Saturday 2 March 2013

Unspeakable Love -Part 19-






Part 19 : The Secrets


dia tidak memakai baju, hanya ada tuala yang berlilit di pinggangnya.. aku rasa dia muncul di sini kerana untuk mandi namun tiba-tiba menyedari sesuatu telah berlaku pada diriku.. dia di depan mataku menunjukkan riak muka yang marah.. tapi amarah itu bukan terhadap diriku.. ianya kepada Amir yang cuba menodai diriku..

sambil bersandar di dinding, aku memandang Shahir.. aku memeluk tubuhku yang terasa sakit akibat dihentak berkali-kali oleh Amir ke dinding.. pada saat itu juga tubuhku terhentak pada pili shower.. terasa sakit yang teramat sangat.. aku rasa belakang tubuhku yang terhentak pili itu telah berdarah.. lalu aku cuba memegang kawasan yang sakit itu.. terasa ada satu cecair yang mengalir.. aku lihat jari aku.. memang sah, telah berdarah.. aku mengerang kesakitan.. terasa begitu pedih pada bahagian luka itu..

"kau ni tak bertaubat lagi ye?!" kata Shahir dengan nada tinggi.. dia memandang ke arah Amir yang terduduk di lantai akibat ditumbuk olehnya.. pandangan matanya tajam..

Amir masih lagi terdiam.. aku tidak tahu apa riaksi mukanya.. sebab dia membelakangi aku.. lalu Amir cuba berdiri untuk menghadap Shahir.. mereka berdua mula bertentangan mata.. agak lama.. namun selepas itu, sekali lagi Shahir menumbuk muka Amir sehingga membuatkannya terduduk semula.. Amir cuba bangun lagi.. dia tidak membalas tumbukkan Shahir itu.. dia hanya berdiam diri..

"selepas kau cuba nak goda aku dulu, sekarang ni kau nak serang Fahri pula ye? apa jenis manusia lah kau ni, huh?? insaf lah wei!! jijik aku melihat manusia macam kau ni!!" kata Shahir dengan nada tinggi..

aku tergamam.. aku agak terkejut dengan kata-kata Shahir 'selepas kau cuba nak goda aku dulu'.. apa yang dia cuba maksudkan? apa yang pernah berlaku antara Shahir dan Amir?? aku cuba memikirkan dan menjangka apa yang pernah terjadi dulu.. entah kenapa aku mula teringatkan akan satu perkara.. jangan-jangan... oh tidak! aku mula memandang ke arah Shahir..

dengan senyuman yang sinis, Amir mula mendekati Shahir.. dia cuba memeluk Shahir.. namun secara kasar Shahir menangkis perbuatannya itu..

pada saat ini, mula terimbau kembali di minda aku dengan satu peristiwa yang telah berlaku dulu..  aku melihat Shahir dengan seorang lelaki.. di dalam bilik, aku menyaksikan Shahir sedang bercumbu dan berpelukkan dengan lelaki itu.. aku tidak dapat memastikan siapakah identiti lelaki yang seorang lagi.. entah kenapa pada saat ini, aku mula terbayang wajah Amir sebagai perlakunya.. mungkin kah begitu??

"aku teringin sangat nak kiss and peluk kau macam dulu.. nak try sekali lagi??" Amir cuba mendekati Shahir.. cuba memeluk Shahir..

sekali lagi Shahir menangkis perbuatan Amir itu..

"kau memang betul-betul tak insaf lagi.. aku ingat lepas aku tumbuk kau hari tu, kau dah takut nak buat benda macam ni lagi.. aku kalau tak fikir kau ni kenalan aku, dah lama aku report perbuatan kau ni.. aku dah beri kau peluang.. aku tak nak rosakkam nama dan memalukan kau.. sebab tu aku tak nak report or dedahkan perbuatan kau ni.. but aku rasa sedikit pun kau tak menyesali perbuatan jijik kau ni.. blah lah kau!!" tengking Shahir..

Amir meludah.. dengan tiba-tiba dia ketawa besar.. aku terkejut reaksinya itu.. entah kenapa hati ku mula berdegup dengan lebih kencang lagi..

