Friday 29 March 2013

Unspeakable Love -Part 23-





Part 23 : The Portrait

duduk berseorangan di ruang tamu, Saiful hanya menatap tepat pada sesuatu yang tergantung pada dinding.. suasana dalam rumah Saiful ketika itu agak gelap.. langsir rumahnya masih lagi tidak dibuka.. pada saat ini, jam menunjukkan dalam pukul 2 petang.. terdiam membisu, mata Saiful merenung pada sebingkai gambar.. dalamnya ada sebuah lukisan.. potret Fahri yang telah dilukisnya pada beberapa hari lepas, telah dibingkaikannya..

Saiful kelihatan begitu comot.. rambutnya berserabut.. misai dan janggutnya juga tidak dipotong.. matanya kuyu.. bajunya lusuh.. sudah beberapa hari dia tidak mandi.. pakaianya yang dipakainya sekarang adalah pakaian yang sama ketika Fahri datang berkunjung ke rumah beberapa hari lepas..

dia masih tidak dapat melupakan apa yang telah berlaku ketika Fahri berkunjung ke rumahnya.. kata-kata yang keluar dari mulut Fahri itu masih melekat di hatinya.. satu perkataan yang telah menghiris hati, parutnya masih juga kekal meninggalkan bekas.. pada hari itu, selepas sahaja Fahri keluar dari rumahnya, dia tidak mampu menahan sebak di hatinya.. air mata lelakinya mengalir tanpa henti.. seakan dunia telah musnah, dia hanya mampu menangis..

selepas itu, Saiful kerap memandang pada lukisan Fahri yang dilukisnya.. Fahri tidak sempat untuk melihat hasil lukisan itu.. dia pergi secara tiba-tiba.. yang kini kenangan yang dia tinggalkan hanya lukisan itu.. terdiam membisu, Saiful menyentuh pada lukisan itu.. di mindanya membayangkan bahawa dia sedang menyentuh Fahri.. jarinya mula menyentuh pada bahagian wajah lukisan Fahri.. di minda Saiful membayangkan bahawa dia sedang mengusap pipi Fahri.. semuanya hanya lah ilusi.. Saiful mungkin tidak lagi dapat berjumpa dengan Fahri..

Saiful pernah membuat panggilan dan menhantar SMS kepada Fahri beberapa hari lepas.. namun seperti yang dia sangkakan, langsung tiada balasan diberikan oleh Fahri.. tertanya memang benar, Fahri akan mula menjauhkan dirinya.. Saiful mula takut jika itu berlaku..

'aku tak harapkan kau untuk membalas perasaan aku.. tapi, tolonglah, jangan lari dari aku..'

pesanan ringkas itu telah diberikannya namun sehingga kini langsung tidak mendapat sebarang jawapan..

dia tahu yang dia tidak boleh memaksa Fahri untuk jatuh cinta pada dirinya, namun pada masa yang sama, dia tidak boleh paksa dirinya dari berhenti mencintai Fahri.. dia tahu, biar pun hakikatnya begitu, hatinya masih lagi terukir nama Fahri..

pintu rumah diketuk.. seseorang telah berkunjung ke rumah Saiful pada hari itu.. Saiful teruja.. dia fikir yang datang itu adalah Fahri.. hatinya mula berbunga-bunga ceria.. berlari dia terus membuka pintu rumahnya berharap Fahri akan berada di depan matanya..

"Fahri! aku minta maaf.." kata Saiful terus memeluk orang itu..

pelukkannya semakin erat.. air matanya mula mengalir..

"please.. jangan lari dari aku.." kata Saiful lagi.. dia betul-betul tidak mahu kehilangan Fahri biarpun Fahri tidak akan membalas perasaannya.. tanpa Fahri, hidup seakan tidak bermakna lagi..

"Saiful.." orang itu mula berkata.. tangannya cuba meleraikan pelukkan Saiful.. 

Saiful tergamam.. suara itu bukan milik Fahri.. lantas dia meleraikan pelukkannya itu.. di lihatnya, bukan Fahri namun Amir yang berada di depan matanya itu..

Amir hanya terdiam membisu.. dia tatap wajah Saiful yang terkejut itu.. 

"so, kau fikir aku Fahri?" Amir mula berkata..

Saiful tidak berkata apa-apa.. dia masih lagi tidak menyangka bahawa Amir lah yang di depan matanya..

