Saturday 23 August 2014

Kenangan









dulu, Ihsan pernah berkata mengenai hal tentang kenangan pada diriku.. ianya susah untuk aku fahami pada mulanya, namun kini ianya telah menjadi salah satu perkara yang aku selalu fikirkan..

kenangan indah yang tercipta akan menjadi satu beban apabila tiba saat kita mahu melupakannya..

ianya sangat pedih.. sesuatu yang 'manis' akan bertukar menjadi sesuatu yang menghiris hati..

apabila Shahir berkata padaku dia ingin pergi mengembara bersama-sama dengan diriku, aku boleh bayangkan berapa banyak 'kenangan' lagi yang akan tercipta antara aku dengan dirinya..

di saat kenangan itu akan menjadi 'beban' pada diriku.. kerana aku mahu meninggalkan dirinya di satu masa nanti...













Unspeakable Love -Part 35-

coming soon...










By the way, sebelum aku nak update, apa benda yang korang nak tahu pasal citer ni? ada banyak benda persoalan yang still belum terjawab dan perlukan penjelasan.. sebab dah lama tulis citer ni, kadang-kadang terlupa apa yang dah ditulis.. so, bagus juga kalau ada yang nak ingatkan..




Sunday 17 August 2014

Abang Oh Abang

sebenarnye tengah menaip sambungan citer Unspeakable Love, tapi tiba-tiba buka Facebook (selepas deactivate beberapa tempoh) then perasan ada notification pasal birthday orang.. (kata birthday ke-28)

then, bermula lah seperti perbualan di bawah...








okay, kalau nak faham maksudnya kat sini aku ni ada satu benda yang aku tak berapa nak suka or kekok nak dengar or panggil dengan satu panggilan ni iaitu 'abang'.. hahahaha.. kalau sesiapa yang mengikuti perkembangan blog aku dengan teliti, boleh tahu pasal aku macam paranoid sikit dengan orang dewasa.. ada banyak faktor juga sebenarnya kenapa aku boleh macam paranoid dengan orang dewasa berpangkat 'abang' ni.. mostly disebabkan faktor bagaimana aku membesar, and then pengaruh sekeliling, i mean macam sejarah hidup aku mengenai hubungan dengan yang lebih dewasa.. kalau nak diringkaskan, aku akan ceritakan macam ni.. mostly ianya adalah benda yang 'bad'.. so, sejak kecil lagi macam sudah tertanam perkara macam 'bad impression' pada yang lebih usia.. so, disebabkan itu, aku memang jarang sangat bergaul dengan yang lebih berusia or senior-senior dari kecil sehingga lah aku study kat Aussie.. kalau dulu-dulu, aku selalu macam try nak avoid daripada nak berhubung dengan dengan yang lebih dewasa.. kesannya, aku ni sebenarnya tak berapa nak pandai nak bergaul dengan 'abang-abang' even dengan 'kakak-kakak' juga.. kalau nak bercakap dengan golongan ini mesti macam kekok.. 

i think, sebab waktu kecil-kecil (umur sekolah rendah) aku selalu kena buli oleh 'abang-abang'.. hahaha.. sering kena kutuk.. kena perlekeh.. so, yang aku perasan, memang dari kecil lagi aku memang tak berapa nak senang dengan orang dewasa ni.. pandang pun tak.. senang kata, 'i dont trust orang dewasa'.. hahaha.. kadang-kadang kalau orang dewasa ni nak bercakap dengan aku, mesti aku akan macam suspicious pada dorang.. kecil-kecil dulu aku selalu fikir, "orang dewasa ni nak orang hormati mereka, but mereka takde pula nak hormati yang lebih muda.."