"hahaha!! jijik kau kata? okay.. aku tak kisah kalau kau nak kata macam tu kat aku.. but kalau kau rasa jijik kat aku ni, kau patut rasa benda yang sama pada roommate kau juga.." Amir mula memandang aku, "kau ingat Fahri ni baik sangat ke? dia sama je dengan aku.. bahkan semalam dia dah pergi buat seks dengan kawan dia.."

"tipu!! kau jangan nak fitnah aku!!" secara tiba-tiba aku bangun lalu bersuara dengan lantang.. "apa bukti kau??!"

"wei! aku kenal sangat dengan Saiful tu.. dia takkan bawa kau balik ke rumah kalau tak nak ajak main.. kau jangan nak berlagak suci lah Fahri.. entah-entah.. dengan jantan lain pun kau dah selalu buat.. kalau dah PLU tu, perangai pun macam PLU juga!"

semakin naik darah aku bila mendengar fitnah Amir yang dilemparkannya kepada aku.. di depan mata Shahir, dia cuba merosakkan nama aku.. apa motif dia buat aku begini? apa salah aku kat dia? aku langsung tak mengerti apa tujuan sebenar dia lakukan aku sedemikian rupa.. selama ini aku anggap dia kawan aku.. langsung tak terlintas di fikiran aku dia sanggup fitnah aku macam ni..

hati ku semakin tak tahan untuk menanggung rasa marah.. baru sahaja aku cuba melemparkan tumbukan kepada Amir, namun tanganku terus dipegang oleh Shahir..

"sudah Fahri! sudah!" Shahir pandang wajah aku.. kemudian dia berpaling menghadap Amir.. "kau pergi sekarang! blah lah wei!!" tengking Shahir..

Amir hanya tersenyum sinis.. langsung tidak ada rasa timbul rasa bersalah dalam dirinya.. baru sahaja dia melangkah pergi, dia sempat berpaling semula..

"hati-hati pada Fahri tu.. dah nama PLU.. nanti-nanti kau pula dia goda.." kata Amir..

"blah lah kau!!" tengking Shahir lagi..

Amir tersenyum.. kemudian dia pun keluar pergi..

Shahir mula memandang aku.. satu pandangan mata yang begitu sukar untuk aku terjemahkan maksudnya.. entah kenapa aku mula berasa begitu bimbang.. riak wajah Shahir itu membuatkan aku berasa tidak sedap hati..

Oh Tuhan! selama ini aku cuba nak rahsiakan siapa aku yang sebenarnya, namun pada hari ini rahsia itu telah terbongkar jua akhirnya.. di depan mata Shahir, insan yang aku suka secara diam, rahsia aku ketahuan jua olehnya.. aku mula memejamkan mata.. aku tidak sanggup untuk menghadapi realiti.. aku mula berasa malu terhadap diri aku.. aku malu dengan perasaan songsang yang ada dalam diri aku.. aku malu untuk menghadap Shahir.. persepsi dirinya terhadap aku pasti akan berubah selepas ini..

aduh! aku mula mengerang kesakitan.. aku terduduk.. luka akibat badan aku terpukul pada pili shower mula terasa lagi.. aku pegang kawasan yang terluka itu.. darah masih lagi mengalir.. agak banyak..

"Fahri? kau tak apa-apa?" Shahir cuba memegang aku..

namun secara kasar aku menepisnya, "jangan sentuh aku lah!"

tidak menghiraukan, Shahir cuba menyentuh aku sekali lagi..

"aku kata jangan sentuh, jangan lah!! kau juga benci orang macam aku kan?" aku masih lagi berdegil..

Shahir masih juga tidak mahu mengalah.. biarpun aku cuba menangkis sentuhannya, namun dia berkeras mahu memapah aku.. tak boleh aku nak nafikan.. tubuhku berasa lemah dan sakit pada saat itu.. mahu tidak mahu terpaksa juga aku terima pertolongan Shahir untuk aku berdiri dan berjalan..

"aku bawa kau ke klinik okay.. kau perlukan rawatan.." kata Shahir...