Amir mula melangkah masuk ke dalam rumah Saiful.. diperhatikannya keadaan rumah Saiful yang terumbang-ambing itu.. di atas meja makan Saiful, masih lagi ada pinggan yang langsung tak dikemaskan dan dicuci.. keadaan dalam rumah begitu gelap.. lalu Amir berjalan ke arah tingkap.. dibukanya langsir untuk membiarkan cahaya menerangkan keadaan dalam rumah itu..

"berapa lama kau sudah jadi begini?" tanya Amir tanpa memandang ke arah Saiful.. dia hanya terus memerhatikan keadaan rumah Saiful yang bersepah itu..

Saiful hanya terus diam membisu.. dia hanya terus memandang Amir..

"kalau kau ada apa-apa masalah, kau cakap je lah kat aku.." kata Amir yang kini berada di meja makan Saiful.. dikemasnya pinggan makan Saiful.. lalu dibawanya ke dapur..

setiba sahaja Amir ke dapur, dia lihat di singki dapur rumah Saiful penuh dengan pinggan mangkuk yang masih tidak dicuci.. Amir terdiam.. dia menarik Nafas.. lalu, disusunnya pinggan mangkuk itu di tepi singki.. kemudian dia mula mencuci pinggan mangkuk itu satu persatu.. 

"aku risau tentang diri kau, Saiful.. sebab tu aku datang.." kata Amir tanpa memandang Saiful..

seperti biasa Saiful kekal juga membisu.. selesai sahaja Amir mencuci semua pinggan mangkuk, dia masuk semula ke ruang tamu.. lalu dikemaskannya pula keadaan ruang tamu rumah Saiful yang berterabur itu.. selepas itu, dia masuk pula ke dalam bilik Saiful.. dikemaskan pula katil Saiful.. bantal disusun ditempat sepatutnya.. selimut pula dilipat dengan kemas.. Saiful pula hanya terus memerhatikan Amir yang mula mengemaskan rumahnya itu..

"macam aku cakap tadi lah.. aku risaukan tentang keadaan kau, Saiful.. kau pun bukannya sihat sangat.." kali ini Amir memandang wajah Saiful.. pandangan matanya serius..

"maafkan aku kalau buatkan rasa risau.." Saiful berkata jua akhirnya..

"kau dah makan ubat??" tanya Amir..

Saiful terdiam.. dia hanya tunduk membisu..

dengan serta-merta darah Amir mula naik, "kau ni kenapa, hah?! kau tak sayang diri kau ke?!!" Amir terus memarahi Saiful..

terus Amir selongkar alamari Saiful.. dibukanya laci almari lalu diambilnya beberapa botol ubat yang berada di dalam laci itu.. masih berasa marah, Amir pergi ke dapur untuk mengambil gelas dengan air mineral.. dipenuhinya gelas itu dengan air.. lalu segara dia masuk semula ke dalam bilik Saiful.. dia halakan gelas itu kepada Saiful..

"makan cepat..." pinta Amir.. dia tatap mata Saiful dengan pandangan yang tegas..

"aku tak boleh.." kata Saiful perlahan..

"kenapa pula?!" kata Amir dengan kasar..

"aku tak makan apa-apa lagi.." 

Amir terdiam.. dia mengeluh seketika.. memang ada benar juga kata-kata Saiful itu.. dari apa yang Amir lihat, Saiful nampak memang masih belum makan pada hari ini.. semakin risau pula dia melihat keadaan Saiful.. makan tak dijaga.. kesihatan pun tak dijaga.. rumah terumbang-ambing.. kalau hal ini berterusan, memang dia betul-betul tak akan sedap duduk memikirkan keadaan Saiful..

"kau pergi mandi dulu.. kita makan kat luar, okay.." kata Amir..

tapi Saiful masih juga berdiri di situ memandang Amir..

"aku tak nak keluar.." kata Saiful pula..

Amir menarik nafas.. dia nak marah Saiful sebenarnya.. tapi ditahannya dulu perasaan itu.. kenapa lah Saiful ni degil sangat.. tu lah yang Amir fikirkan..

