Saturday 27 July 2013

Unspeakable Love -Part 30-





Part 30 : The Agreement


aku berumur 13 tahun pada waktu itu ketika aku mula merasakan yang aku berbeza dengan orang lain.. pada usia yang begitu muda ini, memang sukar aku menengerti tentang isu masalah hati dan perasaan.. aku masih lagi terlalu naif dan sudah tentu juga orang di sekelilingku juga sama.. ustaz aku pernah berkata, apabila hadirnya perasaan suka dalam hati kita pada seseorang, itu adalah sebahagian tanda-tanda bahawa orang itu telah pun mencapai akhil baligh.. pada saat ini lah mulanya berkembang nafsu dalam hati seorang manusia.. maka, hadir lah juga perasaan untuk menyayangi dan disayangi oleh seseorang.. namun semuanya masih lagi di peringkat untuk memahami akan perasaan itu kerana ia cukup baru untuk difahami bagi seorang manusia yang baru meningkat dewasa..

mungkin aku telah pun memasuki peringkat itu pada usia 13 tahun.. ada satu perasaan yang cukup asing dalam hatiku tatkala aku melihat seseorang.. bagi seorang remaja yang masih naif, aku tidak mengerti kenapa aku begitu berdebar-debar tatkala aku melihat seseorang.. aku juga masih tidak mengerti, kenapa ada wajah yang mula meninggalkan jejak di minta.. wajah yang akan muncul secara tiba-tiba di imaginasiku.. semuanya masih lagi asing bagi aku untuk memahami akan maksud perasaan ini.. malah, aku juga terlalu naif jika perasaan yang mula hadir ini adalah terpesong dari fitrahnya.. pada saat itu, hatiku telah pun tertarik pada kaum sejenisku..

"aku rasa aku telah jatuh cinta lah.." kataku pada seorang kawan..

pada saat itu, suasana bilik sudah pun menjadi gelap.. aku tinggal di asrama sekolah.. naif mengenai masalah hati dan perasaan, aku telah pun meluahkan perasaan yang menghantui aku pada seorang kawan.. si sahabat yang telah pun berbaring di atas katil memandang ke arah wajahku.. dia terdiam.. memandang mataku tajam..

"tapi orang tu adalah lelaki.." kataku lagi..

si sahabat hanya terus mendiamkan diri.. kedua-dua mata kami saling bertentangan.. pada saat itu mula hadir perasaan janggal dalam hatiku.. kali ini aku pula yang menjadi kaku seketika.. perasaan aneh bila aku berkata yang aku suka pada seorang lelaki.. menyedari hadirnya perasaan tidak senang itu, aku mula meninggalkan si sahabat yang terus memandang wajah aku..

aku jatuh cinta pada seorang lelaki..

itu lah yang aku katakan dulu.. itu lah kali pertama aku berkata yang aku telah jatuh cinta.. biar pun semuanya adalah masih lagi terlalu naif, tapi hakikatnya begitu lah.. apabila aku telah pun masuk 'peringkat' itu, nafsu telah pun tertarik pada kaum sejenisku..

namun, seperti kebanyak orang yang baru mengenali perasaan baru ini, perasaan tertarik pada seseorang, aku masih tidak faham jika apa yang telah berlaku dalam diriku bakal merubah hidupku buat selama-lamanya.. di satu sudut, mataku kerap curi-curi melihat pada insan yang telah bertahta hatiku.. di kejauhan, apabila si dia berjalan di satu tempat lain, aku pula tanpa disedarinya berterusan memerhatikannya.. si dia tidak pernah tahu bahawa aku menyukainya.. pernah juga muncul niat di hatiku untuk cuba menjadi insan paling dekat bagi si dia, tapi tidak pernah muncul keberanian dalam hatiku untuk mengatakannya.. selama itu, aku hanya lah seorang pemuja rahsia..

"gay tu apa benda? tanyaku pada seorang sahabat..

"owh.. apabila seorang lelaki suka pada seorang lelaki.. kenapa pula kau tanya soalan macam ni, Fahri?"

"saje nak tahu.." kataku sambil tersenyum..

terdiam seketika aku mula membuat refleksi diri.. pada usia 15 tahun, baru lah aku faham tentang maksud homoseksual.. selama ini aku langsung tidak pernah mengetahuinya..

bagi seorang yang masih lagi terlalu naif, sudah mesti lah aku berkeras untuk menafikan perasaan ku ini.. kita telah pun dididik bahawa ia adalah satu perasaan yang salah.. apabila kamu mula menyedari bahawa dirimu adalah berlainan berbanding dengan orang lain, yang tinggal adalah kesunyian.. hati yang sunyi, perasaan yang tidak mampu untuk di luahkan.. selama itu, aku fikir hanya aku sahaja seperti ini yang ada di dunia.. kesesatan dalam mencari tunjuk arah, semakin aku membesar, semakin aku tidak mampu melarikan diri daripada kehendak fitrah manusia untuk mahu disayangi dan menyayangi.. sehingga lah aku bertemu dengan insan itu, ia adalah satu titik perubahan dalam hidup aku.. kehadiranya membuatkan aku bahagia.. aku mampu mempamerkan kasih sayangku pada dirinya.. biarpun hanya pada awal perhubungan, namun ia adalah detik ketika aku mula cuba untuk menerima siapa diri aku yang sebenarnya.. Ihsan, dia lah insan pertama aku kenali yang sama nasib dengan ku.. dia juga lah kebahagian aku.. biar pun hanya seketika...

"jadi, abang Fahri nak kata yang memang abang dari dulu sudah macam ni lah ye??" tanya Hafiz.

duduk di atas sofa, bersebelahan dengan Hafiz aku hanya menatap wajahnya tajam.. tesenyum seketika apabila mengimbas kembali apa yang telah aku lalui selama ini..

"lebih kurang macam tu lah ceritanya.. so, kiranya Ihsan lah macam my first PLU friend.. orang yang first tahu aku macam mana.. dan aku rasa yang aku juga adalah his first PLU friend juga kot.." balasku..

"owh.. Hafiz fikir macam ada apa-apa pengalaman buruk ke selama ni.. maksud Hafiz, kena noda oleh lelaki ke, last-last jadi macam ni.." kata Hafiz lagi..

"eh, takde lah.. aku ni 'pure' okay.. hahaha.. memang 'pure' macam ni.. hahaha.. bukan sebab orang lain pun.. memang ada orang jadi macam ni disebabkan seseorang.. but kalau aku tak macam tu lah.. hahaha.."

"so, Hafiz ni pun rasanya 'pure' juga lah kot.. hehehe.."

"then, macam mana pula ceritanya?" tanya aku..

