Friday 15 March 2013

Unspeakable Love -Part 21-





Part 21 : I Love You

tiga tahun mengenali Shahir, banyak perkara tentang dirinya telah aku pelajari.. untuk tempoh itu juga aku mula berlajar tentang perkara yang dia suka dan kurang disenanginya.. kami berkongsi banyak perkara.. kenangan suka dan duka dilalui bersama-sama.. aku sebagai seorang sahabat yang sentiasa berada di sisinya, sering kali juga Shahir berkongsi rahsia dirinya kepada aku.. rahsia tentang perasaan cintanya..

pada tahun pertama pengajian, di saat itu lah Shahir mula berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama Liyana.. pada permulaan semester, hubungan antara Shahir dan Liyana tidak lah begitu rapat seperti sekarang ini.. senang cakap, mereka hanya kenal ketika berada dalam bilik kuliah tanpa pernah berbual walaupun untuk sekali.. menurut apa yang Shahir pernah ceritakan kepada aku, dia pertama kali berjumpa dengan Liyana adalah ketika sesi pendaftaran untuk kemasukkan di universiti.. pada saat itu, dia sedang mahu membuat kad pelajar.. dan dia sedang beratur sementara menunggu tiba gilirannya untuk mengambil gambar untuk kad pelajarnya.. di saat itu lah dia berjumpa dengan Liyana buat pertama kali.. Liyana sedang duduk memandang kamera.. dia kelihatan begitu manis sekali di mata Shahir.. entah kenapa, Shahir mengatakan kepada aku, dia seakan terpegun seketika di saat dia memandang wajah manis Liyana.. dia hanya memerhatikan Liyana untuk tempoh yang agak lama.. maka, di saat itu, Shahir tahu ada sesuatu dalam hatinya mengatakan ingin berkenalan dengan gadis yang telah menarik perhatiannya itu..

namun, perkenalan antara Shahir dengan Liyana bermula agak lambat.. selama aku mengenali Shahir, aku mula tahu akan satu sikap pemalu Shahir terhadap perempuan. Shahir mungkin kelihatan begitu mesra di kalangan pelajar lelaki namun tidak dengan pelajar perempuan.. oleh kerana sikap malunya terhadap perempuan telah membuatkan Shahir agak takut untuk menengur dan berkenalan dengan Liyana.. 

pada satu malam, aku melihat Shahir sedang berbaring di atas katilnya sambil tersenyum-senyum.. di mata aku, dia kelihatan seperti seorang yang telah dilamun cinta.. apabila aku mengajukan soalan itu, Shahir sambil tersenyum malu hanya mengiakan sahaja.. maka dari saat itu lah aku mula tahu yang Shahir menaruh hati pada seseorang.. aku tanyakan padanya siapakah perempuan yang dia maksud kan? namun Shahir berkata dia masih belum lagi tahu akan nama perempuan itu.. aku tanyakan lagi, kenapa dia tak mahu saja menegur perempuan itu, lalu Shahir mula menjelaskan tentang perasaan malunya terhadap perempuan.. dari saat itu lah aku mula pelajari akan tabiat Shahir itu.. dan ia memang benar. sehingga saat ini, Shahir agak kurang bergaul dengan pelajar perempuan yang lain.. hanya segelintir sahaja pelajar perempuan termasuk Liyana yang begitu rapat dengan dirinya..

perkenalan antara mereka berdua mula bermula ketika kami mula mendapat tugasan baru oleh pensyarah yang memerlukan kami untuk membentuk kumpulan.. di saat itu, aku dan Shahir telah bersepakat untuk bersama-sama dalam satu kumpulan.. kami masih memerlukan dua orang ahli lagi.. pada saat itu, aku terpandang Liyana yang duduk berdekatan dengan aku.. tanpa membuang masa, aku dengan sengaja pergi berjumpa dengan Liyana lalu mengajaknya untuk masuk satu kumpulan dengan aku dan Shahir.. Liyana hanya setuju.. maka terbentuk lah empat orang ahli dalam kumpulan kami.. aku, Shahir, Liyana dan seorang lagi kawan perempuan Liyana.. di saat itu lah Shahir mula berbual dengan Liyana untuk buat pertama kali.. dan di saat itu juga lah Shahir mula tahu nama Liyana.. dia hanya tersipu malu.. pada awal pertemuan kumpulan kami, Shahir agak kurang bercakap.. aku tahu, dia mesti terasa kekok jika berhadapan dengan perempuan yang dia minati.. pada malam itu juga, Shahir bercakap dengan aku mengucapkan terima kasih kerana sengaja mengaturkan pertemuan antara dia dan Liyana.. aku hanya tersenyum.. lalu aku katakan padanya, guna kan lah kesempatan ini untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi..