then bila masuk sekolah menengah (tingkatan 1-3), actually aku takde konflik sangat dengan senior-senior kat sekolah.. but actually ada juga.. ada sesetengah seniors tu aku tak berapa nak suka.. but i think there were many good seniors juga pada masa tu.. sampai lah aku Tingkatan 3, aku mula tak beberapa nak suka dengan beberapa orang budak Tingkatan 6.. ada beberapa orang tu suka nak perlekehkan aku.. then ada senior seorang, actually dia takde lah jenis yang teruk pun, but ada kejadian tu dia marah giler-giler kat aku, sampai dia tolak aku kat katil (stay asrama sebenarnya masa ni) and then nak ugut pukul lah.. then, lepas tu ada perasaan 'dendam' kat dia sikit.. but usually, pada umur ni pun, aku hardly bergaul dengan seniors, tapi aku popular di kalangan juniors.. many juniors love me.. and nak diringkaskan cerita pula, kat sekolah aku dulu seriously memang tak ada konsep 'abang-adik' sangat.. even budak form 1 bila bercakap dengan budak form 6 tak guna perkataan 'abang' or 'saya'.. budak form 1 guna 'kau-aku' or panggil nama je dengan budak form 6.. so, in short memang masyarakat kami ni kat sekolah tu takde nak ber'abang-abang' lah.. and orang takde anggap ianya adalah 'rude' pun.. kalau aku form 1, panggil budak form 6 dengan gelaran 'abang' orang akan ketawakan ada lah.. so, dari segi sosial, benda yang usually orang akan ianya 'rude' tapi kat sekolah aku dulu tu tak anggap ianya 'rude'.. maksud aku macam ianya adalah very common and tak dianggap rude kalau aku still form 1 and bila bercakap dengan budak form 6 tak guna word 'abang' or ayat-ayat yang macam formal or 'too modest'. but just guna 'kau-aku' macam kita bergaul dengan kawan-kawan sebaya je.. malah, kalau kita nak macam nak ber'abang-abang' ni oranya akan ketawa and dalam bahasa brunei (my native language) akan panggil 'berlandeh or belating'.. dalam malay standard hampir sama maksud dengan 'poyo + gedik'

so, aku ulangi lagi, 

kalau aku (form 1) nak panggil budak form 6 'abang' orang akan rasa 'geli' and akan anggap aku 'poyo or gedik' sebab ianya adalah very uncommon, rare untuk nak guna panggilan tu.. and ianya tak dianggap sebagai rude kalau nak ber'kau-aku' dengan senior sekolah walaupun umur beza sampai 6 or 7 tahun semua.. actually ianya macam 'must' guna 'kau-aku' or panggil nama je sebab kalau ko form 1 nak panggil budak form 6 'abang' orang akan perlekehkan ko ada lah..

(but budak-budak perempuan ada pula sistem 'kakak' ni sikit)


\so, kesimpulannya dari kecil lagi aku macam tak berapa nak terdidik dengan konsep nak panggil orang 'abang' ni..

bukan tak panggil 'abang' langsung lah.. perkataan 'abang' tu macam special kepada relatives or abang sendiri.. pada strangers yang takde kaitan dengan keluarga, takdenya nak ber'abang-abang'.. even kat kampung pun orang tu umur dalam 30 lebih pun (malah pada sesetengah yang dah kahwin) kita orang panggil nama aje.. and ianya tak dianggap sebagai rude.. but kalau ko panggil abang orang akan pandang ko semacam je.. 

ingat pula dengan seorang 'abang' ni kat kampung nama Latif.. umur rasanya dah dalam 40 kot.. but aku panggil Latif aje.. and lagi sekali.. ianya tak dianggap 'rude' pun.. sebab dari segi sosial masyarakat kat tempat aku tu lain sikit.. 

(but actually takde lah semua orang just panggil nama je.. ada yang guna panggilan yang formal juga lah.. but secara keseluruhannya, penggunaan 'abang' (malah 'kakak' juga) macam not too often berbanding dengan masyarakat lain usually kalau bergaul dengan strangers.. senang cakap dari segi sosial, di tempat aku membesar macam lain sikit.. and ianya macam tak berapa nak membuatkan aku membiasakan diri dengan panggilan 'abang'..