"lebih kurang macam abang juga lah.. but yang bezanya Hafiz dulu-dulu waktu sekolah dah berani pun luahkan perasaan suka tu.. and nasib baik juga lah yang orang Hafiz suka tu pun PLU juga.. actually, kita orang pergi lebih jauh lagi.. Hafiz dah pernah 'main' pada umur 16 tahun pun.. best.. hahaha.. abang Fahri dah pernah 'main' ke tak ni?? Hafiz nak tahu juga.." kata Hafiz sambil mukanya tersenyum nakal melihat aku..

"hahaha.. biar lah kau buat spekulasi kau sendiri.. pernah buat ke tak.." jawapan aku.. tersenyum..

"dengan abang Ihsan kan?" tanya Hafiz.

aku terdiam seketika..

"kalau pernah, mesti dengan abang Ihsan rasanya.." kata Hafiz lagi.. "tapi sangsi juga lah.. pernah ke tak.. sebab abang Fahri ni lain sikit orangnya.." kata Hafiz sambil matanya memandang wajah aku..

"hehehe.. terpulang pada kau nak fikir apa lah.." balasku lagi..

sejak aku mula tinggal sementara di rumah Ihsan, hubungan antara aku dan Hafiz mula semakin rapat.. mungkin kerana kami mempunyai keserasian memudahkan lagi kemesraan tercipta.. dari hari ke hari juga, semakin banyak perkara yang aku kongsi dengan lelaki yang muda setahun dari aku ini.. lelaki yang memanggil aku abang, biarpun jarak umur setahun je pun.. banyak kali aku menasihati Hafiz agar panggil nama aku tanpa gelaran abang, namun semuanya tetap sama.. lama-kelamaan, aku terbiasa bila Hafiz memanggil aku dengan gelaran abang.. biarpun sebenarnya aku lebih suka jika dia tidak memanggil sebegitu.. tapi, bila aku bersama Hafiz, kadang-kadang aku terasa yang aku seperti seorang abang bagi dirinya.. terasa seperti melayan karenah seorang adik yang agak manja juga lah.. Hafiz membuatkan aku terasa jadi seorang yang matang sedikit..

"bercakap mengenai ada PLU kononnya jadi PLU disebabkan orang lain lah, kiranya asalnya straight lah kononnya, then disebabkan satu kes hitam, tiba-tiba mereka pun suka lelaki juga, kau fikir macam mana tentang hal ni?" tanya aku pada Hafiz..

"fikir macam mana?"

"kau rasa patut tak orang yang ubah lelaki yang kononnya asal straight ni kan buat begitu.. usually yang buat ni asalnya disebabkan atas dasar sayang kat orang.. but for me lah kan, cinta macam ni adalah cinta yang pentingkan diri sendiri.." balas aku..

"maksud abang?"

"aku ada develop beberapa rules. aku panggil ia sebagai 'rules of love'.. hahaha.. cehwah!!" muka menjadi merah seketika, "but rules ni just untuk orang macam kita lah.. dan akan jadi pegangan aku.."

"apa dia rules tu?" tanya Hafiz yang mula ingin tahu..

"rules yang bila aku terlibat dengan orang ni, aku sepatutnya tinggalkan mereka.. walaupun aku cinta orang tu.. pertama, jangan jatuh cinta pada lelaki straight.. hahaha.. walaupun aku dah involve pun hal ni.. (tiba-tiba aku teringat akan Shahir) actually, this rules ada yang cakap kat aku.. (tiba-tiba aku teringat akan Saiful pula) then aku pun mula setuju akan hal ni.. it's a long story sebenarnya.. senang cakap aku telah pun ter'involve' dalam kes ni, but seperti yang aku cakap kan lah, aku tak harapkan pun dia milik aku.. biarkan dia memiliki cinta yang halal lah.."

"then, seterusnya?" tanya Hafiz..

"aku rasa yang aku tak nak bercinta dengan lelaki yang biseksual kot.. kenapa?? sebab dalam pendapat aku lah, yang biseks ni still boleh jatuh cinta kat perempuan.. so, aku harap dia pilih macam tu lah.. berbanding dia nak pilih lelaki.. for me, selagi orang tu boleh jatuh cinta pada yang halal kan, so better dia pilih yang halal lah.."

Hafiz terdiam..

"ini tanda aku sayang orang tu lah.. walaupun aku ni teringin sangat nak rasa untuk dicintai, but aku rasa yang aku sangat selfish kalau nak babitkan mereka dalam dunia songsang ni.. sebab tu aku kata macam.." sambungku lagi..

"okay.. hehehe.. it's about pengorbanan lah kan.. Hafiz faham.. but for me, abang Fahri agak complicated lah.. but Hafiz terima je pendapat abang.."

"haah.. sembang pasal apa tu??" tiba-tiba kedengara suara Ihsan..

kedua-dua aku dan Hafiz terkejut kecil.. kami memandang ke arah Ihsan yang kini berada di depan pintu.. dia telah pun mengenakan pakaian baru..

"takde apa-apa lah.. borak-borak biasa je.." balas.

"okay.. jom cepat bersiap.. nak keluar ke tak ni?" kata Ihsan..

"eh, nak keluar.." balasku..

"so, jom lah.." kata Ihsan lagi..

dengan segera aku bingkas bangun dari kerusi.. terlebih dahulu aku masuk ke dalam bilik untuk mengambil telefon bimbit aku.. Hafiz juga sama terus masuk ke dalam biliknya terlebih dahulu.. pada malam ini, rancangannya hendak makan malam di luar.. setelah kedua-dua kami selesai bersiap diri, lantas kami mula melangkah keluar dari rumah meninggalkan rumah..



*         *         *


beberapa hari selepas itu...


"Hafiz!!" 

satu jeritan kedengaran.. tengkingan yang sangat kuat membuatkan aku terus terjaga dari tidurku..

"Hafiz!!" suara itu lagi kedengaran.. satu suara yang cukup aku kenali.. suara dari Ihsan..

rasa tidak sedap hati, lantas terus aku bangun dari katilku lalu segera berjalan melangkah ke luar bilik.. dalam hatiku mula terfikir-fikir ada apa Ihsan tiba-tiba menjerit marah-marah pada pagi-pagi ini?? ini bukan Ihsan yang aku kenal orang yang telah meninggikan suara.. sungguh, aku terkejut dengan kelakuannya itu.. pada saat ini, aku berdiri di depan pintu melihat Ihsan berada di luar bilik Hafiz yang berdekatan dengan bilik Ihsan..

"Kau jangan nak mengelak okay! kau jangan nak lari dari.. buka pintu ini cepat!!" tengking Ihsan menghempas-hempaskan tangannya pada pintu bilik.. "wei!! cepat lah buka!!" satu sepakan diberikan oleh Ihsan pada pintu bilik hati.. pada saat itu juga hatiku terkejut dengan bunyi dentuman kuat dari tendangan Ihsan itu..

ada apa ni?? getus hatiku..