hubungan mereka berdua mula rapat.. dari apa yang aku perhatikan, aku dapat merasakan yang Liyana juga seakan memiliki perasaan yang sama terhadap Shahir.. akhirnya tekaan aku itu betul.. pada tahun kedua kami di universiti ini, Shahir mula meluahkan perasaannya terhadap Liyana.. dia meminta jika dia diberi peluang untuk menjadi orang yang penting untuk diri Liyana.. sudah semestinya Liyana setuju dan tersenyum ceria.. pada saat itu, maka dengan rasminya  bermula lah ikatan kekasih antara Liyana dan Shahir.. sehingga pada saat ini, di tahun akhir pengajian, kini tak lama lagi mereka akan mula menjalinkan hubungan yang lebih serius lagi.. kata Liyana, mereka berdua akan melangsungkan pertunangan setelah tamat pengajian di universiti yang tak lama lagi akan berakhir.. 

aku hanya tersenyum sambil memandang Liyana dan mengucapkan tahniah kepadanya.. Liyana juga tersenyum.. aku tahu dia bahagia..

setelah kelas berakhir, aku tidak terus pulang ke koleh kediaman aku.. duduk berseorangan di dalam bilik kuliah sambil menunggu semua orang mengosongkan bilik itu.. aku duduk terdiam sambil memandang lantai.. aku tidak tahu apa yang hatiku sedang rakan pada saat itu.. datang satu perasaan hiba di hati aku.. untuk tempoh lima minit selepas itu, aku pergi ke tandas dengan perlahan-lahan.. setibanya di sana, aku terus masuk lalu duduk di mangkuk tandas.. entah kenapa, secara tiba-tiba aku mula mengalirkan air mata.. aku mula menangis.. air mata itu mula membasahi muka ku tanpa henti.. untuk kali pertama pada tahun ini aku berasa sangat hiba.. 

aku tutup muka ku dengan kedua telapak tanganku.. suaraku cuba dikawal agar tidak didengari oleh orang yang berada di dalam tandas itu.. 

dari awal lagi, aku tidak pernah mengharapkan balasan cinta darinya.. aku hanya mendoakan kebahagian dirinya bersama Liyana.. aku tahu yang aku tak akan pernah dapat memilikinya.. walaupun aku telah reda dengan apa yang telah berlaku, namun tidak dapat dinafikan, di satu sisi diriku merasakan terkilan.. kecewa dengan diriku yang tidak dapat memiliki insan yang aku sayang...


*          *         *


sekitar pukul 5 petang.. aku masih lagi tidak pulang ke kolej kediaman.. perut aku masih belum diisi.. kerana terlalu melayan perasaan, aku seakan terlupa akan segalanya.. selepas sahaja aku berada di dalam tandas, aku pergi pula ke taman di dalam universiti.. hanya duduk-duduk berseorangan untuk termenung.. sengaja aku duduk di tempat yang agak terselindung bagi mengelakkan aku bertemu dengan orang yang aku kenali.. pada saat ini, aku ingin bersendirian..

pada saat itu, aku sedang memandang pada pada skrin telefon bimbit aku.. terpampang gambar Shahir yang telah aku ambil secara diam-diam melalui profile picture di profile Facebooknya.. aku menatap gambar itu dengan wajah yang sayu.. aku tahu, pada saat ini, hatiku masih lagi bersedih..

aku tahu, ianya bukan lah sesuatu yang mengejutkan jika aku mendapat berita tentang bakal pertunangan mereka.. memang ada kemungkinan besar jika hal itu berlaku.. persoalannya sekarang ini, aku masih tidak lagi bersedia jika perkara itu berlaku.. bukan lah pada saat ini, ketika aku masih lagi dekat dengan dirinya.. walaupun aku telah merelakan semuanya sejak dulu lagi, namun perasaan ini masih ada lagi berasa susah untuk menerimanya..

aku tarik nafas dalam-dalam.. cuba aku menstabilkan perasaan diriku.. otak aku cuba aku kosongkan.. dalam masa lebih kurang lima minit, aku hanya duduk bersedirian tanpa berkata apa-apa, hanya cuba menenangkan minda.. seperti bertafakur, aku memejamkan mata tanpa memperdulikan apa yang berlaku di sekitar aku dan dalam minda aku..

aku buka mata kembali.. terasa hati sedikit tenang.. perasaan aku mula stabil.. pada saat ini, entah kenapa aku secara tiba-tiba teringatkan seseorang.. nama Saiful mula timbul hati aku.. dengan segera aku mendail nombor telefon Saiful.. dia cuba aku hubungi.. kebiasaanya, jika aku ingin meluahkan perasaan di hati aku, dia lah orang yang pertama akan mendengarnya..

