Saturday 7 December 2013

Unspeakable Love Kembali!






ada satu kisah mengenai satu pasangan manusia.. aku kenalkan, yang pertama adalah si Jejaka, dan keduanya pula adalah si Teruna.. dua insan yang mempunyai hubungan yang rapat.. umur mereka masih lagi muda.. si Teruna adalah seorang insan yang pendiam dan agak pemalu, manakala si Jejaka adalah sebaliknya.. ibarat konsep 'yin' dan 'yang' dalam kepercayaan masyarakat cina, personaliti mereka bedua adalah berlawanan.. si Jejaka adalah pemuda yang amat ramah dan suka berkata-kata berbual mesra.. dalam hubungan mereka, apabila dalam pertemuan, si Jejaka akan lebih suka berkata-kata manakala si Teruna hanya lebih suka mendiamkan diri menjadi seorang pendengar yang setia.. sambil tersenyum, si Teruna akan terus melayan karenah si Jejaka..

dalam usia yang muda ini, Si Jejaka ada mempunyai satu pandangan peribadinya mengenai konsep 'keseimbangan'.. katanya, untuk mencapai satu kesempurnaan, perlu adanya sesuatu yang 'pasif' dan juga yang 'aktif'.. perbezaan ini jika disatukan akan mencipta satu kesempurnaan.. ibarat konsep 'yin' dan 'yang', ideologi si Jejaka seakan begitu.. kata si Jejaka, sama lah seperti dalam hubungan manusia.. jika seorang yang pemarah bertemu dengan orang yang sama sepertinya, 'keseimbangan' itu agak sukar untuk dicapai.. kerana itu padanan yang sesuai untuk si panas baran itu adalah dengan seorang yang begitu tinggi sikap sabarnya.. maka dengan itu keseimbangan akan dapat dicapai.. 

namun si Teruna tiba-tiba bertanya, "apa salahnya jika seorang yang sabar disatukan dengan seorang yang sama penyabar seperti dirinya? tidak ada yang salah bukan?" 

maka, jawab si Jejaka, "memang tidak ada yang salah pun.. namun adakalanya lagi bagus jika setiap individu itu mampu menyempurnakan setiap kekurangan dalam diri masing-masing dengan kelebihan yang ada dalam diri sendiri.."

maka si Jejaka bercerita mengenai kisah tentang dua manusia.. kisahnya adalah mengenai tentang seorang lelaki dan seorang wanita.. si lelaki adalah seorang yang taat akan perintah Tuhannya.. manakala si wanita adalah seorang hamba yang leka dengan keseronokkan dunia.. biarpun begitu, si lelaki telah jatuh hati pada si wanita.. ramai yang berkata pada si lelaki, seorang yang taat pada perintah Tuhan sepertinya sepatutnya hanya layak untuk wanita yang taat kepada Tuhan seperti dirinya.. 

namun si lelaki itu berkata, 

"aku tidak hanya cinta pada dirinya, namun harapan aku juga agar aku mampu memimpin dirinya kearah jalan-Nya kembali.. jika aku mencintai seorang wanita yang berhati mulia, memang benar ia tidak salah.. namun cita-cita aku itu agar aku turut mampu jadi seorang pembimbing kepada seorang yang lebih memerlukan.. kerana itu aku memilih dirinya.."

si Jejaka menjelaskan kepada si Teruna, dengan memilih si wanita yang leka itu, si lelaki lebih belajar erti kesabaran dan tidak putus asa dalam memikat dan melayan karenah si wanita.. manakala si wanita pula akhirnya mula belajar untuk kembali semula pada jalan diredhai Tuhan.. maka dengan itu satu 'keseimbangan' telah tercapai.. yang 'sakit' itu perlu lah dengan 'ubat'nya.. seperti konsep 'yin' dan 'yang', perlunya ada keseimbangan.. jika semua lelaki yang baik hanya mahu mengahwini seorang wanita yang baik, maka tiada lah ruang untuk wanita yang leka untuk dibimbing semula ke arah jalan-Nya..

lalu si Teruna terdiam.. dalam mindanya mula memikirkan mengenai ideologi si Jejaka mengenai konsep 'keseimbangan'..

"kerana itu kita tidak harus bersama.. kerana kita adalah sesuatu yang sama.. lelaki tidak harus bersama dengan seorang lelaki.. kerana kita adalah sesuatu yang sama.. kerana lelaki itu adalah untuk wanita.." tiba-tiba si Jejaka berkata lagi..

namun si Teruna terus berkata,

"tapi aku mencintai dirimu.."

"tidak kah engkau takut dengan larangan-Nya? tidak kah engkau cinta pada diri-Nya?" tanya si Jejaka..

"adakah aku tidak mencintai diri-Nya hanya kerana aku juga mahu mencintai seorang manusia?"

pertanyaan dari si Teruna itu terus membuatkan si Jejaka terdiam.. saling berpandangan, mata bertemu mata, dari pandangan mata si Teruna itu dapat dipastikan oleh si Jejaka bahawa dia benar-benar serius dengan pertanyaannya itu..

"engkau sudah gila.." akhirnya si Jejaka berkata..

"aku tahu, hatimu juga punya perasaan yang sama padaku.. aku tahu.. engkau tidak boleh menipu.." kata si Teruna lagi..

terdiam lagi, akhirnya si Jejaka hanya mampu memalingkan pandangannya dari terus menatap mata si Teruna..






diari lama, kisah silam..

si Teruna adalah aku,
si Jejaka adalah Ihsan




aku mahu merasakan cinta..

biarpun sekali,

namun aku mahu merasakannya...








Unspeakable Love
Part 31 : The Arts








nantikan the full version Part 31 Unspeakable Love tak lama lagi..





5 comments:

  1. Tak sabarnya! Cepatlah post Unspeakable Love tu!
    Anyway, agree with your opinion. :)

    ReplyDelete
  2. celaka betul lah, sia2 aku baca......... xperlu letak tajuk ul 31, klu nk citer ttg sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu adalah catatan diari Fahri.. bukan about me

      Delete
  3. hehe... relax brother.... brother relax....

    ReplyDelete
  4. u such a brilliant writer......... seronok baca.... penuh dengan makna dan cerita..... di akhirnya anda tinggal kan kami dengan pilihan...... keep it up.....

    ReplyDelete