but after aku sekolah kat Kuching (form 4-5), baru lah terasa sikit dengan konsep 'abang' ni bila ada junior panggil aku dengan 'abang' and membahasakan diri dengan panggilan 'kamek' (kamek macam 'saya' kat semenanjung.. word yang lebih 'modest' didengar).. so, aku pun macam janggal sikit lah.. sebab selama aku sekolah kat tempat aku dulu, junior takde pula nak ber'abang'-abang ni.. seperti biasa, aku ni mudah selesa dan rapat dengan junior berbanding senior.. so, junior-junior mudah nak rapat dengan aku, but trust me waktu aku form 4 (kat sekolah baru kat Kuching) i tak rasa aku ada kawan form 5.. (stay kat asrama juga).. the fact is, i dont like budak form 5 waktu tu.. sebab dorang suka nak raging semua.. bagi aku benda tu berlagak lah.. sebab kadang-kadang senior ni nak raging bukannye sebab benda tu bermasalah pun, but saje-saje nak buat raging, untuk keseronokkan.. so, i dont like my seniors.. memang tak bergaul dengan seniors pun waktu tu.. sebab dorang pentingkan konsep seniority.. sangat berbeza dengan kat sekolah aku dulu memang takde konsep seniority langsung.. then ajar juniors, kalau jumpa seniors kat jalan kena beri salam.. hahahaha.. bagi aku benda ni menimbulkan 'barrier' antara juniors dengan seniors.. sampai aku tengok budak form 1 pun macam takut-takut dengan budak form 5.. but bila batch aku jadi senior (jadi form 5) terus terhapus konsep seniority kat sekolah tu.. sampai macam juniors ni dah boleh naik kepala.. takde nak raging-raging.. takde nak demand juniors beri salam.. pergaulan antara junior dengan senior ni baru macam nampak sikit.. takde dah barrier sangat disebabkan konsep 'seniority' sebelum ni.. aku pernah cakap kat budak form 1 (yang baru masuk), "korang bersyukur sebab kita orang (batch aku) ni jadi paling senior.. sebab kalau form 5 dulu, takdenye korang nak bebas macam ni.." 

so, kesimpulannya waktu form 4-5 aku memang tak bergaul langsung dengan my only senior, form 5.. aku pun tak berapa nak suka kat dorang.. tak kisah pun or ambil perduli nak ambil tahu pasal dorang..

then lepas SPM, aku study kat Semenanjung pula.. mula nak terdedah dengan budaya kat Semenanjung.. budaya nak guna word 'abang-kakak' ni.. benda ni macam very uncommon untuk aku nak practice.. sebab kat tempat aku benda nya lain sikit.. i mean, banyak benda yang orang Semenanjung akan consider benda tu 'rude' but actually kat tempat aku ianya tak dianggap 'rude'.. but reality nya biar pun dah stay kat Semenanjung, klu x bergaul dgn yang lebih dewasa, so takde lah nak ber'abang-abang' juga.. hahaha.. sepanjang aku study kat Semenanjung, aku just bergaul dengan kelompok umur aku je.. senior tu ada lah.. but macam wujud tak wujud.. i mean macam takde keperluan untuk bergaul dengan mereka.. so, even aku kat Semenanjung ni aku jarang sangat nak ber'abang-abang kat orang sebab aku tak bergaul dengan yang lebih dewasa..

nak kata tak pernah nak panggil orang abang tu, takde lah.. but ianya just very awkward.. sebab bagi aku benda ni very uncommon untuk aku.. kat Semenanjung, kalau nak panggil strangers yang lebih dewasa, macam kat kedai ke, nak tanya orang awam ke, kadang-kadang kena panggil abang lah kan.. macam kat dalam teksi ke, panggil abang tu 'abang'.. orang kat 'guard' ke (kalau usia taraf abang bukan pakcik).. but usually, aku always akan avoid dari guna perkataan 'abang'..

macam contoh ni..

situasi, bila nak tanya soalan pada strangers..

Aku : Maaf.. (abang) saya nak tanya boleh.. macam mana nak pergi ke tempat ni ye?

maksudnya kat sini, ada orang akan add perkataan 'abang' kat situ.. but kalau aku akan gugurkan perkataan 'abang' tu.. just "Maaf, saya nak tanya boleh?" bukannya macam "maaf.. abang, saya nak tanya boleh?"


situasi yang lain pula, bila kat gerai tepi jalan

Aku : (abang) keropok lekor yang ni harga berapa ye?

maksudnya, aku tak akan add word 'abang' dalam pertanyaan aku.. but ada orang akan campur 'abang' sekali..


or..

situasi yang lain pula.. bila nak beli baju kat pasar malam

aku : (abang) yang baju satu ni harga berapa..