panggilan pertama tidak diangkat.. aku berasa agak pelik seketika.. dalam mengikut perkiraan aku, sepatutnya pada saat ini dia dah pun habis bekerja sebab hari ni dia bekerja di sebelah siang.. aku cuba lagi menghubungi buat kali kedua.. aku fikir, mungkin dia masih lagi tidak perasan yang aku ada menelefon dirinya...

agak lama juga untuk panggilan itu dijawab.. aku seakan berasa gelisah sedikit.. namun baru je saat panggilan terhenti, panggilan aku akhirnya dianggkat..

aku terus bersuara... "Salam, Saiful??"

"hai.." terdengar suara seseorang yang bukan milik Saiful.. suara seorang lelaki..

aku sedikit terkejut kerana bukan Saiful yang mengangkat panggilan aku itu.. lalu aku pun bertanya, "boleh saya bercakap dengan Saiful??"

"kau ni Fahri.. takkan lah kau tak kenal suara aku lagi? tahu tak dengan siapa kau tengah bercakap sekarang ni??" kata orang tu lagi..

aku bekerut dahi.. yang pasti orang tu bukan Saiful.. cuba aku mengenal pasti suara orang itu, jika benar aku mengenali dirinya..

"aku Amir lah.. takkan lah kau dah lupa pula?"

"Amir?!!" aku terkejut..

"ye lah.. kenapa?? terkejut?? hehe" Amir ketawa sinis..

"mana Saiful?? macam mana kau boleh jawap panggilan aku??" aku seakan mula gelisah bila Amir yang menjawab panggilan aku itu.. macam mana pula dia boleh pegang telefon Saiful??

"kau ni Fahri... memang sah lah kau tak tahu apa-apa tentang Saiful lagi.. okay.. tu tak penting sangat.. so, ada apa kau nak cakap kat Saiful?"

"mana Saiful? biar aku bercakap dengan dia??" aku mula mendesak...

"dia tak boleh nak jawap panggilan kau sekarang ni.."

"maksud kau apa??"

"dia sedang tidur sekarang.. tengah berehat di atas katil.."

aku berkerut dahi.. aku mula berasa tidak sedap hati.. seperti ada sesuatu yang tak kena telah berlaku.. dan lagi, macam mana Amir boleh berada di sisi Saiful? mereka ada di mana sekarang ini??

"kau jangan nak tipu aku.. tolong lah... biar aku bercakap dengan Saiful.." pinta aku..

"aku kan dah kata, dia tak boleh nak bercakap dengan kau sekarang ini.. tak faham-faham ke?? dia sedang berehat.. kau jangan nak ganggu dia!"

aku terdiam seketika.. dari cara Amir bercakap seakan dia sedang bercakap benar.. apa yang dia maksudkan yang Saiful tak boleh nak bercakap dengan aku?? ini yang membuatkan aku rasa tidak sedap hati.. seperti ada sesuatu yang tak kena dah terjadi..

"ada apa dengan Saiful sebenarnya??" tanya aku..

"hahaha! kenapa pula kau nak ambil tahu?? kenapa pula kau nak ambil peduli tentang dia??" balas Amir.. bernada sinis..

"dia okay ke??" tanya aku dengan perlahan-lahan..

"kalau aku cakap dia tak okay, kau nak buat apa??"

"aku nak jumpa dia.. aku nak tengok dia.." balasku lagi..

"dia okay je lah.. kau tak payah nak risau.. dia tengah tidur sekarang.. sedang berehat.. kau mesti tak percaya aku kan? kalau tak percaya, terpulang lah.."

"aku nak datang ke sana.."

"nak datang ke mana??" tanya Amir..

"rumah dia lah.. korang ada kat sana kan??"

"haha.. tak payah lah kau nak datang.. kami takde kat sana.. kat tempat lain.."

"korang kat mana??"

"tak payah lah kau nak tahu.. kenapa pula kau nak ambil berat tentang Saiful? kau bukannye siapa-siapa terhadap dia pun.. bukannye kau kenal sangat dengan dia pun kan? kalau kau nak tahu, aku ni couple Saiful.. dia mesti tak ada cakap kat kau pun kan tentang hal ni? sebab tu aku kata, kau bukannye kenal sangat dengan dia.."

aku tergamam.. Amir kekasih Saiful?? betul ke ni?? dalam pengetahuan aku, Saiful pada saat ni tak ada hubungan dengan sesiapa pun.. kecuali lah kalau Saiful cuba menyembunyikan hal itu dari aku, ataupun Amir yang sebenarnya sedang menipu aku??