"okay.. aku pergi keluar jap.. beli barang untuk makan.." kata Amir..

lalu Amir pun mula beredar dari situ.. Saiful hanya memandang Amir melangkah pergi.. lebih kurang lima minit selepas Amir pergi keluar, Saiful kembali termenung di ruang tamu rumahnya.. dia duduk di kerusi sambil memandang semula ke arah dinding.. bingkai gambar yang ada potret lukisan Fahri ditatapnya semula.. beterusan, dia hanya memandang ke arah lukisan itu tanpa jemu..

tiba-tiba dia tersenyum.. mula terimbas semula detik perkenalan antara dia dan Fahri di mindanya.. berjumpa di laman sosial Planet Romeo. di saat itu bermula lah hubungan antara mereka berdua.. dari Planet Romeo beralih pula ke YM.. hampir setiap malam mereka berbual bersama.. biarpun mereka tidak pernah bersemuka pada saat itu, namun setiap kali dia dapat berbual dengan Fahri, hatinya berasa begitu gembira.. dia sering ternanti-nanti kalau Fahri akan berbual dengannya lagi.. kalau sehari Fahri tidak online, hatinya seakan gelisah.. dia tidak faham akan perasaanya itu.. sehinggalah dia mula bersemuka dengan Fahri.. hatinya memang betul-betul berdebar-debar di saat dia mahu berjumpa dengan Fahri di alam nyata.. perasaan gundah itu langsung tidak ada jika dia bersemuka dengan kenalan internetnya yang lain.. bukannya ini kali pertama dia berjumpa seseorang yang dia kenali dari alam maya, namun dia sudah pun terbiasa melakukannya..

dia tidak pasti pada saat bila dia sudah jatuh hati terhadap Fahri.. apa yang dia tahu, setiap kali dia menatap gambar Fahri yang dia ambil secara diam-diam di profile Facebook Fahri, Saiful akan sentiasa tersenyum melihat wajah Fahri itu.. setiap malam, sebelum dia tidur, gambar Fahri lah dia tatap dahulu.. namun, dia tidak pasti kenapa dia berasa begitu.. dia tidak faham perasaan apakah yang melanda dirinya.. mulai saat itu, mulutnya mula kerap menyebut nama Fahri.. setiap hari, kadang-kadang tanpa dia sedari, mulutnya tetap juga menyebut nama lelaki itu.. di mana-mana sahaja.. pada bila-bila masa juga..

tapi dia juga faham yang lelaki itu jatug hati pada insan yang lain.. dia juga faham yang cinta itu tidak boleh dipaksa.. seperti mana dia mula reda bahawa dia di hati lelaki itu hanya lah seorang teman biasa, namun dia tidak boleh menipu perasaannya untuk terus mencintai dan menyanyangi insan yang dia sayangi..

biarpun cinta yang tak pernah dibalas...

Amir telah pun kembali ke rumah.. dia dengan segera mengambil pinggan untuk diletakkan makanan yang dia beli di luar tadi.. kemudian, di bawanya ke ruang tamu.. diletakkannya di meja makan yang berada di situ.. kini Amir duduk bertentangan dengan Saiful.. dia lihat Saiful masih lagi bermuram..

"aku just nak ucap terima kasih.." kata Saiful..

"tak payah kau cakap macam tu.. aku buat ni sebab aku still sayang kat kau.." kata Amir..

Saiful hanya berdiam diri.. dia masih belum lagi menjamah makanan yang ada dipinggannya.. melihat keadaan itu, Amir bingkas bangun dari tempat duduknya lalu pergi mendekati Saiful..

"nak aku tolong aku suapkan?" tanya Amir..

"eh, tak payah lah.." Saiful menolak..

"please.. aku teringat waktu dulu-dulu.. sewaktu kita masih lagi bersama.." pujuk Amir..

Saiful berdiam diri sahaja.. dibiarkannya sahaja Amir menyuapkan makanan untuk dirinya.. pada saat itu, terimbas semula kenangan sewaktu dia adalah teman lelaki Amir.. hubungan lama yang tidak berkekalan.. Amir pula kelihatan begitu gembira bila dia menyuapkan Saiful.. matanya bersinar.. namun Saiful pula langsung tidak memandang Amir.. matanya masih lagi tetap memandang ke arah dinding yang ada lukisan potret Fahri.. menyedari yang Saiful memandang ke arah sesuatu, Amir menoleh ke arah tempat yang menjadi tumpuan Saiful..

Amir terkejut.. Amir terus berdiri lalu menghampiri ke arah lukisan dalam bingkai gambar itu.. lama diperhatikannya.. dahinya berkerut..

"kenapa lukisan Fahri ada kat sini??" tanya Amir.. dia toleh ke arah Saiful..

pada saat itu, Saiful mula berasa serba salah.. pada saat itu, Amir telah pun mencapai lukisan itu.. diturunkannya dari dinding, kini lukisan itu berada di tangannya.. Amir tatap lukisan itu dengan tajam.. secara tiba-tiba darahnya mula naik.. perasaan cemburu mula menghantui dirinya..