(dengan ketiadaan perkataan 'abang', just "yang baju satu ni harga berapa')


or


nak buat interview untuk projek uni

Aku : maaf.. tapi kalau tak kisah, boleh tak kalau saya nak tanya beberapa soalan (pada abang) untuk projek uni saya..



so, senang cakap, aku always akan gugurkan word 'abang' kat situ.. memang akan avoid dari guna word tu.. but kalau korang baca ayat seperti yang diberi contoh tu lahkan, even tanpa ada word 'abang' pun, ianya takde lah bunyi rude pun kan? aku tak rasa ianya rude walaupun aku tak add word 'abang' kat situ.. tak rude pun kan? 


and pernah juga lah bila aku try nak add word 'abang' ni.. waktu kat dalam teksi.. sebab tak biasa dengan nak ber'abang-abang ni, aku konfius nak panggil orang abang.. aku panggil pemandu teksi tu 'pakcik' padahal umur orang tu dalam 30 lebih je (still taraf abang lah kan).. hahahaha.. kelakar.. sebab kadang-kadang lagi elok panggil orang tu 'abang' berbanding 'pakcik'. walaupun orang tu nampak macam tua sikit.. sebab lebih manis.. macam perempuan umur dalam 40 yang dah kahwin beranak semua, kat gerai, kita panggil "Kak, yang ni harga berapa?" bukannya 'makcik' sebab panggilan muda lagi manis.. 

so, aku rasa diri teruk sebab panggil pemandu teksi tu 'pakcik'.. hahaha.. sebab bukannya taraf pakcik sangat pun.. bila tak biasa nak panggil orang abang jadi macam ni lah.. sebab tu aku avoid dan gugurkan 'abang' dalam ayat dan soalan aku.. macam contoh-contoh yang aku beri kan di atas.. sebab takut tersalah.. 

tu apa yang berlaku sewaktu aku study kat Semenanjung..

then bila study kat Aussie pula, baru lah start nak panggil orang abang ni sikit-sikit.. sebab bila first datang tu, terasa diri paling muda.. pun begitu, still kat Aussie ni mostly aku tak panggil seniors aku sebagai 'abang' bah kan dorang tak suka kot kalau aku panggil dorang abang sebab kat sini macam perbezaan umur tu tak terasa sangat sebab macam anggap kawan-kawan aje.. tapi ada lah abang-abang yang dah kahwin tu and beranak aku panggil abang lah.. yang lain usually tak.. so, kat Aussie, mula-mula datang tu aku macam try nak panggil orang 'abang' sebab terasa diri muda berbanding yang lain and aku tak nak lah orang anggap aku rude, but actually 'abang-abang' kat sini prefer aku panggil just nama je.. so, bila mana aku mula nak practice nak panggil orang 'abang' ni, tapi 'abang-abang' kat sini tak galakkan aku untuk guna panggilan tu pula.. macam aku panggil seorang ni kalau dalam blog ni aku panggil Abang Long Muscle.. aku panggil dia abang.. then, budak lain terus soal aku,

"kenapa ko panggil dia abang?"

aku pun konfius.. salah ke? sebab beza umur aku dengan dia lapan tahun..

"kalau kat Malaysia boleh lah nak ber'abang-abang.. but kat sini tak payah lah.."

aku pun diam je..

so, nampak tak kat situ? bila aku try nak membiasakan diri untuk panggil orang abang, but orang tak suka nak dipanggil abang pula.. hahahaha


bercakap pasal soal hati.. aku pun akan try to avoid dari nak ada apa-apa hubungan dengan yang lebih dewasa taraf abang disebabkan faktor aku tak rasa aku comfortable or ready lagi nak ber'abang-abang' ni sangat.. and disebabkan aku ni jenis yang tak romantik, aku consider panggilan 'abang' tu juga sebagai panggilan manja.. and aku memang tak suka dengan apa-apa panggilan manja macam 'hubby, ling, sayang, ayang semua tu..' so, aku tak nak ber'abang-abang dengan orang sangat.. 

macam ayat dalam screen shot..