"okay!! kau ingat kau boleh lari lah ye?? kau tahu lah nanti... siap lah kau lepas ni!!" tengking Ihsan lagi..

DUMM!!

satu lagi sepakan oleh Ihsan pada pintu bilik Hafiz.. aku terkejut.. menyedari aku sedang memerhatikan, Ihsan memandang wajah aku.. dia kelihatan betul-betul marah pada saat ini.. entah kenapa aku pula mula berasa takut melihat wajahnya itu..

"kenapa marah-marah ni??" tanyaku..

Ihsan tak berkata apa-apa.. lantas dengan segera dia berpusing lalu beredar dari rumah.. aku terdiam.. masih tidak percaya dengan apa yang aku lihat.. Ihsan naik angin?? seakan sukar untuk aku percaya.. tapi kenapa??

beberapa tempoh selepas Ihsan keluar dari rumah, aku mula perlahan-lahan mendekati bilik Hafiz.. berhenti sekejap di depan pintu, menarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu, kemudian tanganku mula mengetuk perlahan-lahan pintu bilik Hafiz..

"Hafiz??" kataku...

"jangan pukul Hafiz, abang Ihsan!! Hafiz janji, Hafiz tak buat lagi!!" balas Hafiz dari dalam bilik..

kenapa pula ni?? getus hatiku..

"ini Fahri.. Ihsan dah pergi keluar dah.. Hafiz jangan takut lagi okay.." kataku

suasana sunyi.. Hafiz tidak membalas apa-apa.. langsung tidak mendapat sebarang tindak balas, aku pun mula berkata lagi..

"kau jangan risau okay.. Ihsan dah takde dah.. dia keluar rumah.. boleh bagi aku masuk tak?" kataku lagi..

masih tidak ada riaksi diberikan.. untuk beberapa tempoh, aku masih lagi berdiri di luar pintu menunggu Hafiz untuk membuka pintu.. namun pintu masih juga terkunci..

"Hafiz jangan risau lah.. aku akan back up kau nanti kalau Ihsan nak marah kau.. boleh buka pintu tak?" pujuk aku..

sejurus itu, perlahan-lahan pintu bilik terus dibuka.. Hafiz kelihatan di muka pintu dengan wajah yang penuh kebimbangan.. melihat dirinya di depan mata, aku terkedu seketika melihat wajah Hafiz yang gelisah..

"tolong Hafiz abang Fahri!!" serta-merta Hafiz memeluk tubuhku..

aku tergamam.. apasal peluk-peluk pula ni? aduh!

"kenapa ni?? apa yang dah jadi??" tanya aku

"Hafiz tak nak kena pukul! Hafiz takut!"

aku terkejut.. kenapa pula Ihsan nak pukul Hafiz? apa yang Hafiz sudah lakukan? Ihsan nak pukul orang?? sejak bila pula Ihsan kaki pukul??

"apa yang dah jadi sebenarnya.. cuba terangkan kat aku, okay.." kataku sambil tanganku mula mengusap-ngusap lembut belakang tubuh Hafiz..

"Hafiz melanggar janji.. Abang Ihsan dapat tahu.. dia marah giler kat Hafiz..." kata Hafiz..

"perjanjian apa pula.. cuba bawa bertenang dulu.. terangkan kat aku perlahan-lahan.. biar aku faham.." pintaku..

Hafiz terdiam..


*         *         *


duduk di satu sudut, kelihatan Hafiz sedang berada di sebuah kelab malam terkemuka.. dia hanya duduk terdiam sambil memerhatikan suasana bising di dalam kelab malam itu.. kelihatan di satu sudut yang lain pula, segelompok manusia telah pun hanyut dalam dunia mereka sendiri sambil di dendangkan dengan muzik lagu yang rancak.. kesemuanya menari dengan gaya bebas mereka sendiri.. pada saat itu, kelihatan pula seorang lelaki dari jauh sedang memerhatikan Hafiz yang hanya duduk keseorangan.. menyedari keadaan itu, lelaki tersebut mula menghampiri Hafiz lalu memperlawanya untuk menari bersama-sama.. Hafiz hanya bersetuju, maka mula hanyut lah Hafiz dalam dunianya sendiri menari bersama lelaki yang dia sendiri tidak kenali itu..

kelab malam ini bukan lah kelab malam yang biasa.. ianya adalah khusus bagi golongan-golongan songsang yang mahu bersuka ria.. jika di kelab malam biasa penari-penarinya adalah wanita seksi yang jelita, manakala di kelab malam ini pula penari nya adalah wanita jadi.. terdapat banyak juga penari lelaki yang langsung tidak berpakaian, hanya memakai celana menari-nari bebas di atas bebas.. jika penari tiang kebiasaanya adalah perempuan, di kelab malam ini pula penarinya adalah lelaki yang tidak berpakaian, hanya mengenakan seluar dalam yang singkat.. suasana yang cukup meriah dan penuh tenaga.. Hafiz, terus hanyut dalam dunia keseronokkannya..


"kau nampak muda.." kata lelaki yang menari bersama Hafiz tadi.. pada saat ini, mereka sedang duduk bersama di satu sudut setelah mula penat menari bersama-sama.. "dah cukup umur ke tak ni?? hahaha" kata lelaki itu lagi..

"hello?? tentu lah sudah cukup.." balas Hafiz..

suasana yang sudah pun bising, kini semakin bingit dengan tepukan gemuruh dari pengunjung.. kedua-dua Hafiz dengan lelaki temannya menari itu mula memandang ke arah pentas.. kini kelihatan seorang makyah berpakaian putih yang berlagak diva mula untuk menyampai persembahannya sambil diiringi oleh penari-penari lelaki.. suasana terus menjadi meriah.. lelaki sebelah Hafiz tadi mula mengajak Hafiz untuk menari bersama-sama semula.. Hafiz yang asalnya keletihan, tiba-tiba menjadi bersemangat semula untuk terus menari..

bergerak bebas, Hafiz terus menari mengikut kehendak hatinya.. terasa begitu bebas sekali apabila dia menari seperti itu.. teman menarinya itu pula sesekali ada memeluk tubuhnya.. Hafiz tidak mengambil kisah, malah dia juga melakukan perkara yang sama kepada lelaki itu.. teman menari Hafiz mula menanggalkan pakaiannya apabila melihat semakin banyak pengunjung turut menanggalkan pakaian.. tergoda dengan bentuk tubuh teman menari Hafiz yang agak mengiurkan, Hafiz mula meraba-raba sambil ketawa.. dia terus hanyut dalam budaya hedonisme ini..

"tanggalkan lah juga.." kata teman menari Hafiz yang mula memegang baju Hafiz..

"eh.. aku tak nak.. my body takde lah cantik sangat.." balas Hafiz..

