah cakapkan pada Shahir? serius aku cakap.." balasku dengan nada yang tegas..

"aku cakap apa? haha.. aku tak cakap apa-apa pun.. saje nak dengar suara lelaki idaman kau tu.. hehe.." kata Saiful dengan menekankan perkataan 'lelaki idaman kau itu'..

aduh! semakin tinggi lah darah aku nanti dengan sikap Saiful ni.. ni yang aku buat jadi bertambah geram dengan Saiful.. mahu je aku nak lempang muka dia yang kita tanya serius tapi dia jawab main-main.. siapa tak rasa sakit hati?

aku menarik nafas cuba untuk meredakan rasa geram aku.. susah aku nak kawal emosi aku lebih-lebih lagi bila melihat Saiful yang dari tadi tersenyum-senyum je.. macam nak tambah kemarahan aku kat dia pula..

"okay.." dengan nada perlahan suara yang dikawal, aku mula bersuara, "aku cakap baik-baik ni.. so, aku harap kau pun boleh lah cakap dengan serius sikit.. kalau kau tak cakap apa-apa kat dia, so kenapa my roommate tu jadi lain macam je lepas cakap dengan kau.."

"lain macam? maksud kau apa?" kali ni Saiful mula bernada serius..

"dia peluk aku.. semalam.. dia peluk aku.."

berat mulut aku untuk berkata tentang hal ini.. sebab sampai sekarang aku masih lagi tidak boleh lupakan apa yang Shahir telah lakukan pada aku semalam.. aku sukar untuk percaya dengan kejadian semalam..

"wow.. peluk kau? so, it's a good thing lah.. tahniah aku cakap kan.. hehe" kata Saiful.. nampaknya, dia juga seakan terkejut dengan apa yang aku katakan..

"jadi aku nak tahu, kau cakap apa kat dia malam tu? dah banyak kali aku tanya, tapi kau ni tak jawab-jawab juga.."

"wei.. bukan kau ke selama ni pendam perasaan kat dia? so, kenapa pula kau macam marah-marah pula? bagus lah tu.. ada balasan.."

"masalahnya, dia sepatutnya tak kan peluk aku.. dia memang seharusnya tak akan peluk aku.. tapi dia dah buat sesuatu yang dia sepatutnya tak akan lakukan.."

Saiful terdiam.. aku pula jadi semakin keliru.. tertanya-tanya dengan pengakuan Saiful.. dia sendiri nampak terkejut.. sebab tu lah aku jadi keliru.. jika benar Saiful tak ada berkata apa-apa yang tak sepatutnya, jadi kenapa pula Shahir berkelakuan sedemikian rupa.. aku yakin, mesti ada kaitan dengan apa yang Saiful telah bualkan dengannya..

"aku katakan pada dia yang kau dalam kesedihan.." Saiful mula bersuara.. nada yang serius..

aku berkerut dahi.. tak faham apa yang Saiful maksudkan..

"aku kata kat dia minta untuk buat kau gembira.. hiburkan hati kau.. pada masa ni lah.. sebab dia lah yang paling dekat dengan kau.." kata Saiful sambil memandang tepat mataku.. pandangan dari wajahnya agak serius..

"kenapa pula kau nak dia buat aku gembira? kenapa pula kau nak ambil berat tentang aku? and lagi, aku gembira je sekarang ni.."

aku perlukan penjelasan.. entah kenapa lah dengan Saiful ni? cakap hal yang pelik-pelik pula.. cakap hal yang bukan-bukan kat Shahir.. entah apa tujuannya, aku pun tak tahu..

lalu, tangan Saiful mula memegang tangan aku.. hal ini membuatkan aku terkejut seketika.. matanya aku pandang.. perlahan-lahan dia meletakkan telapak tanganku pada dadaku.. hati ku pula semakin berdebar-debar dengan apa yang Saiful lakukan..

Saiful tersenyum.. kali ini bukan senyuman nakal seperti biasanya.. tapi sukar untuk aku terjemahkan maksud senyuman itu..

"ianya menangis.. hati mu dalam kesedihan.. aku faham akan rentak degupannya.."

aku terdiam...

aku kaku...

keliru dengan kelakuan Saiful.. keliru dengan apa yang Shahir telah lakukan.. keliru dengan semuanya..

hatiku menangis? jika  ya, siapa kau untuk ambil peduli?

aku memandang wajah Saiful..

bibirnya tersenyum.. matanya penuh dengan seribu persoalan yang aku sendiri tidak memahaminya..

tapi...

entah macam mana, mata ku seakan mula berkaca.. ia mula keluar, lalu setitis darinya mula jatuh membasahi pipi..

aku menangis..

tapi kenapa?











10 comments:

  1. update jangan tak update.. Im dying to know what is going on with them... oh my god, your writing style hooked me up...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu ada yg x faham actually tu adalh menunjukkn bagaimana Saiful actually ambil berat tentang Fahri...

      Delete
    2. Di sebalik sikap Saiful yg agak main2 actually dia memang ambil kisah tentang Fahri..

      Delete
  2. urm, you ada tak another blogs yg ada buat novel2 plu yg panjang macam ni?? I tak suke cerpen, pendek sangat.. tak puas nak baca.. hope u can write another entry for this..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je blog novel plu.. Try tgk pd tab 'plu novel reviews'...

      Delete
  3. yeaaahhh ko dah smabung balik cerita nie punyulah jenuh aku menunggunya che wahhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nantikn saje part 15 yg bertajuk 'deeper conversation'.. ada byk kisah yg terungkai mengenai Fahri, Ihsan n juga Saiful.. ianya jg menyentuh tentang hala tuju hubungan antara Fahri n Shahir.

      Delete
  4. putera,

    i think some of the paragraphs on this part need proofreading. minor spelling error je actually. no offense ye.

    on the other hand, entah kenapa aku macham nak tahu lebih lanjut tentang fahri dan shahir selepas baca part ne. keep up.

    -M

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa lh.. aku tulis then lepas tu publish.. xde nk editing lg smua.. apa2 pun thanks.. :)

      Delete
  5. Suka dgn watak saiful yg gile2 tu.. tapi dia care.untung fahri dpt knl ngn shahir n saiful ni..ahhh part letak tgn kat dada ok syahdu..rasa mcm dejavu.. - iezz

    ReplyDelete