Wednesday 3 April 2013

Unspeakable Love -Part 24-





Part 24 : The Dream


"kau tahu yang aku sayangkan kau?" aku berkata..

dia hanya diam membisu tanpa memandang ke arah diriku..

berdua-duaan di taman, kami duduk bersama-sama sambil memerhatikan suasana senja pada hari itu.. tangannya aku pegang.. kepala aku dilabuhkan pada bahunya.. sesuatu yang tidak pernah kami lakukan sebelum ini.. maksud aku, dia tidak pernah sesekali akan membenarkan aku melakukan sedemikian rupa pada dirinya.. dia membenci keadaan itu.. mempamerkan rasa sayangku pada dirinya membuatkannya tidak selesa.. namun berbeza untuk hari ini.. dia hanya membiarkan aku berbuat begitu.. mungkin kerana hari ini adalah hari terakhir sebelum dia pergi meninggalkan aku..

"aku just nak cakap lagi, aku sayangkan kau, Ihsan.. sungguh.. walaupun kau tak pernah mengatakannya tapi aku tahu dalam hati mu ada diriku.." kataku lagi..

"Fahri.." akhirnya Ihsan bersuara..

aku pandang wajahnya.. sedia untuk mendengar apa yang dia ingin katakan..

"ia tidak akan kekal buat selamanya bukan?" Ihsan berkata lagi.. "kau pun tahu hubungan seperti ini tidak akan berkekalan.."

aku terdiam.. tangan Ihsan semakin aku genggam erat..

ada kebenaran disebalik kata-kata Ihsan itu.. seberapa lama hubungan seperti ini akan bertahan? tapi dalam masa yang sama, aku tak mampu nak tipu diri aku dari terus menyayangi dirinya.. aku tidak boleh tipu perasaan aku.. dia telah pun bertahta di hati aku.. tidak mampu aku hilangkan jejak dirinya yang telah berada dalam hati ku selama ini..

"aku takut..." Ihsan bersuara dengan perlahan.. "aku takut untuk mencintai kau..." Ihsan bersuara lagi..

"kenapa kau takut?" aku pandang Ihsan

Ihsan terdiam.. dia pandang aku dengan tajam..

"kadang-kadang ada sesuatu yang kita betul-betul ingin kan, namun ia juga lah sesuatu yang harus kita lepaskan.." Ihsan genggam tangan aku.. "tapi Fahri.. seperti yang kau katakan.. aku juga menyayangi dirimu.."

berlinang air mataku bila dia berkata begitu..

pada hari terakhir aku berjumpa dengan dirinya, dia kata yang dia sayangkan aku...


*          *          *


lebih kurang sebulan sahaja lagi masa yang tinggal sebelum aku menamatkan zaman belajar aku di universiti ini.. keadaan juga semakin bertambah sibuk berbanding hari-hari kebiasaanya.. ada banyak benda yang harus disiapkan.. tidur juga semakin tidak terjaga.. sehari langsung tidak tidur sudah menjadi kebiasaan.. aku juga semakin serius untuk menyiapkan semua projek yang harus aku siapkan.. assignment terakhir aku di universiti ini, perlu aku siapkan dengan sebaik-baiknya..

kehidupan aku pada saat ini sedikit tenang berbanding beberapa minggu lepas yang aku lalui.. tiada lagi tanda tanya aku terhadap diri Shahir.. semuanya sudah terjawab.. dia tahu aku menyukai dirinya yang secara tidak langsung dia juga tahu siapa diri aku yang sebenarnya.. namun hubungan kami masih berjalan seperti biasa.. aku fikir Shahir mula cuba melayan aku seperti mana seperti orang yang dia kenali dahulu.. sejak hari itu, dia langsung tidak menyentuh apa-apa lagi yang berkaitan tentang kejadian tempoh hari.. mungkin dia tidak mahu mengingati semuanya.. lupakan apa yang dah terjadi, hadapi masa yang akan datang..

kehidupan tenang dan aman.. mungkin setelah aku tidak lagi berhubung dengan Saiful, jiwaku lebih berasa tenteram.. dia pernah cuba menghubungi aku beberapa kali, namun aku teragak-agak untuk membalasnya.. untuk sesuatu sebab yang aku sendiri tidak pasti, aku fikir yang aku mahu menjauhkan diri daripada Saiful.. di Facebook, aku telah pun membuang dirinya dari senarai kawanku di Facebook.. mungkin aku tidak mahu melihat dirinya muncul kembali.. aku takut, jika aku online dia akan cuba menghubungi aku.. mungkin Saiful juga akan cuba membalas komen pada status di Facebook aku.. oleh sebab itu lah aku putuskan solusi tu.. aku takut jika aku akan terus dibayangi oleh dirinya..

