Wednesday 10 July 2013

Masjid-masjid di Seluruh Dunia

memandangkan aku ni study course architecture, rasanya aku nak buat satu post edisi Ramadhan pula kali ini berkenaan seni bina masjid yang ada dalam dunia ni.. lain tempat lain lah seni bina mereka kan.. dan ada juga yang mula mengadaptasi seni bina dari budaya lain dalam buday sendiri.. maka, lama-kelamaan ada seni bina masjid tu mula mixed dengan pelbagai jenis architecture dalam satu masjid.. tapi, pada post kali ni, aku nak share satu info lah, kalau tak tahu lagi lah or teringin nak tahu, macam mana kalau kita nak bezakan architecture sesebuah masjid tu berdasarkan style-stylenya.. kat sini aku nak cakap tentang styles berikut.

1. Ottoman/Turkish
2. Persian
3. Mughal/Indian
4. African
5. Moorish/Moroccan
6. Chinese
7. Nusantara

tujuh style di atas senang kita nak bezakan sebab bagi aku mereka ada style mereka sendiri yang unik.. sekali pandang je dah tahu ia datang dari pengaruh mana.. sama ada dari Ottoman, Mughal tak pun Nusantara itu sendiri.. style-style masjid lain macam susah sikit kita nak bezakan sebab lebih kurang sama je.. ada banyak lagi sebenarnya style-style masjid ni.. tapi aku nak cakap tujuh styles je okay..

so, mari lah kita tinjau variasi masjid yang ada dalam dunia ni..





Ottoman/Turkish Style







macam mana nak tahu masjid tu root dia adalah dari seni bina Ottoman or Turkish?? aku akan senaraikan lah..

1. Masjid Ottoman Style ni mempunyai kubah yang semi-sphera.. maksudnya, tak terlalu bulat, lebih kepada leper... berbeza dengan kubah masjid lain yang berbentuk bawang.
2. kubah itu akan berada di tengah-tengah dan punya lah besar.. kemudian, ada kubah-kubah kecil yang support the main dome di sekitarnya.. actually, kubah macam ni asalnya adalah dari Byzantine architecture.. maksudnya juga Ottoman style ni dipengaruhi oleh seni bina Byzantine seperti Hagia Sophia kemudian diasimilasi dalam pembinaan masjid.. in short, dari Byzantine architecture kemudian diatapdasi menjadi Ottoman architecture..
3. menara masjid kebiasaanya adalah berdiameter kecil, tinggi dan tajam.. usually banyak juga..



kat Malaysia ada juga yang mengunankan Ottoman style dalam pembinaan masjid.. misalnya adalah Masjid Wilayah Persekutuan KL.. 




Persian Style






beralih pula ke seni bina masyarakat muslim di Iran dan sekitarnya macam Iraq lah.. macam mana nak kenal pasti satu masjid tu adalah dipengaruhi oleh seni bina masjid di Iran or Farsi?

cara paling mudah adalah kebiasaannya Persian style ni akan ada satu gerbang besar yang dinamakan sebagai 'Iwan'.. cuba tengok gambar-gambar di atas, nampakkan gerbang masjid? style macam ni asalnya datang dari Persian Style lah.. tapi lama-kelamaan banyak juga masjid di negara lain pula mengadaptasi style macam ni.. misalnya masjid di Uzbekistan, Khazakstan macam tu lah.. tapi, rootnya still berasal dari Farsi.



malah, kalau korang nak tahu, Taj Mahal itu sendiri dipengarhui oleh Persian style punya architecture.. sebab, architectnya pun asal dari Farsi juga, so no wonder lah akan ada pengaruhi Persian architecture kat Taj Mahal.. 

tapi pun begitu, India pun ada style mereka sendiri yang berbeza dengan yang lain.. so, maksudnya Taj Mahal ni adalah gambungan seni bina Persian dengan Mughal dari India..



Mughal/Indian Style






macam mana nak kenal pasti sesuatu masjid tu adalah berasal dari Mughal/Indian architecture?? senang sahaja..

1. kubah yang berbentuk bawang or lebih bulat berbanding kubah masjid lain..
2. akan ada tiga kubah pada Masjid tu.. cuba tengok balik gambar-gambar di atas.. Mughal style punya masjid akan ada tiga kubah.. satu yang besar di tengah-tengah, dan dua lagi mengapit kubah di tengah-tengah tu..
3. pada setiap bucu masjid akan adalah menara di bina..
4. kebiasaanya, masjid adalah berbentuk simetri..



seperti biasalah, even kat Malaysia pun tak boleh lari dari pengaruh luar.. contoh terbaik masjid di Malaysia yang mengunakan Mughal style ni adalah Masjid Jamek di KL.. 