"Hadik-hadik suka nak ber'abang-abang.. but i'm not.. i dont like it.."

disebabkan aku tak suka nak panggil orang abang (disebabkan faktor tak biasa and aku consider 'abang' tu sebagai panggilan manja which aku tak suka dengan bahasa manja-manja ni) so, kalau boleh aku try nak avoid daripada memiliki apa-apa hubungan perasaan dengan yang lebih dewasa, sebab i'm afraid dorang akan demand aku untuk panggil dorang abang, or aku yang terpaksa guna word atas faktor "i dont want to be rude to you"... (so, maksudnya kat sini, even aku tak suka nak panggil orang abang, but aku akan guna word abang tu juga bila aku tak nak lah orang anggap aku ni rude..) aku prefer kalau aku boleh nak guna 'kau-aku' dengan orang tu.. so, untuk buat diri jadi lebih selesa, aku avoid lah dengan 'abang-abang' ni.. hahahaha

and lagi, aku dah sebut banyak kali juga pasal hal ni..

aku pernah baca satu novel PLU melayu ni.. ada scene jiwang-jiwang kat tepi pantai bila si kekasih yang lebih muda ditinggalkan oleh buah hati yang lebih tua yang berpangkat abang..

then watak tu pun jerit...

"abaaaaaaannnnnnnnngggggggg!!!!" cuba kejar si 'abang'..

waktu baca scene ni aku terbayang lah yang kalau aku jerit 'abaaaaaannnnnnnnggggggg!!!!'

hahahaha.. aku tak nak lah jadi situasi macam tu kat aku.. seolah-olah ditinggalkan sang suami dalam drama melayu.. 

"abang, jangan tinggalkan saya bang.."

 hahaha.. and i dont want to consider people as 'suami' juga.. ada je PLU yang macam tu.. that's why i dont like word 'hubby' tu semua AND 'abang' sebab macam ko panggil orang suami ko..

memang complicated sangat aku ni.. hahahaha






so, kesimpulannya adalah macam ni...


1. aku banyak bad experiences dengan golongan dewasa sampai aku macam suspicious dengan yang lebih dewasa.

2. i always think kebanyakkan orang dewasa ni demand orang untuk hormati mereka, but dorang takde pula nak respect pada yang lebih muda.. (kes macam waktu aku form 4 and orang-orang kat kampung aku macam tu lah)

3. faktor sosial kat tempat aku membesar macam kat kampung and sekolah aku dulu macam tak kerap sangat dengan panggilan abang (mostly pada strangers) membuatkan aku macam tak terlatih sangat untuk guna word 'abang' kat orang (kecuali pada relatives or siblings sendiri)

4. aku biasanya akan drop perkataan 'abang' dalam ayat bila aku berbual dengan strangers macam "boleh tak kalau boleh (abang) tunjukkan arah kat mana tempat tu?"

5. disebabkan dari kecil lagi aku dah jarang bergaul dengan yang lebih berusia, aku rasa ia macam jadi kekok kalau aku nak bergaul dengan yang dewasa.. usually try nak avoid daripada bercakap dengan mereka..

6. bila aku start nak belajar nak panggil orang 'abang' but persekitaran tak galakkan aku buat macam tu lah pula.. macam aku kat Aussie, bila aku nak panggil orang abang, but orang tak nak kena panggil abang...

7. walaupun aku tak suka/tak biasa nak panggil 'abang' but actually aku akan guna word tu juga bila mana aku tak nak kelihatan rude pada orang tu.. 

8. in relationship, i dont prefer pada yang lebih dewasa sebab nak avoid dari penggunaan word 'abang' atas faktor 'tak biasa selesa sangat', anggap 'abang' tu macam panggilan manja seolah-olah macam ko panggil suami.. and "abaaaaannnnnnngggggg!!!".. hahaha.. i dont want benda tu terjadi kat aku.. 

9. actually aku biasanya akan konfius bila aku patut panggil orang tu abang.. kadang-kadang fikir, "do i need to call u 'abang'?"

10. actually aku tak nak orang anggap aku rude.. so, sebab tu aku jarang nak berbual or bergaul dengan yang lagi dewasa takut-takut kalau orang aku rude nanti, tak panggil abang lah..

11. probably i'm just a weird person yang bermasalah and fikir banyak sangat.. hahaha





but actually aku still dalam process untuk open my heart and terima kehadiran 'orang dewasa' ni dalam hidup aku.. sejak aku stay kat Aussie, memang boleh kata macam baru je nak bergaul dengan 'abang-abang' sikit.. and lagi sejak aku jadi blogger ni, and ada 'abang-abang' yang nak berchat dengan aku, sedikit sebanyak macam mendorong keterbukaan hati untuk terima golongan ini.. hahaha.. honestly, waktu mula-mula bila 'abang-abang' ni tegur kat FB semua, macam awkward lah nak balas.. fikir lama sikit before nak balas.. and time tu, aku pun takut-takut juga dalam pengunaan bahasa.. macam aku cakap, walaupun aku ni jenis yang tak suka nak ber'abang-abang semua, at the same time aku tak nak orang consider aku ni rude.. mostly dalam awal perbualan tu aku akan tanya lah..