*          *          *


sekitar pukul 5 petang, di dalam bilik, aku sedang terbaring dalam posisi meniarap di atas katil aku.. tidak memakai baju, terdapat balutan tertampal di belakang tubuhku.. terdiam tanpa kata, aku asyik memikirkan apa yang telah terjadi pada aku hari ini..

persoalan tentang diri Amir.. aku masih tidak menyangka yang dia sanggup buat aku begini.. dia sudah memalukan aku di depan mata Shahir.. dia dah bongkar rahsia siapa aku yang sebenarnya.. dan yang lebih perit lagi, dia tanpa rasa malu begitu berkeyakinan menfitnah aku telah melakukan seks bersama Saiful.. sesuatu yang langsung tidak pernah aku terfikir untuk buat.. apa tah lagi bersama Saiful yang aku anggap seorang kawan..

hal ini juga membuatkan aku mula memikirkan tentang diri Saiful.. apa kaitan antara Saiful dan Amir? macam mana mereka boleh kenal? langsung aku tidak menyangka mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.. patutlah Saiful berkelakuan sedikit pelik ketika aku memperkenalkannya pada Amir semalam.. mereka berlagak tidak menengenali.. dan lagi, aku juga mula curiga tentang diri Saiful.. siapa dia yang sebenarnya? kenapa Amir boleh tahu yang aku seorang PLU hanya dengan menjadi kenalan Saiful? fitnah Amir itu juga membuatkan aku tertanya-tanya tentang Saiful..

wei! aku kenal sangat dengan Saiful tu.. dia takkan bawa kau balik ke rumah kalau tak nak ajak main.. kau jangan nak berlagak suci lah Fahri.. 

maksud Amir apa? oh Saiful.. siapa kau yang sebenarnya?? apa yang buat Amir boleh mengatakan begitu tentang diri kau? aku memang sedar ada banyak rahsia tentang diri Saiful yang masih belum aku ketahui.. namun hal seperti ini membuatkan aku betul-betul curiga dan mula sangsi pada dirinya.. aku mula terfikir jika Saiful betul-betul ikhlas dengan perbuatannya terhadap aku..

lalu aku mula terfikirkan tentang Shahir.. kenangan lepas mula terimbas semula dan aku mula tahu akan jawapannya.. aku tahu yang Shahir pernah mengatakan bahawa ada seorang lelaki yang pernah menggodanya pada waktu dahulu.. aku lah menjadi saksi kejadian itu.. dan mulai saat itu, dia mula tidak menyukai apa-apa yang berkaitan dengan homoseksual.. dia benci dan cuba untuk mengelakkan diri daripada berbicara tentang isu ini.. dan pada saat itu lah aku mula takut yang Shahir akan turut membenci aku sekiranya dia dapat tahu siapa aku yang sebenarnya.. dan sekarang, dia katakan perkara yang sama terhadap Amir.. dia benci Amir kerana cuba menggodanya dahulu.. katanya, dia berasa jijik dengan orang seperti Amir.. sungguh, aku juga terasa.. kerana aku juga sama seperti Amir..

"kau dah okay sekarang?" tiba-tiba Shahir bersuara memecahkan kesunyian..

dia baru sahaja masuk ke dalam bilik.. aku rasa dia faham yang aku perlukan masa untuk bersendirian.. sebab itu selepas sahaja balik dari klinik, dia tinggalkan aku seorang diri.. memang betul, aku perlukan masa dan ruang untuk melayan perasaan yang melanda diriku..

aku menoleh Shahir namun langsung aku tidak berkata apa-apa.. dia kemudiannya duduk di atas katilnya lalu menghadap aku.. 

"kau nak apa?" aku mula bersuara..

"aku tak nak apa-apa.. aku just risaukan kau.. kau dah okay ke, Fahri??" balas Shahir..

"aku tak okay.. luar dan dalam.."

"aku just nak cakap sekali lagi.. aku betul-betul ambil berat tentang kau.. kalau kau nak cakap or share something kat aku, jangan segan-segan nak luahkan.." balas Shahir lagi..

aku terdiam seketika.. aku lihat wajah Shahir memang betul-betul serius dan ikhlas mengambil berat tentang diri aku.. namun, tak tahu kenapa, aku seakan berasa malu untuk menghadap wajahnya.. aku malu dengan diri aku.. malu dengan kenyataan sebenar dan rahsia aku yang terpedam.. aku tunduk ke bawah..