"dah! dah! tak payah lah kau nak bazirkan kredit telefon kau lagi.. aku just nak cakap something.. kau tak payah lah nak kacau Saiful lagi, Faham??!!" kata Amir dengan tegas..

panggilan itu terus dimatikannya.. aku pula masih lagi terkejut dengan apa yang Amir telah katakan.. dia kekasih Saiful.. memang betul ke?? dalam hati aku juga berasa ingin tahu, apa yang dah jadi terhadap Saiful sebenarnya.. dia kat mana sekarang? kenapa Amir yang menjawab panggilan? patutlah pagi tadi waktu kelas Amir tak datang.. walaupun hari ini agak penting.. sebab ada pembentangan.. ada markah yang akan diberikan.. tapi kenapa pula Amir sanggup tinggalkan kelas dan pembentangan tu dan pergi berjumpa Saiful? apa yang penting sangat sampai Amir sanggup ponteng kelas? aku mula rasa seperti ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku..

hatiku mula berasa tak sedap hati.. entah kenapa aku seakan mula berasa bimbang..


*        *          *


sekitar pukul 9 malam.. aku sedang berbaring di atas katil aku.. otak aku masih lagi memikirkan apa yang telah berlaku sejak kebelakangan ini.. tentang kejadian di bilik mandi.. tentang pendedahan rahsia identiti aku.. tentang pengakuan Shahir mengenai spekulasi dirinya terhadap aku.. tentang insan yang aku jumpa yang mirip seperti Ihsan.. dan kini, tentang hubungan antara Amir dan Saiful.. entah kenapa terlalu banyak pesoalan mula timbul secara berterusan.. tak habis-habis menimpa persoalan baru yang akan membuatkan aku semakin pening untuk memikirkannya..

aku pulang semula ke bilik sekitar pukul 7 malam.. ketika aku masuk, Shahir tidak ada di dalam bilik.. sehingga kini, Shahir masih lagi tidak masuk ke dalam bilik.. hal ini juga membuatkan aku semakin gelisah.. perbuatan Shahir itu seolah-olah cuba untuk menjauhkan diri dari aku.. selepas sahaja dia mendengar pengakuan tentang siapa diri aku yang sebenarnya, Shahir seakan mula dingin terhadap aku.. ini lah yang aku takutkan.. aku tahu, sebahagian dari dirinya seakan sukar untuk menerima siapa aku yang sebenarnya.. aku mula fikir yang dia mula membenci aku seperti mana dia membenci Amir..

aku memejamkan mata.. sepatutnya pada malam ini, aku perlu menyiapkan banyak tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah.. namun aku seakan tidak dapat menumpukan segala minda aku untuk menyiapkan semuanya.. aku mahu berehat.. sungguh, aku tidak mampu untuk menanggung beban di fikiran aku.. otak aku seakan menjadi berat.. keras seperti batu..

aku berfikir tentang Shahir lagi.. tertanya-tanya, ke mana kah dia sekarang ini?? adakah dia pergi tidur di bilik orang lain seperti semalam? aku rasa mungkin begitu.. kalau benar, memang sah dia sudah mula menjauhkan diri dari aku.. dia dah benci aku! terasa sedih di hati aku..

tengah aku melayan perasaan aku, tiba-tiba sahaja pintu bilik aku dibuka.. jantung ku berdebar-debar.. kelihatan Shahir yang baru sahaja masuk ke dalam bilik.. dia pandang aku.. dia tersenyum.. namun hanya senyuman yang agak kelat..

"dah nak tidur ke?" kata Shahir..

"tak lagi.." balas ku ringkas..

aku kalau boleh memang nak je tidur terus untuk melupakan masalah yang ada.. namun disebakan terlalu asyik melayan perasaan, langsung aku tidak boleh melelapkan mata, biar pun berkali-kali aku mencuba..

aku pandang Shahir.. dia mula duduk di atas katilnya.. dia menghadap aku.. Shahir tatap diriku..

"kau fikir aku benci kau?" Shahir bersuara lagi..

aku tidak bersuara namun, hanya menganggukan kepala.. memang itu lah yang aku fikirkan.. sebab perubahan pada dirinya seolah-olah dia cuba untuk menjauhkan diri dari aku..

"sorry lah kalau buat kau fikir macam tu.. but... aku jujur cakap, aku tak pernah pun benci kau, Fahri.. walaupun aku dah tahu diri kau siapa..." kata Shahir lagi.. dia pandang aku.. tajam..