"ni nak guna ayat apa ni? nak guna 'aku-kau', 'i-you', 'saya-awak' or nak kena panggil 'abang' ke? (hahaha)"

so, bergantung pada orang tu juga lah.. ada yang nak 'i-you' and ada yang tak kisah guna 'kau-aku'.. but ada pula orang tu aku panggil 'pakcik' walaupun umur 30 lagi pun.. for me dia bahasa kan diri sebagai 'pakcik' tu macam ayat gedik-gedik aje, so, aku tak kisah lah nak panggil 'pakcik'.. hahaha...

macam aku cakap, aku rasa aku still dalam process untuk terima kehadiran golongan 'dewasa' dalam kehidupan aku.. maybe kena banyak kan bergaul lagi lah kot.. 














Saturday 9 August 2014

First Time Beli Kondom

dalam Facebook hari ini aku ada post satu picture yang aku ambil.. so, bagi yang tak berkesempatan untuk tengok, gambar adalah seperti bawah ni..




tu adalah benda macam vendor machine untuk beli kondom.. dan yang menariknya kat mana ada vendor machine ni adalah berada kat dalam public toilet.. hahaha.. so, aku ambil gambar ni dalam sebuah tandas.. sebenarnya aku dah lama dah tahu tandas tu ada provide kondom, berdasarkan apa yang kawan aku cakap.. but aku tak pernah pula masuk tandas tu.. kebetulan pula hari ni aku masuk tandas tersebut then terserempak lah dengan vendor machine jual kondom ni.. 

kalau nak tahu actually tandas tu adalah tandas food court kat semua kedai.. food court ala-ala macam kat shopping mall, but sebenarnya bukan shopping mall pun.. so, kalau nak bayang kiranya ko jumpa benda ni kat tandas food court kat shopping mall kat Malaysia (kalau Malaysia buat macam ni juga).. aku selalu je makan kat food court tu sebab ada kedai orang Indian Muslim.. sampai boss kedai tu pun dah kenal aku.. kenal rupa je lah.. tak sangka pula dia boleh ingat rupa aku, walaupun kadang-kadang tu aku tak makan kat kedai dia untuk beberap bulan.. kalau aku datang je, tak payah sebut terus dia sendiri yang tanya, "chicken tikka masala?" awal-awal dah tahu aku akan order menu tu.. sebab aku suka makan yang pedas.. kalau aku mengidam nak makan makanan pedas, aku akan singgah kat kedai dia.. so, kiranya walaupun aku dah selalu sangat makan kat food court tu, tapi tak pernah pula aku masuk dalam tandas food court tu.. but i know tandas tu ada kondom, but waktu aku masuk tandas tu hari ni, aku takde pula teringat pasal kondom ni semua.. then, lepas buang air besar, terperasan akan vendor machine kondom.. so, aku fikir.. oh.. ni lah rupa yang 'provide' kondom tu.. so, disebabkan benda ni macam takde kat Malaysia, so aku pun ambil gambar lah then post kat Facebook..

lepas tu aku blah.. sebab asalnya plan aku nak pergi tracking (seorang diri).. hari ni aku memang berjalan kaki berkilometer jauhnya.. dari rumah nak pergi city pun aku jalan kaki.. dalam masa sejam juga tu nak sampai city kalau jalan kaki.. then lepas tu jalan kaki pula pergi ke tempat tracking.. aku keluar rumah dalam pukul 9.30.. then balik semula lepas habis tracking kat bus stop dalam pukul 3.00 petang.. semua aku pergi jalan kaki.. maksudnya dari pukul 9.30 pagi sampai 3.00 petang 'bersenam diri' dengan jalan kaki.. pergi city jalan kaki, campur tracking lagi pun jalan kaki.. dah berapa kilometer dah berjalan.. 