African Style





African style ni senang je nak kecam.. sekali tengok pun dah tahu asal dari Afrika..

usually dibuat dari tanah.. then ada kayu yang dicucuk untuk menampung struktur masjid. dan dinding masjid ni biasanya ditampal dengan tanah yang baru berulangkali.. kadang-kadang ada upacara bergotong-royong untuk membuat lapisan tanah baru pada dinding Masjid.. bagi aku, Africa style lain dari yang lain lah.. unik.. tak begitu?


Moorish/Moroccan Style



kita beralih pula kepada Moroccan or Moorish architecture pula.. apakah ciri-ciri utama untuk style macam ni??

1. satu menari masjid berbentuk empat segi yang punya lah besar.. usually hanya ada satu menara masjid je.. 
2. kebiasaanya tidak ada kubah seperti masjid-masjid yang lain..
3. untuk tingkap ataupun gerbang adalah berbentuk ladam kuda.. bukannya berbentuk kubah seperti kebanyakkan masjid..

antara contoh Moorsih architecture adalah Masjid Cordoba di Spain.. tapi of course lah kat sana architecturenya pun dah mula asimilasi budaya setempat dan mula ada identiti sendiri..



Chinese Style







Chinese style pula.. haaaa.. ni memang mengelirukan sikitkan.. macam susah je nak bezakan yang mana satu masjid, yang mana satu tokong.. lebih kurang sama je.. biasanya kalau orang nak kenal pasti adalah seperti berikut lah..

1. bumbung biasanya berwarna hijau.. tokong cina lain kebiasaanya warna merah.. tapi tak semestinya juga lah kan.. sebab banyak juga tokong yang berbumbung hijau.. tapi tak semua lah.. but untuk masjid orang cina pula, mostly akan warna hijau lah..
2. takde naga-naga semua kat bumbung masjid.. korang faham lah kan hiasan luar tokong macam mana? so, masjid cina pula takde benda macam tu.. just simple je..


Nusantara Style



lalu kita beralih pula seni bina masjid di Nusantara or tempat kita sendiri.. kita pun ada identiti masjid style kita sendiri.. gambar di atas adalah seni bina masjid nusantara yang awal-awal lah.. so, ciri paling utama adalah kubah masjid yang cukup berbeza dengan yang lain.. kubah masjid Nusantara style adalah berbentuk piramid.. kubah piramid tu pula boleh jadi bertingkat-tingkat.. ini lah the most important characteristic untuk masjid Nusantara Style.. 









bercakap mengenai Nusantara style ni kan.. aku nak sentuh tentang kita kat Malaysia ni.. aku bukannya nak mengkritik or kata tak suka lah.. kita kat Malaysia ni aku nak cakap terlalu 'diarabkan' lah.. maksud aku, kalau kita nak bina a very huge mosque ke, mostly kita akan tiru style timur tengah tapi architecture nusantara itu sendiri terpinggir.. adakah sebab style negara lain tu lagi cantik? kita boleh je buat masjid modern tapi dengan Nusantara style yang cantik-cantik, tapi apa yang aku lihat kita tak pandang dengan identiti seni bina kita sendiri..

memang tak salah lah kalau kita nak tiru or guna seni bina luar untuk buat masjid.. aku neutral je dalam kes macam tu.. tapi, dalam masa yang sama kita terima pengaruh luar, tapi kita sendiri tak memartabatkan seni bina tempatan itu sendiri.. bukan dalam kes masjid sahaja.. bahkan waktu orang nak buat istana negara baru, impian aku nak lihat our National palace tu ada bercirikan seni bina Nusantara yang kuat.. tapi hakikatnya, sekali lagi kita pun 'diarabkan' juga.. so, bagi aku even our National Palace tu tak unik lah.. banyak je yang macam tu.. aku teringin sangat nak lihat kita buat Istana melayu lama yang dengan seni bina yang asli melayu.. for me, aku terkilan lah juga.. kalau nak dibandingkan dengan negara lain macam Thailand, Myanmar, Kemboja or even Indonesia pun dorang punya lah memartabatkan seni bina tempatan mereka sendiri.. lihat lah the Grand Palace kat Thailand or Kemboja, still maintan dengan architecture mereka sendiri.. kuil-kuil semua, pagoda or tokong kuat dengan style tempatan..