"aku tak kisah kalau kau nak benci aku.. memang ada banyak sebab kalau kau nak ada perasaan macam tu.. aku tahu, orang macam aku ni memang di pandang hina.. banyak dosa lah.. but, aku just nak cakap something lah, aku tak minta pun untuk ada perasaan macam ini.. kalau aku boleh memilih, sudah lama aku pilih untuk tinggalkannya.." aku mula bersuara.. terluah juga sedikit apa yang aku ingin katakan..

"aku just perlukan masa untuk fikirkan tentang hal ini.. perlukan masa untuk memahami.. kau kawan aku.. sebab itu aku cuba untuk memahami diri kau.." balas Shahir..

aku terdiam.. suasana menjadi diam seketika.. Shahir masih lagi memandang aku, begitu juga lah aku masih terus menatap matanya.. kemudian, Shahir tersenyum.. hal ini membuatkan aku berasa pelik.. terfikir kenapa pula dia tersenyum secara tiba-tiba? kemudian, Shahir bangun dari katilnya lalu pergi ke katilku.. aku mula berasa sedikit takut.. entah apa yang Shahir nak buat, aku pun tak tahu.. lalu, Shahir mula berbaring di sebelah diriku.. dia mengiring menghadap diriku.. wajah kami mula bertentangan..

"kau suka aku bukan??" tanya Shahir..

aku tergamam.. sungguh aku tidak mampu berkata-kata bila dia tanyakan soalan itu.. aku hanya terdiam tanpa membalas pertanyaannya itu.. hati ku mula berdebar-debar..

"aku tahu kau suka aku.." sambung Shahir lagi.. "sebab kau pernah cium dahi aku.. pada malam kau tidur di rumah aku.. mungkin kau fikir aku tak menyedarinya.. tapi aku tahu, aku tidak bermimpi.. kau memang telah melakukannya..."

aku tergamam lagi.. mula terimbas semula pada malam ketika aku bermalam di rumahnya.. memang benar aku pernah mengucup dahinya.. aku fikir, dia sedang terlena pada malam itu.. aku mula berasa takut, jika perbuatan aku itu membuatkannya marah dan kurang selesa terhadap diri aku.. maka memang dari dulu lagi lah dia sedang menduga yang aku ada menyimpan perasaan terhadap dirinya..

"aku tanya lagi.. kau suka aku kan, Fahri??" tanya Shahir lagi..

dengan perlahan-lahan aku menganggukkan kepala.. tidak ada lagi penafian.. tiada lagi perasaan yang aku harus sembunyikan.. aku memang sayangkan Shahir.. aku memang sukakan dia.. walaupun aku tahu dia mungkin tidak ada perasaan yang sama terhadap diriku.. aku pejamkan mata.. takut-takut dia akan membenci setelah tahu mengakuan aku.. semuanya yang akan berlaku, telah aku bersedia.. jika dia mahu membenci, aku telah pun bersedia.. aku tarik nafas dalam..

namun, aku mula merasakan kedua-dua telapak tanganku mula digenggam oleh Shahir.. aku terkejut.. aku buka mata.. memang benar tanganku dingenggamnya.. dia pandang wajahku dengan serius..

"kenapa kau tak luahkan perasaan kau dulu kat aku?" tanya Shahir..

aku beranikan diri untuk menjawab, "sebab aku takut kau akan bencikan aku.."

"kenapa kau tak nak kejar dan cuba memiliki aku??" tanya Shahir lagi..

"sebab aku tak mahu memiliki kau.. kerana aku tak pernah ada harapan begitu.." balasku lagi..

"kenapa pula? kau takut menyampaikan perasaan kau sendiri??"

"tak begitu.. sebab aku tak akan gembira jika aku memiliki kau.. sebab kau bukan seperti aku.."

"maksud kau?"

"aku fikir, kau tak seperti aku.. kau lah lelaki normal biasa di mata aku.. kalau aku luahkan perasaan aku pada kau, katakan lah kau menerimanya, maka kau telah pun terjebak masuk dalam dunia seperti aku.. dunia yang aku sendiri tidak inginkan.. jika hal itu berlaku maka kerana aku, kau masuk ke dunia itu.."

aku mula meluahkan apa yang telah terpendam dalam hati aku.. sebab apa aku tak pernah mengharapkan dirinya.. sebab apa aku lebih memilih untuk memendamkan perasaan.. aku mahu dia tahu, pada malam ini semua apa yang aku rahsiakan selama ini.. tentang perasaan aku terhadap dirinya..