"aku tanya lagi.. macam mana lukisan Fahri ada kat sini??" tanya Amir lagi.. matanya penuh dengan rasa marah..

"Amir, jangan sentuh lukisan itu!" Saiful cuba merampas lukisan itu dari genggaman Amir.. namun dengan segera Amir mengelaknya..

"aku tak suka lukisan ini ada kat sini!!" kata Amir dengan kasar.. lalu diangkatnya bingkai gambar yang ada lukisan itu ke atas.. dalam hatinya mahu menghempaskan lukisan itu ke lantas..

"Amir! jangan!!" Saiful terus cuba merampas lukisan itu semula..

"aku tak perduli!! aku tak nak tengok lukisan ini!!" Amir semakin menggila.. biarpun Saiful cuba merampas lukisan itu namun ternyata masih juga gagal..

pergelutan berlaku.. Amir masih juga tidak mahu melepaskan lukisan itu.. Saiful pula terus cuba merampas lukisan itu.. cuba dan terus mencuba.. akhirnya Amir berjaya menjarakkan dirinya dari Saiful.. kini dia berada berdekatan dengan tingkap rumah.. dengan perasaan marah, dia mahu melontarkan lukisan itu keluar dari rumah..

"kalau kau sayang aku, tolonglah... jangan..." kata Saiful.. entah kenapa secara tiba-tiba Saiful mula mengalirkan air mata.. dia mula sujud ke lantai merayu ke arah Amir.. "tolonglah.. jangan..." air mata Saiful mula membasahi mukanya.. mengalir dan terus mengalir..

Amir terdiam.. dia tidak menyangka yang Saiful kini telah pun mengalirkan air mata.. Amir kini terdiam kaku..

"kalau kau sayang aku, tolong lah Amir, jangan..." Saiful masih lagi merayu.. air matanya terus membasahi pipinya..

selama Amir mengenali Saiful, tidak pernah dia melihat Saiful menangis merayu-rayu sebegini.. sebetulnya dia langsung tidak pernah melihat Saiful menangis.. kini di depan matanya, lelaki itu sujud merayu menangis ke arahnya..

entah kenapa Amir mula berasa sebak.. lalu dia tunduk ke arah Saiful yang sujud pada dirinya.. diusapnya rambut Saiful lalu berkata...

"jangan menangis lagi... aku sayang kau, Saiful..."








"ask me why I keep on loving you when it's obvious you don't feel the same way for me..

the problem is that as much as I can't force you to love me, I can't force myself to stop loving you....







42 comments:

  1. i'm waiting...bestnye citer ni...unsur saspen tetap ade di setiap episod

    ReplyDelete
  2. saiful sakit apa? kanser ke?

    ReplyDelete
  3. Yeyyyy da kuar!!!!!

    ReplyDelete
  4. Keras nye hati fahri sampi xnak balas sms saiful..... mula nye aku berharap citer ni
    Panjang. . Tpi aku x sangup mnggu lama untuk next episod... so biarlh seperti yg penulis plan.. x lbih 30episod.. hehe. Btw caiyok caiyok (hairel s)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lh.. Sbb nk tulis ni kena ada komitmen.. Aku pun fikir nk habiskn cepat2..

      Delete
  5. starting to crying......

    ReplyDelete
  6. alamak... gila meroyan plak tgk c saiful ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la... dah x terurus bagai... mendalam sgt cinta dia kt fahri tu ...

      Delete
  7. It's hurt when people we really love didn't care about us...
    what really hurt is when they ignore us after they know the truth...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lh.. Kesian saiful.. Tp fahri mungkin ada reason dia sndiri..

      Delete
  8. Terbaik novel ni...m

    ReplyDelete
  9. sepul sepul...
    sampai sakit angau ngan fahri..
    orang dah x suka biar jer lah...
    ambik jer amir jadi laki ko..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jg yg degil nk terus syg org tu.. Walaupun dh tahu or kena reject..

      Delete
  10. Hai tuan punya blog.. Emm, saya sangat tertarik dengan cerita anda.. Dan kisah hidup anda.. Saya rasa kita sebaya.. Your story about borneo, unity, camera dslr, aussie, etc etc. Those really catch my attention. Saya berasal dari Borneo juga.. Salam kenal.. Bolehkah saya berkenalan dengan anda?

    From,
    Your new friend.