"tak pe.. tanggalkan sahaja.." balas teman menari Hafiz lalu terus menyelak baju Hafiz untuk menanggalkannya..

Hafiz hanya membiarkannya.. mereka berdua terus menari dengan lebih lincah lagi sampai lah kedua-dua mereka mula berasa keletihan..

"seronok tak?" tanya teman menari Hafiz..

Hafiz hanya mengangguk.. terpancar rasa kepuasan dari rupa Hafiz.. ternyata dia betul-betul menikmati malamnya untuk bergembira di kelab malam ini.. pada saat ini, Hafiz dan lelaki itu kembali duduk di satu tempat hanya memerhati orang lain yang masih lagi menari..

"seseorang sedang memerhatikan kau.." kata lelaki itu..

"apa dia? tak dengar lah?" kata Hafiz yang kurang mendengar ekoran suasana yang terlalu bising..

"ada orang asyik perhatikan kau.. kat sebelah sana tu.." bisik teman penari Hafiz ke telinga Hafiz..

memandang ke arah sudut yang ditunjuk oleh teman penarinya, Hafiz terlihat satu susuk tubuh yang sedang duduk sambil matanya memandang tajam ke arah Hafiz..

"aku nak gerak dulu okay.. aku kena jumpa orang tu.." kata Hafiz sambil mula memakai semula baju yang telah ditanggalkan tadi..

"kenal ke?"

"ha ah.. kenal.. jumpa lain kali lagi okay.." kata Hafiz lagi..

lantas Hafiz terus berjalan menghampiri lelaki yang memerhatikannya itu.. Hafiz berhenti seketika.. dia hanya berdiri.. memang benar, ternyata dia lah orangnya.. dia lah teman serumahnya, Ihsan..

perlahan-lahan, Ihsan mula bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menghampiri Hafiz..

"seronok?" tanya Ihsan.. mukanya memandang wajah Hafiz dengan pandangan yang agak dingin..

"kenapa abang ekori Hafiz?" tanya Hafiz.. dia mula bermasam muka..

"macam mana? seronok lah menari-nari sampai tak ingat dunia?? dah tu berbuka baju pula tu.. Hafiz rasa seronok lah jadi macam tu??" kata Ihsan lagi dengan nada yang dingin..

"abang Ihsan tak jawap pun lagi soalan Hafiz.. kenapa ekori Hafiz? Hafiz tak suka!!"

"jangan pergi tempat macam ni lagi okay.. aku pun tak suka kau lawat tempat tak elok ni.." balas Ihsan..

"Hafiz nak kisah apa?? apa hak abang Ihsan nak halang Hafiz? suka hati Hafiz lah!!" kata Hafiz kasar..

Ihsan tak berkata apa-apa.. lantas dia mula menghulurkan tangan untuk menarik Hafiz keluar dari kelab malam itu namun dengan kasarnya Hafiz menolak.. Ihsan terdiam.. lantas dia mengajak Hafiz untuk duduk.. Hafiz hanya menurut.. pada saat ini kedua-dua mereka saling bertentangan mata di satu sudut yang agak terpencil dalam kelab malam itu..

"tempat macam ni tak bagus untuk Hafiz.." kata Ihsan..

"suka hati Hafiz nak datang tempat ni ke tak!" balas Hafiz yang masih berkeras..

"dah lama aku perhatikan tindak tanduk Hafiz ni.. jangan datang tempat macam ni lagi, boleh?" kata Ihsan kali ini nada yang lebih lembut..

"Abang Ihsan nak kongkong Hafiz apasal?? suka hati Hafiz lah!!"

terdiam, Ihsan hanya memandang Hafiz.. begitu juga dengan Hafiz yang memandang Ihsan dengan pandangan yang tajam.. dalam Hafiz tidak berpuas hati dengan sikap Ihsan yang mengongkong tindak tanduk dirinya itu.. kenapa pula Ihsan nak ambil peduli? suka hati dirinya lah nak buat macam mana pun..

dalam hati Ihsan pula berasa risau dengan kelakukan Hafiz yang agak liar itu.. selama ini, dia memang selalu memerhatikan Hafiz, ke mana dia pergi, dengan siapa dia pergi.. dia tahu Hafiz selalu datang ke kelab malam ini bersama dengan kawan-kawannya yang lain.. kebetulan pula hari ini Hafiz hanya datang berseorangan.. kebiasaannya akan datang berteman.. ada banyak perkara yang membuatkan Ihsan tidak suka jika Hafiz datang ke tempat ini.. pertama, dia tidak suka melihat budaya hedonisme yang mengkhayalkan Hafiz.. kedua, di tempat ini juga lah Hafiz akan suka minum alkohol.. memang agak selalu Hafiz balik ke rumah dengan keadaan mabuk.. ketiga, di tempat ini lah Hafiz akan suka mencari teman seksnya.. memang selama ini gaya kehidupan Hafiz agak bebas, dan Ihsan memang tidak menyukai tabiatnya itu..

"sudah lah! abang Ihsan just balik lah!!" arah Hafiz dengan kasar..

"janji dulu yang Hafiz takkan datang tempat macam ni lagi.." balas Ihsan..

"siapa peduli? ni hak Hafiz lah nak pergi ke mana pun!" kata Hafiz..

sejurus selepas itu, Hafiz mula memanggil seorang pelayan untuk memesan minuman keras.. setelah pesanannya itu sampai, Hafiz mula membuka tin arak itu mahu meminumnnya, namun dengan pantas tangannya dipegang oleh Ihsan.. Hafiz terdiam.. dia memandang ke arah Ihsan, tajam..

"jangan minum benda ni lagi, boleh?" pinta Ihsan..

Hafiz tidak berkata apa-apa.. tangannya mula meletakkan semula minuman tin arak itu ke atas meja..

"aku tak nak Hafiz pergi cari orang lain kat sini semata-mata nak buat seks bebas.. bahaya, tahu tak?" kata Ihsan..

"kenapa abang Ihsan nak ambil peduli?"

"sebab aku ambil berat tentang kau.."

"minum ni.. kalau abang berani.." kata Hafiz sambil menghulurkan minuman tin araknya itu..

Ihsan tergaman seketika.. Ihsan memandang wajah Hafiz..

pada saat itu, Hafiz kembali memanggil seorang pelayan lalu memesan beberapa tin arak lagi.. sampai sahaja, kini ada lima tin berada di atas meja..

"Hafiz tahu abang tak pernah minum benda ni.. sentuh tin dia pun rasanya tak pernah kot.. kalau abang berani habis kan semua, minum air syaitan ni, then Hafiz kata okay.. Hafiz akan follow semua yang abang cakap kan itu.." kata Hafiz sambil tersenyum sinis..

terdiam seketika, Ihsan hanya memandang pada lima tin arak di atas meja itu.. memang benar, selama ini dia langsung tak minum biar pun seteguk pun.. mana mungkin dia akan menyentuh benda haram itu.. pada saat ini dia mula rasa ragu-ragu..