"kau takut aku jadi seperti kau?" tanya Shahir..

aku mengangguk.. "aku tak gembira kalau kau jadi seperti aku.. memiliki perasaan seperti apa yang aku miliki.. perasaan yang songsang.. aku nak kau menjalani kehidupan biasa.. kehidupan tanpa ada rintangan.. dan melalui cara ini lah aku menunjukkan perasaan sayangku pada diri kau.. aku harapkan sesuatu yang terbaik untuk diri kau.. sebab.. aku cintakan kau, Shahir.. I love you.. I really love you..."

secara tiba-tiba air mataku mula berlinang di saat aku meluahkan segala yang terpendam dalam hati aku.. sungguh, aku tidak mampu lagi menahan perasaanku.. semuanya yang aku telah simpan akhirnya terluah juga.. aku sayang kan Shahir, namun aku tak pernah mengharapkan balasan dari dirinya.. aku cintakan dia.. sungguh, dia lah sebahagian dari perasaan diriku.. namun aku tidak mahu hanya keinginanku untuk memilikinya, membuatkannya dia terheret ke dalam dunia yang aku sendiri tidak menyukainya..

Shahir hanya memandang wajah aku yang mula dibasahi dengan air mata.. dia hanya diam..

"seseorang pernah berkata pada aku.. ada cinta yang tidak harus dikatakan.. adakalanya lebih baik ia menjadi satu unspeakable love.. mungkin untuk situasi ini, kau lah unspeakable love bagi diriku.." sambungku lagi..

aku cuba untuk menahan sebak.. tak terkata apa yang aku sedang rasakan pada saat ini.. namun, di satu sudut yang lain, aku tahu ada secalit perasaan lega setelah aku meluahkan apa yang telah terpendam dalam hati aku..

kemudian, entah kenapa secara tiba-tiba Shahir mula mencium tanganku.. aku seakan terkejut seketika.. dia tatap mataku dengan satu pandangan yang sukar aku untuk aku fahami..

lalu, Shahir mula berkata,

"terima kasih Fahri.. terima kasih kerana menyayangiku.. terima kasih dengan apa yang kau harapkan untuk diriku..."










57 comments:

  1. Fuhhhh at last... thanks putera sbb releasekan part 21 ni. Jenuh den menunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak busy utk sminggu ni.. baru je hari ni agak free..

      Delete
    2. Owww... sokay r hehe... kami faham... n kami akan tetap mnyokong blog ni hehe

      Delete
  2. hehe... part awal agak 'letih' untuk mbacanya. tp separuh masa kedua agak best.. haha.. oh.. kami semua mghayati dan cuba mnyelami perasaan penulis sbaek mungkin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg first tu sbb aku terikut2 style penulisan org.. nk try cara baru gak..

      Delete
  3. hehe...yup part kedua agk mendebarkan...wahhh...=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mendebarkan or mengecewakan?? mksud aku sbb ramai org nk shahir balas perasaan fahri.. x gitu?

      Delete
    2. aha....aku pun harap shahir balas perasaan fahri...tp kalu shahir da balas perasaan fahri..nnti mcm da nk ending lak...

      Delete
    3. dlm kes ni, fahri yg xnk sbnrnye.. x tahu lg lh tentang shahir..

      Delete
  4. perghh... terbaik story kali nieh..... btw, keep going on next part....... i'll be waiting....

    ReplyDelete
  5. alaaaa..baru je nk jadi org first komen..x dpt plak..maklumla..mengeja..haha~

    ok! shahir is the best friend ever..aku ada sorg kwn mcm ni..i mean dy terima aku seadanya..tp tetap ada jurang yg besar antara dunia PLU dan dunia STR8..

    fahri..pg la cari saiful!!! huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. fahri pun x tahu lg apa yg dh jd pd saiful.. tentang shahir tu, adakah ia membawa kejutan utk kali ini??

      Delete
    2. kalo shahir confess pada fahri yg dia sukakan fahri, aku akan terkejut..tapi utk ending ni, aku x terkejut sgt sbb masih dalam jangkaan aku..mcm aku ckp, shahir is the best friend ever.. dan itu boleh membuatkan rasa cinta fahri padanya semakin mekar..nah! tetiba aku jadi doktor cinta..haha~

      bagi aku, fahri tetap perlu cari saiful..dan fahri akan bahagia bersama saiful selagi tak ada perempuan yang goda saiful..

      Delete
    3. Klu baca part 10, Saiful pernah ckp klu dia dh jatuh cinta dia akan focus pd org tu.. X kira lh org tu lelaki or perempuan..

      Delete
  6. Setelh sabr mnunggu.. part kali ni.buat aku happy. Hehe. Teng q putera. Fahri n liyana boleh bermadu kot... oh ya ada jawapn x kenapa dulu syahir dingin ketika mula knal? Hmm next part kiss bibir la bru best fahri n syahir.. hehe (hairel s)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pula yg buat ko happy?? knp shahir tu dingin dgn fahri, akan ada lh penjelasannya nanti..