"kau benci aku ke Shahir?" dengan perlahan aku bersuara..

"maksud kau apa? aku tak benci kau pun.. kenapa pula nak cakap macam tu??"

"kau kata yang kau benci orang seperti Amir.. kalau macam tu, sepatutnya kau pun benci kat aku juga.."

Shahir terdiam.. dia tidak memandang aku namun memandang ke lantai.. aku mula berasa gusar terhadap dirinya.. aku mula taku jika benar dia akan turut membenci aku seperti mana yang dia rasa terhadap Amir.. memang tak ada ragu-ragu lagi.. memang Shahir akan membenci aku.. sungguh aku berasa takut dan bimbang.. aku memejamkan mata.. hati ku seakan mula gentar untuk mendengar apa yang Shahir ingin katakan selepas ini..

aku sedia jika kau nak benci aku.. namun aku juga takut akan hakikat itu..

Shahir mula memandang wajah aku.. riak wajahnya agak serius.. degupan aku mula berdegup dengan kencang.. hatiku mula berasa tidak tenang..

"sebenarnya... aku dah lama tahu kau siapa... Fahri.." kata Shahir dengan perlahan..

aku tergamam.. sungguh aku terkejut dengan kata-kata Shahir itu.. ianya adalah sesuatu yang di luar jangkaan aku.. dah tahu siapa aku? maksud dia apa?? macam mana dia boleh tahu?? aku semakin berdebar-debar..

"maksud kau apa?? bila?? macam mana kau boleh tahu??" bertalu-talu soalan aku mula tanyakan..

"selama ini aku just buat spekulasi.. namun aku tak sangka jika hal itu adalah benar.." kata Shahir lagi..

"cakap kat aku apa yang kau maksudkan.. please, Shahir.. jelaskan aku semuanya.."

Shahir terdiam lagi.. aku pula mula tidak senang duduk.. macam mana dia boleh tahu?? sungguh, aku mula berasa ingin tahu dengan penjelasan Shahir.. dalam masa yang sama aku juga mula berasa semakin takut.. perasaan gusar dan bimbang mula meresap dalam diri aku.. terlalu banyak persoalan yang mula timbul dan terlalu banyak juga kejutan yang sudah terjadi menimpa diriku pada hari ini.. dan sekarang ini, Shahir mengatakan dia sudah lama mengetahui tentang diriku?? sungguh, aku seakan tidak dapat percaya..

"pada malam sewaktu kau tidur di rumah aku.. di saat kau bercakap kat aku persoalan tentang naluri.. aku merasakan kau sedang bercakap tentang diri kau sendiri.." kata Shahir..

"persoalan tentang naluri?"

"ya.. tentang kes seorang maknyah hari tu.. kau seakan terlalu memahami apa yang dia rasakan.. lalu kau cerita kat aku tentang penderitaan naluri.. tentang apa yang kau fikirkan tentang hal seperti itu.." kata Saiful lagi..

aku mula cuba mengingati apa yang telah berlaku pada malam itu.. mengingati kata-kata yang aku pernah luahkan..

"aku tertanya-tanya.. kenapa kau begitu mengambil kisah? kemudian kau berkata tentang percintaan yang tidak boleh dinikmati.. jika cinta tidak harus dimiliki.. saat itu, aku melihat kau seperti berbicara tentang diri kau.." kata Shahir..

dari nada Shahir bersuara, aku tahu dia mula semakin serius.. hatiku semakin berdebar-debar..

"lalu, dari saat itu, aku mula tertanya-tanya tentang diri kau.. aku dapat rasakan yang kau ada sembunyikan sesuatu dari aku.. sesuatu yang kau takut bicarakan dan tunjuk kat orang lain.. kemudian, kawan kau mahu bercakap dengan aku di telefon.. di saat dia bercakap dengan aku, dari gaya bahasa dan apa yang dia mahu katakan, aku seakan merasakan yang dia bukan sekadar seorang kawan terhadap kau.. namun mungkin lebih dari itu.. bila dia berkata, 'aku harap kau boleh ceriakan Fahri pada saat-saat ini.. sebab kau lah yang paling dekat dengan dirinya.. lebih dekat berbanding aku.. kalau boleh, aku nak jadi kau.. tapi aku tahu ianya mustahil.. tak tahu lah sama ada kau sedar ataupun tidak yang hati Fahri sedang bersedih.. dia cuba untuk melupakan seseorang yang ingin dia miliki tetapi sesorang yang harus ditinggalkan juga.. dan aku rasa, hanya kau yang boleh faham dirinya'..." sambung Shahir lagi..