then waktu aku baru nak balik dari tracking nak ke city semula, tiba-tiba aku fikir pasal hal kondom ni.. entah kenapa aku macam ingin tahu lah pula.. sebab sebelum ni tak pernah pegang kondom, buat seks liar pun takde.. still suci murni katanya, then mula lah timbul idea untuk mengenali kondom secara praktikal.. hahaha.. honestly waktu aku sekolah menengah dulu, aku ni inesen sangat-sangat.. tak tahu pun orang nak pakai kondom macam mana.. tahu apa itu kondom pada tingkatan tiga.. tapi bagaimana orang pakai kondom yang tu aku tak tahu, or tak pernah nak ambil tahu.. tengok blu films pun tak lagi pada usia ni.. first time layan blue films ni pada umur 19 tahun.. then maybe waktu ni baru lah tahu yang orang pakai kondom macam mana.. hahaha.. so, bila terjumpa vendor machine jual kondom kat dalam tandas ni suddenly timbul idea untuk mengenali kondom secara praktikal.. hahaha.. maksud aku macam, bagaimana rasa kondom ni.. i mean macam tekstur semua, aku tahu ia getar, macam mana rasa getah tu bila aku pegang semua.. 

so, aku pun lepas tracking mula nak menuju ke food court tu semula dengan niat nak beli kondom untuk tujuan praktikal.. hahahaha.. sampai kat tandas tu semula, tiba-tiba aku jadi rasa segan.. fikir, terasa segan kalau aku beli kondom tu orang nampak.. mesti jadi malu.. so, lama juga lah aku dalam tandas tu.. ada beberapa orang keluar masuk.. then aku fikir, maybe lain kali je lah kot.. sebab macam banyak orang pula kali ni nak guna tandas.. then, tinggal aku pun cepat-cepat hulurkan tangan aku duit syiling $2 kat vendor machine tu, then terus aku tarik pada pemulas seperti mana arahan pada vendor machine tu.. tarikan pertama, eh? tak keluar pun kondom.. then aku tarik lagi.. tak keluar pun.. tarik lagi.. tak keluar-keluar juga.. eh, maybe rosak kot.. aku pun malas dah nak tarik.. cepat-cepat aku keluar takut ada orang masuk nanti.. nasib baik aku keluar, sebab bila aku melangkah keluar memang ada orang yang nak masuk tandas.. so, tak leh beli kondom kat vendor machine tu..

but niat untuk 'praktikal' ni tak luntur juga.. hahaha.. aku tahu nak cari kat mana.. then aku pun pergi lah ke kedai yang ada jual kondom.. kedai kalau kat Malaysia macam Giant, Tesco or Jusco.. supermarket lah.. aku pun cari lah tempat letak jual kondom.. jumpa, tapi segan pula nak beli sebab banyak pula orang dekat-dekat sana.. but bila tempat tu dah macam takde orang, aku cepat-cepat grab satu kotak kondom then terus nak bayar.. nasib baik supermarket kat Aussie ni boleh bayar sendiri guna machine tak bayar pergi kaunter bayaran.. biasanya aku suka bayar guna machine je.. so, ada privasi sikit.. orang tak tahu apa benda yang kita beli.. then, aku beli lalu bermula lah 'praktikal'.. hahahaha

so, ini adalah mengenai my first impression pasal kondom.. bawah ni adalah rupa kotak kondom yang aku beli..


aku main ambil je.. tengok yang mana paling murah yang tu aku ambil.. so, bila aku dah buka antara isi kandungannya adalah seperti dalam gambar bawah ni..



ada 12 kondom.. dua minyak pelincir.. kertas information then ada juga kertas pengukur.. ada 12 kondom tapi aku tak rasa aku akan guna.. beli pun untuk tujuan 'praktikal' katanye.. hahaha.. 



yang ni alat pengukur.. guna untuk ukur kita punya 'TEET!!'.. haha.. tebal berapa.. panjang berapa.. satu soalan, adakah aku guna untuk ukur aku punya 'TEET!!'?? hahaha.. aku guna je.. so, macam mana dengan readings? biarlah jadi rahsia.. hahaha



then ada instruction bagaimana cara nak pakai.. apa benda yang jadi pantang-larang semua.. boleh klik gambar untuk nak baca lebih jelas..

so, aku pun ambil satu paket..



koyakkan paket tu, then keluar lah kondom di dalamnya..