      Delete
    2. syahir pun 'suka' fahri..dan aku fikir nnt dieorg berpelukan erat2 sebb tu aq hppy.hehe.. mgenai watak fahri.. aku teringat ttg diri aq.. sebelum aq jdi plu . Aku ada sorang kawan rapt bukan plu la.. kami bnyk hbisan masa bersama.. dan die bnyk citekn masalh die.. sampi aku bosan mndengarnye.. aku rasa hnya die nk dgar masalh die.. aku?? Moralnye berpada2 lh cite masalh dgan kawan.. contoh saiful yg dgar bnyk citer ttg fahri. (Xda kena mengena pun. Hehe)

      Delete
    3. kaan.. Fahri ni mcm mempergunakan Saiful je, jdkn tempat dia mengadu masalah.. tp Saiful pula x kisah sbb dia pun syg Fahri jg sbnrnye.. ada kena mengena sbnrnye kes ni dlm citer ni.. sbb tanpa fahri sedari, dia tu mcm ambil kesempatan kat Saiful je..

      Delete
    4. Ya. Sperti saiful kata. . Asal jumpa syahir2. Dan sangt tepat kata amir.. fahri x kenal saiful. . Fahri hanya pnting kn diri. But selpas ni mungkin fahri sedar akan kesilapan dlm persahabatan .. ttg watak amir itulah sebenarnya dunia plu yg aku lihat. Yg ada rasa cinta mndalam.. but bila2 masa boleh curang...

      Delete
    5. Dlm citer ni.. Kita lihat fahri mengorbankan perasaannya demi kebahagian Shahir.. But at the same time dia secara x sengaja jg seperti memainkan perasaan Saiful..

      Delete
    6. X.. fahri ikhlas berkawan.. n xpernh bgi ape2 harapan kt saiful.. tpi jika fahri masih menolak peluang untk bersama syahir. . Kesian fahri .. dengan ihsan tidak..dgan syahir tidak.. very2 sad kan. Atau mngkin fahri cube bgi peluang untk saiful bhagiakn dia.... tpi citer ni masih boleh di kembangkn.. mksudnye ihsan.. saiful.. syahir berebutkn fahri. Hehe jika itu terjadi sangt interesting

      Delete
    7. klu baca dgn teliti, dlm citer ni cuma Saiful je mcm nk bahagiakn or suka kan Fahri.. dua org yg lain xde lh pula sgt.. but cuma Fahri ni lihat Saiful sbagai kwn je.. but at the same time, Saiful pun xde lh mcm nk kejar cinta Fahri sgt..

      Delete
    8. This comment has been removed by the author.

      Delete
    9. andainya terjadi ihsan, shahir, saiful, bersaing utk mendapatkn fahri, mgkn aky lebih memilih shahir. utk sehingga situasi ini. kerana masi x tahu lg perkembangan ihsan. perubahan perasaan shahir harus la ada konflik pd perasaan sendiri dan antara dgn liyana. klu dia terus jatuh dan menerima dgn cepat, citer abes cepat la haha. hmm sbenarnya akan membelakangkan pendirian dan konsep asal watak shahir sbg str8. klu pilih saiful, cerita mgkn agak x berkembang dgn agak luas, x tahu la pendapat penulis. ini sbg ulasan sj.

      Delete
  7. berharap syahir ad perasaan yg sme dgn fahri, but at the same time aku pun berharap dia kekal str8...

    ReplyDelete
    Replies
    1. identiti Shahir kdg2 agak mengelirukan jg.. sama ada klu dia memang ada perasaan pd fahri or x..

      Delete
    2. Stuju ngan Annas.... :)

      Delete
  8. Kenapa eh kehidupan PLU ni almost the same je... Mcm baca kisah diri sendiri je bila baca kisah ni... (a past of it la)...
    btw, putera... x sabar tunggu next part...

    ReplyDelete
  9. Best...... :) sgt best.. Shahir sbnarnya sygkan sgt kat fahri juga. Awq. I can see the flirtationship. Hahaxx. :) amir tuh sjahat dia pun dia msih cntakan saiful. Mayb coz of tat dia jd jhat pda fahri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amir tu memang still syg kn Saiful lh.. klu x, dia xkn ponteng kelas n pergi ke rumah Saiful semata2 nk pastikn Saiful x jd apa2..

      Delete
  10. setelah bertelur naga..akhirnya kluar juga part 21...
    :)
    aku rasa sharir sayang fahri ikhlas sebagai kawan..tp nampak macam dia sukakan fahri ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasaan syg Shahir pd Fahri tu mungkin jd satu tanda tanya lh..