"maksud kau, Saiful?"

"ye.. dia lah yang aku maksudkan.. dan kerana itu, kenapa aku rasakan seorang lelaki sepertinya seakan ada hubungan perasaan terhadap diri kau.. dan di sebabkan itu, aku mula tertanya-tanya siapa kah diri kau yang sebenarnya.. apa yang kau maksudkan dengan 'cinta yang tidak harus dimiliki'.. dan lagi, kawan kau itu turut berkata hal yang sama kepada aku.. tentang sesuatu yang kau alami.."

aku terdiam.. aku tidak dapat menyangka Shahir ada berfikir sedemikian rupa terhadap aku.. mungkin aku terlepas cakap.. namun niat aku hanya lah sekadar untuk meluahkan apa yang aku tengah fikirkan.. persoalan tentang naluri.. aku hanya mahu dia faham tentang apa yang 'orang macam kita' rasa dan alami.. konflik yang melanda diri mereka.. langsung tidak pernah terfikir bahawa Shahir akan mengaitkannya terhadap diri ku.. mungkin juga benar kata-kata Shahir itu.. apa yang aku katakan adalah apa yang hati ingin luahkan..

namun..

tentang Saiful.. kenapa pula dia nak berkata macam tu pada Shahir? kenapa dia harus katakan hal itu kepada Shahir?? apa yang dia fikirkan sebenarnya? mengambil berat tentang perasaan aku, mahukan Shahir membahagiakan aku.. kenapa pula dia harus berkata begitu?

"Fahri.." Shahir berkata lagi.. matanya mula memandang aku dengan tajam..

untuk seketika, diriku seakan kaku bila melihat Shahir pandang aku begitu.. hati semakin gelisah.. seperti ada sesuatu yang tidak kena Shahir bakal katakan.. aku telan liur.. bersedia untuk mendengar apa yang dia ingin luahkan..

"tentang orang yang harus kau lupakan itu.. aku tertanya-tanya siapakah orang yang dimaksukan itu.. adakah.. ia merujuk kepada aku??" kata Shahir lagi..

aku tergamam.. sungguh, aku tidak mampu berkata apa-apa...


*          *          *


pada malam itu, aku pergi keluar bersendirian ke pasar malam.. sekitar pukul 9.15, keadaan di pasar malam itu dipenuhi oleh kehadiran ramai manusia.. suasana begitu bising.. di kiri dan kanan orang sedang berbual.. ada yang cuba untuk tawar menawar bersama penjual.. ada pula sedang berbual mesra dengan kenalan masing-masing.

biarpun begitu, di fikiran ku pula sedang memikirkan perkara yang telah berlaku pada diri aku.. keadaan yang riuh rendah itu langsung tidak masuk dalam fikiran aku.. bayangan otak aku bercelaru.. bersendirian, aku berterusan melangkah ke hadapan..

kebiasaannya aku memang begini.. sekiranya aku dilanda apa-apa masalah ataupun tertekan, aku akan pergi bersiar-siar ke tempat umum untuk merehatkan minda.. tanpa ada arah tujuan, aku selalunya akan terus berjalan sambil memerhatikan ragam manusia yang berada di sekitar aku.. mungkin keadaan yang riuh rendah ini mampu membuatkan aku lupa apa yang aku fikirkan.. segala tekanan akan hilang bersama suasana yang meriah.. kebiasaanya macam itu lah..

namun, tidak untuk kali ini.. sungguh, beban fikiran aku pada saat ini seakan tidak mampu aku tampung lagi.. kapasiti otak aku mungkin tidak lagi mampu menampung tekanan yang menimpa.. kesannya, aku seperti seorang zombie yang berkeliaran.. berjalan tanpa arah tuju.. seakan melihat, namun kesedaran aku tiada.. pandangan aku hanya lah pada bayangan dalm fikiran aku..