tapi kat Malaysia, kita terlalu 'diarabkan' kalau hal-hal macam ni.. sampai identiti kita sendiri pun macam mula terhakis.. berbeza dengan Indonesia yang masih kuat memartabatkan seni bina Nusantara itu sendiri.. gambar-gambar di atas pun dari masjid-masjid kat Indonesia juga.. 

memang lah sekarang ni architecture masjid tu adalah universal, so tak kisah mana pun kalau kita nak buat style macam mana sekali pun.. tapi, tak dapat dinafikan, dalam masa kita menjadi lebih universal, apa yang kita miliki tu semakin pula kita tak pandang.. sebab aku ni pencinta architecture tempatan, sebab tu aku cakap macam ni..




12 comments:

  1. totally agree pasal masjid dekat Malaysia especially yang banyak pkai style negara lain even masjid negeri pun camtu..hanya ade a few je yang pakai style bertingkat camtu tp tu pun susah nak jumpa

    ReplyDelete
  2. Lorrh, ko tk thu ke PM? Melyu skng dh hilng di bumi? Org Melyu dh dijjh dri segi budy dn etc. :p

    ReplyDelete
  3. aku suka pos ko yg ni, aku ni sebenarnya minat dgn seni bina, tapi x tahu lah kenapa leh tercampak masuk civil engineering...hahah...by the way, aku memang sgt admire dengan seni bina melayu nusantara, bukan setakat masjid je, kita ada seni bina kita sendiri yag unik dan hebat. ko ti dah jadi arkitek bertauliah banyak2 lah bina bangunan bercirikan senibina melayu nusantara...

    ReplyDelete
  4. Pergh, thanks admin, bleh jdikan rujukan ntok subjek VCL aq nnti. :D

    ReplyDelete
  5. wow!!! detailed and pack with good info...

    ReplyDelete
  6. okeh. post yg nie baru aku masuk balik bace blog ko. haha..aku setuju tu beb. arkitektur negara lain tu mmg menarik, tapi at least majjis negeri atau ikon2 negara ni atleast kena la ade identiti malaysia skit.
    tapi dalam kenbnyakkan style ni, aku lg suke identiti Ottoman..

    aku nk tanye: asal arkitektrue Byzantine tu muel2 utk design gereja ke?

    kalau tgk kt masjid2 baru area negeri melaka, mostly akan ade pattern mcm masjid Al-Azim..itu ikut Chinese Stlye atau NUsantara Style?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Empayar Byzantine, juga dikenali sebagai Empayar Rom Timur yang berpusat di Constantinople (Istanbul), merupakan sebuah kerajaan beragama Kristian. Pada era Maharaja Justinian, baginda telah membina gereja Hagia Sophia (Holy Wisdom) yang masyhur itu. Uniknya, reka bentuk gereja tersebut adalah seakan-akan sebuah masjid. Seni bina Byzantine ini berkembang dan menjadi popular di beberapa buah negara lain di sekitar Laut Mediterranean termasuklah negara Russia. Setelah kota Constantinople jatuh ke tangan Turki pada tahun 1453, Hagia Sophia telah diubah menjadi sebuah masjid. Seni bina dan reka bentuknya telah menjadi ikutan para arkitek pada zaman Othmaniyah (Ottoman). Pada hari ini, Hagia Sophia merupakan sebuah muzium.

      Delete
    2. Pada pendapat saya, masjid-masjid yang terdapat di Melaka itu telah dibina dengan gabungan pengaruh Nusantara dan juga pengaruh China. Kewujudan pengaruh China dapat dilihat pada reka bentuk mimbar dan rekaan dalaman masjid tersebut. Malah, reka bentuk bumbungnya juga seakan-akan reka bentuk pagoda.

      Delete
  7. sebenarnye semalam lagi nak komen tapi tak jadi sebab member datang hihi.

    Aku minat jugak architecture walaupun aku tak ambik kos ni.

    btw selamat ramadhan. Oz tengah winter sekarang ni kan? untunglah pose kejap jer..huhu

    ReplyDelete
  8. asal aku tak leh bukak blog ko ek? kena hack ke?

    ReplyDelete
  9. Wow, nice info~ Thanks

    ReplyDelete
  10. Slmt bpuasa putera.. kita 1 link juga. Sy prnah amik course architecture. . Tapi dah beralih arah ke hotelier .hiks

    ReplyDelete