"then.." Ihsan mula mengambil satu tin.. "this is our agreement.." dia mula membuka tin tersebut.. lantas terus meminumnya..

Hafiz terkejut.. dia tak menyangka Ihsan sanggup menurut apa yang dia katakan itu.. sebenarnya dia mejangka Ihsan akan menolaknya..

agar sukar untuk Ihsan menghabiskan air syaitan itu.. biar pun sekali teguk, seakan tekak tidak mampu menerimanya.. namun, Ihsan gagahkan juga untuk cuba menghabiskannya.. dia minum seteguk lagi.. sikit demi sedikit.. sampai lah akhirnya satu tin itu berjaya dihabiskannya.. lalu, terus dia ambilnya lagi setin lagi.. melihat keadaan Ihsan itu, Hafiz masih lagi tergamam..

"kau dah janji bukan.." kata Ihsan, lalu meminumnya.. "jangan datang tempat macam ni lagi.." seteguk lagi diminumnya.. "jangan pernah sentuh air syaitan ni lagi.." Ihsan terus cuba menghabiskan air arak itu.. "jangan cari seks bebas lagi.. " Ihsan terus meminumya.. "kau janji untuk berubah.."

habis setin lagi.. pada saat ini, otak Ihsan mula berasa pening.. dia terhenti seketika.. namun dicapainya lagi tin yang baru.. Hafiz pula, masih lagi tidak percaya dengan apa yang dilihatnya..

"this is our agreement.." kata Ihsan lagi lalu membuka tin yang baru.. "for you, to be a better person.."

habis sekali teguk, lalu Ihsan terus mengambil tin yang baru...











52 comments:

  1. Sedihnye...=(..knp perlu minum arak tu.. perjanjian x patut..tak patut..

    bydway..budaya hendonisme tu ape?? 1st time dgr..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. budaya brsuka ria.. perkara2 mcm yg melekakan.. budaya mementing hiburan di dalam dunia.. lebih mengutakan keseronokkan brbanding dgn benda lain.. misalnya mcm suka clubbing, seks bebas, party liar n mcm2 lg lh..

      the agreement nya adalah, klu Ihsan dpt habis kn lima tin arak tu, hafiz akan tinggalkan perkara2 yg Ihsan nk hafiz tinggalkn tu.. sebagai pertukaran lh..

      but mesti lh bg ihsan mcm berat sikit nk buat sbb dia memang org yg xkn pernah minum pun.. but atas alasan agar Hafiz barubah, dia terima n sanggup buat lah..

      (but kenyataannya Hafiz telah terkantoi melanggar 'perjanjian' tu sampai ihsan jd marah giler..)

      Delete
    2. Tapi agak berat disitu..snggup minum arak tuk hafiz berubah...mmg jaht hafiz tu...huhu...sape hafiz tu pads ihsan yer..smpai ihsan so caring sal dia...

      Delete
    3. tu lah.. sbb hubungan antara hafiz n Ihsan ni bukan just hubungan biasa sbnrnya.. lebih dr biasa.. but sampai tahap mana tu, still x diketahui lah..

      Delete
    4. hmm mmg x patut kan.. nak cegah hafiz but finally dia main dgn hafiz. mgkn inilah ceritanya ttg yg pernah buat sekali dulu. ihsan salah mendidik. bkn begitu caranya. x faham agaknya knp agama mencegah arak ( mean benda2 yg d larang la, arak cthnya ) krn arak seorg lelaki beriman dan warak melakukan 3 perbuatan dosa ( klu x salah ingat. citer ne sape penah baca tau la kut )

      Delete
    5. hmm mmg x patut kan.. nak cegah hafiz but finally dia main dgn hafiz. mgkn inilah ceritanya ttg yg pernah buat sekali dulu. ihsan salah mendidik. bkn begitu caranya. x faham agaknya knp agama mencegah arak ( mean benda2 yg d larang la, arak cthnya ) krn arak seorg lelaki beriman dan warak melakukan 3 perbuatan dosa ( klu x salah ingat. citer ne sape penah baca tau la kut )

      Delete
    6. apa yg cuba disampaikn adalah ihsan brani sahut cabaran hafiz utk minum asalkn dia janji utk brubah.. x semestinya ihsan memang suka utk minum n x tahu arak tu haram ke x.. mksudnya jg dia sanggup buat tu klu tu lh saje cara utk buat hafiz brjanji xkn buat perkara x elok lg.. just sekali tu je lh ihsan minum.. actually benda ni dh lama brlaku.. mcm ihsan ada ckp pd fahri lh sblum ni.. dia kata antara sbb dia stay dgn hafiz sbb nk 'tgk2kn' dia.. ihsan ckp jg, actually hafiz tu dulu memang sosial jg, but skrg dh semakin ok lh (bcoz of that agreement lah), hafiz dh tinggalkn cara hidup lamanya.. but then, walaupun hafiz skrg ni dh mcm jd lebih baik sikit, but last2 ihsan dpt tahu yg ada 'agreement' itu yg hafiz telah pun langgar..

      Delete
  2. gila!!!! x kan la ihsan cam tu?! err.. damn ko hafiz.. mmg sah aku bnci ko..hahaha..ceehhh... kirenyer hafiz lg teruk dri amir la ye.. hahaha..nice... tapi mane saiful?????? -_-.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hafiz xde lh jahat sgt sbnrnya.. dia just jahat pd diri sndiri.. sbnrnya hafiz mcm awal2nya just main2 je kata mcm tu, but dia sendiri x sangka klu ihsan betul2 berani minum.. sbb dia fikir, Ihsan xkn berani buat mcm tu..

      Saiful?? hmm.. kenaa tunggu another parts lg lh.. hehehe

      Delete
    2. td aku bce reply hang kat atas, hang kata yg hubungan ihsan-hafiz tu bukan hubungan biasa, maknanye luar biasa la relay dorg tu? hmm.... aku cerious la... ihsan suka hafiz ka? dah lama ka? bukan dulu bukan main ber iya2 dia luahkan prasan kat si fahri (masa part 7: stop hoping- part ni pling sedih woo.. seriously aku nangis) .... yela.. bukan ka.. ihsan x nak tunjuk yg dia tu songsang?.. tpi awat dia tibe2 dgn hafiz... ??? explanation plz... :)

      Delete
    3. myb boleh dikatakn suka, mungkin jd x.. yg pasti, ihsan ambil berat tentang hafiz lh.. sbnrnya setakat ini hubungan antara ihsan n hafiz masih lg blum djelaskn spenuhnya.. mungkin lebih kpd 'bromance' mcm tu.. hubungan antara abg n adik.. tp mungkin jg sbnrnya mereka saling menyukai.. kena tunggu another parts lh..

      aku nk beri satu jawapan pd satu soalan.. knp ihsan yg sblum ni sgt discreet tiba2 mcm dh mcm involve dlm dunia plu ni? (sbb hafiz kata yg mereka pun ada kwn plu lain..) actually disebabkn prgaulan antara ihsan n hafiz yg membuatkan ihsan terpaksa terdedah dlm 'dunia si hafiz'.. disebabkn si hafiz ada byk kwn plu semua n dia agak sosial, nk x nk memang ihsan akan masuk dlm dunia si hafiz ni lah.. sbb tu lah ihsan mcm mula brgaul dgn plu lain jg..