    ReplyDelete
  11. Hai tuan punya blog.. Emm, saya sangat tertarik dengan cerita anda.. Dan kisah hidup anda.. Saya rasa kita sebaya.. Your story about borneo, unity, camera dslr, aussie, etc etc. Those really catch my attention. Saya berasal dari Borneo juga.. Salam kenal.. Bolehkah saya berkenalan dengan anda? Is there any way to reach you through facebook or email?

    From,
    Your new friend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm blog ni kn dh ada link my fb..

      Delete
    2. Maksudku, link fb yg ke page kamu atau your own facebook profile?

      Delete
    3. ada je.. bukan yg page but profile.. kat kanan blog ni kn ada..

      Delete
  12. lama btl next epi ... ^ ^ ternanti2 d buatnya

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Why that quote yg di highlight dgn purple colour tuh sgt familiar???????????

    And for first tyme. I.cry. .

    ReplyDelete
  15. saiful,please dont cry..ko buat hati ku sedih..meh sini aku peluk..aku syg kat ko jugak. hahaha!! prasan jap. best lah novel ni. putera,blh wat pjg ckit x? xpuasss ah..hehe. tq! XB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part 23 ni memang pendek.. Asalnya aku nk panjangkn but then rasanye better utk buat sampai takat tu je kot kali ni..

      Delete
  16. cinta memang tak boleh nak dipaksa...
    ntah la..
    kita mungkin boleh rosak kerana cinta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saiful dh didera kerana mencintai fahri.. Dia x kisah apa yg jd kat dia nanti..

      Delete
  17. Kalau diikutkan hati, saiful tu patutnya mengalihkan perasaan sayangnya pada amir yang setia dan sedia kembali kepada nya untuk memenuhi kesunyian hati saiful setelah ditinggalkan oleh fahri. Ini lah masanya saiful besikap "minta pada yang ada, kasih pada yang sayang, merajuk pada yang mencintai", jangan pandang belakang dan memuja orang yang dah tak sudi pada kita lagi. Menangis macam manapun fahri tak akan kembali lagi. Lupakan fahri hai saiful oiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya amir yg menodai kesetiaan cinta mrk terlebih dahulu. agak sukar utk mbuka ruang d hati utk org yg da mgkhianati cinta kta. tp sy sebenarnya melakukan hal yg sama. wlupn berkali d khianati, tp cinta mbuatkn kta sanggup mengenepikan prinsip diri. ntahla!!

      Delete
  18. Saiful patutnya menerima hakikat yang fahri tu dah tak sayang dan cinta dia lagi. Cari pengganti yang lain atau terima amir kembali kedalam hidup saiful. Agaknya inilah perasaan insan yang menyitai sesama jenis hingga sanggup mendukacitakan diri sendiri. Jiwa mereka amat sensitif bila dah berkasih dan menyerah diri pada orang yang disayangi. (Joe Setiawangsa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fahri dgn saiful x bercinta lg. cinta straight juga mcm tuh. x semestinya cinta gay sj yg boleh buat org gla. samalay dgn persepsi masyarakat, cinta gay dipandang hina wlupn x melakukn apa2. tp cinta straight tetap d pandang normal wlupn kelakuan seperti suami isteri yg sah bahkn lebih dri itu. x pn mrk rasa berdosa. OMG pandangan yg prejudis skali.

      Delete
  19. its hurt when you love someone but you cant have them in your arms...
    Oh saiful!!!..kesian dy..even ak pernah rasakan mcm ni..tp ak bkn mcm fahri menolak cinta secara kasar...ak lebih rela mengubah pdrianku drpd mgubah pndrian org..'
    ak akn membls cinta org andai ak blum bpunya lg...

    #1st time comment even dah lama mgikuti perkembngan blog yg d jmpai scra x sgja..huhuh..
    The best novel..permainan perasaan yg kdg2 dlm crita ini pembca pernah lalui..

    ReplyDelete
  20. cerita ini hanyalah sebuah rekaan semata - mata, kerana hanya 1 dalam 1000 PLU sahaja yang setia dan tidak mementingkan hawa nafsu. PLU semua sama, pandang rupa, harta dan nafsu.

    ReplyDelete
  21. mmg satu tragedi bila kita brsama yg disayangi tiba2 dia pergi meninggalkan kita.... x harapkn cinta x apa asalkan setia menjalin persahabatan...

    ReplyDelete
  22. sedeynyaa,,.. :(( baik gak amir nih - iezz

    ReplyDelete