mahu sahaja aku menukar nombor telefon aku agar aku boleh terus menjauhkan diri darinya.. namun aku biarkan sahaja dan terus memakainya.. cuma pada saat-saat awal sejak kejadian aku lari dari rumahnya Saiful ada cuba untuk menghubungi aku.. namun kini dia sudah kembali diam.. tiada lagi SMS dan panggilan dari Saiful.. aku fikir yang dia mulai faham.. tentang telefon bimbit Samsung Galaxy S3 yang dihadiahkannya dulu pula, aku gantikan dengan telefon bimbit yang asalnya aku beli untuk mengantikan telefon aku yang telah terendam ke laut pada saat pertama kali aku keluar dengan Saiful.. seperti yang aku katakan, mungkin aku tidak mahu dibayangi oleh Saiful..

pada saat ini, aku berasa lebih tenang tanpa ada kaitan dengan dirinya..

semalam, aku dan Shahir telah berjaga malam cuba untuk menyiapkan design masing-masing.. aku kalau di campur dengan semalam sudah dua hari berturut-turut tidak langsung.. Shahir ada menasihatkan aku untuk tidur seketika.. katanya untuk jaga kesihatan aku.. namun aku katakan yang aku masih lagi larat untuk berjaga malam.. aku kata lagi yang dia tidak perlu risau tentang diri aku.. namun Shahir tetap berkeras juga meminta aku berehat dahulu.. aku akhirnya mengikut apa yang Shahir pinta.. dalam pukul 4 pagi, akhirnya aku pergi ke katil aku untuk berbaring.. aku perhatikan Shahir yang masih lagi berjaga.. cuba aku lenakan mata aku.. akhirnya, mungkin sebab terlalu letih, aku tertidur juga..

pada saat itu, aku mula bermimpi..

aku sedang berada di satu ruang yang putih.. keadaan begitu sunyi.. aku berjalan berseorangan menuju ke hadapan.. aku pandang pada lampu yang menyinari bilik itu.. kemudian aku pandang pada tubuhku.. berpakaian serba putih.. tanganku berbalut dengan kain putih.. lengan aku yang berbalut itu pula disangkut dengan kain berwarna putih yang disangkut pada leher aku.. terasa sakit pada lengan aku itu.. aku fikir, sekarang ini aku sedang berada di sebuah hospital..

ternyata tekaan aku itu betul.. sebaik sahaja aku melangkah ke satu ruang yang lain lagi, aku lihat seorang jujurawat berpakaian putih sedang berada di satu sudut.. aku rasa jururawat itu berada di meja receptionist.. mungkin.. lalu aku berjalan maju ke hadapan semula ke arah jururawat itu.. dia memandang aku.. jururawat itu hanya tersenyum manis melihat aku..

aku hanya terdiam sambil memerhatikan ruang di sekitar aku.. memang benar aku sedang berada di hospital..  ada beberapa orang yang hadir menunggu giliran mereka dipanggil.. mereka duduk bertentangan menghadap aku.. 

tiba-tiba aku terdengar bunyi orang berlari.. di satu sudut, kelihatan beberapa orang sedang berlari dengan agak cemas.. mereka kelihatan sedang membawa seorang pesakit.. suasana yang kelam kabut itu telah menarik perhatian aku.. lalu aku mula melangkah untuk menyaksikannya dengan lebih dekat lagi.. mereka sedang menghala ke arah aku.. semakin laju, mereka mula mendekati aku lalu akhirnya berlalu melintasi aku.. mereka berkejar-kejaran membawa pesakit itu ke satu bilik..

entah kenapa hatiku mula berdebar-debar.. sekilas pandang ketika mereka melintasi aku bersama persakit yang sorong di atas katil, aku sempat melihat keadaan pesakit itu.. dia kelihatan begitu lemah.. kelihatan begitu sukar untuk bernafas.. tidak sempat aku melihat pada wajahnya dengan teliti.. pada saat yang kurang dari satu saat aku melihat pesakit itu, dia telah pun dibawa pergi dari situ..

entah kenapa aku berterusan memandang ke arah pesakit yang di sorong ke satu bilik.. seperti timbul sesuatu di dalam hati aku membuatkan aku mula berasa bimbang.. seakan gelisah, entah kenapa aku mula berasa tidak sedap hati bila melihat pesakit itu.. aku mula melangkah ke arah pesakit itu di bawa.. hatiku berdebar-debar.. namun aku tidak tahu kenapa hatiku mula berasa cemas..

berjalan dengan perlahan-lahan sambil terus menghadap ke arah pintu bilik tempat pesakit itu di bawa masuk.. setiap langkahku seakan membuatkan aku mula berasa takut.. namun aku terus ke hadapan juga.. melangkah, semakin bertambah perasaan tidak sedap hati dalam diriku.. akhirnya sampai lah aku di luar pintu bilik itu.. aku pandang ke atas.. ada tanda 'Kecemasan' yang bersinar dengan lampu yang berwarna merah di atas pintu bilik itu.. kemudian, mataku memandang pula ke arah pintu bilik..

hatiku berasa begitu bimbang.. tapi aku tidak tahu kenapa aku berasa begitu..