      Delete
    4. Klw tu pendirian ihsan,aku rase fahri patut rase kecewa.Aku rase lg ihsan tu jd lg teruk ble dgn hafiz,konon nk elak jd gay tp jd lg teruk..mmg hipokrit gilerr.Tp tu laa kehidupan kan.

      Delete
  3. apa yg ihsan cuba buktikan.... =`(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ihsan xde nk buktikn apa2.. dia just sahut cabaran hafiz utk minum kononnya dia akn ikut apa yg ihsan minta klu ihsan brani minum.. but hafiz x menyangka yg ihsan sanggup minum in exchange hafiz tinggalkn tabiat buruknya hidup dlm hedonisme..

      Dlm part sblum ni ihsan ada ckp, antara sbb knp dia stay dgn hafiz adalah sbb dia nk 'tgk2kn' hafiz.. actually benda ni dh lama brlaku.. just tiba2 je ihsan dpt tahu yg hafiz langgar perjanjian yg mereka buat dulu..

      Delete
    2. tapi sedih syallll... die nk cegah hafiz buat benda tak elok, supaya jadi "better person", tp apa dah jd ngan diri sendiri...? tu ke pengorbanan....

      Delete
    3. tentang apa yg jd pd ihsan lps tu, still x diceritakan lg.. actually, lps agreement tu dibuat, hafiz mcm jd lebih baik 'dibawah pengawasan' ihsan.. hafiz dh x buat apa yg dia suka buat dulu, kononnya lah.. sbb dh terikat dgn 'agreement' kan..

      but then, manusia kn, kdg2 akan langgar jg agreement tu.. ihsan dpt tahu hafiz langgar that promise.. apa yg hafiz dh buat lg still x diceritakan.. tp kita x tahu lg apa yg dh jd sbnrnya apa yg hafiz dh secretly buat.. but yg jd persoalannya skrg adalah knp ihsan betul2 nk jaga or ambil berat tentang si hafiz tu? knp dia sanggup minum, semata2 nk hafiz buat perjanjian? atas alasan apa ihsan sanggup jd mcm tu??

      Delete
    4. aku tak tao la, tapi part ihsan sanggup teguk benda alah tu, buat aku rasa sedih sangat. Lagi2 kalau dia insan yang nyata wujudnya depan aku...

      Delete
    5. simboliknya Ihsan sanggup buat tu semata2 utk Hafiz lh.. menunjukkan bertapa seriusnya Ihsan nk Hafiz berubah.. (walaupun caranya mcm x kena..)

      Delete
  4. Aku boleh tangkap citer ni... sebb ihsan mabuk lah... dieorg pernah buat sex sekali dulu. Aku x faham sebenar nye ihsan ni... die tinggalkan fahri sebb nk jauhkan dunia plu... pastu mmdekati hafiz pulak. hmmm penyelamat insan plu kah?.. ihsan nak ape sebenar nye.. (hairel s)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh boleh nk agak tu bagus lh.. hahaha.. tp apa yg dh jd lepas ihsan minum tu, sama ada memang buat seks lepas tu kena tunggu next parts lh..

      tentang ihsan tinggalkn fahri, but then cari hafiz pula, ini agak complicated sikit.. but yg utama nya adalah siapa hafiz dlm hati ihsan?? adakah ihsan jatuh hati kat hafiz? xde diceritakan lg kn? tp smua benda boleh ada kemungkinan.. boleh jd si hafiz yg mendekati ihsan dulu.. sbb kisah tentang mcm mana mereka boleh berkenalan n tinggal brsama pun x diceritakan lg..

      Delete
    2. Aku x kesah sangt ape nk jdi kt ihsan n hafiz tu ada rasa cinta ke abg adik ke.. yg aku ingin tahu apa kan jdi fahri syahir n saiful.tertarik soalan di bawah... ttg family fahri... klu x silap dulu aku pernh komen. . Aku ingin fahri bawa syahir blik kg.. hehe. .. akan ada x?

      Delete
    3. Ohya... 1 lgi aku sangt x faham.. yg ni tolong jawap ya. Part 28.. apa maksud 2.216

      Delete
    4. tu surah al-baqarah.... pernah tengok cerita mualaf? depa ketengahkan konsep ni dalam cetita tu. penggunaan nombor....

      Delete
    5. Thanks q. Fallen angel.. im not muslim.. so x xtahu hehe.. cite mualaf sharifah amani tu ke..pernh tgok tpi x ingt..

      Delete
    6. owh.. 2:216 tu ayat dlm al-Quran yg brbunyi

      "perhaps you hate a thing and it is good for you.. and perhaps you love a thing and it is bad for you.. and God knows, while you know not.."

      maksudnya, ada benda yg kita suka, nampak bagus utk kita, rasa benda itu adalah terbaik kita sbnrnya bukan lh sesuatu yg bagus.. dan ada benda yg kita x suka, x mahu benda tu jd pd kita, nampak x mendatangkn kebaikan, actually di sebaliknya ia adalah sesuatu yg paling terbaik buat kita.. mksudnya jg, x smua apa yg kita fikir benda tu baik, n benda ni pula buruk adalah betul, sbb kdg2 ia dluar jangkaan kita.. Tuhan itu lg tahu apa yg bagus n buruk pd kita sbb Tuhan itu lagi Maha Mengetahui..

      Delete
    7. Thanks q putra

      Delete
  5. Hmmm sedihlaa... xperlu teguk arak tu utk agreement ; (( iezz

    ReplyDelete
    Replies
    1. hafiz asalnya yakin yg ihsan takkan minum sbnrnya, tp dia x sangka yg ihsan sanggup buat semata2 nk bg hafiz ikat perjanjian.. ia menunjukkn brtapa ihsan betul2 serius nk hafiz brubah lh..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. assalam...

    Persoalan yg paling penting ... (or aku yg x tau)

    1- macam mana ihsan leh kenal hafiz?

    2- kemana ihsan pergi selama TIGA tahun sebelum ni???