hari ini... aku dapat tahu yang Saiful mungkin telah menyimpan perasaan terhadap diriku.. apa yang aku lihat pada subuh tadi lah buktinya.. mungkin itu sudah menjawab kenapa Saiful begitu baik dengan diriku.. biarpun aku tidak pernah merasakan apa-apa perasaan sayang pada dirinya, namun dia masih sudi mendengar luahan hatiku terhadap segala masalah yang telah menimpa aku.. dia sayangkan aku.. mungkin.. tapi dia di hatiku hanya sekadar seorang kawan..

kemudiannya, Amir pula muncul lalu merosakkan apa yang telah aku rahsiakan.. di depan mata Shahir dia memalukan aku.. dan hal yang membuatkan aku mula tertanya-tanya juga adalah siapa Amir dan kaitannya dengan Saiful? kenapa dia sanggup menfitnah aku dengan yakinnya mengatakan aku telah melakukan hubungan intim dengan Saiful? dan hal ini juga membuatkan timbul keraguan dan rasa sangsiku terhadap Saiful.. rahsia apa tentang dirinya yang aku masih lagi tidak ketahui?

lalu, Shahir pula dengan pengakuannya tentang rahsia diriku.. sesuatu yang sungguh aku tidak jangkakan.. selama ini dia berspekulasi tentang diriku.. dalam masa yang sama aku berahsia pada dirinya, tanpa aku sedari dia cuba untuk mengetahui apa yang aku sembunyikan.. dan kini, dia sudah tahu siapa aku yang sebenarnya.. namun pertanyaan darinya kepada aku mula membuatkan aku tertekan dan serba salah..

aku terus melangkah ke hadapan.. berjalan dan terus berjalan.. kehadiran orang ramai semakin banyak.. orang mula bersempit-sempit untuk melintas di kawasan pasar malam itu.. sampai lah aku secara tiba-tiba tidak sengaja terlanggar seorang lelaki di hadapan aku kerana terlalu asyik melayan perasaan di minda..

"buta ke??!" katanya kasar..

"maaf.." balasku ringkas..

aku menoleh ke arah orang itu yang kini di belakang aku.. nampak benar dia berasa geram kat aku.. namun salah aku juga terlalu berkhayal dengan minda aku sendiri.. sampai dah tak perasan yang aku melanggar orang.. aku menundukkan sedikit kepada sebagai menunjukkan aku minta maaf.. kemudian aku memandang ke hadapan semula.. entah secara kenapa tiba-tiba seperti ada sesuatu yang menarik pandangan mata aku yang berada di hadapan..

jantungku mula berdegup dengan kencang.. aku mula melangkah ke hadapan untuk memastikan jika benar apa yang aku telah lihat.. melangkah dan terus melangkah.. dari gerak yang perlahan, aku mula mempercepatkan pergerakkan ku..

mungkin kah dia?

dalam kesesakan orang ramai, seperti ada seseorang yang begitu aku kenali di hadapan aku.. jantungku berdegup dengan lebih kencang..

aku melangkah dan terus melangkah.. cuba aku mengejar orang itu yang jaraknya mungkin dalam lima meter di hadapan aku.. melangkah dengan lebih laju lagi.. namun orang ramai di hadapan aku menjadi penghalang.. aku cuba jua untuk maju ke hadapan..

pagar manusia masih jua jadi  penghalang.. orang ramai di hadapan aku seakan tidak mahu aku untuk mengejar orang itu.. aku gagahkan diriku untuk menembusi pagar manusia itu.. mengejarnya dengan berjalan di setiap ruang sempit yang ada..

namun, akhirnya aku gagal menembusi pagar manusia yang semakin banyak membanjiri laluan di pasar malam itu.. tanpa aku sedar, aku telah hilang jejak orang itu.. dia mula hilang dari pandangan mata aku..

di kelilingi oleh orang ramai, aku mula menjerit, "Ihsan!!"

aku jerit lagi, "Ihsan!!"

namun dia terus hilang dari pandangan aku..