Fahri...

tiba-tiba seakan kedengaran satu suara berbisik..

aku pandang sekelilingi aku namun tiada sesiapa yang berada di sekitar aku..

Fahri..

suara itu kedengaran lagi..

satu suara yang seakan aku kenali.. namun entah kenapa aku seakan tidak boleh mengenal pasti suara siapa kah itu.. 

aku sayang kau...

dan suara itu terus kedengaran..

aku terus memandang sekeliling aku cuba mencari suara yang berbisik di telinga aku itu..

lama aku berada di luar bilik itu berterusan memandang ke arah pintu bilik.. namun lampu kecemasan masih belum juga terpadam.. aku tidak tahu, kenapa aku terus menunggu di situ.. kenapa aku terus menunggu sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apa yang ada di dalam..

secara tiba-tiba, dari belakang bahuku telah disentuh.. aku mula menoleh ke belakang.. pada saat itu juga aku mula terjaga dari tidurku..

aku terkejut.. sebaik sahaja aku tersedar dari tidurku, kelihatan Amir kini berada di depan mata aku sambil tersenyum sinis..

lantas, dengan segera aku bangun dari berbaring lalu bersandar pada dinding sambil memang ke arah Amir yang turut memandang aku.. hati mula berdebar-debar melihat kemunculan dirinya yang tiba-tiba.. agak menakutkan pula bila dia ada di tepi aku ketika aku sedang lagi tidur..

aku pandang ke sekitar bilik aku.. hari sudah pun siang.. langsung tiada kehadiran Shahir di dalam bilik itu.. lalu aku pandang semula ke arah Amir yang masih lagi tersenyum nakal ke arah aku.. terasa jantung masih berdebar-debar dengan kehadirannya yang tak disangka itu..

"kau ni kenapa?!" tanya aku.. masih lagi terkejut melihat diri Amir..

"kenapa? terkejut?" Amir tersenyum..

"memang aku terkejut.. kenapa kau kat sini?!" tanya aku dengan nada sedikit kasar.. agak menyeramkan pula bila aku tahu Amir memerhatikan aku sedang tidur.. serius, dia buat aku rasa agak takut..

Amir tersenyum dengan riak yang agak membuatkan aku berasa cuak.. aku mula fikir, dah berapa lama dia berada kat dalam bilik ini? dah berapa lama dia perhatikan aku sedang tidur?? dan yang paling penting lagi, kenapa dia berada kat dalam bilik ni??

"kau takut??" Amir mula mendekati aku.. kemudian dia mula cuba sentuh aku namun dengan segera aku menepisnya.. "hehehe.. nak sentuh sikit pun tak boleh ke??"

"wei! kau ingat aku takut kat kau ke??!" aku bersuara keras..

tiba-tiba teringat semula kejadian tempoh hari di bilik mandi.. pengalaman yang tentu aku tidak dapat lupakan.. aku telan liur.. aku mula bertekat.. kali ni kalau dia cuba nak buat apa-apa kat aku, takkan aku biarkan.. akan aku lawan bersungguh-sungguh!

"aku harap aku ada banyak masa untuk buat hidup kau merana.. tak sangka pula dah nak sebulan lagi, lepas tu kau pun akan pergi dari uni ni.." kata Amir sambil memandang aku tajam..

seram pula aku dengar bila Amir kata begitu pada aku.. nak buat hidup aku merana??

"kau nak buat apa, hah?! aku takde kacau hidup kan?!" aku masih berani berkasar dengan dirinya..

"memang kau takde buat masalah kat aku.. tapi kau dah buat someone yang aku sayang merana.." Amir berkata dengan aku dengan nada yang sangat serius..

aku terdiam.. terus terlintas semula Saiful dalam fikiran aku.. tiba-tiba aku tertanya-tanya apa yang sudah jadi pada Saiful.. orang yang telah aku lupakan..

"kenapa dengan Saiful?' tanya aku mula ingin tahu..

"aku akan balas apa yang kau dah buat kat Saiful, Fahri!!" Amir kini meninggikan suara..