      Delete
  11. aar kn best klo shahir kapell jee ngn fahri.ehh _iezz

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk yg mengharap Fahri akan bersama dgn Shahir.. but dlm kes ni, Fahri yg menolak hubungan tu sbnrnye..

      Delete
    2. die maybe xnk rosakkan phubungan yg ade.. btw i da bce all old post u best lah cara penulisan u putera..dlu i blogger gak tp now da pencen rr.. haha tp blog still bole dibukak.btw terskan menulis! :) iezz

      Delete
  12. fuh,...akhirnye kua jugak part 21...tiap hari kot cek tgk part 21 nih kua ke x,...tahniah kpd writer Putera for succeed in bringing me into the story,..terasa part 21 mcm pendek plak,...excited nak thu perkembangan selanjutnye,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu ni agak busy... Sbb tu lambat nk update...

      Delete
  13. tiba-tiba pipi aku basah baca part ni . . .

    sedih la part ni :(

    N.A.B.A.J

    ReplyDelete
  14. Very good one indeed... I soo can relate to fahri pnya feeling.... But honestly, what fahri did x salah... Biar la dia tolak cinta shahir tu... They say if u love someone, be ready to let them go...

    Syabas writer... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fahri x pernah nk harapkn shahir.. But at the same time biar pun dia merelakannya dia xleh nk elak perasaan syg nye kat shahir..

      Delete
  15. sedihnya..mengalir air mata..terigt bekas kekasih.. biarlah dia menghadapi khidupan yg normal..aku juga tdk sanggup melihat dy mjalani khidupan songsang..ku berharap dy bahagia bsma insan tercinta..ku berharap dy xkan mencriku lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je org mcm ni.. Dia harap klu seseorg yg dia syg tu menjalani kehidupan yg normal..

      Delete
  16. FLAWLESS thank you

    ReplyDelete
  17. tiba2 aku pun lega bila fahri luahkan apa yang terbuku di hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang patut lega.. lg2 bila Shahir xde lh nk marahkn dia..

      Delete
  18. saya membaca blog anda ini sambil dendangan lagu 'LELAKI' oleh yunazarai..
    setiap kali sy membaca blog anda.. watak fahri sgt membayangi imaginasi saya.. kali ini.. saya akui, ada perasaan sebak.. bukan mudah meluahkan apa yg terbuku dalam hati..

    ReplyDelete
  19. ada part 22 ? atau ini endingnya? cerita ini sungguh mengharukn.

    ReplyDelete
  20. i read the 1st part until this part in one short. AMAZING! surprise us more dear writer =)

    ReplyDelete
  21. Its already friday!!!!!! Cant wait for the next episode XD
    *Org yg komen first :3

    ReplyDelete
  22. akhirnya baca hingga ke epu ini.. byk situasi, kejadian, pergelutan minda, kemelut perhubungan, agama dsb pernah aku lalui.. hampir keseluruhan cerita spt filem kehidupan ku yg diputarkn semula.
    berbalik pada shahir, mgkn lebih mengharukan klu cinta fahri berbalas setelah konflik shahir dgn liyana. watak liyana harus d matikan. mgkn ada penjelasan yg terperinci tp x dpt d fkrkn lg haha.
    fahri.... mgkn agak x adil mengatakan dia sdg mpermainkn perasaan saiful.. sbp sejak mula fahri x perna mengungkapkn atau sebarang tingkahlaku yg mgmbrkn perasaan cinta.
    saiful.. dan dia berhak utk jatuh suka pada siapa pn. itu adala perasaannya kan.. bkn milik siapa. so klu dia nemilih dgn jln itu utk menyintai seseorg, itu juga haknya, tentunya ada pengorbanan dan kesakitan yg tepaksa di lalui. itula lumrah hidup x kira bg seorg plu nor str8.. dia jua boleh sj membuka ruang kembali utk amir. boleh sj kan...
    apa pn harap ada next part.. jauh lg perjalanan cerita ini.

    ReplyDelete
  23. Saya baru saja meluahkan perasaan pada seorang lelaki st8..apa yg saya dpt hanya cacian dari dia. Memang kecewa tapi itulah yg perlu kita hadapi dlm dunia plu. Tapi walaupun dia membenci aku tetap respect dia as sahabat aku.aku taknak kehilangan dia sebab dia sgt baik tapi kerana luahan aku sendiri dia kata aku yang mengkhianati kepercayaan dia terhadap aku aku kena terima itu semua dengan redha.- ajai

    ReplyDelete
  24. lagu fahri untuk shahir: cinta terlarang - kangen band.

    ReplyDelete