31 comments:

  1. jangkaan ku untuk part ini , meleset sama sekali , haha

    segala rahsia sudah terbongkar !

    #tak sabar nak tengok watak ihsan "hidup" balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk mcm org buat spekulasi apa yg akn jd utk part kali ini.. Tp memang mcm ni lh aku dh rancang...

      Delete
  2. ihsan pulak!!!tapi aku tetap cinta sama shahir..haha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg nk fahri akan bersama dgn shahir.. Shahir byk supporters..

      Delete
    2. tu la..mgkin sbb dy str8 kot..lagi mencabar lg best..hahahaha~

      Delete
  3. huh.... rahsia!! akhirnya... tetapi, x thu mcm mna reaksi shahir... next episode pls.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kena tunggu next part.. Sbb skrg fokus kat shahir dulu..

      Delete
  4. shahir tu 'curious' ker? dia btul2 kiss ngan amir??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next part akan jelaskn apa yg dh terjadi..

      Delete
  5. Amir ex saiful la tu.. semua persoaln terjawap... ttg syahir je xthu isi hatinye... benci ttg plu??. Pastu peluk fahri cium dahi??... x sabr nk tggu next episod... (hairel syah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua org ada rahsia.. Shahir pun ada rahsia sndiri jg.. Sailful pun ada rahsia sndiri.. Skrg ni Ihsan pula tiba2 muncul.. Org yg dh lama menghilang...

      Delete
    2. Masa syahir demam dulu
      . Ade ape2 something ke amiir suruh fahri dtg bilik die.. fahri x dtng kn??? Fahri kiss syahir kt bibir kr??.. amir jhat sebb dia cemburu dengan fahri sebb dekat dgn saiful n syahir

      Delete
    3. semua persoalan akan terjawab dlm part2 seterusnya..

      Delete
  6. jangan jangan shair pun sama ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Myb lh kan... X siapa tahu isi hati shahir yg sbnrnye..

      Delete
  7. terbaiklah.....harap syahir ad perasaan yg sma....dia benci plu, tp ad pengecualian untuk fahri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jg mcm tu.. takde siapa tahu melainkn bila dh baca part seterusnya..

      Delete
  8. Amir. Sgt jhat. Shahir sgt baik... Fahri mngsa keadaan. Saiful penuh rahsia... Ihsan muncul semula... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara tiga.. siapa kh yg akan lebih layak utk fahri? persoalannya ketiga2nya jg ada rahsia masing2..

      Delete
  9. wah.. makin syok la.. hehe.. excited ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. next part lg mengujakan.. mungkin akan membawa kejutan..

      Delete
  10. yeah..ihsan dah kuar....paling mengharap watak ihsan dihidupkan kembali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. watak ihsan takkan stop begitu sahaja.. tentu lh dia akan membawa peranan penting jg..

      Delete
  11. Perh!!! kena goda tu,,,,,, Shahir dah tak suchie lagi tang bibir katanya... ahaks~

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh lama dh shahir tahu perbuatan Amir.. tp dia rahsiakan je..

      Delete
  12. bila sambung nya putera? ..x sabar nak baca..dah lah aku baca dari akhir ke awal ..takah pelik aku ni... hehehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. myb isnin or selasa ni akan ada sambungan..

      Delete
  13. i personally think this is the best part so far.

    small part of the riddles dah pun terungkai. aku suka shahir, bukan kerana kemungkinan yang dia ini 'curious', tapi aku rasa dengan kehadiran dia dalam chapter tu, suasana pembacaan menjadi lebih harmoni, lebih tenang dan menaikkan mood. dan ihsan. dia dah kembali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. part ni memang membawa byk jawapan.. dan kejutan yg dh lari dr spekulasi dr pembaca2 dh ckp kat aku apa yg sedang berlaku sbnrnye.. but dr awal2 lg dh rancang plotnya mcm ni pun..

      tentang shahir.. aku pun kurang pasti knp org sgt prefer kat shahir tu.. mungkin sbb wataknya yg agak misteri lh jg kot..

      Delete
  14. Luv dis part so much... :)

    ReplyDelete
  15. omaii ihsan kembali..aar jln cite makin complicated..thumbs upp _iezz

    ReplyDelete