    3- aku rasa x logik langsung bila fahri tibe2 tinggal serumah dgn ihsan setelah TIGA tahun meninggalkan dia, fahri just kecewa sekejap je then berbaik semula dgn ihsan.. cam tu ke?
    macam ade plot yg tertinggal...
    x kan la fahri x marah/benci/kecewa dgn ihsan sbb da lame sgt ihsan tinggalkan fahri..

    ....n.... bukan ke fahri pernah kate dgn saiful yg dia akan tinggalkan/lupakan kenangan lama dia bersama ihsan..
    fahri sendiri yg nak 'hilangkan' ihsan dlm hidup dia..
    tup..tup.. tibe2 tinggal serumah.. err..
    agak pelik la dis situ...

    seriously, aku cerious giler part tu....

    hmm.. pastu..pasal saiful tu.. mane dia menghilang?? da lame ko critekan tntnag dia... aku cerious giler wei .. ape yg akan/telah terjadi kat saiful tu mase last dia lukis potret fahri.. then amer tolong saiful.. amer marah2 call fahri...amer kate jgn jumpe saiful lg..

    errr.. so,.. hilang cam tu je???
    mane saiful ... mane amer pon.. pembaca x tau..

    mungkinkah mereka lari ke luar negara utk dapatkan rawatan saiful? (saiful sakit ape???????) or amer bwak lari saiful supaya saiful dpt lupakan fahri?? adakah begitu?? benarkah spekulasi aku??.. ok,,., aku saje je bayangkan.. well, tu la aku harapkan.. haha...

    n lg satu... rumah shahir fahri da pernah pg...rumah saiful pon dia da prnah pg..rumah ihsan lg la..siap tinggal... but...
    mane rumah fahri sendiri?... bukan ke watak utama biasenyer akan didedahkan dgn latar belakangnye,.. memang la ko ade wat tpi.. mcm x complete je.. i meant, keluarga dia ke.. mcm mane dia leh terjebak dlm dunia 'giler' ni ke... faktor2 yg mendorong dia jadi cam tu lakirenyer..

    yela, klaw kita tgok remaja skrg ni pon, yg bersocial tu sebab mak bpak dia busy , pengaruh rakan sebaya, kurang didikan agama.. cam tu kiirenyer...

    tapi mungklin ko nak wat cerite ni bertemakan PERSAHABATAN kan??..
    o,k.ok.ok.. i see...

    ok.. sori la panjang sgt....
    well, just my opinion.... :)
    btw, i enjoyed read it,Un Lo... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. bagus dgn soalan ni bagi nk buat kita lg faham jln cerita yg sbnrnya.. aku akn jwb satu persatu..

      1. hal ni x diceritakn lg.. but ada sedikit cerita tentang awal permulaan ihsan brjumpa dgn hafiz.. dlm part 27 ada cerita tentang hafiz terus2 mengatakan yg fahri ni plu.. tanya "abang fahri ni PLU kan?" dlm perbualan tu jg ada brckp yg hal ini adalah perkara yg sama berlaku ketika ihsan brjumpa hafiz buat pertama kali.. mksudnya, hafiz jg brtanya soalan yg sama pd ihsan ketika mereka brdua baru brjumpa "abang ihsan ni PLU kan?" but detail ceritanya still x dikisahkn lg..


      2. ihsan kan ada ckp dia tipu fahri yg actually dia x study luar negara, actually study local je.. (rujuk part 26) selama ni fahri fikir ihsan study kat oversea.. but actually ihsan tipu je.. so, di mana ihsan selama 3 tahun tu? d uni local yg x sama dgn fahri lh.. di uni ni jg dia mula kenal dgn hafiz..


      3. actually Fahri marah and kecewa sgt2 sbb ditipu oleh Ihsan (yg kata dia study oversea padahal local je).. but then, ihsan ajak Fahri utk stay dgn dia dahulu sementara fahri nk konvo.. tp knp fahri setuju utk stay kat rumah ihsan? lebih kpd ingin tahu apa yg dh telah dirahsiakn oleh ihsan selama ini.. sbb tu dia setuju stay sekejap d rumah ihsan.. nk korek rahsia.. and lg, memang ihsan kata dia akan jelaskn satu persatu2 ada yg dh jd sbnrnya..


      4. actually, ihsan yg nk fahri lupakn tentang dia.. fahri pula kata 'melupakan kenangan? bagaimana mungkin aku boleh memadamkan segala memori yang telah tercipta antara kami berdua??' menunjukkan sukar bg fahri utk melupakan Ihsan.. (rujuk Part 12) mksudnya, ihsan still ada dlm ingatan fahri lh, bukannya fahri nk lupakan ihsan.. yg fahri cuba lupakan adalah Shahir.. sbb dia tahu, yg dia kn dpt brsama dgn shahir..


      5. mana saiful menghilang?? dlm part 29 ada ckp yg Saiful telah lari to another city, and kerja dalam sebuah butik mewah.. sbbnya? dia nk lari apabila kehadirannya sblum ni seolah dpt dikesan oleh saudara nya (makcik), sbb saiful kn lari dr rumah.. then sbb tu dia lari ke bandar lain semata2 xnk dijumpai oleh relative or keluarganya..

      Delete
    2. 6. apa yg dh berlaku pd saiful selepas kes Potret tu?? actually ni lh kekurangan dlm cerita yg hanya ada point of view seorang watak je.. dlm novel ni, cerita berdasarkn dunia di mata fahri.. ada byk style penulisan sbnrnya, sama ada ditulis dr point of view orang pertama ataupun ketiga.. bg cerita unspeakable love, adalah point of view org pertama (fahri), so apa yg brlaku d luar pengetahuan fahri spatutnya x diceritakan, kecuali ada org lain yg bercerita pd fahri.. mcm in real life.. misalnya aku ada seorang kwn yg kemalangan.. aku tidak boleh mengetahui apa yg sbnrnya brlaku pd kwn aku tu, kecuali ada org lain yg cerita.. sbb aku xleh tgk dunia pont of view org lain.. sama lh kes fahri, dia x boleh tahu apa yg brlaku d luar matanya.. so, cerita ni sepatutnya mcm tu lh.. apa yg ditulis, hanya berdasarkn dunia pandangan fahri.. but then, aku ada jg mula selit2kn cerita yg fahri langsung xde dlm cerita tu.. nk bg org faham gak.. tp x byk lh.. mostly still dr sudut dunia pandangan fahri.. sbb tu byk benda yg fahri x tahu, kita pun takkan tahu.. sbb kita baca dunia dr sudut pandangan fahri.. senang ckp, kita xkn tahu apa yg jd pd saiful selagi xde org yg brcerita tentangnya.. kecuali lh aku ada buat sub plot lg buat kisah yg bukan dr sudut pandangan Fahri lg, then boleh lh aku ceritakn apa yg dh jd..