"aku tak kacau hubungan antara kamu berdua kan? kalau kau nak sangat kat Saiful tu, kau ambil lah dia!! ambil!! ambil lah Saiful tu!!" aku terus meninggikan suara..

dengan serta-merta Amir terus menumbuk muka aku..

aku memegang pipi aku.. terasa sakit..

aku tatap wajah Amir.. badan Amir mula bergetar-getar.. dadanya kembang kempis.. ternyata Amir sedang betul-betul marah sekarang ini..

"aku tak faham kenapa dia sayang pada orang yang langsung tak fikirkan tentang diri dia pun..." Amir berkata.. perlahan..

aku lihat Amir.. matanya mula berkaca..

aku tersentak.. seakan sukar percaya apa yang aku lihat di depan mata aku ini..  air mata Amir mula mengalir..

"kau jangan ingat hidup kau mudah lepas ni, Fahri.. hati-hati dengan aku! kau ingat tu!!" kata Amir seakan menjerit..

Amir mula beredar mula beredar dari bilik.. aku pula masih lagi terdiam duduk kaku... namun, sebelum Amir mula melangkah keluar, aku pula terus berkata..

"kenapa dengan Saiful?" hatiku mula berdebar-debar..

Amir berhenti.. dia kembali menoleh aku..

"Amir.. kenapa dengan Saiful?" kataku dengan perlahan..

Amir tatap wajah aku.. tajam... "kau jangan ingat dapat jumpa dia lagi.."

lalu Amir terus beredar dari bilik.. aku pula masih lagi kaku.. seakan sukar percaya dengan apa yang telah terjadi..

tak lama selepas itu, Shahir pula masuk ke dalam bilik.. dia terkejut melihat keadaan ku.. lantas dia terus mendekati aku..

"aku nampak Amir keluar dari bilik ni tadi.. dia ada apa-apa kan kau ke, Fahri??" tanya Shahir mula berasa bimbang.. kemudian dia ternampak kesan bengkak di pipi aku.. "dia pukul kau, Fahri??!"

Shahir mula naik angin.. dia menggenggam jari.. lalu dia mula mahu keluar dari bilik itu cuba untuk mengejar Amir..

belum sempat Shahir keluar, aku terus menghalangnya.. "Shahir!! jangan!!"

Shahir menoleh seketika.. namun dia langsung tidak memperdulikan apa yang aku pinta.. lalu Shahir terus keluar dari bilik untuk mengejar Amir..

aku terdiam kaku.. fikiran aku menjadi kosong..

terduduk bersendirian, tiba-tiba bibir aku mula mengukir kata..




Saiful....














23 comments:

  1. semakin menarik bro... tak sabar nak leraikan konflik ni satu persatu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. sentiasa support citer ni tau... walaupun lambat nk update.. hihi

      Delete
  2. argh!!! Knp pendek je cerita ni....tak sbr baca episod sterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terasa pendek kot.. sbb panjang lebih kurang sama dgn sblumnya..

      Delete
  3. Babak akhir part ni baru terasa best... x sabar nk tgok syahir n amir bergaduh... (hairel s)

    ReplyDelete
    Replies
    1. next part akan lebih focus tentang hubungan antara Fahri n Shahir.. nanti kn je k..

      Delete
  4. hurm..... sgt pendek.... btw, sya akn nantikan part seterusnya....

    ReplyDelete
  5. pendeknya.. bg la panjang sket citernya.. hmmm.. penantian sgt menyeksakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk tulis panjang sbnrnye.. tp fikir2 better citer tu stop kat situ je..

      Delete
  6. saspen! ape jd kat saiful?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng... kena nantikn part2 yg berikutnye..

      Delete
  7. Penulis..
    Tak sanggup nak tunggu lepas.ni...
    Tolong yer.. abiskan konfflik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan dihabiskan lh.. sbb rancangan citer ni akan kurang dr 30 parts.. klu lebih just dlm 35 parts kot..

      Delete
  8. Penulis..
    Tak sanggup nak tunggu lepas.ni...
    Tolong yer.. abiskan konfflik ni..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. x diceritakan lg.. kena tunggu n baca lh..

      Delete
  10. argggggggghh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. crite ni sweet yet very tormenting myself in s good way. keep it up.

      PS: update la laju sikit.

      Delete
  11. ahhhh x sabo :P apela nasib saiful:(( - iezz

    ReplyDelete
  12. Lambt sangt citer ni nk update. . Part 25. Dari teruja jdi letih nk tunggu :(

    ReplyDelete
  13. cepatlaa kluar part 25 :(

    ReplyDelete
  14. later than the usual bro. I mean the 25th part.

    ReplyDelete