ini lah kondom tu.. my first impression, agak berminyak.. seperti yang dijangkakan.. dalam gambar boleh nampak ada kesan minyak tu.. kiranya benda lembab lah.. 



main-main jap kat jari.. nak rasa getah kondom tu macam mana.. actually takde lah rasa lain macam sangat pun.. actually rasa macam getah biasa.. macam getah belon sikit.. cuma yang ni getah yang 'lembab' dan sangat-sangat nipis.. takde lah rasa geli bila dipegang walaupun agak berminyak.. 



then cuba nak tarik-tarik.. aku ada try hidu gak nak tahu bau macam mana.. hmm.. biasa-biasa aje.. bau pelik lah.. but bukan bau yang tak sedap or sedap dihidu.. baunya agak pelik sikit tapi bukannya sesuatu yang offensive.. 



tarik-tarik lagi sampai lah panjang yang maksimum.. so, muatan yang maksimum sampai 8 inchi or dalam 20 cm.. bila aku tarik tu, jadi kering lah pula.. so maksudnya cuma hujung-hujung tu je yang berminyak but kawasan yang bergulung adalah kering.. 



then, aku pun main-main jap.. tarik-tarik semua.. oh, agak fleksibel. curious pula pasal kondom yang bocor.. sebab kondom kan boleh bocor.. but yang ni biar pun getahnya sangat nipis, but agak kuat juga lah.. but aku tak tahu lah macam mana boleh koyak.. kena orang guna ganas sangat.. but kondom pun boleh expired.. getah pun boleh hilang keanjalan.. boleh jadi rapuh.. 



so, my final verdict, aku aspect maybe aku akan rasa geli pegang kondom.. yang bagi aku kondom ini ada imej 'kotor'.. but actually bila pegang kondom yang still bersih ni, takde lah rasa geli pun.. rasa macam pegang belon je.. terasa nak tiup kalau-kalau boleh mengelembung macam belon juga.. hahaha.. 


okay, soalan cepu emas.. ada pakai kat 'TEET!!' tak? 


hahahaha.. ada try.. but tak leh nak tunjuk gambar lah.. hahaha

so, first impression mula-mula nak pakai tu macam susah sikit.. rasa macam tak muat.. struggle juga lah bila nak pasang tu.. tapi paksa juga.. last-last boleh.. tapi tak sure pula kalau-kalau betul-betul muat untuk sesuatu yang dipakai ke tak.. sebab bila aku baca balik kat instruction, actually kondom yang aku beli tu jenis 'Closer'.. jenis yang ketat or fit.. dalam gambar bawah ni yang berwarna kuning tu lah.. kondom pun macam-macam jenis rupanya.. macam-macam bentuk..



and memang rasa ketat lah.. and aku tak rasa ianya cukup selesa untuk aku..

so,  bagaimana rasanya bila dah pakai..

actually aku rasa ianya agak warmer sikit.. kalau ikut preference lah kan, lelaki kalau boleh tak nak pakai kondom atas alasan 'tak sedap'.. maybe sebab bila dah dilitupi oleh getah, macam daya ransangan tu macam berkurang.. sebab dilapisi oleh getah.. 

and aku pun rasa ianya macam pelik sikit bila pakai.. tak tahu sama ada sedap dipakai ke tak sedap dipakai.. maybe sebab pertama kali try pakai.. so, aku tak leh nak komen apa.. aku pakai pun bukan untuk tujan sepatutnya.. maksud aku pakai pun just untuk pakai-pakai aje.. 

harap takde lah salah faham kot.. aku tak beli untuk tujuan untuk buat seks ke apa.. ada 12 kondom ni aku tak rasa aku akan guna lagi lepas aku dah buat 'praktikal' aku.. hahahaha.. and maybe ada sesetengah orang beranggapan kondom ni adalah sesuatu yang negatif.. ada imej negatif lah.. macam lambang seks bebas lah.. but actually takde lah macam tu.. ianya hanya lah sekadar satu alat perlindungan.. kalau jadi seks bebas semua tu adalah berdasarkan niat si pemakainya.. and aku beli and try nak pakai ni pun atas dasar ingin tahu and cuba merasai je bagaimana rasa tekstur getah kondom tu, and macam mana rasa bila pakai.. that's all.. bukannya atas niat untuk nak berasmara ke apa.. tiba-tiba hati ni curious nak try pakai..