      7. tentang asal usul fahri pula, honestly kurang diceritakn.. actually ada jg yg komen nk tahu mcm mana fahri boleh jd seorang PLU? adakh disbbkn faktor kurang didikn agama, masalah keluar n sebagainya? sbb tu dlm part 30 ni aku bercerita tentang mcm mana Fahri mula2 dpt tahu dia ni PLU.. brdasarkn apa yg Fahri jelaskn pd hafiz, actually xde faktor lain pun yg mendorong dia jd PLU.. memang dr dulu lg apabila dia mula develop perasaan suka, hatinya tertarik pd lelaki.. sbb tu Fahri kata "aku ni 'pure' okay.." maksudnya, bukannya disebabkan kena liwat ke, kena goda lelaki or putus cinta dgn perempuan fahri jd PLU.. memang dr dulu lg dia memang ada naluri mcm tu..





      aku rasa, cerita aku ni bukan lh satu cerita yg direct sgt bila org baca, org akan terus faham.. still ada metafora2nya.. byk rahsia yg still tersimpan.. seperti aku ckp lah, cerita ni berdasarkn dunia sudut pandangan fahri (mostly lah).. so, selagi fahri x tahu hal tu, selagi xde org yg brcerita nk beri tahu, selagi tu lah kita xkn tahu apa yg jd pd org lain.. mcm skrg lh.. kita pun x tahu apa yg jd pd Shahir kn?? sbb kita dlm cerita ni just dr sudut pandangan fahri je, bukannya Shahir.. so, aku xleh nk ceritakan sgt lh apa yg jd pd shahir.. sbb fahri pun x jumpa shahir lg, so dia pun xkn tahu apa yg shahir tgh buat.. then, kita pun x tahu apa yg shahir tgh buat jg.. kecuali aku buat sub plot sikit buat cerita dunia dr sudut pandangan shahir lh, then kita boleh tahu apa shahir tgh buat, apa yg fahri x tahu..

      Delete
    3. ooh,...

      thx putera.. sudi gak hang bals komen aku ni.. sori la sruh hang explain kat aku pnjang2 nih.. yela, citer ni lame,.. mane aku ingat sgt jlan crite sblum ni. hang tu penulisnya, memang la hang tau dri awal ke akhir...

      cuma..
      yela... so far..aku faham la.. kena tunggu smpai habis citer bru leh wat kesimpulan yer... even byk giler bnde yg kita cerious kan..
      ok..
      keep writing... assalam..

      Delete
  8. tetap xpuas ati...ada 2 plot crite je dlm entry nie..hak hak hak...

    br dpt komen.. malas nak komen smlm.. story plot yg bleh dijangka..

    pepun..gudluck for the 31th chapter.. make it boom sket..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa plot yg dh dijangkakan??

      tgh try nk memanjangkn cerita utk setiap part lh ni.. but i tulis apa yg penting je.. nk ringkas but still ada point2 tertentu.

      Delete
  9. asalamulaikum plot dan sub plot bagi cerpen ini bertambah menarik banyak pengajaran yang dapat salah satu nya jangan buat agreement menggunakan arak .kita akan dapat tahu adakah ihsan berjaya mengubah hafiz dengan mencapai agreement itu .kenapa ihsan amat marah kan hafiz adakah hafiz telah kembali kepada perangai lama dier .kita kena tunggu dalam bab hadapan untuk mengtahui nya .ihsan sayangkan kawanya hafiz dier tak mahu hanyut dalam budaya suka ria plu.okay terus kan menulis .acu akan tunggu di bab yang lain dengan setianya ,dan penuh kesabaran he he .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita cuma dpt buat spekulasi sahaja dulu sbb still x tahu apa yg hafiz telah buat.. semua benda ada byk kemungkinan.. sbb apa Hafiz langgar that agreement, semuanya mesti ada sbb2 tertentu.. adakah dgn sengaja? but boleh jd 'x disengajakn'..

      Delete
  10. hey.. putra bila next episode coming out ini.. tak sabar la...

    ReplyDelete
  11. Dear putera, I newly discovered your blog and found it so intriguing. Habis your previous entries I baca. Really give kind of booster for me utk terus menongkah pancaroba hidup ni. By the way, boleh tak if you forward to me your PDF book like you mentioned in your previous entries. Like the books written by Nizam....if I am not mistaken.
    My address: faizalch99@gmail.com
    Thank you very much…I am eagerly waiting for the next episode of "unspeakable love":-)😁😜😍

    ReplyDelete
  12. gila!!!! part ni yg terbaik kot!!!! best!

    ReplyDelete
  13. Spend d whole day reading ur novel..akhirnya hbs gak..x sabar nk tggu seterusnya

    ReplyDelete
  14. http://jerangkungdlmalmari.blogspot.com/

    putra...mind to follow my blog.Ni blog hidden love yang dulu.Blog lama da lupa pasword..ahaha

    ReplyDelete
  15. Bile nxt part nk klua?

    ReplyDelete
  16. syahir... owh syahir.... bila nak muncul nie???

    ReplyDelete
  17. BRING MY SWEET2 SHAHIR AND SAIFUL BACK! :*(

    ReplyDelete
  18. lamanya menanti..... mana episode 31???

    ReplyDelete
  19. selesai bagi 30 votes untuk shahir...
    aku takkan benarkan saiful di DEPAN!!!
    hahahaha :)

    ReplyDelete
  20. Janji mmg dibuat utk dimungkiri...pecaya la. Wlau atas sbb ape skalipn.
    Dlm plu life ni...one person will loose...loosing everything!

    ReplyDelete
  21. Dh ramai yg komen xpuas hati ihsan snggup sahut cabar teguk arak...dn bnyk kli jga pnulis cuba terangkn kt smua psal bnda tu..sbnrnya melalui karekter dlm crita ni..ak slalu related kn dgn pemikiran penulis.. So ak brharap penulis bkn la seorg yg pemikiran yg sebegitu..snggup sahut cabaran dgn melakukn prkara haram...sbb Islam tidak menghalalkan cara sebegitu

    ReplyDelete
  22. fahri seorang penipu dan pengecut .. kononnye xboleh nk mencintai fahri disebabkan x halal kononnye .. so perbuatan dan perasaan dia dgn hafiz yg lebih dari bromance tu halal sngt .. fahri seorg yg tolol krn masih stay dgn dueorg tu .. haish .. baik fahri cari saiful @ shahri dueorg ni lg bezz ..

    ReplyDelete
  23. fahri seorang penipu dan pengecut .. kononnye xboleh nk mencintai fahri disebabkan x halal kononnye .. so perbuatan dan perasaan dia dgn hafiz yg lebih dari bromance tu halal sngt .. fahri seorg yg tolol krn masih stay dgn dueorg tu .. haish .. baik fahri cari saiful @ shahri dueorg ni lg bezz ..

    ReplyDelete